1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label website. Show all posts
Showing posts with label website. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Iklan Untuk Dewasa Atas Platform Android - SKMM Bertindaklah

 Operating System Android kini menjadi semakin popular khususnya untuk gadget mudah alih selain iOS (iPhone), Blackberry 6, OVI (Nokia), Symbian dan Windows Phone. Setakat ini saya baharu mempunyai pengalaman menggunakan Blackberry OS 5 dan beralih kepada OS 6 dan kini mula berjinak-jinak pula dengan Android kerana menggunakan Samsung Tab.  

Setiap operating system berlumba untuk mengeluarkan alpikasi mereka sendiri dan sehingga kini statistiknya adalaha seperti berikut:
  • App Store (produk Apple) 311,000 +
  • Android Market 170,000 +
  • Ovi Store (Nokia) 28,000+
  • Blackberry App world (RIM) 16,200+
  • Webos (Palm/HP) 5,600+
  • Windows Marketplace (Microsoft) 4,200+ 

*berdasarkan Majalah CHIP Malaysia February 2011

Melalui posting ini saya ingin bangkitkan tentang iklan mobile yang tidak sesuai yang dipaparkan pada laman-laman web tertentu melalui aplikasi Android.

Pertamanya iklan yang muncul secara pop up ini memakan ruang paparan yang sememangnya sudah kecil. Iklan ini muncul dalam laman-laman yang boleh dibaca oleh umum. Apa yang saya ambil di sini ialah dari laman web Berita Harian online dan Harakahdaily online. Laman sebgeini sudah tentunya boleh muncul juga dalam telefom mobile (smartphone) yang menggunakan Android. Saya tidak pasti platform lain. Setakat ini saya tidak menjumpainya dalam OS Blackberry. Lihat iklannya: Bosan? Anda boleh nikmati video biru. Ads by AdMob. Carian dalam internet mendapati ianya beroperasi di San Meteo, California dan telah diambil alih oleh Google.  
Satu lagi iklan yang lebih menarik perhatian ialah dari Syarikat ini pula, yang memaparkan gambar yang lebih mengoda. Tidak dapat dipastikan syarikat pengiklan ini tidak pasti sama ada ianya beroperasi di negara ini atau luar negara. 
Saya ingin melihat sejauh manakah iklan ini boleh mempengaruhi pengguna untuk kliknya. Selain itu saya juga ingin tahu bagaimana pengguna boleh terjerat dan juga sebagai bahan untuk membuat posting ini. Rupanya apabila klik pada iklan tersebut ianya akan download ke dalam gadget. Seterusnya ia akan tanya sama ada saya ingin installnya. Apabila membaca maklumat yang di paparkan bersama pertanyaan sama ada saya ingin install, inilah apa yang saya perlu akur dengannya. Baca dengan teliti.
Sila baca dengan teliti dan memahami maksunya bahawa ia meminta kebenaran pengguna untuk melaksanakan tugas-tugas tanpa pengguna menyedari (runs in the background). Antara permintaan yang diminta kebenaran kepada pengguna ialah ia hendak mengakses:

  • Maklumat peribadi (Read contact Data)
  • Storan (modify atau delete SD card contents)
  • Phone calls (Read phone status and identity)
  • Services that cost you money (send SMS messages)

Jika saya klik install bermakna saya bersetuju dengan syarat-syaratnya serta memberi kebenaran kepada aplikasi dan kepada syarikat pengiklan ini  untuk aktiviti phishing mereka. Jadi saya reject kerana tidak mahu aplikasi ini meninggalkan apa-apa phishing bait setelah saya delete kemudiannya. Oleh itu saya tidak tahu apa seterusnya akan terjadi kepada sesiapa yang bersetuju untuk install aplikasi ini. 

Saya pun teringat satu lagi artikal dalam Majalah CHIP keluaran sama (February 2011) bertajuk Rip Off Ads yang membincangkan tentang aplikasi PERCUMA tetapi di sebaliknya ada hidden charges yang memerangkap pengguna. 

Adalah diharapkan SKMM dapat bertindak dengan sewajarnya bagi menyekat iklan seperti ini dari terus mencemari pemikiran pengguna khususnya anak-anak kita.  

Wednesday, January 19, 2011

Pengumuman Penutupan Facebook Satu Gimik?

mStar Online : Gimik Facebook ditutup
Sememangnya ramai yang sudah mengetahui berita tentang ura-ura penutupan Facebook.

Saya pun telah buat satu posting mengenainya selepas membaca maklumatnya di World Weekly news.

Monday, January 10, 2011

Facebook Akan Ditamatkan Mulai 15 Mac 2011

Pada bulan Disember 2010 lalu telah ditayangkan di pawagam di negra kita sebuah filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Mark Zuckerberg telah merevolusikan jaringan sosial yang kemudiannya menjadi laman sosial yang paling hangat di seluruh dunia. Kehangatannya sehinggakan facebook dianggap sebagai sesuatu yang perlu dimilikki oleh setiap orang. Apabila kita berkenalan atau bertemu dengan seseorang kita akan tanya juga apa facebooknya.

Namun demikian baru-baru ini dunia laman sosial telah dikejutkan dengan satu pengumuman oleh Mark Zuckerberg bahawa lamanweb facebook itu akan ditamatkan mulai 15hb Mac 2011 ini. Mark telah membuat pengumuman itu di pejabatnya di Palo Alto, California atas alasan “Managing the site has become too stressful”. …….“and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Mengikut Mark lagi, Facebook sudah berada di luar kawalan

Zuckerberg menerangkan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak lagi akan dapat mengakses akaun Facebook masing-masing dan selepas 15 Mac keseluruhan lamanweb itu akan ditutup. Demikian diumumkan oleh Avrat Humarthi, Naib Presiden Hal Ehwal Teknikal di Facebook. Beliau menasihatkan agar pemegang akaun memuat turun gambar-gambar yang dipaparkan dalam akaun masing-masing sebelum ia hilang sepenuhnya. Gambar-gambar itu tidak dapat diakses lagi selepas Facebook ditutup.

Walaupun Mark memberitahu bahawa keputusan untuk menutup Facebook sesuatu yang amat sukar baginya, tetapi mengharapkan pengguna tidak akan rasa marah. Baginya ia bukan satu masalah yang besar dan secara jujur beliau mengatakan bahawa ia untuk kebaikan. Tanpa facebook, manusia akan dapat menjalin persahabatan secara fizikal semula dan ianya sesuatu yang baik.

Ada juga peminat Facebook yang marah apabila mendengar keputusan tersebut.

Seorang pelajar sekolah tinggi di Indiana, Amerika Syarikat, Denise Bradshaw berkata “What am I going to do without Facebook?. My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?

Walau bagaimanapun, para ibu bapa pula menghembuskan nafas lega dengan pengumuman itu dan sememangnya sudah lama ditungu-tunggu. 

I’m glad the Facebook nightmare is over,” kata Jon Guttari, seorang bapa tunggal di Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Di kalangan orang-orang kewangan pula, mereka mengkritik Mark dengan mengatakan bahawa beliau cuba meninggalkan satu franchise yang bernilai  multibillion dolar. Facebook kini letakkan sebagai salah satu perniagaan paling kaya di dunia dan pakar ekonomi menganggarkan ia bermilai 7.9 bilion Dolar.

Walaupun mendapat tentangan hasil keputusannya, Mark nampaknya tidak mengambil berat sangat dengannya dan mengatakan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk menghentikan Facebook.

I don’t care about the money,” kata Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation mencadangkan para pengguna mengeluarkan semua maklumat peribadi dari laman web masing-masing sebelum 15 Mac 2011. Selepas tarikh itu, semua foto, nota dan pautan serta video akan dipadamkan sepenuhnya.

Saya memetik berita ini dari http://weeklyworldnews.com selepas terbacanya dalam tweeter.

Apa tindakan anda?

Janganlah jadikan penutupan Facebook ini sebagai satu kehilangan yang besar. Masih banyak lagi peluang untuk menjalin hubungai dalam talian untuk anda pilih. Malah menjalinkan hubungan secara fizikal adalah lebih digalakkan daripada kita terus dengan individu di alam siber yang mungkin hanya bot sahaja.

Thursday, September 02, 2010

Windows Live Writer Untuk Posting Blog

Pertama kali aku terbaca tentang aplikasi ini ialah di dalam sebuah Twit yang aku baca malam tadi. Aplikasi tersebut ialah Windows Live Writer (WLW). Sebaik sahaja membacanya aku rasa tertarik untuk mencuba kerana ia mendakwa, sebagai satu-satunya penulisan deraf blog terbaik di mana kita boleh menghantar deraf itu untuk disiarkan di mana-mana platform blog seperti Blogger, Wordpress, Live Journal, Typepad dan sebagainya. Saya rasa ramai penulis blog akan mudah menggunakan aplikasi ini kerana ia panelnya hampir sama dengan panel Microsoft Words.

Melalui Windows Live Writer juga kita boleh menghantar deraf blog untuk dimuatnaik ke mana-mana blog pilihan yang dijkendalikan oleh blogger berkenaan. Saya sendiri telah mendaftarkan semua blog saya di bawah Blogger dan satu blog dalam Worepress. Aplikasi ini boleh dijadikan sebagai one-stop-centre untuk publish blog dan anda tidak perlu lagi log in ke Blogger untuk deraf dan post blog masing-masing. 

Astro Byond PVR (4)Astro Byond PVR (11)Astro Byond PVR (1)

 

Untuk posting ini saya mencuba upload gambar dan semua effect yang terdapat dalam posting ini dilakukan menggunakan WLW. Ada banyak lagi function yang terdapat dan saya kan mencubanya dari semasa ke semasa. 

Wednesday, July 21, 2010

Penjana Pendapatan Melalui Iklan Yang Terbaru

Salah satu sebab mengapa orang menulis blog ialah untuk menjana pendapatan sampingan. Berbagai cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui penulisan blog dan salah satu daripadanya ialah dengan menyediakan peluang meletakkan iklan yang dibayar oleh syarikat-syarikat pengiklan internet di blog. Ramai blogger mendaftar dengan Nuffnang, Innity, Advertlets dan sebagianya.

Kini ada satu lagi peluang untuk menjana pendapatan melalui kaedah pengiklanan yang diusahakan oleh mangga ad.
Sekiranya ada blogger yang berminat bolehlah mendaftar sebagai 
Blogger juga boleh mengikuti maklumat terkini dan aktiviti mangga ad ini melalui media sosial seperti tweeter dan juga facebook. Mangga ad ini seperti juga penjana iklan yang lain menyediakan peluang untuk blogger dan pengiklan.  

Buat masa ini mangga ad sedang mempromosikan Asian Bloggers and Social Media Conference 2010.

Wednesday, March 31, 2010

Saya Ingin Menjadi Bintang TV Project Alpha

Siapa tidak mahu jadi popular. Semasa saya memberi ceramah tentang mengapa individu melibatkan diri dengan sukan, salah satu sebabnya ialah ingin menjadi cemerlang. Ini kerana apabila cemerlang dia akan jadi seorang yang popular. Mungkin bintang dia tidak cerah atau tidak ada bakat untuk menjadi seorang artis popolar tetapi cita-citanya untuk menjadi popular itu tetap ada. 

Ramai diantara mereka pul;a memilih jalan lain untuk menjadi seorang bintang. Salah satu daripadanya ialah dengan berlog. Seorang blogger juga boleh menjadi popular dan berstatus selebriti eperti Kennysia atau Xiaxue yang bukan sahaja mencipta nama sebagai blogger tetapi mampu hidup dengan senang hasil daripada blogging. 

Kini satu syarikat yang menjadi penjana iklan di internet, Nuffnang telah mengujudkan satu rancangan yang membolehkan blogger menjadi bintang dalam dunianya. Program yang disiarkan dalam internet itu dinamakan sebagao Project Alpha yang kini sudah masuk musim keduanya. Ianya akan dilancarkan dalam bulan April dan boleh ditonton oleh pelayar internet di mana sahaja mereka berada.  

Walaupun pengambaran musim kedua sudah dilaksanakan dengan memilih beberapa lokasi di dalam dan luar negara, tetapi anda masih lagi berpeluang untuk tampil sebagai blogger jemputan di dalam musim ketiga yang akan dilaksanakan selepas selesai musim kedua ini. Adakah anda ingin menjadi bintang TV di internet seperti Kennysia, Beautifulnara, Budiey, Fourfeetnine, Nicolekiss, Redmummy dan Sixthseal. Mereka ini telah muncul di dalam musim pertama yang disiarkan pada tahun 2009. Anda boleh lihat DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan Project Alpha, iaitu satu program realiti TV yang disiarkan melalui internet. 

Dalam musim kedua pula tujuh orang blogger lagi diperkenalkan dan mereka yang terpilih boleh dilihat DI SINI.

Apakah anda ada cita-cita ingin jadi seperti mereka? Peluang masih terbuka kepada anda untuk muncul di musim ketiga. Apa yang perlu anda lakukan ialah merakamkan aksi diri anda dalam masa tidak melebihi 60 saat dan hantarkan ke SINI. Anda perlu memberitahu mengapa anda patut dipilih untuk menjadi blogger jemputan di musim ketiga itu. 

Disamping menjadi salah seorang peserta jemputan anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah berikut (seperti yang saya petik dari laman ruumz):

The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:

1st Prize
3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

Tunggu!!!! Sebelum anda mengambil kamera video dan merakamkan diri anda, baca dahulu maklumat lanjut di RUUMZ
Selepas anda membaca maklumat lanjut, tunggu apa lagi..........bertindaklah........

(Projek Alpha musim kedua ini dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS. Audition kini sudah dibuka! Lawatilah www.projectalpha.com.my/auditions atau projectalpha.ruumz.com/groups )
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Bila Dah Dapat Blackberry

Bila mendapat sesuatu yang baru memang kita akan rasa excited dan teruja. Hari Ahad lepas aku dah dapat hadiah Blackberry yang aku menang dalam pertanding menulis blog BlogforFT. Dah lama pun mengidam nak pakai BB ni tetapi maklumlah fulus tidak berapa nak cukup. Cuma kekurangan beberapa ringgit saja. So tak dapatlah nak beli satu, walaupun yang paling cokia. 

Syukurlah aku menang pertandingan menulis blog tu dan dapat juga BB free. Sebenarnya aku dapat tiga item dalam pertandingan itu. Satu BB dan dua Celcom Broadband stick. BB dan satu broadband stick untuk Special jury 25 blog terbaik selepas pemenang hadiah utama sementara satu lagi stick sebagai lima orang penyumbang terbanyak. Broadband stick tu diberikan bersama dengan sebulan langganan internet percuma. 

So, selepas dah dapat BB ni apa lagi dok 'kerunas' (bahasa Kedah tu) benda tu. Now aku dah boleh check email, masuk twitter dan facebook melalui BB tu. Sejak Isnin dok install program satu persatu dan pagi tadi menggunakan Uber Twitter dan menghantar gambar kat Tweetphoto.

Tapi apa yang merimaskan ialah bila aku synchronize email. Setiap kali ada email masuk, akan ada reminder kat blackberry. Memang senanglah nak baca tetapi kalau beberapa minit sekali ada reminder susah juga.

Saturday, March 27, 2010

Apa Dah Jadi Dengan Gengblogger?

Dah beberapa hari dah tak boleh masuk laman web gengblogger. Setiap kali cuba ianya ditawan oleh Apache seperti screenshot di bawah. Dah beberapa blog tak boleh ping dah. Tulis juga kat dalam tweeter beberapa kali tanya apa dah jadi. Tapi gengblogger nampaknya tak berminat untuk follow org yang jadi follower dia. Ini satu contoh bad management. Inilah kalau orang Melayu yang uruskan lamanweb. Macam peniaga juga kira nak untung saja tetapi customer service tidak ambil peduli langsung.  
Harapan aku pengendali gengblogger TERbaca posting ini.

Wednesday, February 24, 2010

Join Geng Blogger

Malam ini....errr...pagi ini blog ini didaftarkan dengan Geng Blogger.
Harapan dengan pendaftaran ini akan membawa lebih banyak trafik ke sini.
Sebenarnya tumpuan aku lebih kepada blog berBahasa Inggeris The Xperience of Life.
Geng Blogger bukan komuniti blogger pertama yang aku daftar. Aku pun tak tahu dah berapa komuniti blog aku didaftarkan.
Aku rasa Geng Blogger ni ada kelebihan yang membolehkan blogger yang tidak begitu mahir dengan jargon-jargon teknikal untuk memperkenalkan blognya.
Apa yang istemewa ialah blog anda boleh di PING dengan mudah setelah anda daftarkan dengan komuniti ini.
Hanya klik pada drop down menu dan pilih kategori blog lalu ping blog anda. Secara automatik posting terbaru anda akan disenaraikan.

Satu lagi keistemewaannya ialah ia boleh dilink secara automatik kepada laman micro-blogging twitter.

Tuesday, January 12, 2010

Hukum Menyertai FACEBOOK


Atrikal ini disiarkan dalam MyMetro dan saya copy and paste untuk dikongsi bersama pembaca.


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? 
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?


Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? 
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN 
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:



a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Wednesday, November 11, 2009

PTR - Pay To Click

Sepanjang pagi ini duduk menghadap laptop dan engage dengan pay 2 click. Aku terima banyak email bagi membaca advertisement PTR ni (Pay To Read) sejak mula mendaftar pada 1 November 2009 lalu. Setiap hari akan terima email. Walau pun kena klik dan biarkan laman berkenaan load selama jangka masa yang ditetapkan,  aku masih boleh membuat kerja-kerja lain. Apabila sampai masa yang ditetapkan, mesej mengatakan akaun aku sudah dikreditkan akan muncul. Selepas itu bolehlah close saja page berkenaan.

Sehingga pagi ini aku check website yang aku daftarkan profile inilah apa yang ada dalam akaun:
PerfectPTR.com $6,250.00
Mails money $ 38,000.00
Promails $5,255.00
SweetPTR $1,087.00
Cashmailz $ 7,910.00
Mailsmoney.net $ 11,225.00

Nampak banyak bukan? Tu apa yang tercatat dalam akaun FREE tu. Itulah amaun kredit yang aku perolehi selepas mengklik iklan-iklan yang dihantar ke dalam email.

Tak pasti sama ada aku akan benar-benar memperolehi duit itu. Ini kerana aku hanya boleh memohon untuk mengeluarkan duit itu setelah akaun aku mempunyai baki minimum antara $ 5,000 - $ 240,000 bergantung kepada berapa banyak dibayar bagi satu klik.

Mana-mana website yang bayar tinggi, maka limit minima untuk payout lebih tinggi dan masa untuk iklan dipaparkan juga lebih lama. Misalnya mails money di mana aku ada jumlah credit yang tinggi tu, baki minima ialah $ 240,000. Semua tu dalam USD.

Untuk mendaftar sebagai member FREE. Tidak perlu membuat apa-apa bayaran kecuali bayaran mengakses ke internet. Itu pun anda akses internet untuk buat kerja lain. Yang ni sambil sambil saja. Hanya beberapa saat untuk klik dan kemudian boleh buka window lain untuk terus buat kerja lain. Kemudian selepas tempoh yang diberikan tamat, klik semula untuk tutup window berkenaan.

Anda bertanya memang boleh dapat ke duit? Hihihihi.....aku pun bertanya begitu juga. Tapi aku punya falsafah senang je. Kalau dapat tu rezeki aku. Kalau tak dapat pun aku tidak rugi apa-apa. Jadi mana lebih baik, harap-harap dapat atau tidak mengharap langsung. Nak confirm dapat atau tidak kena tunggulah Insyaallah, hujung bulan ini atau beberapa hari lagi. Then apabila sudah terkumpul balance minima, aku akan buat request untuk payout. Aku dah daftar untuk dibayar menggunakan cek. Mereka akan proses dalam masa 30 hari. Jadi paling awal hujung Disember nanti, jika betul dapat aku akan terimalah cek dari mereka. So, sekarang ni angan-angan sajalah dapat duit yang yang banyak dengan mudah.

Kalau korang nak cuba-cuba dan buang masa kliklah pada banner iklan yang terdapat pada bahagian atas blog ini.

Sunday, November 01, 2009

Menjana Pendapatan Melalui Email

Dalam zaman internet ni ada berbagai cara untuk mencari wang. Bagi pengguna internet mungkin pernah dengar satu kaedah yang dinamakan Paid To Click. Melalui program ini, pelayar siber akan dibayar untuk membaca (melihat) setiap email yang dihantar kepadanya jika sekiranya dia mendaftarkan diri sebagai member. Pendaftaran adalah percuma.

Sememangnya apabila kita membaca maklumat yang dipaparkan dalam website yang dihantar kepada kita, nampaknya sungguh mudah untuk membuat duit dalam jumlah ribuan dolar sehari. Sama ada anda yakin atau tidak adalah terpulang kepada penilaian sendiri.

Salah satu daripada website berkenaan yang saya telah mendaftar untuk menjadi FREE member ialah Sweet PTR

Sweet PTR akan membayar kepada anda seperti berikut:

Pada waktu petang selepas saya masuk website itu, dan membaca beberapa link iklan yang diberikan, saya dapati baki dalam akaun saya sudah menjadi $85.00. Jumlah ini adalah termasuk bonus mendaftar sebanyak $ 25.00. Ini bermakna hari ini saya telah dapat mengumpul $60. Jumlah ini bolehlah dikira besar jika di ambilkira kadar pertukaran mata wang iaitu darab 3.5. Jika sekiranya dalam satu hari anda boleh mendapat sebanyak itu, dan jika segalanya berjalan lancar, tentu anda akan berjaya memperolehi banyak wang hanya dengan membaca iklan sahaja. Pemegang akaun boleh memohon untuk mengeluarkan wang ini apabila jumlah dalam akaun mencapai $ 5,000.

Iklan yang dihantar kepada anda adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak perlu bimbang jika sekiranya anda bermasalah untuk membaca atau tidak memahami. Apa yang penting ialah anda biarkan laman yang diberikan itu selama masa yang dinyatakan antara 20 saat hingga 60 saat. Selepas laman web itu berada selama masa yang disyaratkan, wang akan dikreditkan ke dalam akaun anda.

Satu lagi website yang saya daftar pada 31 Oktober 2009 ialah PROmail. PROmail membayar lebih tinggi.
promails.org
Di bawah ialah perolehan PROmail yang saya screen capture pada sebelah petang.


Hari ini juga saya telah mendaftar dengan Mails Money. Mail Money memberikan komisyen yang lebih tinggi. Memandangkan itulah member hanya boleh memohon mengeluarkan wangnya apabila mencapai $25,000.
mailsmoney.net
Apabila menyemak akaun saya inilah jumlah perolehan selepas beberapa jam sahaja.

Bagi anda yang ada keinginan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli, terlebih dahulu hendaklah membuka akaun di Paypal. Membuka akaun di Paypal juga adalah FREE dan dengan adanya akaun Paypal akan membolehkan pendapatan anda itu dipindahkan ke sana sebelum anda boleh mengeluarkan wang melalui bank-bank tempatan di Malaysia.

Terpulanglah kepada anda hendak yakin atau tidak. Anda hanya akan kehilangan sedikit masa kerana mengendalikan laman-laman berkenaan. Sebaliknya sekiranya anda bersabar sehingga jumlah minima untuk mengeluarkan wang anda, maka ia tentu berbaloi kerana apa yang anda perolehi melalui laman web tersebut dalam bentuk Dolar Amerika atau USD.

Wednesday, September 16, 2009

300 Juta Profil Di Facebook

New Straits Time melaporkan laman sosial popular Facebook telah mendaftarkan profile ke 300 juta. Begitulah popularnya Facebook berbanding lain-lain laman sosial seperti Tagged, Friendsters dan Myspace. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ini profile aku dalam Facebook. 

Wednesday, September 02, 2009

Laman Web Di Malaysia Digodam

Pengodam Indon telah menyerang laman web di Malaysia dan senarai laman web yang digodam disenaraikan di dalam blog tersebut. Usaha mengodam itu berlaku seiring dengan insiden di mana lebih kurang 30 orang pelajar Indonesia telah membaling telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Malam tadi pula melalui Buletin Utama dilaporkan perbuatan membakar Jalur Gemilang juga dilakukan di Jakarta. Semua itu dirancang bertepatan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 52 Malaysia.

Hubungan Malaysia dengan Indonesia sedikit terjejas dengan beberapa insiden seperti kes Manohara dengan suaminya, seorang kerabat Di Raja Kelantan dan tuduhan pencerobohan kapal tentera laut Malaysia di perairan Ambalat serta isu-isu kecil penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Malaysia.

Laporan serangan siber itu dibuat melalui laman web terselubung dengan tajuk Perang online dengan Malaysia dimulai. Sewaktu melayari blog tersebut, aku cuba membuka beberapa laman web yang tersenarai. Sememangnya lamanweb yang diikuti dengan /indonesia.html tidak dapat dibuka tetapi apabila membuang /indonesia.html, laman tersebut dapat dibuka dengan sempurna. Ada kemungkian webmasternya sudah mengatasi pengodam tersebut. Walau bagaimanapun saya rasa laman yang digodam itu akan memaparkan imej berikut. Imej ini saya ambil dari blog berkenaan.

Sebagai rakyat serumpun sebangsa dan majoriti seagama, sepatutnya konfrantasi ini tidak harus berlaku. Tuduhan-tuduhan yang disenaraikan oleh pengendali blog berkenaan walaupun ada yang benar tetapi beliau seharusnya berfikir dengan lebih waras. Beliau hanya melihat masalah yang ditimbulkan oleh Malaysia tetapi sebagai blogger yang bertanggungjawab hendaklah juga membuat penyelidikan adakah rakyat Indonesia sendiri yang datang untuk mencari rezeki dan sebagainya tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada Malaysia. Statistik jenayah kecil-kecilan menunjukkan ramai pendatang dari Indonesia khususnya PATI (pendatang tanpa izin) yang terlibat. Sudahlah mereka memasukki negara ini tanpa surat perjalanan yang sah, mereka libatkan diri pula dengan aktiviti yang negatif seperti mencuri, merompak dan penipuan. Walaupun bukan semua yang terlibat tetapi ibarat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

Tidak ada untungnya Malaysia dan Indonesia terus terusan berkonfrontasi kerana adalah lebih baik jika kita bersatu dan menentang kezaliman Isreal yang mendera dan membunuh orang-orang Islam di Palestin dan kezaliman Amerika di Afghanistan dan Iraq.

Friday, December 26, 2008

Web Hosting

Baru-baru ini sewaktu mengunjungi Jom Heboh di Bukit Jalil aku telah membeli satu package webhosting dengan tujuan hendak memindahkan blog ke dot com. Memang dah lama ingin nak guna dot com sendiri. Seperti biasa iklannya boleh menarik perhatian dengan hanya RM 50.00 untuk satu webhosting. Kadar itu memang murah. Tetapi sebenarnya RM50 itu hanya basic. Jika hendak menggunakan dot com tanpa meletakkan nama penendali hosting itu maka harganya lain. untuk dot com kena tambah RM 55.00 dan untuk dot com dot my tambah RM 50.00. 

Aku membeli pakej dot com kerana ianya nampak lebih global. Lagi pun tujuan aku untuk hos blog bukannya laman perniagaan. 

Setelah mendengar penerangan memang nampak senang kerana ia menggunakan microsoft words sebagai asas pembinaan. Setelah site yang aku beli itu di akfitkan, maka aku pun masuklah administrator panel. Barulah aku dapati ianya tidak sesui untuk hos blog. Menunya tidak boleh diubah lagi. Aku telah cuba membina blog baru dengan menggunakan nama blog yang sedang aku kendalikan di blogspot. Setelah sehari suntuk mengendalikannya maka aku rasa besar kemungkinan aku akan terus bersama blogspot sehingga mendapat satu web hosting yang baru khusus untuk hosting blog. 

Thursday, December 11, 2008

Inul Pun Kalah

Malam ini sambil melayari laman blog aku terjumpa satu blog yang membuatkan aku terkejut juga. Bukan apa, blog ini memaparkan satu petika dai You Tube. Ia merupakan sebuah persembahan dangdut oleh seorang penyanyi dari negara jiran dan kalau melihat keberaniannya melalui video clip itu, memang mengalahkan Inul. Aku tak nak embed link dari You Tube itu tetapi kalau korang nak tengok juga pergilah ke blog BUDU dan BELACAN. Korang nilailah sendiri pesembahan dangdut tersebut. Errrr.....AWAS , tak sesuailah untuk kanak-kanak. 

Saturday, November 01, 2008

Buat Mereka Yang Ada Facebook

Awas!!!
Jika anda ada profile di Facebook. Aku baca ni dalam LowYatt tentang facebook yang menghantar cecacing (worm) . Uols bacalah di SINI.

Sunday, September 07, 2008

Browser Baru - Google Chrome

Malam tadi aku download Google Chrome, satu browser baru oleh Google. Sejak aku mengetahui tentang browser baru ini, sudah beberapa kali aku cuba download tetapi tidak berjaya sehingalah malam tadi. 


Selama ini aku menggunakan Mozilla Firefox yang kurang terdedah kepada ancaman virus tetapi nampaknya ketahanan itu sudah merosot. Setiap kali aku melayari internet menggunakan Firerox, aku sering kena hijack oleh sebuah laman iklan. Laman iklan ini (saatchi-gallery) membuka window baru dan akan minimize sebaik sahaja window baru itu mula berfungsi. Apa yang dikeaslkan ialah laman itu tidak dapat di block menggunakan options dalam Firefox. Berkali-kali aku cuba block URLnya tetapi ia tetap juga muncul. Aku menggunakan Firefox sejak diperkenalkannya dan terus melekat dengan browser itu kerana lebih cepat berbanding Internet Explorer. 

Berbalik kepada Google Chrome, taglinenya ialah ;a browser built for speed stability and security. Masih terlalu awal untuk aku membuat keputusan sama ada browser ini yang terbaik kerana belum lagi sampai 24 jam aku menggunakannya. Tapi yang pastinya laman iklan yang aku maksudkan itu belum lagi muncul lah. 

Google Chrome ni masih lagi dalam bentuk Beta, bermakna jika anda mencubanya anda adalah antara orang sedang menguji perisian baru ini. Memandangkan browser ini dicipta oleh Google, maka adalah lebih mudah jika masuk melalui Gmail dan ia berada di bawah More Google Products.

Selepas download dan install browser aku terus menggunakannya. Memang setakat ini rasa mudah seperti yang didakwa. Aku dapat menyalin Bookmark dari Firefox dengan sekelip mata dan ini bermakna saya tidak payah lagi bina bookmark baru. Disamping bookmark biasa, terdapat juga fungsi Bookmark Bar yang boleh diletakkan di bawah Address bar. Bookmark bar ini boleh diletakkan dengan bookmark yang paling sering anda lawati. Anda boleh akses lamanweb yang paling kerap dilayari dengan klik pada laman yang anda bookmark.

Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh Google Chrome ini ialah apabila anda klik membuka tab yang baru, anda akan dipaparkan dengan Most Visited yang merupakan lamanweb yang paling kerap anda layari mengikut kekerapannya. Jadi jika anda paling kerap melayari lamanweb porno, maka laman web itu akan berada dalam ranking pertama dalam window tab berkenaan. Ini satu cara jika anda menggunakan komputer awam atau secara berkongsi, untuk mengetahui apakah laman web yang dilayari ileh mereka yang menggunakannya. Satu bentuk kawalan secara tidak disedari. Mudahlah untuk mengesan sama ada anak-anak anda ada melayari laman porno atau tidak. Atau mungkin anda sendiri. Hahahaha.........

Pada most visited ini anda juga boleh klik untuk show full history iaitu semua laman web yang anda layari mengikut urutannnya. Walau pun demikian sama seperti browser lain, anda boleh delete history berkenaan. Saya masih menyimpan history ini kerana ingin terus membuat kajian tentang penggunaan browser baru ini.  Mungkin dalam posting yang lain, aku akan tulis lagi tentang perkara-perkara baru yang aku jumpai untu dikongsi bersama.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List