1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Resolusi Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri PR

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.
Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan:
Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai  berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.
Janji
Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:
Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.
Komited
Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:
Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan;
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.
Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat;  berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri;  dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.
Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat. 
Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Friday, June 05, 2009

Daulat Tuanku Sempena Hari Keputeraan ke 47

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah
dan Ucap Selamat kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47
Semoga Tuhan Melanjutkan Usia DYMM Tuanku

Tuesday, September 16, 2008

16 September 2008

Hari ini rakyat di Sabah dan Sarawak menyambut hari kemerdekaan mereka melalui Malaysia. Sebagai menyambut hari bersejarah ini, cuti umum diistiharkan.

Today is Sept 16, 2008 - a Public Holiday in Sabah. It was on this day in 1963 that a new nation was born - the Federation of Malaysia. Sabah, Sarawak, Singapore and Malaya together formed this nation 45 years ago.- Aki momogun.

Hati ini juga ditunggu-tunggu oleh rakyat sleuruh negara kerana diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh pertukaran kerajaan.

Pada masa menulis blog ini, aku sambil-sambil switch ke anwaribrahimblog untuk mengikuti siaran langsung sidah media Andar Ibrahim dari Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Siaran itu disiarkan melalui justin.tv. Harap sesuatu yang mengembirakan rakyat Malaysia akan diumumkan. Ada tak blogger yang buat live coverage?

Tuesday, September 02, 2008

16 September - Hari Malaysia?

Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia yang inginkan kemerdekaan sebenar. Apa ada dan akan jadi pada 16 September? Tarikh itu disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh peralihan kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah negara ini sejak 50 tahun lalu akan digantikan oleh kerajaan baru - kerajaan Pakatan Rakyat.

Sememangnya bagi rakyat Malaysia, ianya dinanti-nantikan. Ramai yang sudah muak dengan pemerintahan kerajaan BN selama ini tetapi tidak ada pilihan untuk menukar kerajaan kerana tidak ada sesiapa yang layak untuk menerajuinya. Sekarang apabila sudah ada Datuk Seri Anwar Ibrahim maka, harapan baru Malaysia mula bersinar. Ramai melihat Datuk Seri Anwar lebih berkaliber daripada pemimpin-pemimpin yang ada dalam BN. Ramai melihat empat orang yang berada teratas dalam senarai pemimpin negara sememangnya tidak layak langsung untuk memacu negara ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020 seperti yang disasarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Laporan akhbar.

16 September cuti umum bagi negeri diperintah Pakatan? Syor Anwar dkaji.
Anwar hadir siri pertmuan lompat Pakatan di KL esok.
Anwars path to Putrajaya.
BN Terburai sebelum 16 September.

Monday, June 23, 2008

Blog Di Parliament

Mencatitkan satu posting dari bangunan parlimen.

Hari ini aku menghadiri tugas di parlimen dan hari ini juga bermulanya sidang kedua untuk penggal ini.

Sesi sebelah pagi tidaklah begitu panas walaupun selepas Datuk Shahrir membentangkan usul meminta sokongan MP Barisan untuk menyokong langkah kerajaan menaikkan harga bahan petrolium baru-baru ini.

Walau bagaimanapun MP Bagan, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berdiri untuk membantah dan beliau membangkitkan isu keuntungan Petronas sebanyak RM 80 billion yang sepatutnya keuntungan itu diagihkan kepada rakyat.

Sidang sebelah pagi berhenti rehat sewaktu Tuan Guru Haji Hadi Awang bangun untuk berucap mengenai usul yang sama kerana masa tidak mencukupi. Sidang akan disambungkan pada 2.30 petang.

Wednesday, April 30, 2008

Hari Pertama Yang Panas

Hari ini hari pertama sidang parlimen bagi ahli yang baru dilantik melalui pilihanraya umum yang lalu. Walaupun ahli YB itu sudahpun mula masuk dewan pada 29hb tetapi hanya untuk majlis angkat sumpah sahaja.

RTM juga menyiarkan selama setengah jam siaran langsung sidang itu tetapi akhirnya YB Menteri Penerangan menyatakan yang langkah itu akan ditimbang semula berdasarkan apa yang berlaku dalam sidang pada sebelah pagi. Mengikut YB Ibrahim Ali, apa yang berlaku itu adalah kerana masing-masing hendak mengambil peluang muncul dalam TV.

Seperti biasa pihak kerajaan akan menuduh semua itu adalah tindak tanduk pembangkang. Namun tidak ada sesiapa yang menuding jari kebada YB dari Kinabatangan yang tidak kurang sama menimbulkan suasana hangat itu melalui tindak tanduknya. Jika sekiranya ada geng YB itu seperti Datuk Amiruldin dari Yan dan YB Jasin, saya rasa suasananya akan menjadi lebih hangat lagi. Ini kerana ketiga-tiga ahli YB itu bagi saya gemar menimbulkan provokasi yang menyebabkan pihak pembangkan terpaksa mempertahankan diri. Saya pernah hadir untuk menyaksikan sidang parlimen dan pernah menyaksikan tindak-tanduk mereka ini.

Mungkin kerana sidang kali ini baru sahaja bermula, semua pihak masih lagi anxious, excited dan semangat yang berkobar-kobar membuatkan keadaan menjadi tegang. Kita tunggu dan lihat beberapa minggu lagi atau semasa sidang-sidang berikutnya.

Tuesday, April 08, 2008

Askar Kita Jadi Jaga?

Betapa sedih dan rasa terhinanya aku apabila mengetahui yang askar kit yang disanjung dan dihormati telah diletakkan status setaraf dengan jaga di England.

Akhbar The Star melaporkan bahawa Regimen 1 Askar Melayu Di Raja akan menjalani tugas sebagai "London Public Duties"

KUALA LUMPUR: The Royal Malay Regiment has been selected to perform the prestigious “London Public Duties” in England. The 1st Battalion will represent the regiment.

Malaysia is the fourth Commonwealth nation after Canada, Australia and Jamaica to be given the honour to perform the Public Duties, which has a ceremonial and historic significance.

Nama tugasnya begitu prestigous sekali "London Public Duties" tetapi apakah sebenarnya tugas mereka di sana?

The team will be guarding Buckingham Palace, St James’s Palace, the Tower of London and also Windsor Castle. - Malaysiakini. Tidaklah ini guard namanya? Begitu rendahnya maruah bangsa kita yang pernah dijajah oleh mereka.

Walaupun bagi Askar Melayu ia dianggap sebagai penghormatan kerana diiktiraf dari segi disiplin dan protokolnya, tetapi adakah layak mereka diberi tugas yang sama status dengan pengawal. Apa yang lebih menyedihkan ialah pemergian mereka bukannya dibiayai oleh Kerajaan British tetapi duit rakyat.

He was responding to an announcement by Malaysian Armed Forces public relations acting director Kol Fadzlette Othman Merican that the 122-member team will leave on April 16 for a two-month tour of duty at a cost of RM1.9 million to cover the insurance, attire and flight tickets. - Malaysiakini.

Adakah negara mempunyai begitu banyak duit untuk membiayai satu pasukan askar negara kita yang kewajipan mereka terhadap mempertahankan negara sendiri, patut bibuang begitu sahaja hanya untuk glamour. Rakyat tidak pernah merungut apabila pasukan tentera dan polis kita dihantar untuk misi bangsa-bangsa bersatu kerana ia merupakan tugas kemanusiaan dan untuk keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Tetapi pemergian Regimen Pertama Askar Melayu ialah untuk menjaga keselamatan beberapa individu sahaja dan tugas itu sepatutnya dilaksanakan oleh askar British sendiri.

Kita berbangga yang kita telah merdeka selama 50 tahun tetapi mengapa pemikiran kita masih lagi tunduk terhadap penjajahan? Minda kita masih lagi dijajah. Kita masih lagi menganggap sesiapa sahaja yang dilabelkan sebagai orang putih adalah kategori manusia yang serba tahu dan bijak. Kita masih lagi menganggap orang putih sebagai tuan kita. Kemerdekaan selama 50 tahun yang kita mulakan sambutannya pada 31 Ogos 2007 lalu itu sebenarnya tidak bermakna kerana meredka dalam penjajahan.

Cukuplah pembaziran duit rakyat yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pemerintah. Janganlah kera dihutan disusui sementara anak di rumah mati kelaparan.

BN masih tidak belajar dari PRU 12 yang lalu.

Sunday, April 06, 2008

Sidang Dewan Pertama Tahun 2008

Sidang parlimen penggal pertama untuk ahli yang baru dilantik pada 8hb Mac lalu akan bermula pada 30 April 2008. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia menantikan tarikh tersebut dengan penuh debar dan ghairah. Sidang kali ini adalah berbeza daripada sidang yang lepas-lepas memandangkan kali ini jumlah anggota kerajaan semakin berkurangan sementara anggota pembangkang semakin bertambah. Kali ini dewan bersidang dengan buat pertama kalinya, kerajaan tidak mempunyai majoriti 2/3.

Gambar di bawah saya copy dari laman blog Susan Loone adn dalam blog tersebut beliau menulis;

JUST three weeks ago, they were waging a fierce election campaign and raining accusations on each other. But on Thursday, all that seemed far behind them when the newly-elected and re-elected MPs turned up in Parliament for a briefing.

Gambar kelihatan dua orang ahli dewan muda dari parti berlainan begitu mesra antara satu sama lain seolah-olah tidak pernah ada apa-apa masalah di antara mereka. Inilah sebenarnya yang hendak dilihat oleh rakyat Malaysia. Walaupun berlainan fahaman politik tetapi dalam hal khidmat untuk negara mereka cukup mesra. Kedua-dua ahli dewan ini boleh dikatakan pewaris generasi ahli parlimen masa hadapan yang akan mengambil alih ahli dewan yang veteran sekarang.

Menariknya persidangan parlimen kali ini ialah pembangkang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin politik yang berani dan bersuara lantang. Senarai seperti Lim Kit Siang, Hj. Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Datuk Seri Hj Hadi Awang, Nashrudin Mat Isa, Lim guan Eng, Saifuddin Nasution, Dato' Ibrahim Ali, Karpal Singh ,Gobin Singh Deo, Azmin Ali, N. gobalakrishnan, Tian Chua, Zulkifli Nordin Yusmady Yusof dan sebagainya. Itu tidak masuk lagi cili padi dari Batu Gajah dan Theresa Kok.

Sementara itu di barisan kerajaan orang lama yang sering mempertahankan barisannya sudah semakin pupus. Datuk Mokhtar Raden telah kehilangan orang kanan dan kirinya iaitu Datuk "Kastam" dan Datuk Badruldin dari Yan.

Rakyat pasti menanti satu sidang dewan yang bak kata orang putih, "BN will have their hands full" untuk menentang barisan pembangkang yang mantap kali ini.

Thursday, January 17, 2008

Wajib Pakai Batik Mulai Hari Ini

Mulai hari ini semua kakitangan kerajaan diwajibkan untuk memakai batik sebagai pakaian kerja setiap hari Khamis. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 yang disiarkan di laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Petikan dari Pekeliling tersebut yang menyatakan rasional arahan ini;

LATAR BELAKANG

2. Dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan melalui Surat Edaran JPA(S)TT. 193/37 Jld.4 (86) bertarikh 30 Jun 2005. Arahan ini juga dijelaskan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 iaitu mengenai fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki.

Sehubungan dengan arahan itu CEUPACS mencadangkan agar kerajaan membekalkan baju batik kepada kakitangan untuk membantu meringankan beban mereka. Ini adalah kerana pemakaian baju batik atas arahan dan bukan atas inisiatif kakitangan berkenaan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List