1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Wednesday, August 03, 2011

Pagi PR Petang Mykad?

Begitulah tajuk sebuah berita dalam Harakahdaily online dan juga sudah tersebar di Facebook. Ianya tentang seorang wanita yang hanya bernama Mismah tanpa sebarang binti yang memegang MyPR iaitu pemastuatin tetap yang kemudiannya memperolehi MyKad yang membolehkan beliau mendaftar sebagai pengundi. Saya salin sepenuhnya berita seperti yang tersiar dalam Harakahdaily tersebut untuk tatapan pelawat ke blog ini kerana ini adalah masalah negara dan amat merbahaya kepada rakyat kelahiran Tanah Melayu ini. 

Dulu dalam tahun 80an kalau tak silap saya masalah pendatang diberikan Kad Pengenalan dan berstatus rakyat Malaysia telah berlaku di Sabah yang melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran didedahkan dan operasi memberikan Kad Pengenalan itu adalah untuk tujuan politik dan tidak mustahil apa yang berlaku ini juga untuk tujuan yang sama. Ia bukan sesuatu yang baru. 


KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.

Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia 
pada waktu ini,

Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang,  2hb Ogos 2011. 

Pada masa tersebut  individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).

Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang  2hb Ogos 2011 :

Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang  hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita  pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa  Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.

Nama Mismah  terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :

Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR.  Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.


(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan,  sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.



Baca juga di sini. Selain Mismah 52 lagi PR menjadi Warganegara DiKesan

Wednesday, June 17, 2009

Penjawat Awam Dilarang Chat

Jangan salah anggap. Sebenarnya larangan itu adalah di waktu pejabat dan menggunakan talian internet di pejabat. Itulah yang dimaksudkan oleh PM. Memang ramai yang menggunakan kemudahan talian internet untuk chatting nie. Maklumlah free kan?

Chatting adalah salah satu habit yang semakin mendapat tempat di kalangan pelayar internet. Ia merupakan kaedah yang paling mudah dan murah untuk bersembang. Malah boleh bertukar-tukar gambar dan sebagainya. Saya rasa kalau chatting tu mengenai tugas, mungkin tidak salah kot.

Laporan berkaitan DI SINI.

Wednesday, March 18, 2009

Hilangnya Selera Makan

Selepas membeli belah  pasaraya Giant Kinrara, aku membawa keluarga untuk makan di Seri Petaling. Restoran biasa iaitu Ajimal Razim. Seperti biasa pesanan aku ialah nasi lemak biasa dan teh o ais limau.

Sebaik sahaja pesanan sampai, datang sepasang lelaki dan wanita Cina duduk di meja berhampiran dengan meja kami. Terus sahaja aku hilang selera untuk makan. Bukan kerana mereka itu pasangan China. Bagi aku tidak ada masalah untuk bersahabat dengan sesiapa pun. Aku tidak mengira bangsa dan agama untuk bersahabat. Tetapi apa yang membuat aku hilang selera untuk makan ialah kerana wanita Cina itu mendokong seekor anjing. Sungguh tidak bertimbang rasa dan peka mereka. Membawa binatang peliharaan ke tempat orang ramai makan tidak sepatutnya berlaku. Apa lagi yang di bawa itu seekor anjing dan tempat makan itu dikunjungi oleh ramai orang Islam.  

Terus hilang selera makan aku malam tu.

Wednesday, February 13, 2008

Saya Diberikan RM3,000 oleh BPR - Jayanthi

Apa ni? Tajuk seperti di atas adalah apa yang disiarkan di muka 7 Kosmo hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha Datuk V.K. Lingam diberikan RM3,000 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Keta Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup........

Seterusnya laporan itu menebut.....

L.G. Jayanthi, 45, berkata, seorang pegawai BPR menelefon beliau menyatakan penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Sungguh menarik apa yang dilaporkan. BPR memberikan RM3,000 kepada seseorang yang terlibat dengan satu siasatan kerana siasatan ditutup. BPR menutup siasatan hanya kerana yang terlibat itu pegawai tinggi kerajaan.

Sebenarnya ini adalah satu jarum dalam timbunan jerami. Adalah diharapkan lebih banyak dapat dibangkitkan tentang penyalahgunaan kuasa ini.

Berapa ramaikan bakal calon BN yang ditapis oleh BPR benar-benar bersih? Dan jika BPR mengistiharkan mereka bersih adakah mereka benar-benar bersih? Rakyat rata-rata tahu berapa ramain pemimpin termasuk yang memegang jawatan tertinggi negara cuba ditutup oleh kerajaan sejak dulu lagi. Yang kena satu dua itu hanyalah satu cara untuk membuang mereka. Mereka ini adalah scapegoat untuk menunjukkan kerajaan memang benar-benar hendak menghapuskan rasuah.

Apa yang jadi ni?

Sunday, October 07, 2007

Kisah Video Clip

Baru-baru ini negara kita dihangatkan oleh satu video clip yang didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau selama ini kita heboh pasal video clip lucah tetapi kali ini berkaitan dengan maruah negara. Pendedahan tersebut telah menunjukkan betapa tercemarnya negara yang kita semua sayangi ini. Rasuah masih menjadi-jadi walaupun kerajaan sekarang bersungguh-sungguh mengatakan ingin menghapuskan rasuah khususnya yang berprofil tinggi. Tetapi nampaknya semua itu auta belaka. Kalau dulu kita hanya mendengar rasuah di kalangan orang awam dan yang berpangkat biasa tetapi sejak kerajaan hendak berperang dengan rasuah, nama-nama besar mula timbul, termasuk menteri dan Pengarah Biro Pencegah Rasuah sendiri. Namun demikian apa yang diharapkan oleh rakyat bahawa rasuah berprofil tinggi dapat dihapuskan, hanya tinggal kenangan. Hanya sekadar dibicarakan dan semuanya terlepas begitu sahaja. Yang paling ketara kes Datuk Z di Klang.
DSAI telah mendedahkan satu video clip selama 8 minit yang menunjukkan bagaimana korupnya badan kehakiman di negara ini. Video clip itu menunjukkan V.K Lingam yang mengatur kedudukan Ketua hakim negara. Apa yang diaur melalui perbualan dalam klip video itu menjadi kenyataan.
Susulan dari itu, sebuah suruhanjaya bebas di tubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video itu. Apa!!!! nak siasat kesahihan klip video? Alamak. Apa dah jadi? Nampaknya ini usaha untuk menyelamatkan kroni lagi. Sepatutnya suruhanjaya bebas itu menyiasat kesahihan isu yang dibangkit bukannya kesahihan klip video.
Petikan dari Harakah 4-19 Syawal 1428 : "........Sekiranya Majlis Peguan Malaysia mempunyai prinsip dan tanggungjawab sosial serta etika profesional, ia seharusnya memecat peguam yang dilihat membuat panggilan telefon dalam klip video tersebut."

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List