1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Pasar Ramadhan Puncak Jalil

Hari ini rasanya sudah empat hari cuaca tidak cerah. Jika sebelum ini hujan lebat menjelang petang, hari ini mendung dan hujan bagi tak menjadi saja di kawasan Puncak Jalil ni. Ingat nak pergi ke Pasar Ramadhan Seri Petaling kerana di sana harga makanan boleh dikatakan agak murah berbanding pasar Ramadhan lain sekitar kawasan aku tinggal (Pasar Ramadhan Kinrara dan Puncak Jalil). Bila keluar dari kawasan rumah, tengok macam hujan kat area Seri Petaling, jadi ambil keputusan untuk pergi saja ke Pasar Ramadhan Puncak Jalil.

puncak jalil

Pasar Ramadhan Puncak Jalil terletak di Jalan PUJ 2, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan. Kalau nak dikatakan choice makanan macam Pasar Ramadhan lain juga dari segi juadah yang disediakan. Cuma apa yang membezakan ialah harga. Sebab itu aku mengatakan di Seri Petaling lebih murah.

Di sini satu jag air tebu berharga RM 4.00 berbanding dengan di Seri Petaling. di Seri Petaling ada dua orang penjual. Seorang jual dengan harga RM 3.50 sementara seorang lagi dengan harga RM 3.00. Kedua-duanya siapkan icu tube.

Makanan yang pasti aku tidak miss ialah murtabak. Setiap petang wajib beli murtabak dia biji. Satu daging dan satu lagi ayam. Murtabak Seri Petaling bagi aku lebih sedap yang dijual oleh Restoran Miraasa. Restoran Miraasa ni antara restoran yang popular di Seri Petaling. Harga murtabak sebiji RM 2.50. Di Puncak Jalil sebiji harganya RM3.50. Harga lain-lain makanan entahlah. Rasanya kuih sama saja harga iaitu 40 sen sebiji dan jika hendak lebih murah belilah 5 biji boleh dapat RM 2.00. Namun ada juga satu dua peniaga yang masih menjual kuih dengan harga tiga RM 1.00. Yang tiga RM 1.00 barulah dikatakan murah, kan? Sebiji 40 sen jadi kalau beli 3 jimat 20 sen. Jika beli lima mana ada jimatnya? Sama sahaja. Hanya otak kita yang tertipu oleh taktik peniaga.

Memang aku dah tak nak beli murtabak kat Puncak Jalil sebab harganya yang tinggi itu. Setahu aku ada dua orang peniaga murtabak di sini. Satu gerai menjual murtabak biasa sementara satu lagi murtabak Singapore. Murtabak biasa harganya RM 3.50 sementara murtabak Singapore RM 8.00. Mula tu ingat mahalnya harga murtabak Singapore ni. Bila tengok saiz murtabak itu memang besar. Pada pengamatan aku tiga kali ganda berbanding murtabak biasa. Nak makan seorang sure tak habis punya. 

Hari ini nampak satu lagi gerai murtabak, mungkin  baru dibuka atau aku terlepas pandang semasa ke sana sebelum ini. Ia terletak agak ke penghujung gerai.

Petaling-20110815-00122

Tanda harga besar bertulis  Murtabak Maggi RM 2.50.  Aku mendekati gerai itu sebab harganya RM 2.50. Rupa muertbak nampak lain dari yang lain. Penjual itu memberitahu ni murtabak maggi. Kulit murtabak bukannya tepung tetapi hanya menggunakan maggi. Tak tahu macam mana dia buat, kerana pada masa aku ke sana sudah ada banyak murtabak siap untuk dijual dan tidak ada proses memasaknya. Terdapat dua jenis iaitu daging dan ayam. Rasa? ……lebih banyak terasa macam maggi kerana mungkin kandungan intinya (ayam ,daging) tidak banyak. 

Hari ini terjumpa satu lagi kuih yang menarik perhatian. Sebiji Doughnut dan kuih pelita gergasi. Apabila tanya penjual itu, berapa harga sebiji, dia cakap tu tak jual. Bila aku tanya siapa nak makan? Dia cakap penjual makan sendiri. Ah,……untuk berbuka tu. Kedua-dua sample itu hanya untuk menarik perhatian bakal pembeli. Kan aku menghampiri gerai itu sebab ternampak kuih gergasi itu. Tengok ni, sebiji dah penuh bekas plastik tu dan bandingkan kuih pelita dengan sudu di sebelahnya.

Petaling-20110815-00120Petaling-20110815-00121

Tuesday, March 09, 2010

Blog Jamban

Saya terkejut campur geli hati apabila menjumpai twit seorang blogger yang saya ikuti. Blogger MissyCheerio telah tweet begini, OMG, I just found a blog "world of toilets". Apa pendapat anda? Geli hati? Tak terlintas di fikiran saya ada orang yang sanggup tulis tentang jamban. Selalunya blogger akan mencari dan menulis sesuatu yang menyenangkan; agama, cinta, pengalaman, makanan, fotografi dan sebagainya. Tetapi blogger ini telah memilih satu topis yang saya rasa tidak ada blogger mahu tulis tentangnya. 

Sewaktu saya membuat posting ini blog jamban ini sudah pun ada 32 orang peminat jamban dengan 2915 orang yang sakit perut dan diuruskan oleh: 
This weblog is under the advisory of CP-TAG USM (CSR & Philanthropy Transdisciplinary Action Group)
Chairperson: Dr. Reevany Bustami
Universiti Sains Malaysia

Ini bermakna blogger ini pasti akan menjadikan jamban sebagai destinasinya setiap kali sampai ke sesuatu tempat. Walaupun tulisannya jamban, tetapi sekurang-kurangnya dia telah melakukan sesuatu yang positif terhadap tempat yang orang ramai menghabiskan sebahagian masanya untuk qada hajatnya. Kini saya rasa jamban akan mula menjadi tempat yang diberikan perhatian oleh pengurus bangunan awam. 

Awaslah pengurus bangunan awam. Jangan sampai skuad jamban memberi komen yang negatif terhadap jabman-jamban di bawah kendalian anda. 

Monday, November 02, 2009

Orang KL Pun Sesat

Pagi tadi aku keluar KL. Pergi kat Nuffnang untuk ambik hadiah yang aku menang dalam peraduan menulis blog Projek Alpha. Hadiah pertama lagi tu. Macam biasa aku keluar dengan menaiki LRT saja. Naik LRT ni relaks sikit. Selesa dan tak stress sangat berbanding driving. Lagi pun memang confirm 20 minit pasti sampai Kl. Selalunya aku turun kat Stesen Sultan Ismail, tetapi hari ini sengaja turun kat PWTC. Memang jauh sikit la, tapi sekurang-kurangnya akudapat jalan dan bersenam sambil-sambil.

Kira ada keuntungan juga bila berjalan dari PWTC. Ambil short cut ikut lorong-lorong aku nampak beberapa kedai yang jual barang secara borong. Rupanya di sinilah penjual pasar malam dan kaki lima mendapatkan barangan mereka. Sekarang aku dah ada sedikit pengetahuan, jika sekiranya nak buat jualan di masa  akan datang. Mungkin selepas ini aku akan tengok barang yang sesuai untuk dijual di kedai web aku.

Sampai Heritage House macam biasa kena tulis nama kat buku pengawal di lobby. Dah beberapa kali pergi ke Nuffnang, kali ini aku disambut oleh gadis yang sama juga dan dia tah tahu aku datang untuk menuntut hadiah. Dah kenal pun dan dia dah tahu tujuan kedatanganku. Oleh kerana kali ini aku dapat hadiah pertama, dapat dua beg la.

Balik aku ikut Stesen Bandaraya. Jaraknya aku rasa lebih kurang sama sekiranya nak be Sultan Ismail.

Hari ini kali pertama aku buat kesilapan masa naik LRT. Tengok kat papan crawler tertulis Tren ini ke Sri Petaling. Tren berikut ke Ampang. So bila tren sampai aku pun naiklah tanpa melihat lagi pada kepalanya tulisan destinasi.

Bila hampir sampai ke Stesen Chan Sow Lin memang pemandunya ada mengumunkan bahawa tren akan sampai ke Stesen Chan Sow Lin. Tak berapa jelas kedengaran pengumumannya tetapi ada juga terdengar Sri Petaling di akhir ayatnya. Bila sampai di Stesen Chan Sow Lin, aku tengok kat signboard tertulis Tren ini ke Ampang. Tren berikut ke Sri Petaling. Eh, mana betul ni. Di Stesen Bandaraya ditulis Sri Petaling. Aku tengok juga ada seorang pemuda yang sama-sama kat dalam tren tidak turun. Tadi masa kat Stesen Bandaraya, ada seorang pakcik tanya dia tren ini ke Sri Petaling ke? Dia jawab ya. Jadi  aku yakin tren akan ke Sri Petaling. Dalam berdebar tu, rupanya tren menuju ke arah Ampang. Sudah!!

Aku mengambil keputusan untuk turun di Stesen Miharja dan patah balik ke Chan Sow Lin. Rupanya bukan aku seorang sahaja yang terkena. Beberapa orang lagi pun sama juga macam aku. Tak tahulah pakcik tu, entah-entah dia sampai ke Ampang. Jenuh nak kena patah balik sebab dia nak ke Sri Petaling juga.

Friday, September 25, 2009

Jika Saya Patahkan Gelang Anda, Anda Kena Melakukan Seks

Menarik juga artikal dalam Metro yang aku baca pagi ini. Gelang seks cetus kebimbangan. Ianya mengenai trend kanak-kanak di Britian yang gemar membeli dan memakai gelang yang dinamakan "Sex Bracelets". Gelang ini mendapat sambutan kanak-kanak yang tidak tahu apa erti sebenarnya perkataan seks itu.

Saya rasa artikal ini dipetik dari akhbar News of The World di bawah tajuk "If your bangle breaks you must have sex". Gelang itu dihasilkan dalam warna-warni- oren, merah, biru, hitam dan berbentuk nipis tetapi telah menyebabkan ia menjadi perhatian. Gelang ini sebenarnya dipopularkan oleh Madonna dan bintang-bintang pop sejak tahun 80an. Ia hidup semula di kalangan remaja dan kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat. Namun kemunculan kali ini adalah lebih menarik kerana setiap warna mempunyai mesej yang menjanjikan untuk melakukan hubungan seks melalui permainan 'snap'

Jika seseorang dapat mematahkan gelang yang si pemakai, contohnya yang berwarna oren (atau unggu) maka dia akan mendapat ciuman. Merah untuk tarian lap. Biru untuk seks oral. Hitam untuk bersetubuhan dan sebagainya. Baca seterusnya di NOW.

Adalah diharapkan budaya ini tidak akan menular ke dalam masyarakat kita yang akan menambahkan keparahan nilai sosial mereka.


Thursday, August 06, 2009

Ramai Ambil Kesempatan

Nampaknya ramai pihak yang cuba menangguk di air keroh susulan dari tindakan polis khususnya FRU menngujudkan keadaan kelam kabut dalam perhimpunan mansuhkan ISA di Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. Dah enam hari ianya berlalu, namun pihak media masih lagi membesar-besarkan insiden itu dengan menyiarkan tuntutan ganti rugi dari penganjur. Bagi saya ganti rugi sepatutnya di tuntut dari FRU kerana mereka tidak melaksanakan tugas iaitu mengawal keamanan tetapi sebaliknya mengujudkan suasana huru-hara.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Oleh kerana kerajaan negeri ialah Pakatan Rakyat maka, pembangkan pun mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan menyebelahi pihak penduduk. Apa yang dikesalkan ialah pihak pemaju yang mewakili pemilik projek yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan kawasan itu. Ini kerana pemilik ialah Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi kita bertanya kerajaan mana yang mereka berkhidmat. apakah mereka masih lagi setia dengan pembangkang di Pulau Pinang? Jika demikian mereka menderhakan kepada kerajaan persekutuan ialah akur kepada government of the day. Apakah Koperasi Kakitangan Kerajaan Pulau Pinang masih bermimpi dan tidak menyedari bahawa kerajaan Pulau Pinang ialah Pakatan Rakyat dan bukannya Be End. Jika mereka masih setia dengan kerajaan yang ditolak rakyat, maka sepatutnya mereka mengubah perlembagaan dengan menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Pembangkang Pulau Pinang.

Selangor pun tidak lepas dari pihak yang menangguk di air keroh. Ia juga melibatkan pembangkang. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan cara yang ilegal seperti di Perak. Bila PAS melenting hasil tindakan seorang Exco mengarahkan pihak MBSA mengembalikan rampasan minuman keras kepada pemiliknya, maka Pemuda UMNO pun mengambil kesempatan dengan menyokong Pemuda PAS.


Email Sampah Mencari Downline

Hari ini dapat lagi email yang sudah aku mark spam tetapi masih boleh terlepas dari filter Gmail.
Email ini macam biasa hendak mempengaurhi penerimanya untuk terperangkap sebagai downline. Aku memang dah tak yakin lagi dengan business secara downline ni. Apa lagi yang baru nak mula bertapak.

Tajuknya SHOPPING DAPAT DUIT. Start saja email dah nampak KEAUTAANnya. Beginilah permulaan ayat. You all dapat tangkap tak keAUTAannya? Nah, baca line ni yang aku salin bulant-bulat.

Baru dua minggu dilancarkan kini lebih 100 orang mendapat pendapatan lebih dari RM 10,000 sebulan.

Dapat tangkap tak? Baru dua minggu di lancarkan macam mana boleh dapat pendapatan untuk satu bulan?

Perniagaan macam ini memang sukar hendak dipercayai.

Mengikut penerangannya ia lebih kurang macam debit card. Pemilik dikehendakki membuat tambahnilai untuk berbelanja.

Dari guna kaedah macam ini, adalah lebih baik buka akaun dari bank yang mengeluarkan kad debit yang boleh berfungsi sebagai kad kredit. Kad debit walaupun berfungsi macam kad kredit, ia lebih selamat kerana anda berbelanja berdasarkan jumlah simpanan yang ada dalam akaun anda. Lagi pun anda boleh gunakannya di seluruh dunia sementara kad SVR yang diiklankan itu hanya untuk merchant yang mengambil bahagian sahaja. Jadi mana lebih menyenangkan anda sebagai pengguna?

Sunday, July 05, 2009

Alamak PakLah Nak Main Paintball?



Hari Ahad, tak tahu nak buat apaPagi tadi aku pergi ke ASTAKA di Petaling Jaya. Kali ini pergi bukan untuk berlatih paintball tetapi setakat nak tengok-tengok orang lain main dan berlatih. Sampai sana tengok ramai orang datang main. Rupanya ada pertandingan paintball bagi kakitangan Sapura Group. Rasa tak rugi datang walaupun dengan menunggang motorsikal. Inilah kali pertama menunggang motorsikal dari rumah ke ASTAKA.

Sewaktu berada di sana, tak sangka rupanya dapat menatap wajah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya Toh Puan Jeanne Abdullah. Tengok secara live la. Dulu masa dia jadi PM, tek pernah pun nampak dia secara live begitu.

Pak Lah datang bukan untuk main paintball tetapi masuk silap jalan kot. Dia masuk melawan arus. Sepatutnya jalan untuk keluar, dia masuk. Pandu kenderaan sendiri dan ada rider lagi. Rider pun bawa dia masuk melawan arus? Kalau orang awam dah kena dah tu. Tapi dek kerana polis yang escort tak apa la.
Jadi tak hairanlah Unit dari PDRM ni pun ada.
0
0
0
0
0
0


Thursday, January 08, 2009

Dara Seorang Wanita Tiada Nilai Lagi?

The Star pada 5 Januari yang lalu melaporkan tentang "Tudung Clad Teens who are hooked on sex". Adakah berita ini memaranjatkan atau sesuatu yang sudah lama berlaku tetapi tidak pernah mendapat perhatian media. Seorang pembaca dari New Zealand, Steffie Yin memberikan respons yang disiarkan dalam akhbar yang sama pada 7 Januari 2009, "Shocked by sexploits of teens"

Persoalan pertama ialah adakah yang memakai tudung itu tidak melibatkan diri dengan aktiviti seks bebas? Tudung merupakan antara pakaian wajib dalam Islam untuk menutup salah satu aurat pada tubuh wanita. Tetapi kini tudung bukan lagi dipakai sebagai satu kewajipan tetapi dijadikan sebagai satu fesyen. Ramai wanita memakai tudung bukan lagi kerana kewajipan tetapi trend. Masalah memakai tudung sebagai trend ini lah yang menyebabkan tudung bukan lagi sebagai satu alat untuk menghidarkan seseorang wanita itu melibatkan diri dengan aktiviti seks bebas. 

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan lagi apabila kita melihat wanita bertudung berkepit dengan lelaki di tempat awam seperti gedung besar di bandaraya. Begitu juga terdapat wanita bertudung berasmara dengan lelaki di tempat-tempat sunyi, khususnya taman-taman awam. Inilah akibatnya juka tudung dipakai hanya sebagai trend dan bukan kerana kewajipan menutup aurat. 

Apa yang di tulis dalam artikal pertama itu sememangnya sesuatu yang mengaibkan bukan hanya kerana ia sebut sebagai wanita bertudung tetapi kerana mereka masih remaja. 

A GROUP of Muslim tudung-clad girls were not ashamed to say they were no longer virgins, with some admitting they became pregnant at 15,Metro Ahad reported.

Some even said they lost their virginity at the age of 10, while others claimed they had multiple sex partners. 

Dara atau hymen adalah merupakan satu-satunya tanda pada seorang gadis yang membuktikan dia masih suci dan ia adalah salah satu perkara yang diambil berat pada malam pertama pasangan yang berumahtangga. Tetapi dengan arus kemodenan perkara itu semakin tidak dijadikan penilaian lagi. Besar kemungkinan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh seseorang wanita itu boleh menyebabkan hymennya terkoyak dan menghilangkan tanda ia masih dara. Namun pengakuan secara terus terang seperti yang dilaporkan dalam media sesuatu yang sememang patut kita memberi perhatian. 

Pengakuan remaja itu menunjukkan bahawa bagi mereka dosa dan pahala bukan lagi sesuatu yang penting dalam hidup. Apa yang penting ialah tunduk kepada desakan nafsu. Sekiranya dibaca pengakuan-pengakuan yang dibuat itu sememangnya membuatkan kita beristighfar. Inilah generasi yang akan menggantikan kita beberapa tahun akan datang. 

Sunday, January 04, 2009

Awal 2009

2009 bermula dengan kesedihan dan tanda-tanda yang negatif. Di Timur Tengah, Gaza terus dibuli oleh Yahudi Isreal Laknatullah. Dari serangan udara kini mereka teruskan serangan darat pula. Sementara saudara-saudara mereka di sekeliling hanya melihat kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berupaya terus didera dan di perbinatangkan oleh Zionis. Malah lebih malang lagi mereka juga bersekongkol dengan negara Yahusi itu untuk menganiayai saudara mereka di Gaza. Isreal bukanlah besar mana jika dibandingkan dengan negara-negara Arab jika mereka bersatu. Semoga Allah turunkan kemenangan kepada penduduk Palestin. 

Di negara kita, dikejutkan dengan kemalangan yang meragut 10 nyawa di kilometer 21 Jalan Gua Musang - Kuala Krai. Pada ambang tahun baru kita juga dihidangkan dengan penyerbuan pihak berkuasa di satu pesta seks (yang kemudiannya ditukar sebagai pesta dadah) dan melibatkan seorang penyampai berita Astro Awani, Farahrizan Abdul Razak dan seorang lagi selebriti yang masih belum diketahui identitinya. 

Dalam bidang ekonomi pula screenshot telah membuat satu posting bertajuk 'Kuala Clowns'. Antara kandungannya ialah nasihat dari Dubai dan Abu Dhabi agar tidak membuat pelaburan di Malaysia. Baca seterusnya..... 

Apakah tahun 2009 akan terus diwarnai dengan berita yang tidak enak? 

Friday, January 02, 2009

Pesta Seks Di Kuala Lumpur

Tahun 2008 sudah meninggalkan kita dengan penuh peristiwa pahit dan manis. Bagi saya yang paling manis ialah kejayaan Pakatan Rakyat menawan 5 negeri di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga tahun 2009 ini akan lebih cemerlang bagi PR. Tentunya tidak adayang lebih mengembirakan rakyat Malaysia jika kerajaan pesekutuan juga ditadbir oleh PR. 
Berita yang boleh dikatakaan mengemparkan di awal tahun baru ini ialah tentang sambutan ambang 2009. Selain kesedihan mendengar berita tentang kekejaman zionis Isreal membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa ialah tentang penahanan seorang pembaca berita sebuah tv swasta dan juga seorang aktress yang menghadiri sebuah party seks di awal pagi tahun 2009. Mereka menghadiri parti seks itu di sebuah hotel 4 bintang di Jalan P.Ramlee di Kuala Lumpur. Kononnya pesta seks yang dirancang di Johor Bharu besar kemungkinan tak jadilah sebab dah masuk akhbar dan tentunya masyarakat dan pihak berkuasa sudah pasti akan berjaga-jaga untuk mencegahnya. 

Tup-tup, di Kuala Lumpur pula ada pesta seks itu. Apa yang lebih menarik perhatian ialah penglibatan selebriti. Sekarang tentunya orang ramai tertunggu-tunggu nak tahu siapa selebriti yang melibatkan diri dan sanggup menghadiri parti seks itu. 

Gambar di atas di ambil dari Berita Harian Online sementara di sebelah dari The Star Online

Macam nak kenal je.....hmmm...nilah yang akan menjadi teka teki, siapa dia....

Tuesday, December 30, 2008

Seks Diambang 2009

Tahun baru akan menjelang dan kehangatannya sudah mula terasa. Berita melaporkan satu parti seks akan dianjurkan di sebuah kawasan berhampiran pantai di Johor. Memang hangatlah kalau seks dihidangkan sebagai menu untuk menyambut tahun baru. Lebih tepat lagi seks bebas. Sememangnya seks adalah satu-satunya item yang jarang ditolak oleh manusia. Seks sebagai salah satu keperluan asas manusia sudah dijadikan sebagai satu bahan perdagangan sama ada untuk mencari rezeki mahupun untuk melariskan jualan. 

Laporan di dada akhbar dan juga TV ada menyiarkan tentang usaha untuk menganjurkan party seks ini yang dinamakan Under-wear-off. Lebih menghiburkan lagi ialah pengunjung parti ini tidak digalakkan memakai seluar dalam sementara bagai wanita pula jika hendak pakai pun hanya G string. Bestnyer kan? 

Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM 200 dan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun penganjur sebelum menghadiri parti itu. Dengan bayaran itu dimaklumkan pengunjung boleh menikmati seks bebas dan mereka telah mengumpan wanita sebagai dorongan untuk menarik lebih ramai lelaki menghadirinya. Kononnya terdapat terlalu ramai wanita dan kekurangan lelaki. Jadi bagi lelaki yang menghadiri parti ini sudah semestinya berpeluang menikmati tubuh ramai wanita kerana dalam suasana nafsudi kawal arak tidak ada lagi rasa malu. Lelaki yang akan hadiri sudah semestinya menjadi kuda jantan untuk memenuhi keinginan nafsu wanita yang ramai itu. 

Sememangnya nasihat pihak berkuasa kena pada masanya walaupun kemungkinan sudah ada yang menjadi mangsa. Iamungkin satu penipuan kerana bakal pengunjung dikehendakki meletakkan deposit RM 100 ke dalam  akaun penganjur sebelum mereka memberikan maklumat lanjut dan apabila nama mereka disenaraipendekkan. Banyak persoalan harus ditanya sebelum mengambil keputusan untuk memasukkan deposit. Antaranya, bagaimanakah mereka akan pasti wang itu akan dipulangkan jika mereka tidak berjaya? Dunia hari berbagai cara digunakanuntuk menipu lebih-lebih lagi melalui internet, dunia tanpa sempadan ini. 

Bagi pihak berkuasa sememangnya senang untuk mencekup penganjur ini melalui akaun bank  mereka dan semoga sebelum ramai menjadi mangsa, tindakan pantas patut diambil. Saya yakin tindakan sedang diambil

Tuesday, November 18, 2008

Mogok Bogel- Best Ni

Eh betul kah dengar kata dia orang nak mogok bogel membantah kenaikan kadar sewa rumah PPR di Selangor. Wulamak! berani betul dia orang ni. Ingatkan di barat sahaja ada perkara macam ni. Rupanya rakyat Selangor ni memang cukup maju. Sesuailah dibrandkan sebagai negeri termaju di Malaysia. 

Lagi best kalau disiarkan oleh RTM dan TV3 kerana stesen-stesen ni memang hari-hari nak korek kesalahan kerajaan. At least ramai yang tahu bahawa rakyat Selangor ni dah matang dan advanced sehingga sanggup berbogel di khalayak ramai. Best ni kalau pergi tengok mogok bogel. Tentu yang turut serta lelaki dan perempuan sebab yang terlibat sama dari kedua-dua jantina. Bestnye. Bila lagi nak tengok nih. Di Malaysia ni bukannya ada pantai untuk nudist. So nak tengok kena pergi depan pejabat MB Selangor. Harap juga Utusan dan BH siarkan di muka hadapan kerana ini adalah pertama kali dalam sejarah: Mogok bogel. 

Monday, October 27, 2008

Caca Merba Cari Makan

Macam-macam cara orang cari makan. Dahulu sewaktu aku melawat Venice Beach di Los Angeles, aku dapat lihat berbagai cara orang mencari makan. Ada seorang lelaki kulit hitam menunjukkan kebolehannya berjalan atas kaca dan juga terjun ke atas longgokan kaca. Di samping itu ada juga seorang wanita yang sudah lanjut usianya, memakai bikini yang seksi dan sesiapa yang ingin mengambil gambar dengannya dikenakan sedikit bayaran.

Wanita lanjut usia ini memakai bikini untuk menarik perhatian orang ramai di Venice Beach, Los Angeles untuk mencari rezeki.


Lelaki ini melakukan stunt dengan memijak kaca di Venice Beach, Los Angeles.

Hari ini sewaktu bersiar-siar di Bukit Bintang, aku ternampak ada usaha seperti itu dilakukan. Pertama aku nampak seorang lelaki yang berlagak sepertti patung emas dan kedua seorang lagi kali ini sebagai patung berwarna peraka pula. Lagak seperti ini adalah antara cara untuk mencari reseki. Memang mudah bukan? Duduk sahaja dan orang ramai akan menderma sebagai menghargai usahanya dari aspek hiburan walaupun menjadi patung. Adakah ini lebih baik dari menghulur tangan untuk memagi simpati dari orang ramai? Saya tidak pasti berapa lama sudah usaha seperti lelaki ujud di bandaraya Kuala Lumpur tetapi lama kelamaan pasti akan ada lagi yang meniru mungkin dengan aksi dan lagak yang lain pula.

Ada satu ketika dahulu sekumpulan pemuzik jalanan dari Colombia bermain musik sambil menghibur orang ramai dengan lagu irama Colombia mereka. Disamping bermain musik dan mendapat derma dari orang ramai, mereka juga menjual CD lagu-lagu tradisi Colombia itu.


Saturday, September 06, 2008

Hari Keenam Puasa Ramadhan

Hari ini sudah masuk enam hari berpuasa. Aku mulakan hari ini dengan menghadiri satu kuliah subuh yang diadakan di surau tempat aku tinggal. Kuliah subuh itu bertajuk Ramadhankan Diri yang di sampaikan oleh Ustaz Emran Selamat dari Wangsa Maju.

Dalam kuliahnya itu Usta Emran mengajak semua jemaah yang hadir pada pagi tadi untuk menjadikan sepanjang tahun dalam hidup ini seperti mana kita meraikan bulan Ramadhan. Jangan hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita bersungguh-sungguh meningkatkan ibadah tetapi sebaik sahaja masuk Syawal, kita kembali kepada keadaan asal. Itulah rumusan yang aku dapat hasil daripada mendengar kuliah itu.

Balik dari kuliah subuh aku terus menghidupkan laptop dan macam biasa semak email. Salah satu email yang aku respons ialah tentang satu survey yang dilakukan oleh Planet Pulse. Baca tulisan aku di sini. Ah, baru sahaja balik dari kuliah Subuh dah buat dosa dah. Manusia, manusia.

Pada hari Khamis lalu Pak Samad Ismail kembali ke rahmatullah pada usia 84 tahun. Dapat juga Pak Samad mengecapi usia sehingga 84 tahun. Aku ni entah bila masanya akan dipanggil pula oleh Ilahi untuk mengadapnya. Sekarangni pun aku sudah cukup bersyukur kerana pada usia 54 tahun Allah masih lagi mengurniakan kepada ku kesihatan. Sehingga aku menulis blog ini, aku masih lagi dalam keadaan sihat. Belum ada penyakit kencing manis, jantung atau darah tinggi. Alhamdullillah..............

Pak Samad kembali ke Rahmatullah pada petang Jumaat dalam bulan Ramadhan dan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Innalillah hi innalillah hi rojiun. Al Fatihah kepada Pak Samad.

Esok para MP BN akan bertolak ke luar negara untuk satu lawatan sambil belajar yang dilakukan secara tergesa-gesa. Rombongan itu akan berada di luar negara, entah tempat mana nak lawat pun tak tahu, apa yang nak di belajar pun tak tahu, sehingga selepas 16 September. 16 September! Oh tu tarikh sasaran Datuk Seri Anwar nak membentuk kerajaan baru. Tu tarikh Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, program 'dah nak terberak baru gali lubang jamban' ia di lihat sebagai satu usaha nak gagalkan rancangan PR. BN ni ingat rakyat Malaysia macam budak TADIKA yang boleh dibohongi di waktu siang.

Wednesday, July 30, 2008

Susah Senang Urusan Dengan Jabatan Kerajaan

Baru-baru ini aku kena memperbaharui cukai jalan kereteku yang akan tamat tempohnya. Selepas membeli insurans aku tercari-cari pula kad pendaftaran tetapi tidak jumpa. Maka aku klasifikasikannya sebagai hilang. Lagipun kad pendaftaran tu pun dah penuh ruang untuk dicetak maklumat pembaharuan cukai jalan dan sememangnya terpaksa mendapatkan kad yang baru. Aku ingatkan prosesnya mudah kerana tahun lepas aku juga telah memohon untuk mendapatkan kad gantian bagi satu lagi kenderaan milikku yang juga hilang. Hanya isi borang, bayar yuran yang dikenakan dan dalam masa setangah jam dah dapat kad yang baru. Masa tu buat kat JPJ di Seremban. Tetapi kali ini prosesnya menjadi cukup rumit.

Aku pergi ke JPJ di Setapak dan baru tahu bahawa ada banyak langkah aku perlu lakukan. Petugas di bilik perkhidmatan pelanggan memberikan aku borang dan menerangkan apa yang aku perlu buat. Ini langkah-langkah yang terpaksa aku ambil.

1. Buatkan laporan polis tentang kehilangan tersebut. Aku buat laporan di Balai Polis Sungai Besi dan sudah biasalah. Salinan repot polis dikenakan caj RM 2.00.

2. Aku kena bawa kenderaan ke PUSPAKOM untuk diperiksa oleh mereka. Jadi hari kedua aku bawa kenderaan ke PUSPAKOM di Cheras. Pihak PUSPAKOM minta maklumat tentang kenderaan dan aku tunjukkan polisi insurans yang baru dibeli. Dalam policy schedule ada tercatit perincian tentang kenderaan tetapi pihak PUSPAKOM tidak terima. Jadi pagi itu aku tidak kenderaan aku tidak dapat diuji. Terpaksa pula aku ke JPJ dan kali ini aku ke pejabat JPJ di Kompleks Pertama sahaja kerana lebih dekat dan aku boleh pergi dengan menaiki LRT sahaja. Untuk mendapatkan salinan maklumat kenderaan kena isi borang dan dikenakan dkenakan ialah RM 20.00. Sebelah petang aku bawa semula kenderaan untuk diuji.

Sewaktu di PUSPAKOM, aku mengambil keputusan untuk melapor pertukaran enjin yang dibuat pada tahun 2003 lalu. Jumlah dikenakan untuk semua urusan itu ialah RM 60 (RM 25 untuk ujian kenderaan dan Rm 35 untuk pemeriksaan pertukaran enjin). Settle.

3. Langkah seterusnya ialah pergi ke JPJ untuk urusan mendapatkan salinan kad pendaftaran. Rupa-rupanya kali pertama itu masih belum berjaya kerana selepas disemak, tidak ada resit pembelian enjin walaupun salinan surat pelepasan kastam sudah dikepilkan bersama. Reject.

Aku terpaksa balik semula ke worksyop untuk tujuan mendapatkan resit pembelian enjin. Seingat aku, tidak menerima resit itu kecuali surat pelepasan kastam. Dari situ aku kena pergi pula ke kedai di mana worksyop membeli enjin dan di situ aku dapat salinan resit berkenaan tetapi dikenakan RM 30.00 oleh kedai berkenaan.

4. Aku ke JPJ sekali lagi dan kali ini permohonan berjaya. Aku mendapat salinan kad pendaftaran baru.

5. Pergi semula ke AAM untuk mengubah tarikh sah laku insurans tetapi dimaklumkan bahawa aku tidak perlu membuat sebarang bayaran tambahan.

6. Pergi Pejabat Pos Semarak bersebelahan FELDA untuk memperbaharui cukai jalan dan dapat rebat Rm 625.00 tunai serta merta.

Susahnya berurusan dengan jabatan kerajaan rupanya.


Thursday, July 10, 2008

Matematik

Sesuai dengan tajuk blog ni caca merba, isinya pun caca merba.... Saya dapat ni dari sebuah Yahoo Group...

ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance

Smart man + dumb woman = affair

Dumb man + smart woman = marriage

Dumb man + dumb woman = pregnancy

OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit

Smart boss + dumb employee = production

Dumb boss + smart employee = promotion

Dumb boss + dumb employee = overtime

SHOPPING MATH

A man will pay $2 for a $1 item he needs.

A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.

A man never worries about the future until he gets a wife

.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

A successful woman is one who can find such a man.

HAPPINESS

To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.

To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

LONGEVITY

Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.

PROPENSITY TO CHANGE

A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

DISCUSSION T ECHNIQUE

A woman has the last word in any argument.

Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

SEND THIS TO A SMART WOMAN WHO NEEDS A LAUGH AND TO THE SMART GUYS YOU KNOW CAN HANDLE IT.




Yang Dikatakan Manusia - Ustazah Pun Kena Cekup

Satu laporan dalam myMetro bahawa seorang ustazah kena cekup oleh sepasukan penguatkuasa JAWI di sebuah kondo mewah. Ustazah dalam lingkungan 40an itu ditahan bersama pasangannya yang juga seorang warga pendidik berusia 50an dan ketua sebuah Jabatan sebuah institusi latihan terkenal. Ini hasil laporan orang ramai. Sewaktu serbuan dibuat pasangan tersebut berkurung di dalam Kondo Vista di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak dalam keadaan yang syak.

Pasangan tersebut gagal membuktikan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah atau muhrim.

Maksiat tidak kenal status rupanya.

Sunday, January 20, 2008

Titian Glamour

Selepas kisah Faizal Tahir menjadi satu isu panas dan polimik kerana membuka baju dalam satu konsert yang disiarkan secara langsung di sebuah stesen TV swasta, terdapat satu lagi isu panas yang juga melibatkan artis baru. Kali ini pula seorang artis perempuan yang baru hendak menjadi glamour.

Memang tak habis-habis kisah tentang atris kerana mereka ini adalah hak masyarakat. Mereka mempunyai ramai peminat dan ta kurang juga musuh dalam selimut. Untuk naik dan menjadi popular mesti ada cakar mencakar. Kata orang jika tidak takut dilanda ombak, binalah rumah di tepi pantai. Dulu kita dengar kisah aktres Zarina Zainudin kemudian Wan Nor Azlin dan selepas itu timbul pula isu Nasya Aziz dirakam CCTV di rumah sewaannya.

Memang untuk menjadi popular, satu cara pantas ialah timbulkan kontraversi. Sebaik sahaja timbul isu mengenai sesoorang itu, maka ia akan terus menjadi tarikan masyarakat. Baru-baru ini ramai orang tercari-cari video Datuk Chua. Kesannya dari sensasi yang ditumbulkan oleh media cetak dan elektronik.

Kini berita yang menjadi sensasi ialah tentang pelakon baru naik Zarina Ann-Julie yang berlakon dalam Anak Pontianak.

Saya tak mahulah nak tulis panjang kerana banyak orang dah dan sedang menulis tentang tajuk ini.

Pautan

Seorang Pembaca minta TV3 Haramkan Anak Pontianak.
Its Zarina.
Faizal Tahir dan AJL.

Thursday, January 17, 2008

Ketagih Seks Tak Kira Usia

Kita sering juga mendengar tentang seks terlarang dari semasa ke semasa. Kisah bagaimana bapa merogol anak kandung sendiri. Kisah hubungan abang dengan adik dan macam-macam lagi. Seks adalah satu keperluan dalam hidup sama ada manusia mahupun haiwan. Islam sendiri telah menetapkan garis panduan untuk hal-hal berkaitan seks agar ianya dinikmati secara sah dan halal. Nanum sudah menjadi lumrah manusia, yang ditegah itu yang paling nikmat. Sama seperti makanan; yang dicuri lebih sedap daripada yang diperolehi secara sah dan halal.

Hari ini Berita Harian menyiarkan satu kisah yang ada hubungkait dengan seks. Warga emas ketagih seks diburu. Begitulah tajuk yang disiarkan.

Dilaporkan polis sedang mengesan seorang warga emas berusia 60 tahun yang melakukan gangguan seksual, termasuk mengajak anak tirinya melakukan hubungan seks ketika ketiadaan isterinya dan suami mangsa di sebuah Felda di Muadzam Shah. Baca selanjutnya.

Monday, December 24, 2007

Nak Cari Makan

Kali ini aku nak tulis blog tentang cari makan. Sama ada di lebuhraya atau di sekitar Kuala
Lumpur ada satu cara untuk orang cari makan atas "kemalangan" orang lain khususnya terhadap penunggang motorsikal. Perkhidmatan menampung kebocoran dan menukar tiub dan mereka meletakkan iklan di merata tempat. Sama naik dengan Ahlong yang melekatkan iklan mereka tak kira tempat sehingga mencacatkan pemandangan.

Bagi khidmat menukar tiub ini mereka memberi tumpuan di stesen minyak khasnya kawasan pam angin atau mana-mana tempat yang dianggap menjadi tempat penunggang motorsikal berhenti.

Tiga keping gambar yang aku paparkan dalam blog ini sebagai antara contoh tempat yang menjadi sasaran mereka mengiklankan perkhidmatan. Gambar pertama aku ambil di atas simen di kawasan pam angin stesen Petronas Taman Teknologi. Jika motorsikal anda pancit adakah anda sanggup menelefon nombor ini? Orang ini mengambil masa 24 jam untuk menukar tiub. Sanggupkah anda menunggu? Mungkin perkhidmatan lain lebih cepat.

Dua keping gambar di atas diambil berhampiran stesen Caltex di Jalan Travers. Dua kemudahan awam ini menjadi sasaran dan mencacatkan pemandangan. Begitu banyak nombor yang ada, mana satu hendak dipilih?

Apa yang menghairankan mengapakah tidak ada undang-undang untuk mencegah pengotoran pemandangan ini yang diujudkan oleh pihak berkuasa tempatan. Apa yang lakukan oleh pengiklan ini adalah sama seperti membuang sampah. Mengotorkan kawasan. Sepatutnya pemilik nombor telefon ini didenda kerana mencacatkan pemandangan dan menyalahgunakan kemudahan awam untuk kepentingan diri sendiri. Mereka ini bagi saya adalah lebih teruk daripada grafitti artist.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List