1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Astro On-The-Go - Nikamati Astro di Mana Saja

Pagi ni selepas switch on laptop, terus Google Search untuk tengok di manakah letaknya posting aku tentang  parti Astro On-The-Go yang diadakan di The Pool, Jalan Ampang pada 23 Jun lepas. 

Wow! list kat first page tu. Memang bukan senang nak dapatkan listed kat first page kerana blog aku tu bukannya famous sangat. Trafik pun tak sesak. Kalau andaikan jalan, blog aku tu macam jalan di satu kawasan luar bandar. Tak banyak kereta lalu lalang. Namun dapat duduk di first page adalah satu kepuasan bagi aku. 

Petang hari Sabtu itu time memang agak mencemburi aku sedikit. Sebelum itu menghadiri satu bengkel anjuran Jabatan Kemahiran Malaysia di MARDI, Serdang. Habis jam 5.00 petang. Kemudian kena balik rumah dulu untuk simpan laptop. Berhenti sembahyang Asar di surau kat Petronas Lebuhraya Sungai Besi Puchong sebelum balik ke rumah. Jam 6.00 petang baru dapat bertolak dari rumah. Dah tu jantung berdebar juga sebab nampak laluan dari Bukit Jalil ke arah ASTRO agak sesak. Event mulai jam 6.30. 

Semasa dalam perjalanan dari rumah, agak lancar juga walaupun slow moving tetapi sebaik sahaja melepasi Kompleks Sukan Negara, jalan menjadi semakin lancar. Mungkin petang sabtu tidak banyak kenderaan. Tiba-tiba sahaja dalam perjalanan teringat nak cari jersi pasukan yang aku sokong German. Dulu ada nampak di Petronas RnR Simpang Pulai di bawah program pertukaran Mesra Card. Jersi berharga RM19.90 itu boleh ditukar menggunakan Kad Mesra. Bila semak mata yang terkumpul, memang aku mempunyai cukup mata untuk tukar. So singgah kat stesen Petronas di Jalan Ampang itu menghala Ampang. Tidak ada. Sekali singgah kat Petronas bertentangan Bangunan RISDA, dari Ampang menghala pusat bandar. Juga tidak ada. Jadi niat untuk pakai jersi German masa hadir di Astro On-The-Go party tu tak kesampaian. 

Sampai The Pool, parking percuma kerana Churp Churp ada bagi pass untuk parking. Kalau tak kena juga RM 100.00 untuk pmasuk parking sendiri. Kalau penjaga parking tu yang lakukan kena RM 20.00. Senangnya mencari duit untuk penjaga kereta tu. 

Masa tiba tetamu jemputan sudah ada yang sampai dan aku tiba tepat pada waktunya. Lebih kurang jam 6.30 petang. Nampak Nazuwan kat luar. Kali kedua jumpa dia in person. Dulu jumpa masa event anjuran Astro juga di Mid Valley. 

Masa ti bila tengok tetamu yang hadir, terasa out of place juga. Maklumlah mereka adalah terdiri daripada anak-anak muda belaka dan majoritinyanya bukan Melayulah. Kemudian pergi daftar dan ambil goodies bag. Dalam goodies bag ada sekaki payung, mobile speaker (cute speaker tu), 'tangan gergasi' dan leaflet Astro On-The-Go. 

Macam biasa event promosi mesti ada sesi bergambar. Sesiapa nak bergambar boleh posing kat tempat yang disediakan. Rasanya ada contest gambar paling menarik yang menghadiahkan iPad. Cuma apa yang aku rasa sukar nak menang ialah pemenang berdasarkan vote orang awam. 

Semasa dok tunggu dan rasa our of place tu tiba-tiba seorang menegurku. "Lama tak jumpa uncle," Aku menoleh rupanya yang menegur aku itu ialah sdr Eyriqazz. Dia masih ingat lagi pada aku. Lama dah jumpa dia dan first time event kat Midvalley dulu.

Maghrib hampir tiba. Tanya security di mana surau terdekat. Mereka maklumkan terdapat surau di Kampung Berembang, tidak jauh dari situ. Boleh jalan kaki saja. Memandangkan waktu maghrib masih belum masuk singgah dulu gerai kat situ untuk pekena Teh O Ais Limau. Tup-tup hujan turun pula. Lebat. Ada petir. Tunggu hingga hujan reda baru berjalan ke surau. Sebuah surau kecil yang boleh muat tidak sampai 20 orang barangkali. Surau yang pastinya dibina sendiri oleh penduduk di situ. Ada 5 orang yang solat di situ termasuk aku waktu itu. Inilah kali pertama sampai Kampung Berembang yang menjadi isu rumah penduduk dirobohkan pihak berkuasa tidak lama dulu. 

Selepas solat melangkah semula ke The Pool. Lega kerana tidak tertinggal solat pada petang itu. Dalam The Pool macam biasalah tempat hiburan sebab ianya sebuah lounge, restaurant dan bar. Sekali lagi terus terasa out of place. Tetapi kerana diundang dan untuk mendapatkan bahan untuk blog, aku berlegar-legar juga. Menikmati mee goreng dan segelas Pepsi. Bagi mereka yang minum minuman keras, sememangnya boleh lantak sepuas hati sebab Free Flow of Drinks. Tidak pasti apa lagi aktiviti yang ada selain dipamerkan iPad dengan paparan Astro On-The-Go untuk tetamu mencuba perkhidmatan itu. Bagi aku sebenarnya sudah pun mencubanya pada laptop selepas menerima undangan dari Churp Churp untuk event ini. Malangnya mereka masih belum ada applikasi untuk Android sebab aku menggunakan tablet dengan platform itu. 


Jika anda ingin mendaftar dan mencuba Astro On-The-Go bolehlah melayari laman web ASTRO. Aku juga ada buat posting langkah-langkah mendaftar dan juga memasukkan spekifikasi gajet untuk membolehkan melayari program Astro On-The-Go ini. 


Saturday, April 07, 2012

Al Quran Digital Al Rayyan

Pada mula Al Quran di turunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W ianya hanya dihafal dan disebarkan dari seorang ke seorang secara lisan. Hanya setelah Nabi Muhammad wafat baharulah Al Quran mula dikumpulkan dan dituliskan pada pelepah-pelapah tamar kerana dibimbangi Ayat-ayat Suci akan hilang kerana penghafal-penghafal Al Quran meninggal dunia.

Kemajuan dalam bidang percetakan pula membolehkan Al Quran dicetak untuk dibaca oleh lebih ramai umat Islam. Sesuai dengan kemajuan tamaddun dan Islam itu sebagai agama yang sentiasa maju dan tidak ketinggalan, maka hari ini kita dapati Al Quran sudah memasuki era digital. Al Quran sudah disimpan dalam bentuk digital dan muncul pula Al Quran Digital yang terus memudahkan umat Islam menyimpan, membawa dan membaca. Dengan adanya Al Quran dalam bentuk digital ia boleh dibaca di mana sahaja dengan mudah malah menggunakan cara-cara bacaan yang betul.

Antara al quran Digital yang berada di pasaran hari ini ialah Al Rayyan. Sila lihat video
YOUTUBE  ini.

Muslim Niaga menjual Al Quran ini secara online dan mereka yang berminat untuk membelinya boleh KLIK DI SINI untuk membuat pesanan. Set Al Quran ini mengandungi Al Quran Read PEN yang akan membaca Ayat-Ayat apabila ia disentuh dan leretkan pada mana-mana ayat atau surah. Memilikki pen ini akan membolehkan seseorang itu mempelajari cara untuk membaca Al Quran dengan betul disamping boleh mengajar ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin belajar membaca Al Quran. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi mutu bacaan Al Quran.

Mengikut penerangan di Muslim Niaga Mall faedah-faedah berikut dapat diperolehi dengan memilikki pen ini iaitu:
1. Anda tidak perlu tercari-cari terjemahan kerana pen digital Quran ini mampu menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mana-mana ayat dalam Quran tersebut.
2. Boleh mendengar bacaan merdu daripada beberapa Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti Sheikh Saad  Al-ghamidy, sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Saudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
3. Boleh memahami dan boleh mengajar Al Quran kepada ahli keluarga sendiri.
4. Boleh mendengar alunan bacaan dari Qari ini amat teliti, jelas dan penuh dengan taranum yang mengasyikkan. Selain itu, kitab Iqra dan panduan solat serta Doa turut disertakan bagi membolehkan anak-anak anda mempelajarinya.
5. Anda bukan sahaja boleh mendengar bacaan Quran, malah boleh menuatnaik nasyid dan bacaan doa dan sebagainya kerana Pen Digital turut dilengkapkan dengan Memory 2Gb.
6. Boleh dengan bacaan dengan lebih jelas kerana ia boleh disambungkan pada aksesori lengkap pada speaker atau earphone. Anda juga boleh dengan semasa memandu jika kenderaan anda ada MP3.
7. Pakej ini didatangi dengan Gift-Box yang sangat menarik. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah Hari Jadi atau Hantaran Perkahwinan dan sebagainya.

Lihat juga di sini 

Pembelian Al quran ini juga diberikan JAMINAN SATU TAHUN

Harga se unit Al Quran Digital ini yang dijual oleh Muslim Niaga ialah harga RM 290 dan PERCUMA kos penghantaran

Tuesday, April 19, 2011

Email 1Malaysia Pula? RM50 Juta?

Berapa banyak akaun emel yang kita kena ada? Kita sudah banyak disogokkan dengan pelayan email percuma dan kini akan datang pula satu lagi emel 1Malaysia. 

P1 berikan email percuma, Yes berikan emel percuma, Streamyx berikan emel percuma, UNIFI dapat emel percuma juga ke? Saya tidak pasti. 

Saya sekarang ada akaun emel percuma dari Streamyx dan YES. Tapi tak pernah pun compose walau satu email. Bukan sekadar nak compose email, buka pun tak pernah. 

Apa gunanya kita ada beberapa emel sedangkan yang kita guna hanya satu saja. Jika kita layari internet hari ini kita akan terserempak dengan  jutaan emel percuma. Saya buat search dan dalam masa 7 saat terjumpa 32.8 juta laman yang boleh diperolehi emel percuma. Search di bawah saya buat semasa hendak menulis posting ini.
Sejauh manakah emel 1Malaysia ini akan mendapat sambutan dari rakyat. Jika tidak mendapat sambutan, maka pelaburan yang dibuat akan menjadi satu pembaziran. Walaupun modalnya bukan datang dari kerajaan, tetapi tentu lebih bermenfaat jika Tricubes gunakan wang itu untuk sesuatu yang lebih berfaedah seperti membantu membangunkan prasarana khususnya diluar bandar yang amat daif yang selama ini disorok oleh kerajaan setiap kali pilihanraya. 

Di bawah projek ini setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan diberikan email percuma bagi  
to receive statements, bills and notices from the Government.
The initiative would allow direct and secure communication between the public and the Government, said Tricubes Bhd chief executive officer Khairun Zainal Mokhtar."
Selepas mendapat amalam emel 1Malaysia adakah seseorang itu akan terus meninggalkan akaun Gmail dan Yahoo mereka yang sudah terbina sejak sekian lama dengan kontak yang meluas. Samalah dengan menukar nombor telefon baru, akan menimbulkan masalah dari segi hendak update rakan kenalan dan sebagainya. 
Walaupun " the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), responding to queries on the project, said the 1Malaysia Email address would not be made compulsory." tetapi adakah tidak ada kemungkinan nanti bila seseorang itu hendak menyemak bil akaun emel yang boleh digunakan hanyalah ekaum 1Malaysia. Kita telah menghadapi kerumitan ini dengan emel Gmail dan Yahoo yang tidak diterima oleh setengah pelayanweb. Baca petikan yang saya perturunkan dari The Star di atas. Jika ini berlaku bermakna rakyat dipaksa menggunakan emel 1Malaysia. Baca rungutan dan luahan hati seorang blogger DI SINI
Posting lain.
KEMASKINI
Saya mengemaskini posting ini selepas membaca beberapa pendapat lagi melalui blog-blog. Lim Kit Siang For Malaysia menyiarkan atrikal dari Malaysian Insider tulisan Jahabar Sadiq dengan panjang lebar mengulas latar belakang projek ini. Walaupun PM cakap email ini tidak diwajibkan tetapi apa yang dimaksudkan bahawa KPI untuk projek ini mencapai 100% pada tahun 2015. Bagaimanakah untuk mencapai 100% jika bakal pengguna tidak dipaksa untuk menggunakannya.

Baca juga A Little Taffer's Room. Saya petik sebahagian pandangan blogger ini:
 “RM50 million for email?? existing MP published email also can’t reply efficiently, What level of confident such will improve the effective or efficiency in communication? 1malaysia only for who? actually?” said one fan.

“Please use OUR money in the correct way, upgrade our broadband, subsidy gasoline, remove credit card tax or whatsoever! We already have our own email account (gmail/yahoo/hotmail/etc) which is free, we no need 1Malaysia email account. Totally disappointed to your motto and actions,” said another fan.

A third said: “It’s astonishing how the gov is able to frequently come out with nonsensical plans to waste our money. Malaysia Boleh!!”

Friday, February 18, 2011

Iklan Untuk Dewasa Atas Platform Android - SKMM Bertindaklah

 Operating System Android kini menjadi semakin popular khususnya untuk gadget mudah alih selain iOS (iPhone), Blackberry 6, OVI (Nokia), Symbian dan Windows Phone. Setakat ini saya baharu mempunyai pengalaman menggunakan Blackberry OS 5 dan beralih kepada OS 6 dan kini mula berjinak-jinak pula dengan Android kerana menggunakan Samsung Tab.  

Setiap operating system berlumba untuk mengeluarkan alpikasi mereka sendiri dan sehingga kini statistiknya adalaha seperti berikut:
  • App Store (produk Apple) 311,000 +
  • Android Market 170,000 +
  • Ovi Store (Nokia) 28,000+
  • Blackberry App world (RIM) 16,200+
  • Webos (Palm/HP) 5,600+
  • Windows Marketplace (Microsoft) 4,200+ 

*berdasarkan Majalah CHIP Malaysia February 2011

Melalui posting ini saya ingin bangkitkan tentang iklan mobile yang tidak sesuai yang dipaparkan pada laman-laman web tertentu melalui aplikasi Android.

Pertamanya iklan yang muncul secara pop up ini memakan ruang paparan yang sememangnya sudah kecil. Iklan ini muncul dalam laman-laman yang boleh dibaca oleh umum. Apa yang saya ambil di sini ialah dari laman web Berita Harian online dan Harakahdaily online. Laman sebgeini sudah tentunya boleh muncul juga dalam telefom mobile (smartphone) yang menggunakan Android. Saya tidak pasti platform lain. Setakat ini saya tidak menjumpainya dalam OS Blackberry. Lihat iklannya: Bosan? Anda boleh nikmati video biru. Ads by AdMob. Carian dalam internet mendapati ianya beroperasi di San Meteo, California dan telah diambil alih oleh Google.  
Satu lagi iklan yang lebih menarik perhatian ialah dari Syarikat ini pula, yang memaparkan gambar yang lebih mengoda. Tidak dapat dipastikan syarikat pengiklan ini tidak pasti sama ada ianya beroperasi di negara ini atau luar negara. 
Saya ingin melihat sejauh manakah iklan ini boleh mempengaruhi pengguna untuk kliknya. Selain itu saya juga ingin tahu bagaimana pengguna boleh terjerat dan juga sebagai bahan untuk membuat posting ini. Rupanya apabila klik pada iklan tersebut ianya akan download ke dalam gadget. Seterusnya ia akan tanya sama ada saya ingin installnya. Apabila membaca maklumat yang di paparkan bersama pertanyaan sama ada saya ingin install, inilah apa yang saya perlu akur dengannya. Baca dengan teliti.
Sila baca dengan teliti dan memahami maksunya bahawa ia meminta kebenaran pengguna untuk melaksanakan tugas-tugas tanpa pengguna menyedari (runs in the background). Antara permintaan yang diminta kebenaran kepada pengguna ialah ia hendak mengakses:

  • Maklumat peribadi (Read contact Data)
  • Storan (modify atau delete SD card contents)
  • Phone calls (Read phone status and identity)
  • Services that cost you money (send SMS messages)

Jika saya klik install bermakna saya bersetuju dengan syarat-syaratnya serta memberi kebenaran kepada aplikasi dan kepada syarikat pengiklan ini  untuk aktiviti phishing mereka. Jadi saya reject kerana tidak mahu aplikasi ini meninggalkan apa-apa phishing bait setelah saya delete kemudiannya. Oleh itu saya tidak tahu apa seterusnya akan terjadi kepada sesiapa yang bersetuju untuk install aplikasi ini. 

Saya pun teringat satu lagi artikal dalam Majalah CHIP keluaran sama (February 2011) bertajuk Rip Off Ads yang membincangkan tentang aplikasi PERCUMA tetapi di sebaliknya ada hidden charges yang memerangkap pengguna. 

Adalah diharapkan SKMM dapat bertindak dengan sewajarnya bagi menyekat iklan seperti ini dari terus mencemari pemikiran pengguna khususnya anak-anak kita.  

Wednesday, December 08, 2010

Al Hijrah - Media Informasi Islam

Satu saluran TV baru telah dilancarkan di Malaysia. Al Hijrah. Sesuai dengan namanya bahawa pembangunan itu satu penghijrahan. 

Ia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7hb November 2010 sempena menyambut Maal Hijrah 1432 Masehi.






Mohd Najib Tun RazakNajibRazak 

Semasa pelancaran stesen TV Al Hijrah, saya menyarankan supaya penterjemahan Islam sbg agama yg indah dilakukan lebih melalui media. 

Frekuensi untuk TV Al Hijrah adalah seperti berikut:

frekuensi
Siaran TV AlHijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.

Al Hijrah menghidangkan beberapa rancangan menasik tentang Islam yang sesuai ditonton oleh semua lapisan usia. 

Seperti juga laman-laman web lain yang memerlukan ahli, Al Hijrah juga membolehkan pengguna mendaftarkan  keahlian dengannya. Disamping itu pengguna juga boleh mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa melalui tweeter dan juga facebook

Tinjau-Tinjau Komunikasi Di Bukit Bintang


Hari Ahad lepas keluar ke Bukit Bintang lagi. Dah boring sangat dok di rumah so rasa nak jalan-jalan. 

Mula tu ingat nak ke Lot 10 nak subscribelah dengan perkhidmatan internet baru tu, YES. Hari tu masa pre launch pun dah tempah nombor yang hampir sama dengan nombor phone sekarang. Tapi entah-entah dah hangus nombor tu sebab tak confirm pun sampai hari ini. 

Bayar minimun RM30 sebulan aku rasa oklah tu. Kalau banyak pakai sure lebih punya tetapi semakin banyak pakai ada pula rebatenya. Kalau buat masa ini speed Celcom Broadband kat rumah aku lambat macam ciput, mungkin apabila guna 4G ada sedikit perubahan kot. Tapi tak tahu juga. Tahun lepas aku subsrcibe dengan P1 Wimax. Masa dalam tempoh 7 hari trial [eriod tu memang speed dia laju dan signal pun most of the time hijau (bukan PAS tau). Tapi sebaik sahaja tamat tempoh 7 hari itu dan aku di kira dah tak boleh berpatah balik dah, maka mulalah masalah dengan P1 Wimax tu. Nak dapat hijau beberapa minit pun dah susah. Malah sebahagian masa signalnya oren saja. Bengan betul. Nak terminat pun dah tak boleh dah. Nanti kena denda. 

Lepas tu subscribe pula dengan AMAX. Aku rasa masalah internet connection aku dah settle sebab signalnya mmg ok. Tapi tu pun nak kena letak modemnya pada lokasi yang pelik-pelik. Kalau tempat biasa di meja komputer aku, tak dapat signal langsung. Sampai aku kena gantung modem kat tingkat dalam bilik anak aku, baru dapat signal. Legala dah dapat signal. Lepas tu aku gatal tangan nak letak betul-betul supaya nampak cantik sikit. Terus tak dapat signal. Ubah merata tempat, termasuk letak di tempat asal, pun tak dapat signal. So, aku ambik keputusan nak terminate saja AMAX tu. Nasib aku dapat juga terminate ngan-ngan hari ketujuh. So dapatlah balik duit aku. Itulun hampir setahun baru depa bagi balik dan selepas aku komplen pasal apa lambat. Entah-entah kalau aku tak komplen, sampai hari ini duit aku depa diam saja. Depa simpan dalam akaun dan dapat interest buta untuk company. 

Sampai je stesen monorail Bukit Bintang melencong pula la ke Plaza Low Yatt. Nak tengok iPad yang menjadi bualan dan baru sahaja landed on our shore. Dapatlah pegang dan test drive iPad. Memang terliur jugala. Susah juga hendak buat pilihan ni.  spesifikasi iPAD DI SINI.

Saingan terdekat iPad ialah Samsung Galaxy Tab. Tab ni pun dah buat test drive masa kat GoMobile yang di adakan di KLCC bulan November lalu. 
Aku juga berminat dengan Samsung Galaxy Tab kerana perkara-perkara berikut.

Lepas itu barulah pergi ke Lot 10 di mana YES dipromosikan.
YES 4G Broadband
 Kalau nak bandingkan antara kesemua perkhidmatan Broadband Internet di Malaysia. KLIK SINI. 
Yes ni pula ada plan REBET. Lihat SINI

So, sekali lagi aku masih belum buat keputusan sama ada hendak subscribe atau tidak. Nasib juga semasa membuat tunjauan, aku ternampak pada salah satu paparan berkaitan kawasan liputan. Masih banyak kawasan yang tidak ada liputan. Paling luas sememangnya Kuala Lumpur. Memandangkan aku besar kemungkinan akan pindah ke Jitra tahun hadapan, maka tengok kat Jitra. Alamak tidak ada liputan. Jadi kalau aku subscribe pun tidak dapat gunakan perkhidmatan ini sedangkan setiap bulan kena juga bayar RM 30.00 itu. 

Last last aku tidak jadi subscribe lagi. Biarlah habis dulu kontrak dengan Celcom pada bulan Mac 2011 ini. 

Thursday, September 02, 2010

Windows Live Writer Untuk Posting Blog

Pertama kali aku terbaca tentang aplikasi ini ialah di dalam sebuah Twit yang aku baca malam tadi. Aplikasi tersebut ialah Windows Live Writer (WLW). Sebaik sahaja membacanya aku rasa tertarik untuk mencuba kerana ia mendakwa, sebagai satu-satunya penulisan deraf blog terbaik di mana kita boleh menghantar deraf itu untuk disiarkan di mana-mana platform blog seperti Blogger, Wordpress, Live Journal, Typepad dan sebagainya. Saya rasa ramai penulis blog akan mudah menggunakan aplikasi ini kerana ia panelnya hampir sama dengan panel Microsoft Words.

Melalui Windows Live Writer juga kita boleh menghantar deraf blog untuk dimuatnaik ke mana-mana blog pilihan yang dijkendalikan oleh blogger berkenaan. Saya sendiri telah mendaftarkan semua blog saya di bawah Blogger dan satu blog dalam Worepress. Aplikasi ini boleh dijadikan sebagai one-stop-centre untuk publish blog dan anda tidak perlu lagi log in ke Blogger untuk deraf dan post blog masing-masing. 

Astro Byond PVR (4)Astro Byond PVR (11)Astro Byond PVR (1)

 

Untuk posting ini saya mencuba upload gambar dan semua effect yang terdapat dalam posting ini dilakukan menggunakan WLW. Ada banyak lagi function yang terdapat dan saya kan mencubanya dari semasa ke semasa. 

Wednesday, March 31, 2010

Bila Dah Dapat Blackberry

Bila mendapat sesuatu yang baru memang kita akan rasa excited dan teruja. Hari Ahad lepas aku dah dapat hadiah Blackberry yang aku menang dalam pertanding menulis blog BlogforFT. Dah lama pun mengidam nak pakai BB ni tetapi maklumlah fulus tidak berapa nak cukup. Cuma kekurangan beberapa ringgit saja. So tak dapatlah nak beli satu, walaupun yang paling cokia. 

Syukurlah aku menang pertandingan menulis blog tu dan dapat juga BB free. Sebenarnya aku dapat tiga item dalam pertandingan itu. Satu BB dan dua Celcom Broadband stick. BB dan satu broadband stick untuk Special jury 25 blog terbaik selepas pemenang hadiah utama sementara satu lagi stick sebagai lima orang penyumbang terbanyak. Broadband stick tu diberikan bersama dengan sebulan langganan internet percuma. 

So, selepas dah dapat BB ni apa lagi dok 'kerunas' (bahasa Kedah tu) benda tu. Now aku dah boleh check email, masuk twitter dan facebook melalui BB tu. Sejak Isnin dok install program satu persatu dan pagi tadi menggunakan Uber Twitter dan menghantar gambar kat Tweetphoto.

Tapi apa yang merimaskan ialah bila aku synchronize email. Setiap kali ada email masuk, akan ada reminder kat blackberry. Memang senanglah nak baca tetapi kalau beberapa minit sekali ada reminder susah juga.

Wednesday, February 24, 2010

Join Geng Blogger

Malam ini....errr...pagi ini blog ini didaftarkan dengan Geng Blogger.
Harapan dengan pendaftaran ini akan membawa lebih banyak trafik ke sini.
Sebenarnya tumpuan aku lebih kepada blog berBahasa Inggeris The Xperience of Life.
Geng Blogger bukan komuniti blogger pertama yang aku daftar. Aku pun tak tahu dah berapa komuniti blog aku didaftarkan.
Aku rasa Geng Blogger ni ada kelebihan yang membolehkan blogger yang tidak begitu mahir dengan jargon-jargon teknikal untuk memperkenalkan blognya.
Apa yang istemewa ialah blog anda boleh di PING dengan mudah setelah anda daftarkan dengan komuniti ini.
Hanya klik pada drop down menu dan pilih kategori blog lalu ping blog anda. Secara automatik posting terbaru anda akan disenaraikan.

Satu lagi keistemewaannya ialah ia boleh dilink secara automatik kepada laman micro-blogging twitter.

Thursday, January 21, 2010

ANDA PENENTU STATUS HALAL HARAM FACEBOOK


Ini merupakan satu artikal yang saya perolehi dari Harakahdaily dan saya rasa patut dikongsi oleh semua pembaca yang beragama Islam. Artikal ini ditulis oleh Mohd Alif. Disamping itu, anda juga boleh baca DI SINI yang membincangkan tentang aplikasi internet yang sama. 
Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif  Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.

Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

Ø£َÙ†َّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَÙ‰ Ø·َعَامًا من ÙŠَÙ‡ُودِÙŠٍّ إلى Ø£َجَÙ„ٍ ÙˆَرَÙ‡َÙ†َÙ‡ُ دِرْعًا من Ø­َدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

Sunday, October 25, 2009

24 Oktober 2008- Posting Baru Untuk Blog4FT

Malam ini buat satu lagi posting untuk pertandingan Blog4FT. Dengan yang baru ni dah lima posting aku buat.

Seharian hari ni duduk mengadap laptop ni sahaja. Tak tahu nak buat apa. Latihan paintball pun tak ada. Namun perasaan geram berterusan kerana masalah internet. P1 Wimax dahlah hancus. Tak guna betul langgan kerana speednya tidak macam didakwa oleh jurujual dulu. Aku rasa speed hanya ok beberapa minggu pertama sahaja semasa langganan ini berada dalam tempoh percubaan. Sebaik sahaja habis tempoh percubaan, maka masalah kelajuan pun bermula. Jagan sangat indikator signal menunjukkan hijau. Asyik oren dan merah sahaja. Kalaupun naik warna hijau, speednya tetap meleret. Macam masa aku guna dial-up dulu.

Dahlah P1 Wimax hancus, sejak Jumaat, Maxis Broadband pula mula buat hal. Asyik drop line saja. Kadang-kadang tak ada network langsung. Kadang-kadang pula dia tak dapat kesan SIM/USIM card. Nilah standard Broadband di negara kita. Bayar mahal, perkhidmatan macam taik. Dah tu, tak malu pula nak hantar amaran tarikh akhir bayaran.

Kelmarin PM ada umum yang mulai tahun depan pelanggan broadband boleh dikecualikan RM 500 daripada cukai pendapatan. Dah macam tu, semakin ramai orang akan melanggan broadband, maka bandwidth akan menjadi semakin sempit dan kelajuannya tentu akan menjadi lebih teruk. Tak guna juga dapat pengecualian cukai kalau kerajaan kalau tidak dibaiki mutu perkhidmatan.

Sunday, July 05, 2009

Nak Langgan P1 Wimax? Tunggu Dulu

Bukan dengki tetapi pengalaman.

Saya telah melanggan P1 Wimax dengan harapan pelayaran internet saya lancar macam perjalanan seperti di lebuhraya. Ikut iklan P1 pada billboard la. Langganan itu saya buat semasa PC Fair pada bulan April lalu. So balik memang hari pertama dah dapat melayari internet dengan baik. Paparan signalnya pun menunjukkan hijau bererti signal memang kau-kau punya. Tengok You Tube pun tak sangkut-sangkut. Aku pun menaruh harapan tinggi bahawa aku tidak akan berhadapan masalah lagi untuk berinternet. Aku tidak akan buang banyak masa menunggu sesuatu laman itu loading. P1 Wimax dah menjadi semakin teruk dan tidak lagi seperti didakwa oleh wakil jualan ataupun iklan mereka.

Namun demikian semua itu bertukar menjadi sebaliknya selepas sebulan menggunakan perkhidmatan itu dan selepas membayar bil bulan pertama. Sejak itu saya tidak lagi mendapat signal hijau dan sebaliknya sentiasa berwarna oren dan turun ke merah. Menyaksi You Tube pun dah tersangkut. Muat turun laman-laman web pun mengambil masa lebih lama. Macam Streamyx juga. Mengikut peta liputan, rumah aku di Bukit Jalil ni berada di kawasan yang bertindih oleh dua base station. Ini bermakna kalau aku tak dapat signal dari satu base, aku boleh alih ke base satu lagi. Auta. Silap tu. Aku dah cuba alih tapi sama saja.

Aku juga telah buat posting tentang pengalaman ini di blog Bahasa Inggeris aku, The Experience of Life. Aku pun hantar email kepada P1 melepaskan geram aku.

So, kalau u all rasa nak langgan P1 Wimax ni, tunggudulu. Jangan terburu-buru. Selidik dulu pengguna lain di kawasan sekitar dan dapatkan maklumbalas dari mereka tentang coverage. Jangan nanti jadi macam aku, menyumpah tak sudah. Dalam twitter pun aku tulis kegeraman aku. Biar P1 Wimax tahu yang service dia orang tidak seperti yang didakwa.

Sunday, April 12, 2009

PC Fair Pertama 2009

Tahun ni PC Fair kali pertama telah bermula. Baru hari ini sahaja aku berpeluang untuk mengunjunginya kerana semalam, Sabtu aku ada training paintball di Astaka. Kali tujuan aku ke PC Fair untuk tengok tawaran P1 Wimax. Ini kerana aku dapati kawasan aku tinggal sudah ada liputan. Waktu mengunjugi PC Fair pada bulan Disember lalu, kawasan aku tinggal masih belum ada coverage. 

So kali ni aku subscribe la. Ingatkan adala offer baik sikit tapi nampaknya macam promotion buka masa PCFair juga. Bayar upfront RM 100 then bil bulan pertama RM 60 sebagai activation fee dan RM 99 sebagai yuran bulanan. Then dalam tempoh 7 hari aku boleh kembalikan semula modem dan terminate saja subscription tu. Wang RM 100 akan dikembalikan. Cuma hari ini setelah subscribe, aku (semua yang subscribe hari ini) diberikan peluang untuk mencuba nasib mencapai wang dalam How much can you grab?. Aku kurang bernasib baik kerana hanya berjaya mendapat RM 27.00 sahaja dan akan ditolak dalam first bill nanti. Tengoklah usaha aku ni. 

Sebaik sahaja balik aku pun pasanglah. Memang mudah. Sambungkan ke punca elektrik dan lampu isyaratnya akan terus on. Modem kemudian akan mencari signal. Oleh kerana aku nak jadikan network, aku sambungkan cable ethernet ke router yang sudah lama aku beli tetapi tidak digunakan kerana modem streamyx aku rosak. Zassss (pinjam kata Wahid dalam Melodi) aku dah dapat melayari internet. 


Pada mulanya rasa seronok juga dapat pasang dan melayari internet tanpa sebarang installation software atau setting. Pendek kata prosesnya plug and play lah gitu. Bila check signal memang dapat full bar dengan speed 54.0 Mbps. 

Seperti yang didakwa oleh promoter, aku boleh melayari You Tube tanpa sebarang gangguan. Mungkin sekarang ni You tube dah dijadikan benchmark kot untuk menentukan kelajuan download. Aku pun mencuba dan memang benarlah aku dapat tonton You tube tanpa gangguan. Lancar sahaja downloadnya. 

Perasaan seronok tidak lama. Selepas itu aku dapati download dan upload pada setengah-setengah laman web mengambil masa yang lama. Aku mencuba untuk tengok foto-foto dalam laman PhotoMalaysia, tetapi nampaknya ada yang tidak dapat load sepenuhnya dan jika load pun lambat. Pada malam pertama aku menggunakan Wimax ni, keputusan aku, performancenya lebih kurang sama dengan Maxis Broadband yang sedang aku gunakan. Tetapi nampaknya sejak adanya Iphone 3G maxis, perkhidmatan broadbandnya menjadi semakin teruk. 

Friday, December 12, 2008

PIKOM PC Fair 08

Pastinya hujung minggu ini aku akan ke KLCC kerana ada Pikom PC Fair di sana. Boleh dikatakan aku tidak pernah miss untuk menghadirinya setiap kali ia dianjurkan. PC Fair ini merupakan satu "pasar" komputer yang tidak sepatutnya dilepas peluang untuk dikunjungi kerana segala mak nenek tentang komputer boleh dilihat dan perolehi di sana. Dulu ianya diadakan di PWTC tetapi dipindahkan ke KLCC kerana mempunyai kawasan yang lebih luas. Pameran ini telah diadakan di beberapa bandar bermula dari 5 Disember hingga 21 Disember 2008. Lihat kalendarnya di sini

PC Fair memang mendapat sambutan yang luar biasa dari rakyat Malaysia. Dari hanya beberapa lokasi pada awalnya, kini ianya sudah merebak ke beberapa bandar lagi dan aku rasa PC Fair anjuran PIKOM ini boleh disenaraikan dalam kalendar tahunan pelancungan Malaysia. Pikom PC Fair ini adalah pameran ICT yang terbesar yang dianjurkan di dalam negara kita dan telah disenaraikan di dalam Malaysia Book of Record

Aku tak tahu apa yang akan aku beli kali ini, tetapi dalam prioriti aku ialah beg untuk laptop. Aku dah shopping merata tempat untuk mencari beg yang sesuai dan dapat memenuhi citarasa dan seleraku. Aku baharu sahaja beli sebuah netbook atau lebih dikenali sebagai laptop mini. Jadi sesuai dengan sais netbook yang kecil itu. 

Kepada mereka yang mengunjungi PC Fair, hendaklah berhati-hati juga, jangan terkena oleh jurujual seperti yang berlaku dalam satu PC Fair dulu. Ramai pelajar terbeli laptop yang didakwa baru tetapi sebenarnya refurbished. Jadi kalau nak beli komputer atau laptop ajak teman yang tahu serba sedikit tentang peralatan ICT tersebut. Kadang-kadang harga di PC Fari tidaklah murah sangat tetapi kerana keghairahan,  maka kita ingat ianya murah. Jangan terburu-buru membeli. Kata orang shop around first sebelum mengambil keputusan untuk memeli. Matlamat jurujual ialah untuk membuat seberapa banyak sales yang boleh. 

Saturday, December 06, 2008

Duniaku Tanpa Internet di Sipitang, Sabah

Aku telah melalui satu pengalaman internet free selama 5 hari. Bukannya satu bentuk boikot terhadap internet tetapi ianya satu paksaan yang terpaksa aku telan. Sememangnya terasa apabila setiap hari disambungkan ke seluruh dunia dengan internet tiba-tiba ia hilang. Macamlah jika korang tiba-tiba tidak dapat menghubungi seseorang dengan telefon bimbit. Atau semasa kehabisan kredit sudah cukup untuk membuatkan korang gelisah kan? 

Selama lima hari aku berada di Sipitang sebuah pekan di bahagian selatan negeri Sabah dan berhampiran dengan sempadan Sarawak. Sipitang sebuah pekan di tepi laut terletak 144 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu. Sememangnya dari awal lagi aku sudah menjankota gka tidak akan mendapat akses internet memandangkan kedudukan pekan tersebut yang jauh dari  Kota Kinabalu. Sedangkan sewaktu aku berada di Sembulan, Kota Kinabalu dulu pun aku tidak dapat menggunakan Maxis Broadband yang aku langgani. 

Sebaik sahaja tiba di tempat penginapan iaitu sebuah motel tepi laut, aku terus menghidupkan netbook untuk memeriksa sama ada aku boleh akses internet menggunakan Maxis Broadband walaupun aku 99.9% pasti tidak akan dapat. Tetapi manalah tahu yang 1% itu menyebelahi aku dan dapat akses.  Memang tepat sekali. Kemudian aku mencuba pula Celcom menggunakan telefon mudahali yang sememangnya aku ada akun unlimited akses. Kali ini netbook aku tidak dapat detech telefon mudahalih dan aku memang dah agak kerana aku tidak dapat install mobile phone utility dahulu. Apa lagi netbook aku tidak ada CD reader. Dulu aku telah copy dari CD laptop dan pindahkan ke dalam thumbdrive baru pindah ke netbook. Munking ada fail yang tidak disalin menyebabkan install itu tidak berjaya. 

Kemudian aku mengambil keputusan untuk mencuba pula menggunakan 3G modem yang disediakan oleh netbook aku. Dulu memang aku telah gunakan seketika 3G modem tu tetapi memandangkan masalah untuk menukarkan kad sim dari modem mudahalih ke modem 3G dalam netbook melecehkan, maka aku tidak guna modem 3G dalam netbook itu. Slot kad sim itu terletak dalam kompartmen bateri. Aku terpaksa menanggalkan bateri dahulu sebelum boleh masukkan kad sim. Aku menggunakan maxis broadband ini untuk laptop aku dan juga sewaktu berada di pejabat. Jadi nak tanggalkan dan tukar ni leceh sikit. Dulu memang technician kat service centre di mana aku beli netbook telah menasihat aku jangan install lagi software modem lain kerana ia akan menimbulkan konflik. Tetapi kerana masalah leceh tulah aku mengambil keputusan untuk menggunakan modem luaran plug and surf tu juga. 

Apabila aku masukkan kad sim Celcom Broadband, sememangnya modem tidak detect dan baca kad sim. Mungkin kerana conflict tu kot. Jadi tidaklah dapat aku melayari internet semasa menginap di Venture Reach motel itu selama 5 hari. Rasa bagai aku telah terputus hubungan dengan dunia luar. Aku tidak dapat check email, tidak dapat tulis dan upload blog dan tidak dapat baca blog serta akhbar-akhbar dalam talian. Lebih teruk lagi televisyen yang ada dalam bilik penginapanku hany boleh tonton Star Movie atau HBO sahaja dan kawalannya di lakukan di reception. Penginap terpaksa menelan sahaja apa yang disajikan mengikut selera pemegang alat kawalan jauh ASTRO dari reception. 

Monday, October 13, 2008

Laptop Mini Baru

Sejak aku menemani seorang rakan untuk membeli sebuah laptop mini beberapa bulan lalu, aku mula timbul keinginan untuk sama memilikkinya. Ia merupakan trend baru dalam dunia mobiliti. Masa itu baru Asus yang mengeluarkan laptop mini itu dengan nama EeePC 701. Ianya berfungsi menggunakan Linux sebagai sistem operasinya. Waktu itu harga EeePC itu ialah Rm 1399. 

Aku mula mengumpul duit hasil daripada memberi syarahan dalam kursus untuk tujuan itu. Disamping pendapatan dari kursus, aku juga menjimatkan sedikit dari wang gajiku. Aku mengambil keputusan untuk membeli laptop mini kerana mobilitinya. Mudah dibawa untuk keluar menjalankan tugas dan juga aku berpeluang buat live blogging di mana-mana ada kesempatan.

Hari ini aku telah membeli sebuah Laptop mini jenama FTEC EeBook G10X-3G . Skrin 10.2 inci, Ram 2GB, 160 Gb HDD dan ada fungsi 3G. Harganya RM 1988.00. Mana lagi Low Yatt lah. 

Actually aku sedang mempertimbangkan antara EeePC 1000H dan Acer AOA. EeePC 1000H ada dua versi. Satu versi 80 GB dengan harga 1799 dan satu lagi 160 GB berharga RM 1999. Aku banyak juga membaca untuk mendapat maklumat tentang laptop mini ini sebelum membuat keputusan untuk membeli. Kelmarin lepas menghadiri rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim, aku pergi ke Low Yatt untuk buat survey. Sememangnya harga kesemua laptop ini adalah standard. Sewaktu di Alor Setar minggu lepas, pun aku dapat harganya sama dengan di Low Yatt. 

Aku mengambil masa petang lepas makan tengahari untuk ke Low Yatt. Mulanya aku nampak sebuah laptop ni jenama Lenovo. Colournya pun cantik juga. Ada tiga colour. Harganya pun RM 1749 sahaja. Dengan specnya memang aku dah berkenan dah. Dah 70% keputusan untuk mengambil Lenovo itu. Tetapi salesmannya buat derk saja sambil berhadapan komputer. Tak tahu apa yang dibuatnya, kerja atau main computer games. Blody hell punya salesman. Bila aku tanya pun dia jawab endah tak endah saja. Kalau kedai lain, berebut memujuk memperdagangkan laptop mereka. 

Last last aku beli FTEC. Bukan apa. Ia ada aplikasi untuk penggunaan 3G. Tidak banyak laptop ada 3G. Jadi dengan adanya 3G itu bermakna laptop aku akan tertangguh sedikit keobsoletannya.

Nantilah, lepas ni aku masukkan gambar laptop baru aku itu.

  

Thursday, September 25, 2008

Thumbdrive Baru

Hari ini aku beli satu lagi thumbdrive. Masih lagi jenama Kingston dan kapasitinya 8 Gb. Dulu ada 4 Gb. Yang baru ni boleh buat partition dan password protected. So kalau ia tercicir pun bahagian yang sulit dan rahsia tidak dapat dibuka jika tidak ada passwordnya. Kira selamatlah juga kerana thumbdrive ni macam juga handphone adalah antara objek yang mudah hilang dan biasanya ramai orang simpan maklumat-maklumat peribadi dan sulit di dalamnya.


Sunday, September 14, 2008

Handphone Baru N3120 Classic

Sememangnya agak lama dah aku terlintas untuk beli handphone baru. Bukannya nak ganti phone yang sedang aku gunakan tetapi kerana aku melanggan satu lagi talian U Mobile 018 sewaktu PC Fair di KLCC baru-baru ini. Aku langgan package RM 68 yang meliputi charge panggilan tu. 018 menggunakan 3G dan tidak dapat berfungsi dengan handphone biasa. So terpaksalah aku cari satu lagi handphone yang ada kemampuan 3G tu.

Lumrahlah, phone yang ada kemudahan yang lebih canggih, tentu mahal harganya. Aku pun bukannya ada banyak duit sangat. So, sewaktu jalan-jalan kat Centre Point di Kota Kinalabu aku cuba mencari phone paling murah yang ada fungsi 3G. So dapatlah satu brand Nokia 3120 Classic ni. Harga yang diletakkan RM 455. Macam biasalah orang Malaysia ni nak lagi murah. Aku tawar dan dapat harga RM 443. Wah, RM 12.00 saja diskaunnya.

Aku rasa phone ni sebenarnya untuk pasaran Taiwan sebab yang aku boleh baca hanyalah www.nokia.com.tw. Manualnya pun dalam Bahasa China sahaja. Termasuklah brosur promosinya.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dalam penerbangan BKI-KUL, aku baca dalam Berita Harian iklan tentang promosi Nokia ini. Iklan tu memberitahu yang phone model aku beli itu RRP ialah RM 769. Sementara itu dalam website Nokia Malaysia pula ialah RM 790.

Aku tunjukkan iklan itu pada rakanku yang sama-sama dalam penerbangan dan dia pun hairan mengaja harganya jauh beza. Tak tahulah sama ada aku beli phone underwater. Underwater? (Kalau underwater tak ada gaurantee kan?) Tak kot sebab aku register phone itu dengan pengedarnya di Kuala Lumpur dan warrantynya sah selama satu tahun. Entahlah, tak pasti sama ada phone yang diiklan itu sama stoknya dengan yang aku beli. Ataupun ada dua kategori phone Nokia.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List