1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label falsafah. Show all posts
Showing posts with label falsafah. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Berniaga Itu Sunnah

Jika diamati, sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini.
Macam air pasang juga, ada pasang surutnya. Semasa ada mood untuk update adalahlah posting. Semasa hilang mood, tak tengok langsung apa lagi nak update.
Rasanya kali terakhir blog ini diupdate ialah pada 16 September dan jika dihitung, sudah hampir sebulan tidak dikemaskini.
Jika hendak ditulis sememangnya tidak habis bahan untuk digarap. Cuma mood yang tidak ada.
Sejak akhir-akhir ini aku terpaksa memberi tumpuan terhadap menghidupkan perniagaan. Setiap hujung minggu menghadiri kursus perniagaan anjuran Malaysian Entrepreneur Development Consortium (MAEDEC) bertempat di Taman Melawati. Maklum sahajalah selama lebih 30 tahun aku menceburi bidang yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan. Selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, terpaksa mengubah gaya hidup. Dengan taraf hidup yang tinggi di Bandaraya Kuala Lumpur ini, adalah tidak mencukupi untuk hanya bergantung pada wang pencen setiap bulan. Dah tinggal separuh dari biasa. Mahu tidak mamhu terpaksalah mencari pekerjaan baru untuk menampung hidup. 
Hendak memulakan sesuatu memang susah. Hendak mula dari A dan merangkak menaiki anak tangga ke arah kejayaan juga susah. Realitinya bukan semudah seperti yang kita selalu dengar melalui kempen-kempen MLM. Kalau dengan kempen MLM, rasa macam mudah sahaja untuk menjadi Jutawan. Namun pada hakikatnya cukup sukar. Mungkin dari sepuluh orang hanya seorang dua sahaja yang akan berjaya. Pendek kata MLM bukanlah jalan mudah untuk berjaya sebagai seorang usahawan. Lebih-lebih lagi apabila downline sudah sampai beberapa lapisan. Yang sering mendapat keuntungan ialah mereka yang baru masuk ketika perniagaan itu masih baru.
Aku mendaftar syarikat pun sebab ada ruang untuk berniaga. Syukur juga aku ada sedikit wang ganjaran semasa kerja dulu sebagai modal.
Nasihat yang sering kita dengar ialah, jika hendak menceburi bidang perniagaan biarlah bidang yang kita ada kepakaran. Sebab itu pendaftaran perniagaan aku pun meliputi bidang yang aku ada kepakaran dan networking yang sudah meluas.
Walau bagaimanapun aku juga mendapat kesempatan untuk mencuba menjadi pengedar kopi pracampuran herba yang setakat ini belum ada lagi di pasaran di Kuala Lumpur. Oleh itu cabarannya cukup tinggi. Nabi memberitahu bahawa 9 per sepuluh rezeki yang allah turunkan itu ialah dalam bidang perniagaan. Sebaliknya 9 per sepuluh juga cabarannya.  

Tuesday, January 25, 2011

Allah Turunkan Rezeki, Manusia Yang Menyekatnya

Sejak pencen ni memang banyak masa untuk aku. Maklumlah dok di rumah. Lepas subuh, hantar anak ke sekolah dan kemudian tidur balik. 

Ni tengah dok cari kerja yang sesuai la. Adalah dok tunggu satu dua permohonan tetapi entah bila akan dapat jawapannya. 

Minggu lepas dapat tahu satu permohonan aku untuk satu post di Kuantan dah terlepas. Bukan apa, aku memohon pada mulanya tu hanya untuk mencuba nasib saja. Maklumlah post seperti itu memerlukan seorang yang ada ijazah. So aku pun buat endah tak endah saja. Kalau ada rezeki dapat, kalau tak ada rezeki apa nak buat. Lagi pun pada masa yang sama aku dok tunggu keputusan nak sambung sebagai staf kontrak di tempat kerja lama. Permohonan dah dibuat sejak bulan Oktober 2010 lagi tetapi sehingga habis tahun tak ada apa-apa jawapan pun. Walaupun demikian, aku memang yakin akan disambung kerana tugas yang aku laksanakan sewaktu masih bekerja adalah tugas profesional. Semasa masih bertugas tahun lepas dua program baru yang masih belum dilaksana di mana kedua-dua kertas kerja untuknya aku yang tulis dan submit selepas disemak oleh Ketua Unit. Ianya projek peringkat Kebangsaan. Tak naklah bagi tau program apa tetapi lambat laun orang akan tahu juga. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu kepada negara dan akan terus kenang sebagai hasil tangan aku. 

So, berbalik kepada permohonan awal tadi, hanya setelah aku tahu keputusan bahawa pejabat lama aku tidak mahu menyambung khidmat aku sebagai staf kontrak, baru dapat maklumat yang permohonan awal itu berjaya dan mereka hendak menawarkan post itu kepada aku. Tetapi apabila mereka menghubungi tempat aku sedang bertugas masa itu, dimaklumkan bahawa khidmat aku diperlukan selepas aku tamat perkhidmatan. Jadi pihak berkenaan membuka tawaran itu kepada orang lain. Aku mendapat tahu bahawa post itu sudah diisi mulai 2 Januari 2011 lalu. 

Melepas satu post yang aku rasa dapat memberikan keselesaan kepada aku dan keluarga dengan tawaran gaji dua kali ganda daripada gaji yang aku perolehi semasa berkhidmat dengan kerajaan dan ditambah pula dengan elaun keraian. Maka terfikirlah aku bahawa rezeki itu diturunkan oleh Allah, tetapi manusia boleh mengagalkan rezeki itu sampai kepada yang berhak. Hasilnya sampai sekarang aku masih tidak bekerja. Hidup di Kay El beb, mana cukup dengan duit pencen. Entah-entah satu hari nanti aku terpaksa kutip tin bekas minuman dari satu tong sampah ke satu tong sampah. 


Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011- Catatan Pertama

Ini posting pertama untuk dekad baru 2011. 
Posting ini dihantar dari rumah ibu bapa ku di Alor Setar.
image
Kredit Gambar: The Star online
Biasanya setiap masuk tahun baru pastinya mindset ialah untuk memulakan kerja di pejabat pada 2hb Januari sebagai hari pertama di tahun baru. Tetapi tahun ini aku tidak perlu lagi fikir untuk berbuat demikian. Aku dah bebas dari rutin untuk bangun tidur dan bersiap untuk pergi ke pejabat. Tetapi tak tahu sampai lama mana. 

Apabila seseorang itu menjadi dormant, makan otaknya pun akan turut menjadi dormant. Otak manusia akan menjadi regressive jika ia tidak dicabar untuk melakukan sesuatu tugas. Sebab itu aku harap aku tidak akan menjadi seorang yang hidup pasif. Aku harus terus melakukan sesuatu untuk mencabar otak aku berfikir. Nasib baik juga aku melibatkan diri dengan dunia blogging dan aktif  melayari internet. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang yang baru yang akan aku temui dan baca. Menulis juga akan terus mencabar otak untuk terus berfikir. 

Dulu semasa aku hampir hendak bersara, ramai rakan-rakan berkata dah pencen, duduk sajalah. Dah puas kerja sekarang masa untuk rehat. Aku amat tidak setuju dan  ramai juga yang akan bersetuju bahawa apabila kita terlalu rehat, otak kita juga akan menjadi semakin mundur. Kemunduran otak akan mempengaruhi fizikal untuk menjadi lemah dan proses penuaan semakin cepat. Bukan kerana takut nampak tua, tetapi apabila kita tengok pada diri sendiri sebagai tua, maka kita akan hilang motivasi untuk terus hidup. Hidup adalah perjuangan dan perjuangan itu tidak selesai selagi hayat di kandung badan. 

Mungkin ramai yang tidak bersetuju jika orang tua berperangai seperti orang muda. Bagi saya falsafah saya  tidak mengatakan begitu. Saya berpendapat, kita hendaklah terus berjiwa muda kerana ia akan menguatkan fizikal sebab orang muda yang memilikki fizikal yang kuat. Jadi apabila orang tua dapat mengekalkan fizikal yang kuat, maka ia akan mampu terus beribadat dengan selesa dan memberikan khidmat kepada masyarakat dengan lebih baik. 

Malam tadi buat pertama kali dapat makan malam bersama keluarga. Walaupun tidak sepenuhnya berkumpul  tetapi sekurang-kurangnya dapat makan beramai-ramai di luar. Ianya sesuatu yang tidak dapat saya lakukan memandangkan masa dan keadaan tidak mengizinkan. 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Wednesday, December 08, 2010

Tidak Terasa Tahun Baru

Hari ini sudah masuk 2 Muharram dan tidak seperti tahun Masehi yang menimbulkan suasana excitement, tahun Hijrah bagaikan tidak ada. Tidak ada sambutan yang berteraskan Islam sebagai meraikan Tahun baru dalam kalendar Islam ini. Mungkin kerana kita sudah mangli dengan sambutan tahun baru Masehi yang sambutannya bagai nak rak di seluruh dunia. Majoriti orang termasuk yang beragama Islam ternanti-nanti ketibaan 1 Januari setiap tahun tetapi berapa ramaikah orang Islam yang menyedari bahawa kita sudah masuk tahun baru Hijrah. Media elektronik dan cetak pun bagaikan lesu mempromosikan ketibaan tahun baru 1432 Hijrah. 

Dalam pada kita berbangga kononnya kita negara Islam, tetapi mengapakah kita masih lagi mengagungkan sesuatu yang bukan berlandaskan Islam. Sejak zaman British lagi kita sudah didik untuk mengagungkan orang-orang British sehingga hari ini kita masih merasai bahawa orang putih itu pakar dalam segala-galanya. Bukan hendak menadikan keboleh mereka tetapi bangsa kita pun tidak kurangnya hebat sama ada positif atau negatif. British juga telah menerapkan dalam minda kita budaya mereka yang setengahnya tidak sesuai dengan budaya orang Melayu dan Asia. Tetapi dek kerana biasa maka kita menerimanya sebagai satu budaya kita juga. 




Friday, December 18, 2009

1 Muharram = 18 Disember 2009 = Hari Jadi ke 55

Hari ini 1 Muharram bersamaan 18 Disember 2009. Cuti umum.
Hari ini juga genap usiaku 55 tahun dan aku ada setahun lagi untuk berkhidmat secara resmi sebelum bersara wajib. Tak tahulah apa nak buat mulai 18 Disember 2010 nanti, hari pertama persaraanku. Yang pastinya hari itu  pasti akan goyang kaki. Bolehlah jadi blogger full time kerana tidak perlu lagi mengagihkan masa antara tugas dan blogging.

Selepas 34 tahun menjalani rutin bangun tidur bersiap untuk pergi kerja, sudah semestinya sukar untuk mengubah rutin tersebut dalam masa yang singkat dan mendadak. Pasti aku akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan situasi baru.

Hari ini sudah 55 tahun Allah memberikan aku kesihatan yang sungguh memberansangkan. Aku bersyukur kepadaNya kerana dalam tempoh ini Dia telah memelihara kesihatan aku dan ini merupakan satu nikmat yang Allah berikan. Aku bersyukur kerana pada usia ini aku masih belum ada tanda-tanda masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Bukan semua orang mendapat nikmat seperti ini. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha mengasihi. Dalam usia sebegini juga aku masih lagi boleh melibatkan diri dengan sukan ekstrim. Aku masih lagi boleh bermain paintball secara kompetitif. Di gelanggang paintball aku dapati pemain yang seusia dengan aku boleh dibilang dengan jari.

Tuesday, April 28, 2009

Pengemis Buta Dan Rasulullah S.A.W

SEMOGA BERMANFAAT 


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap 
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu 
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. 
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya 
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari 
sampai beliau wafat. 
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? 
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan 
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. 
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. 
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan 
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. 
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? 
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). 
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si 
pengemis buta itu. 
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak 
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, 
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. 
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... 
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. 
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? 
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha 
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup 
melakukannya. 
Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai 
Rasulullahmu... 
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? 
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus. 
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir. 
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.. 
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 
4. Bantu pendidikan seorang anak. 
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah. 
6. Bagi CD Quran atau Do'a. 
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid. 
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum. 
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung 
dibawahnya, Anda dapat hasanah. 
10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, 
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. 
Aminnnnnn... 
  
..

Monday, March 23, 2009

Ingat 28 Mac 2009

Mac 2009 adalah hari yang disulam dengan satu kempen untuk kesejahteraan alam di masa hadapan. Hari tersebut dinamakan sebagai 60 Earth Hour di mana mereka yang mengambil bahagian akan memadamkan lampu selama satu jam mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.
Kempen ini adalah sebahagian usaha untuk mengawal Earth Warming dan bermula di Sydney pada tahun 2007. Kempen ini semakin mendapat sambutan dan kini bandaraya-bandaraya seluruh dunia sudah mula mengambil bahagian.

Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

Jika anda rasa ingin membantu kesejahteraan anak cucu di masa hadapan, tidak rugi untuk mengambil bahagian dalam kempen ini. Tidak rugi apa-apa malah menguntungkan kerana kita dapat menjimatkan tenaga elektrik selama satu jam. Banyak perkara boleh dibuat dalam masa satu jam itu. Sekurang-kurangnya kita dapat duduk dan renungkan diri sendiri dan masa depan. Dalam kegelapan itu kita renungkan betapa besarnya kuasa Allah yang telah memberikan kita cahaya dan bezakan keadaannya jika berada dalam kegelapan.

Sebenarnya melalui kempen ini banyak falsafah yang dapat kita perolehi. Antara lain kedatangan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W hingga membawa umat manusia dari kegelapan kepada alam penuh cahaya.

28 Mac 2009
8.30 mlm hingga 9.30 mlm

Sunday, March 08, 2009

Wajarkah PPSMI

8hb menyaksikan satu sejarah. Isyarat rakyat menentang dasar PPSMI. Perhimpunan 100,000 orang dianjurkan sebagai mengiring penghantaran memorandum kepada KDYMM Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara tetapi perhimpunan aman itu telah dicemari oleh pihak PDRM dengan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air. Inilah yang taktik pemerintahan BN yang memaksa rakyat menurut segala arahan autokratiknya.

Berita pula melaporkan kanak-kanak dan orang tua diheret bersama untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu dan sudah semestinya, jari ditudingkan kepada pembangkang. Satu amalan sejak dahulu lagi untuk mencemarkan nama baik pembangkang. Menyedarkan kanak-kanak akan perjuangan bangsa adalah tanggungjawab setiap rakyat. Saya sendiri pun melatih anak-anak untuk membantah sesuatu yang tidak kena. Saya bukan sekadar melatih anak-anak untuk membenci Amerika tetapi juga untuk membenci UMNO khususnya dan BN amnya. Itu adalah hak saya sebagai rakyat yang hidup di dalam negara yang kononnya demokratik. Bullshit.

Kehadiran orang tua dalam perhimpunan tersebut bagi saya bukan diheret tetapi kerana kesedaran. Kesedaran bahawa bahasa ibunda mereka sedang dilacurkan oleh bangsa sendiri iaitu UMNO yang kononnya salah satu agenda ialah mempertahankan bangsa Melayu dan Bahasa Melayu. Siapa yang sebenarnya menghilangkan Bahasa Melayu seperti yang diperkatakan oleh Hang Tuah, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" UMNO sendiri yang mengubah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Yang tinggal hanya KERETAPI TANAH MELAYU. Itu pun pernah ada ura-ura dari pemimpin UMNO nak ubah kepada KERETAPI MALAYSIA.

Bantahan PPSMI bukan hanya dari mulut pembangkang tetapi majoriti "man on the street" tidak menyetujui PPSMI, termasuklah kalangan guru tetapi tidak berdaya menyuarakan pendapat masing-masing kerana sikap kuku besi kerajaan BN.

Saya tertark membaca blog 3540 Jalan Sudin yang menyokong penggunaan PPSMI. Tetapi apa yang lebih menariknya ialah komen pembaca. Anda bacalah blog berkenaan.

Sungguh hairan mengapa kita tidak mahu mempertabatkan bahasa kita sendiri di mana Bahasa Melayu didapati menjadi Bahasa keempat yang paling diucapkan di dunia? Baca kenyataan seorang rakyat China tentang Bahasa kita di bawah. Apakah kita tidak banga dengan bahasa sendiri?

“I chose Bahasa Melayu because of its vast potential, being already the fourth most spoken language in the world.

Pendirian Saya : Matekatik dan Sains perlu diajar dalam bahasa ibunda.

Sunday, August 31, 2008

Kemanangan

Malaysia telah menyaksikan satu kemenangan yang amat dinanti-nantikan. Baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanangi semula kerusinya di Permatang Pauh setelah BN mencurahkan seluruh kekuatannya untuk mengagalkan misi DSAI itu. Itu tak ambil kira lagi berapa juta Ringgit Malaysia telah ditaburkan untuk membeli undi. Syukurlah pengundi di Permatang Pauh tidak mudah dibeli. Nilai dan harga diri mereka tidak berjaya dilacurkan oleh BN yang kemaruk kemenangan itu.

Seminggu sebelum itu, aku merasakan atu kemenangan juga apabila Kedah berjaya mengalahkan Selangor untuk mencipta sejarah sebagai juara Piala Malaysia dan double treble iaitu memenangi tiga piala sekaligus dua tahun berturut-turut.

Malam ini negara menyambut hari kebangsaan ke 51 dengan tema kali ini Perpaduan Teras Kejayaan. Sememangnya kita perlukan perpaduan ini dikukuhkan.

Kelmarin PM telah mengumumkan Bajet 2009. Seperti biasa semua kaki ampu akan mengatakan ianya bajet yang baik. Tidak pernah pun aku mendengar orang komen mengatakan bajet yang dibentangkan tidak baik. Hanya seorang sahaja yang realistik apabila membuat komen tentang Bajet itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. DSAI telah menyebut bahawa bajet yang dibentangkan itu hanyalah untuk mengula-gulakan rakyat dan saya amat bersetuju.

Salah satu yang menarik bagiku dalam bajet itu ialah tentang pemberian tiket percuma kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung. Mereka diberikan tiket penerbangan percuma untuk balik ke Sabah atau Sarawak sekali dalam setahun. Persoalannya mengapa hanya untuk Sabah dan Sarawak sahaja. Bagaimana dengan mereka yang berasal di Semenanjung dan bekerja di Sabah dan Sarawak. Ini tidak adil!!!!.

Apa yang aku dapat dengan bajet ini? Sebula bonus sahaja. Mengharapkan Cola dan ITP dinaikkan tetap tidak ada. Semoga CEUPACS akan berjaya mempengaruhi Menteri Kewangan untuk tujuan ini.

Rakyat Malaysia kini menunggu 16 September 2008. Tarikh yang sedang hangat diperkatakan tentang perubahan kerajaan. Rakyat sudah muak dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun yang lepas. Kini mereka tertunggu-tunggu untuk merasakan pula bagaimana pemerintahan kerajaan baru. Insyaallah dimakbulkan. Sama-samalah kita doakan agar kerajaan BN ni tumbang. Cukuplah 50 tahun.




Wednesday, March 19, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429

Pada 12 Rabiul Awal bersamaan 20hb Mac 2008 ialah hari sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ensaiklopedia bebas Wikipedia memuatkan yang berikut, Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis
keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila
berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat
pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Di Kuala Lumpur tahun ini, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.


Monday, January 28, 2008

Kelmarin

Kelmarin adalah sesuatu yang pasti akan tercatit dalam dairi hidup seseorang dan menjadi sejarah. Kelmarin juga merupakan satu renungan untuk kita melihat hari esok. Segala kesilapan yang kita lakukan kelmarin hendaklah dijadikan sebagai satu iktibar agar ianya tidak berulang lagi di hari berikutnya.

Ramai orang yang melupakan kelmarin kerana ia sudah berlalu dan tidak akan berulang kecuali peristiwa dan insiden. Hanya satu renungan.

Tanpa kelmarin tiada hari esok.

KELMARIN

Nyanyian: Farhan AF4


Kelmarin ku tanya apakah salahku?
Dan jawabnya diam saja
Kelmarin ku tanya apakah kau rindu?
Dan jawabnya hanyalah pandangan hampa

Ku kira ada yang keliru
Sampai tak ada cara mengungkapkannya

Aku tak apa
Yang ringan saja

Kelmarin ku tanya apakah kau rindu?
Dan jawabnya hanyalah pandangan hampa
Dan kelmarin ku lihat gambar bekas pacarmu
Terpasang lagi jadi lukisan
Eh terserah kalau masalahnya cuma itu
Simpan saja buat arkibmu sendiri

Aku tak apa
Yang ringan saja

Jika begini jalan akhirnya
Tak perlu lagi aku berada
Jika begini namanya cinta
Biar ku cari yang lain saja

Sunday, October 07, 2007

Ini Falsafah

Berikut antara kata-kata yang aku terima melalui SMS. Falsafah tu erk.

Yang jauh itu usia, Yang dekat itu mati, Yang besar itu nafsu, Yang berat itu amanah, Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. SELAMAT BERPUASA.

Dalam era komputer ni nasihat pun berbau bahawa pengkomputeran:

Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, Upload usaha, delete dosa, update doa & top up ilmu, supaya dapatlh redeem pahala banyak2!Slmt bpuasa!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List