1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Wednesday, October 03, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU ?

Dalam posting ini saya nak share sesuatu untuk menfaat seluruh umat Islam mengenai suruhan untuk solat di awal waktu. Saya jumpa info in do Facebook di SINI

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya

Saturday, July 28, 2012

Nafsu Di Bulan Ramadhan

Baru saja bangun dari tidur yang lewat. Di bulan Ramadhan ni sebenarnya tidur itu adalah satu ibadah. Sesiapa yang malas nak buat ibadat lain, jadikan tidur yang paling mudah dilakukan (kecuali anda ada penyakit insomnia) sebagai sumber mengumpul pahala (ahakkssss...). Mengapa pula begitu ye? Bulan-bulan lain tidur tak dapat pahala ke?
Puasa ni bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum bermula dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Eh, bukan sekadar tak makan n tak minum. Tapi menahan nafsu juga. Nafsu nafsu (yang kita sering kenali), nafsu mata, nafsu telinga, nafsu mulut. Mula-mula tu nafsu nafsu (bukan silap taip) ni yang mungkin jadi kegemaran orang muda-muda, yang tak berapa muda dan yang tua-tua. Ala, muda cakap nafsu seks. Ni kena tahan sepanjang masa melakukan ibadah puasa.

Orang yang berpuasa juga kena tahan nafsu mata, iaitu melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat or ringkas cakap apa yang paling nikmat untuk dilihat, tentu anda faham kan apa yang paling seronok dilihat especially jika berada di tempat-tempat awam.

Nafsu telinga pula ialah mendengar perkara-perkara yang tidak baik sama ada dengn sengaja atai tidak sengaja. Yang tidak sengaja tu kalau kali pertama mungkin rezeki tetapi majoriti orang ni akan mendengar untuk kali kedua sebab seronok mendengar perkara-perkara tidak baik ini.

Masa berjaga ni kalau ada teman untuk berbual, nafsu mulut ni sukar nak jaga khususnya bagi orang perempuan (maaf ye bukan nak pinpoint tapi itulah "budaya") Kalau dah dok pot pet pot pet tu mesti terbabit mengata orang lain. Ringkas cakap mengumpat. Bila dh mengumpat (nafsu mulut) maka akan terbabit juga nafsu telinga kan?

Jadi bila seseorang itu tidur, matanya tertutup, telinganya tidak mendengar perkara yang tidak baik dan mulut tidak mengumpat. Pasal tulah tidur di bulan Ramadhan ini jadi ibadah. Tapi kalau dah lepas bersahur terus tidur dan bangun bila dengan azan Maghrib, tu balok liat namanya. Dahlah solat ditinggalkan, tubuh pula dijahanamkan kerana tidur itu merehatkan otot. Otot yang berehat akan menjadi lemah.

Lupa pula nak bagi tau pasal apa tidur lewat. Olimpiklah nie. Berjaga sepanjang malam kerana nak tengok perasmian London 2012. Tunggu punya tunggu, kontinjem Malaysia cuma muncul lebih kurang 5 saat saja daripada keseluruhan 2 jam acara perbarisan kontinjen-kontinjen. Nasib baik dah menganggur. Kalau tak jawabnya tidur di ofislah.

Sedekahlah Kepada Anak-anak Yatim Di Bulan Ramadhan Ini.

Semasa pergi ke Pasar Ramadhan Kinrara untuk membeli juadah berbuka nampak ada wakil dari rumah-rumah anak yatim memohon sumbangan dari pengunjung. Hari pertama ada tiga tabung sementara hari kedua nampak satu sahaja. 

Sempena bulan penuh rahmat ini eloklah sesiapa yang ada duit lebih sikit dan ingin mengambil peluang untuk bersedekah bolehlah sedekahkan kepada penjaga anak-anak yatim dan anak-anak miskin itu. Sedekah tak semesti banyak tetapi apa yang penting ialah keikhlasan. Allah melihat pada keikhlasan hati kita untuk bersedekah dan bukan pada banyak mana kita sedekah itu. 

Kita hendaklah sedar bahawa Allah yang memberikan kita rezeki dan dalam rezeki yang diberikan kepada kita itu mungkin ada juga hak orang lain. Atas sebab itulah kita di wajibkan untuk berzakat kerana zakat itu satu pengorbanan yang menunjukkan ketaatan kita kepada Allah. Pasal itu antara lima tiang agama, satu daripadanya ialah zakat dan fitrah. 

Tidak rugi apa-apa dan tidak kurang rezeki kita jika bersedekah kerana Allah akan membalas pengorbanan kita itu dengan rezeki yang lebih banyak dan lebih baik serta dari sumber-sumber yang tidak dijangka. 

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ البقرة: 261)

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran)

Berikut ialah pihak pengurus rumah kebajikan anak-anak yatim yang saya perolehi semasa di Pasar Ramadhan Kinrara. 

1. RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA (31 orang anak yatim dan anak miskin)

Alamat: Rumah Bakti Nur Syaheera
No. 23, Jalan Jaya Baru 3,
Taman Jaya Baru
Cheras 56000
Kuala Lumpur
Tel: +603-91004074
Fax : +603- 91074310

Kepada sesiapa yang ada rezeki lebih dan berniat untuk memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur, en. Johari bin Haji Basri di nombor 012-2922542 atau emel rumahbakti@nursyaheera.com

Sumbangan anda boleh disalurkan juga kepada
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR
No Akaun : Maybank Islamic 5648 5611 1166 

atau 

RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA
No Akaun : Bank Mualamat 1405 0003 8387 18

Persatuan ini terletak di 
Kg. Talang Tengah
31120 Sungai Siput (U)
Perak Darul Ridzuan

Persatuan ini telah menguruskan asrama untuk anak-anak yatim sejak tahun 2003 dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan dengan nombor Pendaftaran: 1714-05-4. 

Sebuah kompleks asrama seluas 11 ekar telah dimajukan dan menempatkan seramai 80 orang anak-anak yatim. Asrama ini mempunyai visi untuk menyediakan satu prasarana dalam satu suasana Islam yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal dan bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara. 

Berikut ialah perbelanjaan menguruskan asrama anak-anak yatim tersebut seperti yang saya petik dari brosur mereka
Bagi tujuan menjana kewangan Persatuan ini telah menjalankan berbagai aktiviti ekonomi seperti menternak ikan di kolam, ladang menternak kambing, kilang pengeluaran produk Nurul Ihsan, Bengkel kereta dan bengkel besi, Tapak Sarang burung Walit dan homestay. 


Walaupun mereka menjalankan aktiviti untuk menjana pendapatan sendiri, kita sebagai insan yang dianugerahkan Allah dengan kesenangan, kelapangan dan kemewahan masih boleh memberikan sumbangan sebagai tanggungjawab sosial kita khususnya kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan miskin. 

Sumbangan anda boleh disalurkan sama ada secara tunai, cek atau bank in kepada 
PERSATUAN KEBAJIKAN  ANAK-ANAK YATIM  NURUL IHSAN
No Akaun Maybank 158202198711

Sumbangan anda juga boleh diagihkan mengikut pecahan yang diingini sama ada untuk Prasarana Asrama, Perbelanjaan Sekolah, Perbelanjaan Harian, Program Luar Asrama dan sumbangan am/wakaf lot. 

Untuk maklumat lanjut pertubuhan ini bolehlah hubungi 

Dr. Shukur (Pengerusi) +605- 533 4001
Ust Norhisan (Pengasas) 019 - 577 4553
En. Ali (Pengurus Eknonmi) 012 - 500 6840

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TAUFIK DAN HIDAYAHNYA KEPADA PARA DERMAWAN




Monday, July 23, 2012

Bersahurlah........

اَلسَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جَرْعَةً مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَةُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْن.

‘Sahur itu seluruhnya membawa keberkahan. Oleh karena itu, janganlah kalian tinggalkan, meskipun kalian hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya ber-shalawat (berdoa) untuk orang-orang yang melakukan sahur’ (Hadits, riwayat Ahmad)

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan muncul lagi seperti yang Allah rancang untuk menguji hampa-hambaNya dan memberikan peluang kepada hamba-hambaNya untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ke alam yang akan ditempuhi selepas alam dunia. 

Sebagai mengisi posting ini sempena menyambut Ramadhan al Mubarrak saya kongsikan tiga gambar yang saya download dari Facebook untuk renungan kita bersama. Semoga ianya memberikan menfaat kepada anda yang membaca blog saya ini. Kredit saya berikan kepada pemilik gambar-gambar ini seperti watermark yang terdapat pada setiap gambar itu. Semoga usaha anda menjadi koleksi ganjaran pahala dariNya untuk dibawa ke sana. 





BLOGGER INI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MANA SAHAJA BERADA. SEMOGA AMALAN PUASA KITA TAHUN INI MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH S.W.T.

Saturday, April 07, 2012

Al Quran Digital Al Rayyan

Pada mula Al Quran di turunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W ianya hanya dihafal dan disebarkan dari seorang ke seorang secara lisan. Hanya setelah Nabi Muhammad wafat baharulah Al Quran mula dikumpulkan dan dituliskan pada pelepah-pelapah tamar kerana dibimbangi Ayat-ayat Suci akan hilang kerana penghafal-penghafal Al Quran meninggal dunia.

Kemajuan dalam bidang percetakan pula membolehkan Al Quran dicetak untuk dibaca oleh lebih ramai umat Islam. Sesuai dengan kemajuan tamaddun dan Islam itu sebagai agama yang sentiasa maju dan tidak ketinggalan, maka hari ini kita dapati Al Quran sudah memasuki era digital. Al Quran sudah disimpan dalam bentuk digital dan muncul pula Al Quran Digital yang terus memudahkan umat Islam menyimpan, membawa dan membaca. Dengan adanya Al Quran dalam bentuk digital ia boleh dibaca di mana sahaja dengan mudah malah menggunakan cara-cara bacaan yang betul.

Antara al quran Digital yang berada di pasaran hari ini ialah Al Rayyan. Sila lihat video
YOUTUBE  ini.

Muslim Niaga menjual Al Quran ini secara online dan mereka yang berminat untuk membelinya boleh KLIK DI SINI untuk membuat pesanan. Set Al Quran ini mengandungi Al Quran Read PEN yang akan membaca Ayat-Ayat apabila ia disentuh dan leretkan pada mana-mana ayat atau surah. Memilikki pen ini akan membolehkan seseorang itu mempelajari cara untuk membaca Al Quran dengan betul disamping boleh mengajar ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin belajar membaca Al Quran. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi mutu bacaan Al Quran.

Mengikut penerangan di Muslim Niaga Mall faedah-faedah berikut dapat diperolehi dengan memilikki pen ini iaitu:
1. Anda tidak perlu tercari-cari terjemahan kerana pen digital Quran ini mampu menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mana-mana ayat dalam Quran tersebut.
2. Boleh mendengar bacaan merdu daripada beberapa Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti Sheikh Saad  Al-ghamidy, sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Saudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
3. Boleh memahami dan boleh mengajar Al Quran kepada ahli keluarga sendiri.
4. Boleh mendengar alunan bacaan dari Qari ini amat teliti, jelas dan penuh dengan taranum yang mengasyikkan. Selain itu, kitab Iqra dan panduan solat serta Doa turut disertakan bagi membolehkan anak-anak anda mempelajarinya.
5. Anda bukan sahaja boleh mendengar bacaan Quran, malah boleh menuatnaik nasyid dan bacaan doa dan sebagainya kerana Pen Digital turut dilengkapkan dengan Memory 2Gb.
6. Boleh dengan bacaan dengan lebih jelas kerana ia boleh disambungkan pada aksesori lengkap pada speaker atau earphone. Anda juga boleh dengan semasa memandu jika kenderaan anda ada MP3.
7. Pakej ini didatangi dengan Gift-Box yang sangat menarik. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah Hari Jadi atau Hantaran Perkahwinan dan sebagainya.

Lihat juga di sini 

Pembelian Al quran ini juga diberikan JAMINAN SATU TAHUN

Harga se unit Al Quran Digital ini yang dijual oleh Muslim Niaga ialah harga RM 290 dan PERCUMA kos penghantaran

Saturday, August 27, 2011

SIAPA LAYAK DAPAT AL QADAR?

Satu lagi email yang dikirm oleh seorang sahabat mengenai Al Qadar dan saya rasa patut berkongsi bersama pembaca saya. Malam ini ialah malam ke 27 Ramadhan. Saya teringat ciri-ciri malam Lailatul Qadar dan seperti SINI dan SINI antaranya.

Doa yang diajarkan Rasulullah saw saat menjumpai lailatul qodr adalah ”Wahai Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan karena itu berikanlah maaf kepadaku.” (HR. Ibnu Majah)

UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).


Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).
Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa.


Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”


juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja.

Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.

Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang. 

Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. 

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. 

Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. 

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”

Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu.

Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari.

CATATAN: Dalam email yang saya terima (forwarded), tidak pasti siapa penulis artikal ini, namum dipanjatkan kesyukuran kepada Allat SWT kerana memberikan ilham kepada penulis asal. Wallahualam. 

Thursday, August 25, 2011

MENGEJAR LAILATUL QADAR

Satu malam yang penuh dengan rahmat dan hanya ada pada bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita mengejar malam itu kerana pada malam itu semua malaikat akan turun ke bumi dan barang sesiapa yang bertemu dengan malam tersebut;

Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

Dari Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentangLailatul-Qadr. Lalu baginda bersabda:

Ianya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.

Di antara tanda-tandanya ialah:

  • Keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi suyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian ). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
  • Sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ianya terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah s.w.t. telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu.' (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit) ”.


Huraian Ringkas.
Beberapa alamat Lailatul-Qadr sudah jelas diterangkan oleh hadis ini. Ada juga alamat atau tanda yang telah diriwayatkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya ialah apabila matahari terbit pada paginya, ia akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat.

Tanda ini banyak di dapati di dalam hadis-hadis dan ia selalu didapati.

  • Hazrat Abdah bin Abi Lubabah r.a. berkata, ' Saya telah merasai air laut pada malam 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapatinya betul-betul tawar'.
  • Hazrat Ayyub b Khalid rah. pula berkata, " Saya terpaksa mandi pada suatu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapatinya tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27 '.

    Para masyaikh menulis bahawa di dalam Lailatul-Qadr semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke tempatnya kembali. Walau bagaimanapun perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf, ia tidak dapat disedari oleh semua orang.

    Semoga hadis ini dan kisah-kisah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada kita, Insya-Allah.

    Oleh itu sama-samalah kita

    Insya Allah, jika diizinkan kita akan dapat meneluinya, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

    Posting ini adalah berdasarkan satu email yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.

    Monday, November 22, 2010

    Mengapa Tidak Dirikan Surau Yang Sempurna Di Bukit Bintang?

    Hari ini pergi Bukit Bintang lagi. Entah mengapa kalau nak keluar KL mesti nak pergi Bukit Bintang. Maybe kot banyak shopping mall kat situ or maybe itulah tempat tumpuan pelancong dan warga kota bandaraya bersantai. Tapi kali ini tujuan ke Bukit Bintang ialah hendak ke Lot 10 nak tengok perkhidmatan internet baru Yes. Lot 10 menjadi basenya sebab perkhidmatan ini dimilikki oleh YTL dan Lot 10 itu pun milik YTL. 

    Mula sekali mesti juga nak ke Sungai Wang dan BB Plaza. Bukan apa, nak bayar bil Celcom. Di situ ada CDM, so senangla sikit. 

    Waktu Maghrib sembahyang di Surau BB Plaza. Sempat juga sembahyang berjemaah kerana masih di awak waktu dan ramai yang hendak sembahyang. Surau BB Plaza kecil sahaja dan sememangnya agak sesak di awal waktu. Semasa duduk berehat selepas selesai solat, aku check in kat foursquare. Dulu aku juga yang register surau ini sebagai venue baru. Bukan apa, at least sesiapa yang menggunakan foursquare dan ingin mencari surau di kawasan ini dapat mencari dengan mudah. Sekurang-kurangnya aku dapat juga pahala kerana menunjukkan tempat beribadah ini. Rupanya kunjungan kali kedua ini telah membolehkan aku menjadi mayor surau. Hahaha.........Datuk Bandar la.......Mayor yang tak bergaji. 

    Tapi apa yang aku nak highlight dalam posting ini bukan mengenai status mayor itu. Aku terfikir juga mengapa pihak yang berwajib seperti DBKL atau JAKIM tidak berusaha untuk mencari tempat untuk dijadikan Surau di kawasan yang paling menjadi tumpuan pelancung ini, khususnya dari Timur Tengah. Tidak tahulah sama ada ada pihak yang terfikir untuk mengadakan ssebuah surau yang mudah dicari dan digunakan di kawasan ini. 

    Apa yang aku tahu surau-surau yang disediakan oleh pemilik bangunan agak tersorok dan menggunakan ruang kosong yang tidak ada apa-apa nilai komersial. Sebagai contohnya, Surau Sungei Wang Plaza dulu agak tersorok dan susah untuk pengunjung mencari. Surau di Low Yatt Plaza di basement P2 kot, agak lebih baik berbanding sebelum ini yang terlalu sempit. Seolah-olah surau ini bukanlah tempat yang penting di negara yang mendakwa negara Islam ini. Adakah kerana hendak menjadikan Islam moderate maka hal-hal yang berkiatan ibadah pun kena moderate juga?

    Sepatutnya surau diletakkan di tempat yang terhormat dan tidak tersembunyi untuk memudahkan pengunjung beribadah setiap kali masuk waktu. Sewajarnya pihak berkuasa khususnya PBT, atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meletakkan syarat bahawa setiap bangunan atau kompleks yang hendak dibina diwajibkan menyediakan surau yang sempurna sebagai syarat seperti wajibnya mengadakan lain-lain kemudahan untuk orang awam sebelum kelulusan pembinaan dan CF diberikan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.


    Wednesday, September 15, 2010

    Aidil Fitri Di Russia - Subhanallah

    Subhanallah, ramainya.....
    ..0_57493_2bc6011a_orig
    Terkejut juga melihat begitu ramai umat Islam bersembahyang Aidil Fitri di Russia. Untuk tengok gambar-gambar lain sila KLIK SINI.

    Friday, February 26, 2010

    MAULID UR RASUL

    Hari ini kita sambut hari Keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Cuti bro.......Setiap kali tiba 12 Rabiul Awal pasti kita akan memperingati Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman dan majlis-majlis keagamaan diadakan untuk menyambutnya. Biasanya di mesjid dan surau diadakan majlis-majlis doa selamat, cearamah, berselawat kepada Nabi dan sebagainya. Bagi sesiapa yang sayang dan cinta kepada junjungan besar kita itu, pasti akan turut serta dalam majlis-majlis menperingati Baginda. Itu antara saksi-saksi yang akan kita bawa ke alam akhirat nanti untuk mendapat pertolongan dari Baginda sewaktu kita sedang dihisab amal-amal kita di dunia. 

    Marilah kita bersalawat kepadanya sebagai tanda cinta kita kepada Baginda. Tetapi perlulah diingat bahawa berselawat kepadanya bukan hanya pada 12 Rabiul awal sahaja. Kita sewajarnya berselawat kepada Nabi sepanjang masa. 

    Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula bernunga dan seterusnya berbuah. 

    Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah telah mengekalkan nama Rabiul awal ini sehinggalah sekarang. 

    Peristiwa-peristiwa Penting Bulan Rabiul awal

    • Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah pada 12 Rabiul awal tahun gajah bersamaan 23 April 6571 Masehi.
    • Perlantikan Rasulullah menjadi Rasul dan pada ketika ini Nabi berumur 40 tahun. 
    • Bulan Rasulullah tiba di Madinah al- Munawarah ketika hijrah dan menunaikan solat Jumaat yang pertama. 
    • Berlaku peperangan Safwan (Badar bertama)
    • Wafat junjungan besar Nabi Muhammad pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 H bersamaan 7 Jun 632 M.
    • Abu Bakar RA menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat. 
    • Pembukaan Iraq oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid.
    • Pembukaan Baitul Muqaddis oleh tentera Islam dan telah menewaskan tentera salib. 

    Maklumat di atas saya ambil dari kertas aturcara Sambutan Maulid Ur Rasul peringkat atlet Majlis Sukan Negara anjuran Unit Hal Ehwal Islam MSN.

    SELAMAT MENYAMBUT MAULID UR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MANA JUA.

    Sunday, September 20, 2009

    1 Syawal 1430 / 20 September 2009

    Hari  ini 1 Syawal 1430, Hari Raya Aidil Fitri datang lagi menandakan kita sudah meninggalkan Ramadhan, bulan penuh berkat dan keampunan. Pagi Syawal bermula dengan sembahyang sunat Aidil Fitri di mesjid dan surau di seluruh pelusuk. Sembahyang sunat yang datang setahun sekali sahaja. Terlepas sembahyang sunat kali ini bererti terpaksa menanti setahun untuk berkesempatan melakukannya lagi.

    Pagi ini sembahyang sunat Aidil Fitri di Mesjid Kampung Berjaya, kira kampung akulah yang aku diami sejak tahun 1964 dulu.




    Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri, kunjung mengunjung bermula. Kanak-kanak paling gembira kerana ini masanya untuk kutip duit raya. Biasanya kanak-kanak yang mengunjung dari rumah ke rumah tidak mahu makan atau minum. Bagi mereka mengumpul duit raya adalah lebih nikmat dari makan dan minum.

    Pada Hari Raya juga merupakan masa di mana kaum keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan. Biasanya rumah ibu bapa menjadi tempat berkumpul. Inilah pentingnya ada orang-orang tua. Apabila ibu  bapa sudah tiada, maka perjumpaan keluarga menjadi lebih kecil.



    Hari Raya juga merupakan hari di mana ziarah kubur dilakukan. Bagi aku juga, menziarah kubur nenek menjadi amalan. Kini ditambah dengan tanah perkuburan adik aku dan terpaksa pergi ke dua tanah perkuburan berasingan. Pertama di Lubok Air, Air Hitam Kedah dan satu lagi di tanah perkuburan Mesjid Derga.




    Sudah menjadi amalan sejak beberapa tahun lalu, selepas ke tanah perkuburan, akan singgah di rumah bapa saudara aku di Lorong Keriang sebelum ke Pantai Johor, berdekatan Anak Bukit pula. Itulah rutin setiap Hari Raya. Keletihan sehari suntuk berjalan, maka sebelah malam selalunya tidak ke mana lagi.

    Hari Raya kedua pula ada perjumpaan tahunan keluarga Tok Naidin. Tahun ini perjumpaan akan diadakan di Kem Kenari Nature Resort, Yan, Kedah.

    Wednesday, September 16, 2009

    Kadar Zakat Fitrah Tahun 2009 Bersamaan 1430 Hijrah

    Kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran.

    Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan dan Wilayah):

    Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7

    Terengganu - RM5, RM7 dan RM8

    Johor - RM5 dan RM7.50

    Sabah - RM6.60

    Negeri Sembilan - RM6.50

    Melaka - RM6.30

    Sarawak dan Perlis - RM6

    sumber : Bernama

    Sunday, September 06, 2009

    Malam Hari Keenam Belas - Baca Qunut

    Sudah 15 hari kita berpuasa,bermakna sudah sampai separuh jalan atau kalau memanjat gunung sudah sampai ke puncak. Selepas ini kita akan mulakan perjalanan turun pula. Biasanya selepas 15 hari berpuasa, terasa semakin cepat bulan Ramadhan akan habis. Apa lagi lagu-lagu raya sudah berkumandang membawa kita ke dalam mood nak raya.

    Apabila sampai hari ke 15, di rakaat akhir sembahyang sunat witir sebagai penutup tarawikh, imam mula bacakan Qunut. Ramai juga yang terlupa tentang kena baca Qunut itu. Aku pun dulu pernah terlajak. Selepas berdiri semula dari ruku' dan iktidal, bila imam takbir (bukan Take Beer) terus saja turun untuk sujud. Tup-tup terasa orang lain tak sujud. Panggung kepala tengok orang sedang menadah tangan mengiringi bacaan Qunut. Malu memang malu, tapi buat derk je la....... Bangun dan berdiri semula untuk sama-sama baca Qunut. Memang orang lain tentu tersenyum dalam hati.

    Tuesday, April 28, 2009

    Pengemis Buta Dan Rasulullah S.A.W

    SEMOGA BERMANFAAT 


    Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap 
    harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 
    Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu 
    pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. 
    Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya 
    itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari 
    sampai beliau wafat. 
    Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? 
    Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan 
    hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. 
    Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. 
    Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan 
    membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. 
    Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? 
    Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). 
    Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si 
    pengemis buta itu. 
    Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak 
    susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, 
    setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
    Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. 
    Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... 
    Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. 
    Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? 
    Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha 
    meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup 
    melakukannya. 
    Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai 
    Rasulullahmu... 
    Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? 
    MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus. 
    Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir. 
    1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.. 
    2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 
    4. Bantu pendidikan seorang anak. 
    5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah. 
    6. Bagi CD Quran atau Do'a. 
    7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid. 
    8. Tempatkan pendingin air di tempat umum. 
    9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung 
    dibawahnya, Anda dapat hasanah. 
    10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, 
    Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. 
    Aminnnnnn... 
      
    ..

    Sunday, January 11, 2009

    Nak Hapuskan Hamas Atau Agenda Tersembunyi?

    Seluruh dunia telah sedar tentang keganasan Israel di Gaza yang membunuh orang awam yang tidak berdosa. Betapa sebak kita melihat di dada akhbar dan kaca TV penderitaan kanak-kanak, wanita dan orang tua akibat pengganas zionis yang bermaharajalela itu. Bagaikan seorang pembuli yang membuli mangsa yang tidak berdaya melawan. Israel ibarat haram jadah yang bersifat kebinatangan. 

    Malam tadi swaktu aku hendak membuat satu posting kat blog Bahasa Inggeris aku, maka terjumpa sebuah laman web zionis yang mendedahkan sebab sebenarnya mereka menceroboh Gaza. Aku tak nak ulang tulis. Klik SINI dan baca. 

    Aku juga menerima satu SMS barangan yang patut kita boikot sebagai usaha kita untuk melawan Yahudi dan Amerika itu. Kita tidak mampu mengangkat senjata untuk pergi ke medan perang, jadi kita lawan guna senjata ekonomi. Itu sahaja sumbangan yang kita mampu untuk membantu saudara kita di Palestin. Klik SINI untuk lihat senarainya.

    Saturday, September 06, 2008

    Hari Keenam Puasa Ramadhan

    Hari ini sudah masuk enam hari berpuasa. Aku mulakan hari ini dengan menghadiri satu kuliah subuh yang diadakan di surau tempat aku tinggal. Kuliah subuh itu bertajuk Ramadhankan Diri yang di sampaikan oleh Ustaz Emran Selamat dari Wangsa Maju.

    Dalam kuliahnya itu Usta Emran mengajak semua jemaah yang hadir pada pagi tadi untuk menjadikan sepanjang tahun dalam hidup ini seperti mana kita meraikan bulan Ramadhan. Jangan hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita bersungguh-sungguh meningkatkan ibadah tetapi sebaik sahaja masuk Syawal, kita kembali kepada keadaan asal. Itulah rumusan yang aku dapat hasil daripada mendengar kuliah itu.

    Balik dari kuliah subuh aku terus menghidupkan laptop dan macam biasa semak email. Salah satu email yang aku respons ialah tentang satu survey yang dilakukan oleh Planet Pulse. Baca tulisan aku di sini. Ah, baru sahaja balik dari kuliah Subuh dah buat dosa dah. Manusia, manusia.

    Pada hari Khamis lalu Pak Samad Ismail kembali ke rahmatullah pada usia 84 tahun. Dapat juga Pak Samad mengecapi usia sehingga 84 tahun. Aku ni entah bila masanya akan dipanggil pula oleh Ilahi untuk mengadapnya. Sekarangni pun aku sudah cukup bersyukur kerana pada usia 54 tahun Allah masih lagi mengurniakan kepada ku kesihatan. Sehingga aku menulis blog ini, aku masih lagi dalam keadaan sihat. Belum ada penyakit kencing manis, jantung atau darah tinggi. Alhamdullillah..............

    Pak Samad kembali ke Rahmatullah pada petang Jumaat dalam bulan Ramadhan dan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Innalillah hi innalillah hi rojiun. Al Fatihah kepada Pak Samad.

    Esok para MP BN akan bertolak ke luar negara untuk satu lawatan sambil belajar yang dilakukan secara tergesa-gesa. Rombongan itu akan berada di luar negara, entah tempat mana nak lawat pun tak tahu, apa yang nak di belajar pun tak tahu, sehingga selepas 16 September. 16 September! Oh tu tarikh sasaran Datuk Seri Anwar nak membentuk kerajaan baru. Tu tarikh Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, program 'dah nak terberak baru gali lubang jamban' ia di lihat sebagai satu usaha nak gagalkan rancangan PR. BN ni ingat rakyat Malaysia macam budak TADIKA yang boleh dibohongi di waktu siang.

    Monday, September 01, 2008

    1 Ramadhan 1429

    Hari ini bermulanya 1 Ramadhan dan umat Islam seluruh dunia mula berpuasa. Tetapi dalam ramai yang sibuk nak mengamalkan ibadan sekali setahun ini, ada juga yang mula merungut kerana gastrik. Alamak, ruginya. Aku pun dulu kalau lewat makan, perut akan masuk angin. Mulalah angin membuak-buak knak keluar. Pengalaman angin ni aku terasa benar semasa bulan puasa tahun lepas. Waktu itu aku dalam penerbangan balik dari Kuching ke Kuala Lumpur dengan MAS. Angin keluar membuak-buak. Dah lah tertolak untuk keluar melalui mulut, sekali sekala ada juga yang nak keluar melalui dubur. Rasa macam nak terkentu saja. Tetapi takkanlah aku nak kentut dalam kapalterbang. Malula. Perjalanan satu jam setengah itu amat menyiksakan bagiku. Tapi nasib baik puasaku tidak terburai.

    Hari pertama berpuasa nampaknya ramai yang bersemangat untuk berbuka. Petang tadi aku keluar untuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Pertama sekali aku ke Seri Petaling, tempat yang biasa aku pergi untuk membeli juadah berbuka setiap tahun. Macam biasa ramai pengunjung. Aku berjalan dari hujung ke hujung dan kali ini tidak banyak yang menjual kuih. Majoriti menjual lauk pauk. Tu pun dah hampir habis. Laku betul. Nak beli murtabak tapi ramai sangat yang menunggu. So di Seri Petaling aku tidak membeli apa-apa. Aku mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke Sungai Besi. Tup-tup aku ubah fikran dan pergi ke Desa Tasik. Sama seperti di Seri Petaling, ramai yang menjual lauk pauk. Gerai murtabak pun ramai yang berkerumun. Tak beli apa-apa.

    Aku pergi pula ke Sungai Besi. Dalam perjalanan melalui Bandar Tasik Selatan. Sepanjang jalan terdapatbgerai jualan juadah tetapi aku tidak berpeluang untuk berhenti kerana tidak ada tempat untuk parking. Terus saja ke Sungai Besi.

    Sungai Besi pun macam di Seri Petaling dan Desa Tasik. Sebahagian gerai sudah tutup kerana jualan sudah habis. Yang tinggal pun dikerumuni pembeli. Jadi nampak bersemangat betul umat Islam hendak berbuka. Entahlah sama ada semangat nak berpuasa sama seperti semangat hendak berbuka.

    Aku tidak beli apa-apa pun.

    Macam biasa apabila tiba Ramadhan, ramai juga yang rajin beribadah. Mesjid dan Surau mula dikunjungi ramai untuk sembahyang Tarawih. Tarawih hanya datang setahun sekali sahaja dan hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. Pelik juga mengapa umat Islam hanya berlumba-lumba nak beribadah dalam bulan Ramadhan sahaja sedangkan Allah menurunkan pahala sepanjang tahun. Aku masih ingat lagi utaz berkata ada beberapa kategori orang yang sembahyang. Golongan pertama sembahyang sehari semalam lima waktu. Golongan kedua, sembahyang seminggu sekali. Golongan ketiga yang sembahyang setahun dua kali dan golongan terakhir yang tak pernah sembahyang.

    Malam tadi aku terlepas sembahyang Tarawih kerana berada di luar rumah. Miss........

    Kemuliaan Bulan Ramadan (disalin dari Utusan Malaysia Online)

    * Kemuliaan serta kelebihan Ramadan sabit dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan). (al-Baqarah: 183)

    * Ramadan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza. (al-Baqarah: 185)

    * Malam al-Qadar juga wujud pada bulan ini sahaja. Dalam bulan ini juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Ini kerana pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.

    * Ketika Ramadan juga, pintu syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW: Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga. (riwayat Bukhari)

    * Bahkan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari)


    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin

    My Blog List