1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Bengkel Training of Trainers

Sedang berada di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur. Malam ini merupakan satu permulaan ke arah satu program pembangunan sukan di Malaysia, Majlis Sukan Negara akan menganjurkan satu kursus yang akan di kenali sebagai Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) yang selepas ini akan di laksanakan di seluruh negara.

Malam ini seramai lebih kurang 40 orang bakal penceramah yang akan memberikan syarahan dalam kursus kelak sedang diberikan latihan sebelum mula mengajar kelak. Mereka adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti, Institut Perguruan, Institusi-institusi kerajaan dan individu-individu yang berpengalaman dalam bidang pengurusaan sukan.

Sukan hari ini bukan lagi berstatus sukarela kerana kemajuannya di semua peringkat memerlukan pentadbir yang berpengetahuan lebih-lebih lagi sukan akan menjadi satu industri yang sama penting dengan lain-lain sektor pembangunan di negara ini. Ini juga selaras dengan objektif Dasar Sukan Negara iaitu menyediakan personel-personel yang berkelayakan dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan luar negara.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, January 20, 2011

Jebat, Kasturi dan Lekir

Sempena dengan Kejohanan Badminton BWF Superseries 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Proton selaku penaja utama turut mempamerkan model-model kereta keluarannya. Seperti biasa model utama yang dipamerkan ialah Exora, Saga FL dan juga Inspira. Disamping itu Proton turut juga mempamerkan tiga lagi model yang belum berada di pasaran iaitu Lekir, Kasturi dan Jebat.

Saya tidak pasti sama ada ianya rebranding kerana nampak bentuk kereta baru ini macam yang sudah ada khususnya model Jebat yang nampak macam Inspira sementara Kasturi lebih kurang macam Saga FL. Mungkin model ini sudah dipamerkan di KL Autoshow pada hujung tahun lepas. Tetapi kepada mereka yang tidak berkesempatan melihatnya bolehlah ambil kesempatan untuk datang ke Stadium Putra, Bukit Jalil sepanjang berlangsungnya Kejohanan Badminton BWF Superseries 2011 dari 18 – 23 Januari 2011
proton (1)
proton (6)
proton (3)
proton (10)
proton (17)
proton (13)
proton (15)
proton (16)

Saturday, June 12, 2010

Demam World Cup Dah Bermula

Malam tadi bermulalah sepakmula FIFA World Cup di Afrika Selatan dengan perlawanan antara tuan rumah Afrika Selatan dengan Mexico. Di atas kertas Mexico nampak lebih hebat berdasarkan sejarah atau track record tetapi gol pertama dalam musim ini dicipta oleh tuan rumah dalam masa kedua melalui Siphiwe Tshabalala pada minit ke 55 sebelum disamakan oleh  Rafael Marquez pada minit ke 79. Keputusan akhir 1-1. Pada mulanya cadang nak tonton juga perlawanan antara France dan Uruguay. Setlah jam untuk bangun pada 2.30 tetapi silap set jadi 2.05. Bila alarm bunyi tengok 2.05 jadi sambung tidur sikit lagi. Tup-tup bangun dah subuh. So, tak tengok bolalah tetapi sembahyang subuh sahaja. France dan Paraguay cuma mampu seri tanpa jaringan. 
Photo credit The Star online
Jadi dalam tempoh sebulan ni ramai orang pastinya tertempel di hadapan TV di rumah atau kedai-kedai mamak yang sediakan skrin besar. Inilah masanya restoran-restoran mengambil kesempatan untuk mengaut untung lebih besar setiap malam kerana ada dua perlawanan. Dalam tempoh sebulan ini juga tentu ada ramai orang yang akan mengantuk di pejabat sebab berjaga lewat malam. Aah.....empat tahun sekali je. 





Sunday, March 21, 2010

Skuasy - Datuk Nicol Memahat Nama Lagi

Baca laporan penuh di Kosmo! Online
Datuk Nicol Anne David sekali lagi membukti keunggulannya di gelanggang skuasy apabila berjaya muncul sebagai juara seklai lagi di Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2010.

Tuesday, September 29, 2009

ATP Malaysian Open 2009

Baru saja balik dari menonton pemain-pemain tenis yang menyertai Malaysian Tennis Open berlatih di Gim 3 Majlis Sukan Negara. Yang buat aku nak pergi tengok tadi tu sebab Robin Soderling berlatih.

 


Friday, August 07, 2009

Di KL dan Konvensyen Industri Sukan

Sekarang aku sedang berada dalam Starbucks Berjaya Times Square, KL. Terpaksa duduk sini sementara menanti penyambungan Konvensyen Industri Sukan disambung semula jan 2.45 tengahari selepas berhenti rehat untuk makan tengahari dan sembahyang Jumaat. Syhhhh.....ponteng Jumaat hari ini. Terpaksa ponteng, alamak...... Datang dengan kenderaan yang disediakan oleh majikan so sukar sikit nak ke mesjid. Aku rasa paling dekat Mesjid Istana Negara.

Pagi tdai PM telah merasmikan konvensyen dan serentak dengan itu juga melancarkan Tahun Industri Sukan 2011 dan portal sukan Malaysia, Malaysia Sports Directory. Baca apa yang aku tulis tentang ucapan PM di SINI.

Aku juga mencuba live blogging dengan menggunakan laman coveritlive.com. Pada waktu pagi aku dapat membuat cover dan upload gambar. Live blogging ni aku siarkan di SINI dan SINI.Tetapi sewaktu majlis perasmian oleh Perdana Menteri, aku punya Maxis Broadband membuatkan aku keciwa. Aku tidak dapat launch panel kawalan dan tidak dapatlah nak blog secara live. Di samping itu juga, bateri netbook aku semakin low dan tidak terdapat power outlet di sekitar. Tu yang paksa aku masuk Starbucks ni. Satu untuk blog dan satu lagi untuk charge bateri netbook. Harga untuk kedua-duanya ialah RM12.10 yang diiringi dengan segelas kecil blended raspberry juice.

Thursday, August 06, 2009

Dua Majlis Ilmu Dunia Dalam Seminggu

Minggu ini akan berpeluang menghadiri dia majlis limu. Ilmu dunia tetapi mempengaruhi juga akhirat.

Hari Selasa lalu aku menghadiri Seminar Hydration and Nutrition bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Seminar setengah hari itu dianjurkan oleh pengeluar minuman isotonik 100 PLUS. Sememangnya seminar itu bertujuan untuk meyakinkan pengguna khususnya yang terlibat dengan sukan kebaikan mengambil minuman isotonik sewaktu bersukan.

Sebanyak empat orang pembentang kertas kerja telah dijemput yang terdiri dari ahli akademik dan yang terlibat dengan sukan. Antaranya ialah Prof. Dr. Rabindarjeet Singh dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Cik Chai Wei Jin dari Institut Sukan Negara, Dr. Elizabeth Broad dari Australian Institute of Sports dan Dr. Jason Lee Kai Wei dari Defense Science Organisation, Singapura. Abstract kertas yang dibentangkan boleh dibaca di SINI.

Pada 7 dan 8 Ogos pula satu lagi majlis yang berkaitan dengan sukan akan diadakan bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ia merupakan Konvensyen Industri Sukan anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN). Saya akan cuba buat live blogging dan anda boleh mengikutnya di SINI atau di SINI.

Friday, July 31, 2009

Paintball dan Mini Olimpik 2009

Hujung minggu ini akan berada di Melaka untuk menyertai pertandingan paintball Liga Kebangsaan MyNPL. Ini kali kedua aku dan team aku akan mengambil bahagian dalam liga. Harapan kami, sekurang-kurangnya dapat memperbaiki ranking dan akan menjadi lebih manis jika dapat naik podium. Kalau naik podium bermakna tahun hadapan kami terpaksa main dalam D3. D3 nanti tentu lebih mencabar kerana pemain ramai dah berpengalaman. Apa lagi dengan usia aku, tentu sukar untuk menandingi pemain yang rata-rata dalam 20an dan awal 30an.

Sejak melibatkan diri dengan permainan ekstrim ini, aku nampak hanya beberapa kerat sahaja pemain yang sudah berusia dan aku tidak pasti sama ada sama usia dengan aku atau lebih atau kurang. Bedasarkan keadaan fizikal mereka, nampak berusia.

Awal malam tadi menghadiri majlis perasmian Temasya Mini Olimpik Malaysia 2009 di Stadium Mini MSN di Bukit Jalil. Ini merupakan temasya julung kali diadakan dan majlis perasmiannya pun dibuat secara sederhana sahaja. Memang beza sekali dengan program-program sukan yang selalunya acara perasmian lebih meriah dari sukan itu sendiri. Malah perbelanjaan untuk majlis pembukaan dan penutup memakan sebahagian besar perbelanjaan mengurus. Kalau MSN boleh mengekalkan keadaan seperti itu, tentu banyak wang dapat dijimatkan dan digunakan ke arah yang lebih menguntungkan peserta yang mengambil bahagian.

Dalam majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek hadir merasmikannya. Simple sahaja. Peserta berbaris di padang tanpa perbariasn lintas lalu. Kemudian bendera kejohanan diarak masuk. Menteri lakukan usapan perasmian dan pembakaran obor. Obor pun moden, tak pakai api tapi nampaklah macam api yang menyala. Macam ni pun dah jimat penggunaan gas. Maklumlah akan menyala hingga 9hb Ogos, iaitu hari terakhir kejohanan.

Tetapi tak tahulah jika MSN akan menyerahkan penganjuran temasya ini kepada negeri di masa akan datang. Pastinya suasana akan berubah kerana lazimnya negeri-negeri akan berlumba-lumba nak menjadi penganjur terbaik.

Sunday, July 26, 2009

Latihan Persediaan Paintball

Hari Sabtu pergi latihan paintball lagi kat padang Astaka di Petaling Jaya. Latihan itu sebagai persediaan untuk mengambil bahagian dalam Liga Paintball Kebangsaan yang akan di adakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 dan 2 Ogos 2009. Team aku Yakuza akan mengambil bahagian dalam liga ini buat kali kedua. Kali pertama ialah dalam sirkit pertama pada awal tahun lalu.

Aku pun tak sangka akan terlibat secara serius dengan permainan extrim ini memandangkan usia. Rata-rata yang main adalah anak-anak muda berusia dari belasan tahun hingga 30an. Kadang-kadang rasa macam tak kena pula bagi bagi aku bermain dengan mereka yang ada diantaranya boleh dianggap sebagai anak. Namun demikian sejak aku melibatkan diri dengan permainan ini, aku sudah mula menjaga kembali kecergasan fizikal. Aku sudah mula meningkatkan kembali tahap kecergasan.

Tuesday, June 30, 2009

RIADAH DI BUKIT KOMANWEL

Petang tadi pergi jogging lagi. Seperti biasa bermula dari stesenLRT Bukit Jalil melalui jejantas masuk ke Bukit Komanwel. Mula-mula naik bukit Komanwel. Bagus untuk membina kekuatan kaki kerana terpaksa memanjat. Walaupun ada laluan bersimen, tetapi kadar cerunnya agak tinggi. Pendek kata untuk sampai ke puncak memang mengah juga. Sampai di atas lakukan sedikit regangan sambil jamu mata tengok sepasang pelajar sekolah berketurunan Cina sedang berasmara. Mereka masih lagi berpakaian sukan dan mungkin lepas balik dari aktiviti ko kurikulum atau mungkin tak pergi langsung. Aku rasa mereka baru di peringkat menengah rendah.

Atas Bukit tu memang amat sesuai untuk merendak sebab terlindung dari orang ramai. Lagi pun orang-orang Jabatan Agama takkan nak naik kan? Tak larat nak berjalan. Dulu pernah juga aku nampak sepasang kekasih yang sudah berusia. Si lelaki sudah beruban sementara pasangannya agak lebih muda sedikit. Aku tak rasa mereka suami isteri sebab kalau suami isteri takkan nak bersusah payah panjat bukit tu dan bercengkerama ditempat yang sunyi begitu.

Pada masa aku sampai, si wanita sedang duduk di atas pangkuan dan dalam pelukan lelaki itu. Pastinya sebelum aku dan anak aku sampai adegannya lebih panas kerana nampak benar mesranya. Akupun naik jealous juga. Hahahaha.........

OKlah berbalik kepada aktiviti aku. Aku mula joging sejak mula melibatkan diri dengan permainan paintball awal tahun lalu. Paintall sebagai satu bentuk sukan eksterim memang memerlukan dayatahan aerobik yang tinggi. Aku yang sudah beberapa tahun berada dalam keadaan sedentari, merasa amat letih selepas mula bermain dulu. Sebagai pengalak kecergasan maka aku rasa aku patut 'walk the talk', jadi aku kenalah bina semula tahap kecergasan untuk membolehkan aku main dengan lebih seronok.

Kawasan rekreasi Bukit Komanwel mempunyai sebuah tasik dan di sekitar laluan mengelilingi tasik itulah tempat untuk berjoging. Tetapi ianya tidak begitu sesuai jika ada yang berlari di atas laluan itu setiap kali kerana ia bersimen. Apa lagi aku dapati tidak memakai kasut yang sesuai. Ada yang pakai kasut untuk beraerobik, kasut untuk bermain badminton dan sebagainya. Kesan daripada memakai kasut yang tidak sesuai ialah pemakai itu mengalami shin spleen atau dalam jangka panjang sakit pada persendian kaki.

Disamping laluan untuk berjoging tertapat juga outdoor gym yang mengandungi beberapa stesen. Namun demikian stesen yang ada tidak mencukupi untuk latihan seluruh tubuh. Antara stesen yang terdapat ialah leg press, lat pull down. Bagi menambah beban, aku terpaksa menyuruh anak aku naik ke atas mesin untuk menjadikannya lebih berat. Aku bersenam bukan sekadar untuk membina dan mengekalkan kecergasan tetapi untuk bersukan juga. Sudah semestinya ada perbezaan antara menjaga kecergasan dan bersukan.

Monday, June 29, 2009

MERAWAT LEBAM

Hari Sabtu lepas pergi training paintball kat ASTAKA di Petaling Jaya. Training bersama team aku Yakuza yang sedang membuat persiapan untuk menyertai Liga Paintball Kebangsaan Sirkit ke 4 di Melaka.

Training sebelah pagi hingga tengahari. Macam biasa mesti bawa kenangan bekas lebam kena tembak (Lihat gambar). Bagi pemain paintball lebam ni perkara biasa dan dalam seminggu hilanglah. Tetapi kenalah berikan rawatan yang betul. Lebam ni bererti ada saluran darah yang pecah. Mengikut aturan rawatan kecederaan, bekas terkena tembakan paintball ni tidak boleh digosok sebaliknya cuma tuamkan dengan ais atau alirkan air yang sejuk ke atasnya. Tujuannya ialah untuk mengecutkan saluran darah sekitar kawasan itu, mengawal darah daripada terus keluar dan juga mengurangkan pembengkakan, jika ada. Rawatan menggunakan ais atau benda sejuk ni dilakukan selama 24-72 jam selepas berlakunya kecederaan itu.

So you all next time kalau berlaku apa-apa kecederaan hasil daripada impak, janganlah mengurut kawasan yang cedera itu. Ini kerana mengurut itu akan menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang lebih teruk. Disamping itu, tisu-tisu otot pun mungkin terkoyak dan dengan mengosok akan menyebabkan kecederaan tisu itu menjadi lebih teruk. Apa yang perlu diambil perhatian ialah sekiranya kecederaan yang ada luka terbuka, maka janganlah mengenakan ais atau sebarang bahan sejuk yang lain kerana ditakuti luka itu akan terkena jangkitan kuman. Bagi luka terbuka hendaklah membersihkan dahulu luka tersebut dengan pencuci antiseptik dan rawat mengikut kaedah rawatan luka yang betul.

Sunday, March 15, 2009

Aku Dan Paintball

17 Januari 2009 adalah merupakan detik pertama penglibatan aku dalam permainan paintball secara resmi. Dulu pernah juga aku memegang marker paintball ni untuk target shooting semasa satu program belia di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Tetapi kali ini benar-benar bermain.

Penglibatan itu bermula apabila Advertlets,  sebuah agensi pengiklanan di internet menganjurkan permainan paintball untuk bloggers. Aku menghantar butiran 
peribadi untuk turut serta memandangkan usia bukanlah satu halangan untuk bermain. 

Dalam pertandingan tersebut, pasukan yang aku wakili telah berjaya muncul sebagai naib johan dikalahkan oleh Alpha Marksmen. Hasil kemenangan itu kami sepatutnya di taja oleh My-NPL untuk bermain dalam Liga Paintball Kebangsaan tahun 2009 (NPL). 

Penyertaan dalam NPL pasukan aku Yakuza telah berjaya menduduki ranking 13 daripada 28 pasukan dalam Division 4. Ia satu perkembangan yang cukup baik bagi satu pasukan yang belum genap sebulan bermain paintball dan hanya satu sesi latihan. 

Kini aku sudah mula serius untuk terus bermain paintball. Hari Sabtu lepas hadir lagi untuk satu sesi latihan. Kami dalam persiapan untuk menyertai siri ke3 NPL yang akan diadakan di Melaka. 


Sunday, January 18, 2009

Pengalaman Bermain Paintball

Hari Sabtu 17 Januari aku melalui satu lagi pengalaman - bermain paintball. 

Aku berpeluang untuk main setelah ianya dianjurkan oleh Advertlets, sebuah syarikat pengiklanan di blog. Mereka telah menjemput bloggers untuk turut serta dalam satu Bloggers Paintball Tournament di Malaysian Paintball Academy, di Padang Astaka, Petaling Jaya. 

Pada mulanya aku rasa agak jangal juga kerana yang hadir itu adalah anak-anak muda dan remaja sementara aku seorang sahaja yang sudah berusia. Tetapi falsafah aku ialah meletakkan diri dalam environment yang sesuai dengan pembawaan yang sesuai. Nasibbaiklah aku boleh meletakkan diriku dalam environment mereka dan nampaknya mereka menerima aku seperti bloggers yang lain juga. 

Bermain paintball adalah merupakan satu pengalaman baru bagiku. Memang menyeronokkan dan aku rasa tidak menyesal menyertainya walaupun letih dan memenatkan serta menerima kesan tembakan paintball, namun aku puas. 

Selepas pendaftaran, aku telah diletakkan dalam kumpulan yang menamakan Yakuza. Kumpulan ini merupakan satu kumpulan makeshift yang diatur oleh Advertlets. Dalam kumpulan ini hanya dua orang sahaja yang kenal satu sama lain dan pernah bermain paintball. Sementara aku dan dua orang yang lain adalah merupakan first timer dan hanya bertemu serta berkenalan pada pagi itu juga. 

Walaupun pasukan kami baharu sahaja ditubuh kami telah berjaya sampai ke peringkat akhir tetapi tewas kepada satu pasukan yang berpengalaman. Baca selanjutnya pengalaman aku di SINI

Gambar di bawah adalah pasukan YAKUZA yang aku sertai. 


Sunday, August 24, 2008

Kedah Juara Piala Malaysia 2008

TAHNIAH!!!
JUARA PIALA MALAYSIA 2008
KEDAH 3 - SELANGOR 2

Biar Jasa Jadi Kenangan"

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni..
Tekun berani seungguh hati..
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan

Hijau Kuning lambang kemegahan..
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah! Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah..
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku

Darulaman negeriku

Hijau Kuning darahku

Negeri Kedah negeriku

Negeri Kedah negeriku


Song : Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil..
..Lyrics & Melody : Freddie Fernandes..

Dulu sewaktu aku menjadi jurulatih di Kedah lagu ini sering aku ajarkan kepada pemain bolabalingku dan juga atlet olahraga. Ia sememangnya memberikan semangat juang kepada atlet apabila bertanding di peringkat MSSM. Kini setiap kali aku mendengar lagu ini meremang bulu romaku kerana nostalgia ku ketika berjuang bersama atlet-atlet untuk mengibarkan bendera negeriku.

Hijau Kuning - Lagu tema

Saturday, August 23, 2008

Karnival Final Piala Malaysia 2008- Aku Tertipu

Gambar ini diambil dari sini.

Malam ini Kedah akan bertemu Selangor dalam final Piala Malaysia. Ini rasanya kali keempat mereka bertemu dalam musim ini dan dalam tiga pertemuan sebelum ini, keputusannya memihak kepada Kedah.

Pagi tadi aku keluar ke perkarangan Bukit Jalil untuk melihat suasana kerana biasanya jika ada final, pasti kawasan itu akan dipenuhi aktiviti. Sememangnya suasana karnival sudah berlaku di Bukit Jalil itu. Gerai-gerai menjual baju T dan lain-lain cenderamata sudah didirikan. Ianya dipenuhi oleh warna hijau, kuning dan merah. Sudah semestinyalah kerana ia merupakan warna kedua-dua pasukan yang akan bermain dalam final itu. Kedah dengan hijau-kuningnya dan Selangor dengan merah-kuningnya.

Selain gerai menjual cenderamata itu, terdapat juga karnival yang disediakan oleh Celcom iaitu bolasepak 3 sebelah dan juga human football. Tidak jauh dari situ di kawasan letak kereta A, persediaan untuk jualan lelong kebangsaan sedang rancak berjalan. Ia merupakan satu aktiviti sebagai menyambu Hari Raya Iidil fitri tahun ini. Dulu program seperti itu pernah dianjurkan tetapi tidak mendapat sambutan kerana dikatakan harganya agak mahal. Adakah kali ini harganya akan turut mahal aku tidak dapat pastikan lagi.

Namun demikian bahang harga mahal sudah aku rasai sewaktu menjamu selera di dalah sebuah gerai di situ. Aku membawa kelaurg untuk makan nasi ayan di sebuah gerai ayam percik. Apa yang menarik perhatian untuk aku makan di situ ialah tawaran nasi ayam RM1.00. Memanglah murah. Mana nak dapat nasi ayam berharga RM 1.00 di Malaysia ini memandangkan harga beras sudah meningkat. Rupa-rupanya aku tlah tertipu dengan tawaran harga itu.

Setelah duduk aku memesan tiga pinggan nasi ayam. Masa itulah aku baru tahu bahawa apa yang di maksudkan nasi ayam itu hanya mengandungi nasi, semangkuk sup dan dua potong mentimun. Ayam pula kena beli dan harganya ialah RM6.00 seketul. Yang murah pun chicken wing saja iaitu Rm1.50. Jadi sepiggan nasi ayam sebenarnya RM 6.00 dan bukannya RM 1.00. Biasanya harga nasi ayam di gerai tidak lebih dari RM4.50 sepinggan. Memang ramai lagi yang tertipu di gerai itu. Tetapi bagi pelanggan lain yang datang dari Kedah untuk menonton bolasepak tidak merasakan tertipu kerana memikirkan ini Kuala Lumpur.

Nilah yang dikatakan Nasi Ayam yang berharga RM 1.00. Hanya nasi, dua hiris mentimun dan semangkuk sup.

Sepinggan ayam ini berharga RM 12.00. Dua ketul bahagian dada)


Sunday, June 29, 2008

Sukan Lasak Permotoran

Hari ni ada drift kat Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Nampaknya drift semakin mendapat temat di kalangan peminat sukan permotoran. Aksi drift ni memang memerlukan pemandu yang cekap mengawal kereta. Mungkin kita telah didedahkan dengan aksi drift ni melalui drama TV Impak Maksima. Walaupun drift ni tidak sesuai di jalan raya kerana merbahaya, namun menontonnya di litar yang disediakan khas memang menguja semangat. Bunyi deruman enjin dan tayar yang mencakar jalan menjadi tarikan peminat sukan permotoran lasak ini.

Drift hari ini dianjurkan oleh Belia 4B dan kereta yang mengambil bahagian terdiri dari berbagai jenama. Paling banyak yang aku nampak ialah Toyota Corolla. Semuanya edisi lama yangmemang tak sayang kalau dilanyak habis-habis oleh pemandu drift ni. Ada juga beberapa biji Ford dan sebuah BMW. Hmmm..BMW pun boleh buat kereta drift.

Walaupun pelumba drift ni menggunakan kereta buruk, aku rasa mereka banyak wang. Bayangkan tayar semestinya kena tayar baru setiap kali nak drift. Kemudian semasa melakukan aksi drift tu pula tayar sememangnya di kikis hingga berasap. Kira hauslah beb. Dah lah taya, enjin pula mesti berada dalam keadaan terbaik, jika tidak macam mana nak press. Sistem suspension pun mesti boleh memberikan prestasi yang terbaik juga. Dahlah, tu sekarang minyak mahal, tentu kos untuk mendrift meningkat. Tu yang aku katakan mereka ni banyak duit. Biar habis duit asal mencapai kepuasan. Bukan dengkilah. Cuma aku tabik sebab mereka banyak duit.
Di satu sudut pula peminat kereta kancil yang dimekap mempamerkan seni hiasan kereta mereka. Tak tahulah sama ada pameran itu sebahagian dari aktiviti pertunjukan drift. Salah satu Kancil yang dimekap ialah seperti dalam gambar di bawah ni. Aku ambil dari laman web ini.

OKlah, malam ni aku nak bertolak ke Pulau Pinang.

Monday, December 17, 2007

Tahniah Kontinjen Malaysia

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA Edisi ke 24 di Korat kerana berjaya memungut sebanyak 68 pingat emas.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List