1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Astro On-The-Go - Nikamati Astro di Mana Saja

Pagi ni selepas switch on laptop, terus Google Search untuk tengok di manakah letaknya posting aku tentang  parti Astro On-The-Go yang diadakan di The Pool, Jalan Ampang pada 23 Jun lepas. 

Wow! list kat first page tu. Memang bukan senang nak dapatkan listed kat first page kerana blog aku tu bukannya famous sangat. Trafik pun tak sesak. Kalau andaikan jalan, blog aku tu macam jalan di satu kawasan luar bandar. Tak banyak kereta lalu lalang. Namun dapat duduk di first page adalah satu kepuasan bagi aku. 

Petang hari Sabtu itu time memang agak mencemburi aku sedikit. Sebelum itu menghadiri satu bengkel anjuran Jabatan Kemahiran Malaysia di MARDI, Serdang. Habis jam 5.00 petang. Kemudian kena balik rumah dulu untuk simpan laptop. Berhenti sembahyang Asar di surau kat Petronas Lebuhraya Sungai Besi Puchong sebelum balik ke rumah. Jam 6.00 petang baru dapat bertolak dari rumah. Dah tu jantung berdebar juga sebab nampak laluan dari Bukit Jalil ke arah ASTRO agak sesak. Event mulai jam 6.30. 

Semasa dalam perjalanan dari rumah, agak lancar juga walaupun slow moving tetapi sebaik sahaja melepasi Kompleks Sukan Negara, jalan menjadi semakin lancar. Mungkin petang sabtu tidak banyak kenderaan. Tiba-tiba sahaja dalam perjalanan teringat nak cari jersi pasukan yang aku sokong German. Dulu ada nampak di Petronas RnR Simpang Pulai di bawah program pertukaran Mesra Card. Jersi berharga RM19.90 itu boleh ditukar menggunakan Kad Mesra. Bila semak mata yang terkumpul, memang aku mempunyai cukup mata untuk tukar. So singgah kat stesen Petronas di Jalan Ampang itu menghala Ampang. Tidak ada. Sekali singgah kat Petronas bertentangan Bangunan RISDA, dari Ampang menghala pusat bandar. Juga tidak ada. Jadi niat untuk pakai jersi German masa hadir di Astro On-The-Go party tu tak kesampaian. 

Sampai The Pool, parking percuma kerana Churp Churp ada bagi pass untuk parking. Kalau tak kena juga RM 100.00 untuk pmasuk parking sendiri. Kalau penjaga parking tu yang lakukan kena RM 20.00. Senangnya mencari duit untuk penjaga kereta tu. 

Masa tiba tetamu jemputan sudah ada yang sampai dan aku tiba tepat pada waktunya. Lebih kurang jam 6.30 petang. Nampak Nazuwan kat luar. Kali kedua jumpa dia in person. Dulu jumpa masa event anjuran Astro juga di Mid Valley. 

Masa ti bila tengok tetamu yang hadir, terasa out of place juga. Maklumlah mereka adalah terdiri daripada anak-anak muda belaka dan majoritinyanya bukan Melayulah. Kemudian pergi daftar dan ambil goodies bag. Dalam goodies bag ada sekaki payung, mobile speaker (cute speaker tu), 'tangan gergasi' dan leaflet Astro On-The-Go. 

Macam biasa event promosi mesti ada sesi bergambar. Sesiapa nak bergambar boleh posing kat tempat yang disediakan. Rasanya ada contest gambar paling menarik yang menghadiahkan iPad. Cuma apa yang aku rasa sukar nak menang ialah pemenang berdasarkan vote orang awam. 

Semasa dok tunggu dan rasa our of place tu tiba-tiba seorang menegurku. "Lama tak jumpa uncle," Aku menoleh rupanya yang menegur aku itu ialah sdr Eyriqazz. Dia masih ingat lagi pada aku. Lama dah jumpa dia dan first time event kat Midvalley dulu.

Maghrib hampir tiba. Tanya security di mana surau terdekat. Mereka maklumkan terdapat surau di Kampung Berembang, tidak jauh dari situ. Boleh jalan kaki saja. Memandangkan waktu maghrib masih belum masuk singgah dulu gerai kat situ untuk pekena Teh O Ais Limau. Tup-tup hujan turun pula. Lebat. Ada petir. Tunggu hingga hujan reda baru berjalan ke surau. Sebuah surau kecil yang boleh muat tidak sampai 20 orang barangkali. Surau yang pastinya dibina sendiri oleh penduduk di situ. Ada 5 orang yang solat di situ termasuk aku waktu itu. Inilah kali pertama sampai Kampung Berembang yang menjadi isu rumah penduduk dirobohkan pihak berkuasa tidak lama dulu. 

Selepas solat melangkah semula ke The Pool. Lega kerana tidak tertinggal solat pada petang itu. Dalam The Pool macam biasalah tempat hiburan sebab ianya sebuah lounge, restaurant dan bar. Sekali lagi terus terasa out of place. Tetapi kerana diundang dan untuk mendapatkan bahan untuk blog, aku berlegar-legar juga. Menikmati mee goreng dan segelas Pepsi. Bagi mereka yang minum minuman keras, sememangnya boleh lantak sepuas hati sebab Free Flow of Drinks. Tidak pasti apa lagi aktiviti yang ada selain dipamerkan iPad dengan paparan Astro On-The-Go untuk tetamu mencuba perkhidmatan itu. Bagi aku sebenarnya sudah pun mencubanya pada laptop selepas menerima undangan dari Churp Churp untuk event ini. Malangnya mereka masih belum ada applikasi untuk Android sebab aku menggunakan tablet dengan platform itu. 


Jika anda ingin mendaftar dan mencuba Astro On-The-Go bolehlah melayari laman web ASTRO. Aku juga ada buat posting langkah-langkah mendaftar dan juga memasukkan spekifikasi gajet untuk membolehkan melayari program Astro On-The-Go ini. 


Tuesday, April 19, 2011

Rumah Kaca AF9

Hari ini tengok rumah kaca AF9 di AEON AU2.
Mula ingat nak post di sini tetapi rasa lebih sesuai kat blog berkaitan perjalanan. So posting dibuat di sana. Nak tengok KLIK SINI. 

Tuesday, September 21, 2010

Sambutan Aidil Fitri 1Malaysia?

Beginikah sepatutnya sambutan Aidil Fitri di era 1Malaysia? Video ini dipetik dari You Tube can credit terdapat pada clip.

Saturday, May 15, 2010

Hari Belia 2010

Hari ini 15 Mei adalah Hari Belia Negara. Berbagai sambuatan sempena hari ini diadakan di Putrajaya khususnya di mana Kementerian Belia dan Sukan ingin mencipta satu lagi sejarah sebagai perhimpunan belia terbesar di Malaysia. 

Tema tahun ini Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara.

Sambutan tahun ini berpusat di Putrajaya dimana berbagai aktiviti disediakan di beberapa Presint sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu. Aktiviti bermula dari 14 hingga 16 Mei. 


Wednesday, March 31, 2010

Bila Dah Dapat Blackberry

Bila mendapat sesuatu yang baru memang kita akan rasa excited dan teruja. Hari Ahad lepas aku dah dapat hadiah Blackberry yang aku menang dalam pertanding menulis blog BlogforFT. Dah lama pun mengidam nak pakai BB ni tetapi maklumlah fulus tidak berapa nak cukup. Cuma kekurangan beberapa ringgit saja. So tak dapatlah nak beli satu, walaupun yang paling cokia. 

Syukurlah aku menang pertandingan menulis blog tu dan dapat juga BB free. Sebenarnya aku dapat tiga item dalam pertandingan itu. Satu BB dan dua Celcom Broadband stick. BB dan satu broadband stick untuk Special jury 25 blog terbaik selepas pemenang hadiah utama sementara satu lagi stick sebagai lima orang penyumbang terbanyak. Broadband stick tu diberikan bersama dengan sebulan langganan internet percuma. 

So, selepas dah dapat BB ni apa lagi dok 'kerunas' (bahasa Kedah tu) benda tu. Now aku dah boleh check email, masuk twitter dan facebook melalui BB tu. Sejak Isnin dok install program satu persatu dan pagi tadi menggunakan Uber Twitter dan menghantar gambar kat Tweetphoto.

Tapi apa yang merimaskan ialah bila aku synchronize email. Setiap kali ada email masuk, akan ada reminder kat blackberry. Memang senanglah nak baca tetapi kalau beberapa minit sekali ada reminder susah juga.

Saturday, March 13, 2010

Siapa Pelakon Lelaki Popular Ditahan Edar Dadah?

Dadah tak kenal mangsa. Ada yang menjadi penagih dan ada juga yang menjadi pengedar. Tetapi apabila pengedarnya ialah soerang pelakon popular ia adalah satu perkara yang amat dikesali. Pelakon adalah hak masyarakat dan menjadi idola. Sebagi seorang idola, sepatutnya dia menunjukkan pekerti yang baik untuk diikuti oleh peminatnya. Tetapi sayang bukan menjadi penagih sebaliknya mengedar. Jika pun dia tidak menagih tetapi dia menjadi sebagai faktor perosak dan membunuh. 

Sekarang peminat hiburan tentu ingin mengetahui siapa pelakon lelaki popular itu. Menurut fakta yang dilaporkan dalam mStar
  • Pelakon Lelaki Popular berusia 30an.
  • Pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik
  • Anak seorang pelakon wanita veteran
  • Ditahan bersama teman wanita berumur 24 tahun
  • Rumahnya di kawasan Kepong
  • Ditahan di sebuah Kondominium mewah di Segambut
  • Polis menemui 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000,
  • Kedua-duanya positif syabu
  • Disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati


Akademi Fantasia Bermula

Malam ini bermulalah sesi LDT (Lepak Depan TV) hujung minggu. Apa tidaknya Konsert Akademi Fantasia sudah bemula. Maka minggu Astro buat duit dan orang ramai membazir duit pun bermulalah. Kalau org nak ajak buat program atau aktiviti malam Hari Sabtu ada yang akan fikir dua kali.  

Lokasi AF ni tak jauh dari rumah, just abut 200 metre away je. Jalan kaki pun sampai. Naik motor tak payah pakai topi keledar pun - hish bahaya tu tak pakai topi keledar. Tapi sejak ia diadakan di situ pada tahun lepas sekali pun tak pijak tempat tu. Kalau ada org kasi tiket free kot kot bolehlah pi tengok suasana, tu pun tengok keadaan juga. Manalah tahu penganjug nak kasi tiket kat blogger untuk tolong buat romosi. Duduk kat rumah tengok siaran langsung lagi selesa. Boleh buat kopi sambil cicah roti mayat. Tahu tak apa dia roti mayat?

UPDATE
12 orang pelajar telah membuat persembahan dan AFUNDI pelajar bermula. Top up banyak-banyak untuk Astro.....

Wednesday, March 10, 2010

Akademi Fantasia Musim Kelapan

Selepas selesai Gelanggang Raja Lawak sudah pasti peminat hiburan akan ternanti-nanti pula Akademi Fantasia musim ke8 yang akan keudara tidak lama lagi. Nampaknya semua persiapan sudah diatur. Pengetua sudah dipilih, hos sudah dikenalpasti, tenaga pengajar juga disenaraikan
Para pelajar juga sudah dipilih
  Foto kredit MyMetro
Satu sidang media Akademi Fantasia musim ke8 telah diadakan di Ministry of Sound memperkenalkan para pelajar.

Tentu anda masih lagi terkenangkan Akademi Fantasia musim-musim lepas. Dalam Youtube ada satu clip yang memaparkan gambar pelajar-pelajar semua musim yang lepas.
Akademi Fantasia, Akademi Fantasia juga kerja-kerja untuk akhirat janganlah pula lalai. 

Tuesday, March 02, 2010

Malam Jumaat

Tentu ramai yang telah melihat satu iklan baru di kaca TV tentang satu produk pewangi mulut berjenama Malam Jumaat. 

Bagi ramai pembaca Malam Jumaat ni mempunyai maksud yang terselindung walaupun sering kita jadikan sebagai bahan gurauan. Tak payahlah saya sebutkan secara lebih mendalam maksud Malam Jumaat. 

Iklan tersebut lebih kurang begini: Pekerja di sebuah pejabat bersiap untuk pulang awal selepas masing-masing menyembur pewangi mulut. Apabila kesemua pekerja meninggalkan pejabat seorang lelaki (Boss la kot) tertanya-tanya mengapa pekerja tergesa-gesa hendak pulang awal sehinggalah dia terjumpa botol semburan pewangi berjenama Malam Jumaat itu. Selepas menyembur pewangi itu ke dalam mulutnya, dia pun menelefon isterinya memberitahu yang dia hendak pulang awal sebab Malam Jumaat.  

Tidak pastilah apa tafsiran penonton. Sewaktu iklan itu disiarkan, yang saya bimbang jika anak saya yang masih bersekolah rendah itu bertanya apa maksudnya Malam Jumaat. Saya tercari-cari juga apakah jawapan yang harus saya jawab jika dia bertanya. Kebimbangan saya ialah kerana pernah dia bertanya kepada saya apa maksud hubungan seks. Susah juga saya hendak menjawab. Kita yang hidup dalam masyarakat Timur dan dibelai dengan agama Islam, persoalan tentamng seks ini masih taboo.

So, apa tafsiran anda? Wajarkah ia terus disiarkan? Bagi penonton dewasa tidak ada masalah kerana faham maksud di sebalik Malam Jumaat itu. 

Wednesday, January 27, 2010

Tiba-tiba Rasa Macam Selebriti....Hahaha...Perasan

Tengah hari tadi sebaik sahaja selesai makan tengahari, telefon bimbit aku berbunyi. Jarang sangat orang menelefon aku waktu makan ni. Bila tengok nombornya, land line. Eh, nombor tu pernah buat panggilan padaku beberapa hari sebelum ini. Aku agak-agak saja sebab macam nak sama pun.

Beberapa hari lalu aku ada menerima satu panggilan dari seorang wanita menggunakan nombor itu. Oleh kerana telefon aku yang sudah hampir dua tahun usianya, agak bermasalah sikit, maka intronya tidak begitu jelas. Nak kena tunggu beberapa minit baru dapat dengar dengan jelas. Tu Motorola tu. Orang dah tak pakai dah pun phone macam tu sekarang kot sebab banyak model baru yang masuk pasaran. Soundnya ada sikit masalah la. Tapi taklah seteruk isteri Pak Mat dalam Seniman Bujang Lapuk. Melalut pula.

Wanita yang menefon aku tu mengatakan dia nak buat sedikit interview tentang diriku. Alamak, bila pula aku menjadi popular ni. Dia kemudian cakap aku ada hantar sntry untuk pertandingan Saya Nak Cuti anjuran MAS Traveller. Baru aku ingat, memang aku saja-saja je hantar entry dan tidak berharap nak menang pun (eleh.....tipu). Betulkan? Mana ada orang masuk pertandingan tidak ada niat nak menang.But aku just nak cuba nasib je tu. So, dah kena interview. Dia minta aku ceritakan serba sedikit tentang diriku.

So, hari ini rupanya follow up call dari seorang lelaki pula yang mengatakan aku telah tersenarai dalam top 20 entrant. Wah, Top 20. Tak sangka pula. Memang hati terlonjak gembiralah. Then dia cakap nak datang interview aku dan buat shooting. Shooting? Alamak. Rasa macam selebriti sekejap. So, buatlah appointment. Dia orang nak datang sebelah petang kat pejabat aku.
Hari riang memang tak terkira. Bukan senang pihak TV nak buat interview khusus macam tu. Dulu pernah gak berlakun dalam Drama TV Al Infithar di samping N.D Lala dan Zami Ismail. Tu pun cakap tiga patah perkataan saja. "Siti Salbiah...anak Tok Guru." Dailog itu aku ucapkan kepada Zami Ismail yang terpegun dengan kecantikan Siti Salbiah sewaktu hendak naik ke surau. Lepas tu ada jugalah kena interview oleh RTM semasa menyaksikan drift kat Bukit Jalil. Masa main painball kat MyNPL di Melaka pun ada juga production interview aku. Dia cakap hari keesokannya cameraman nak follow aku untuk buat rakaman susulan. Tapi malangnya, team aku tidak berjaya masuk ke pusingan seterusnya.

OKlah, berbalik kepada cerita asal. So, buatlah temujanji untuk shooting (ewahhh, macam artis). Syarikat produksi yang akan datang buat interview dan merakam interview untuk tujuan promosi kat internet dan kemudian dalam Astro Ria.

Kat ofis satu pejabat excited. Bukan senang nak tengok shooting secara live kan? Aku pula rasa gelabah juga kerana ini bukan shooting macam dulu-dulu. Ini shooting untuk menentukan sama ada aku akan dapat mara ke pusingan seterusnya dan menjadi pemenang untuk ke Bali, lokasi percutian idaman aku itu.

Bali menjadi pilihan aku untuk bercuti kerana keunikan budayanya. Bagi aku ia merupakan pertemuan antara budaya Hindu dan Melayu. Di samping itu Bali juga memilikki pantai yang indah-indah. Satu lagi keistemewaan Bali ialah ombak besarnya yang sesuai untuk surf boarding.

Scene pertama merupakan pengenalan diri. Beberapa kali ulang take, setiap kali dailog aku berubah. Tu kerana gelabahnya. Tapi aku rasa dalam next shooting mungkin aku akan lebih bersedia dari segi mental.

Wednesday, September 16, 2009

Jangan Buat Macam Ni

Raya nanti janganlah buat sampai macam ni. 
Lawat laman blog seperti tertera dalam gambar untuk lihat gambar-gambar lucu yang lain.

300 Juta Profil Di Facebook

New Straits Time melaporkan laman sosial popular Facebook telah mendaftarkan profile ke 300 juta. Begitulah popularnya Facebook berbanding lain-lain laman sosial seperti Tagged, Friendsters dan Myspace. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ini profile aku dalam Facebook. 

Saturday, May 30, 2009

Membantu Pesakit Kanser - Relay For Life

Malam ini satu event untuk memperingati pesakit kanser dan memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup, akan diadakan di Trek Latihan Majlis Sukan Negara, di Bukit Jalil. Acara akan bermula dari jam 6.00 petang dan akan tamat pada jam 10.00 pagi esok. 

Dapatkan maklumat lanjut DI SINI  dan SINI dan BLOG INI

Saturday, March 14, 2009

Akademi Fantasia Edisi Ke 7


Malam ini bermulalah Akademi Fantasia edisi ke 7 bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Seramai 14 pelajar akan membuat persembahan masing-masing. 

Dengan bermulanya AF malam ini bererti setiap malam hari Sabtu ratus ribu peminat hiburan akan melekat di hadapan TV untuk mengikuti persembahan dan perkembangan para pelajar yang bakal mewarnai pentas hiburan tanah air kelak.

Setiap edisi saya tidaklah mengikuti program ini secara serius setiap minggu dan tidak merasakan rugi jika tidak dapat menonton pun. Apa lagi untuk mengundi kerana saya tidak memperolehi apa-apa hasil dari mengundi selain dari satu pembaziran wang yang untuk SMS. Tetapi jika sesiapanakmengundi itu hak masing-masing. 

Akademi Fantasia Edisi kali ini saya lihat bermula dengan baik. Kebetulan saya ternampak dalam salah satu rancangan pelajar-pelajar diraikan dalam satu majlis berunsur keagamaan. Ada Raihan dan juga Ustaz Akil Hay. Ustaz Akil Hay juga telah memberikan satu tazkirah (mungkin kot sebab saya tidak menonton secara serius rancangan tersebut). Baguslah kalau dah mula macam tu dan kebetulan pula dan suasana Maulid ur Rasul. 

Oh, pernah juga saya mendengar ceramah agama yang membincang tentang anak muda sekarang, khususnya remaja Islam dan ustaz yang memberi ceramah itu menyebut AF ni sebagai Akademi Fantasiasia. Apakah yang sia-sia? Entahlah. Mungkin kerana hiburan ini tidak dapat dijadikan bekal untuk dibawa ke akhirat. Jadi sia-sia lah. Peminat yang mengundi juga melakukan sesuatu yang sia-sia melalui pembaziran. Barangkali itulah yang dimaksudkan oleh penceramah berkenaan. 

So, malam ini jam 9.00 malam bermulah "perlumbaan" untuk mengejar glamour dalam industri hiburan tanah air. Kalau jam sembilan malam jam berapakah pelajar-pelajar ini mula menyediakan diri sebelum muncul di kaca TV? Saya pasti persediaan dilakukan sejakpetang lagi khususnya bagi pelajar wanita. Pelajar wanita perlu persediaan yang lebih lama daripada lelaki dari segi mekap dan set rambut. Cukup kah satu jam persediaan? Saya rasa tak cukup. Kalau set rambut tentu kena buat petang lagi. Dah macam tu, maghrib bagi pelajar ni macam mana pula? Isya oklah, sebab masanya panjang. Mungkin juga pelajar ni boleh sembahyang manghrib jika badan mereka bersih daripada sebarang bahan mengandungi alkohol. Tetapi bukankah pewangi dan semburan  kebanyakannya mengandungi alkohol. Dah ada alkohol, bolehkah dibawa sembahyang? Wallahualam. Barangkali ini juga sebahagian yang dikatakan sia-sia oleh ustaz itu.

Dunia semua tu.  

Friday, March 13, 2009

Jangan Nyanyi Lagu Agnes Monica -Allah Peduli


Saya ada menerima satu email memberi peringatan untuk tidak menyanyi lagu Agnes Monica kerana senikatanya menghubungkan Allah dengan Jesus. Saya sepatutnya menyebarkannya melalui email juga tetapi saya rasa lebih luas sebarannya jika melalui blog. 



Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti


Apa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Berhati-hati!

Sunday, January 18, 2009

AJL 2008

Gambar ini diambik dari Berita Harian Online untuk hiasan blog ni saja. 
Malam ni 18 Januari 2009 akan berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu 2008. Pastinya meriah.

Siapa akan menang? Siapa akan dianugerahkan juara dan lagu apa yang akan menjadi lagu terbaik padatahun 2008 yang lalu. Sama-samalah kita tengok malam ni. Pastinya ada siaran langsung di TV3 dan Hot FM. Selain itu ia juga boleh diikuti melalui internet di alamat berikut:
TV3 dan GUA

Tema: Iluminasi Musik

Pengaraca: Cheryll Samad Ally Iskandar dan Faizal Ismail 

INFO: Hadiah AJL23 

  • Hadiah Juara Lagu: Trofi dan wang tunai RM25,000 

  • Juara Etnik Kreatif: Trofi dan wang tunai RM12,000 

  • Juara Balada: Trofi dan wang tunai RM12,000 

  • Juara Pop Rock: Trofi dan wang tunai RM12,000 

  • Persembahan Terbaik: Trofi dan wang tunai RM10,000 

  • Vokal Terbaik: Trofi dan wang tunai RM10,000 
  • Pengalaman Bermain Paintball

    Hari Sabtu 17 Januari aku melalui satu lagi pengalaman - bermain paintball. 

    Aku berpeluang untuk main setelah ianya dianjurkan oleh Advertlets, sebuah syarikat pengiklanan di blog. Mereka telah menjemput bloggers untuk turut serta dalam satu Bloggers Paintball Tournament di Malaysian Paintball Academy, di Padang Astaka, Petaling Jaya. 

    Pada mulanya aku rasa agak jangal juga kerana yang hadir itu adalah anak-anak muda dan remaja sementara aku seorang sahaja yang sudah berusia. Tetapi falsafah aku ialah meletakkan diri dalam environment yang sesuai dengan pembawaan yang sesuai. Nasibbaiklah aku boleh meletakkan diriku dalam environment mereka dan nampaknya mereka menerima aku seperti bloggers yang lain juga. 

    Bermain paintball adalah merupakan satu pengalaman baru bagiku. Memang menyeronokkan dan aku rasa tidak menyesal menyertainya walaupun letih dan memenatkan serta menerima kesan tembakan paintball, namun aku puas. 

    Selepas pendaftaran, aku telah diletakkan dalam kumpulan yang menamakan Yakuza. Kumpulan ini merupakan satu kumpulan makeshift yang diatur oleh Advertlets. Dalam kumpulan ini hanya dua orang sahaja yang kenal satu sama lain dan pernah bermain paintball. Sementara aku dan dua orang yang lain adalah merupakan first timer dan hanya bertemu serta berkenalan pada pagi itu juga. 

    Walaupun pasukan kami baharu sahaja ditubuh kami telah berjaya sampai ke peringkat akhir tetapi tewas kepada satu pasukan yang berpengalaman. Baca selanjutnya pengalaman aku di SINI

    Gambar di bawah adalah pasukan YAKUZA yang aku sertai. 


    Sunday, January 04, 2009

    Awal 2009

    2009 bermula dengan kesedihan dan tanda-tanda yang negatif. Di Timur Tengah, Gaza terus dibuli oleh Yahudi Isreal Laknatullah. Dari serangan udara kini mereka teruskan serangan darat pula. Sementara saudara-saudara mereka di sekeliling hanya melihat kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berupaya terus didera dan di perbinatangkan oleh Zionis. Malah lebih malang lagi mereka juga bersekongkol dengan negara Yahusi itu untuk menganiayai saudara mereka di Gaza. Isreal bukanlah besar mana jika dibandingkan dengan negara-negara Arab jika mereka bersatu. Semoga Allah turunkan kemenangan kepada penduduk Palestin. 

    Di negara kita, dikejutkan dengan kemalangan yang meragut 10 nyawa di kilometer 21 Jalan Gua Musang - Kuala Krai. Pada ambang tahun baru kita juga dihidangkan dengan penyerbuan pihak berkuasa di satu pesta seks (yang kemudiannya ditukar sebagai pesta dadah) dan melibatkan seorang penyampai berita Astro Awani, Farahrizan Abdul Razak dan seorang lagi selebriti yang masih belum diketahui identitinya. 

    Dalam bidang ekonomi pula screenshot telah membuat satu posting bertajuk 'Kuala Clowns'. Antara kandungannya ialah nasihat dari Dubai dan Abu Dhabi agar tidak membuat pelaburan di Malaysia. Baca seterusnya..... 

    Apakah tahun 2009 akan terus diwarnai dengan berita yang tidak enak? 

    Tuesday, December 30, 2008

    Seks Diambang 2009

    Tahun baru akan menjelang dan kehangatannya sudah mula terasa. Berita melaporkan satu parti seks akan dianjurkan di sebuah kawasan berhampiran pantai di Johor. Memang hangatlah kalau seks dihidangkan sebagai menu untuk menyambut tahun baru. Lebih tepat lagi seks bebas. Sememangnya seks adalah satu-satunya item yang jarang ditolak oleh manusia. Seks sebagai salah satu keperluan asas manusia sudah dijadikan sebagai satu bahan perdagangan sama ada untuk mencari rezeki mahupun untuk melariskan jualan. 

    Laporan di dada akhbar dan juga TV ada menyiarkan tentang usaha untuk menganjurkan party seks ini yang dinamakan Under-wear-off. Lebih menghiburkan lagi ialah pengunjung parti ini tidak digalakkan memakai seluar dalam sementara bagai wanita pula jika hendak pakai pun hanya G string. Bestnyer kan? 

    Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM 200 dan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun penganjur sebelum menghadiri parti itu. Dengan bayaran itu dimaklumkan pengunjung boleh menikmati seks bebas dan mereka telah mengumpan wanita sebagai dorongan untuk menarik lebih ramai lelaki menghadirinya. Kononnya terdapat terlalu ramai wanita dan kekurangan lelaki. Jadi bagi lelaki yang menghadiri parti ini sudah semestinya berpeluang menikmati tubuh ramai wanita kerana dalam suasana nafsudi kawal arak tidak ada lagi rasa malu. Lelaki yang akan hadiri sudah semestinya menjadi kuda jantan untuk memenuhi keinginan nafsu wanita yang ramai itu. 

    Sememangnya nasihat pihak berkuasa kena pada masanya walaupun kemungkinan sudah ada yang menjadi mangsa. Iamungkin satu penipuan kerana bakal pengunjung dikehendakki meletakkan deposit RM 100 ke dalam  akaun penganjur sebelum mereka memberikan maklumat lanjut dan apabila nama mereka disenaraipendekkan. Banyak persoalan harus ditanya sebelum mengambil keputusan untuk memasukkan deposit. Antaranya, bagaimanakah mereka akan pasti wang itu akan dipulangkan jika mereka tidak berjaya? Dunia hari berbagai cara digunakanuntuk menipu lebih-lebih lagi melalui internet, dunia tanpa sempadan ini. 

    Bagi pihak berkuasa sememangnya senang untuk mencekup penganjur ini melalui akaun bank  mereka dan semoga sebelum ramai menjadi mangsa, tindakan pantas patut diambil. Saya yakin tindakan sedang diambil

    Saturday, December 27, 2008

    Menjelang Tahun Baru 2008

    Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru. Bagi umat Islam, akan ada dua sambutan tahun baru. Pertamanya sambutan tahun baru Islam iaitu Awal Muharram dan dua hari kemudian menyambut pula tahun baru Masehi. Namun demikian berapa ramaikan orang Islam yang ternanti-nantikan Awal Muharram? Saya yakin ramai yang menantikan ambang 1 Januari 2009 berbanding 1 Muharram 1430. Di ambang 31 Januari 2009 sudah pasti umat Islam akan turut serta dengan rakan masing-masing dan juga orang ramai yang akan membanjiri dataran-dataran dan tempat-tempat awam untuk menyambut tahun baru itu. 

    Di Kuala Lumpur pastinya Dataran Merdeka dan KLCC serta Bukit Bintang akan menjadi tumpuan. Bukan sekadar berhimpun, ada juga penganjur yang mengamit orang ramai dengan disediakan konsert. Persoalannya wajarkah kita berembun dan berhibur untuk menyambut tahun baru dan pada masa yang sama melupakan Tuhan kerana sayik dengan irama musik. Lebih menyedihkan adanya pengunjung yang tidak dapat mengawal diri dengan mengambil tindakan di luar batasan. Ianya sudah berlaku sejak sekian lama. Malah semasa ambang Hari Krismas yang lalu sudah ada aktiviti tidak sihat ini berlaku sehingga ada yang terpaksa di tahan reman oleh pihak polis kerana tindakan di luar batasan itu. 

    Bukannya kita hendak menidakkan hak untuk berhibur, tetapi biarlah berpada-pada sesuai dengan budaya kita sebagai masyarakat timur yang penuh adab dan sopan. 

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin

    My Blog List