1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label kemasyarakatan. Show all posts

Wednesday, December 08, 2010

Tidak Terasa Tahun Baru

Hari ini sudah masuk 2 Muharram dan tidak seperti tahun Masehi yang menimbulkan suasana excitement, tahun Hijrah bagaikan tidak ada. Tidak ada sambutan yang berteraskan Islam sebagai meraikan Tahun baru dalam kalendar Islam ini. Mungkin kerana kita sudah mangli dengan sambutan tahun baru Masehi yang sambutannya bagai nak rak di seluruh dunia. Majoriti orang termasuk yang beragama Islam ternanti-nanti ketibaan 1 Januari setiap tahun tetapi berapa ramaikah orang Islam yang menyedari bahawa kita sudah masuk tahun baru Hijrah. Media elektronik dan cetak pun bagaikan lesu mempromosikan ketibaan tahun baru 1432 Hijrah. 

Dalam pada kita berbangga kononnya kita negara Islam, tetapi mengapakah kita masih lagi mengagungkan sesuatu yang bukan berlandaskan Islam. Sejak zaman British lagi kita sudah didik untuk mengagungkan orang-orang British sehingga hari ini kita masih merasai bahawa orang putih itu pakar dalam segala-galanya. Bukan hendak menadikan keboleh mereka tetapi bangsa kita pun tidak kurangnya hebat sama ada positif atau negatif. British juga telah menerapkan dalam minda kita budaya mereka yang setengahnya tidak sesuai dengan budaya orang Melayu dan Asia. Tetapi dek kerana biasa maka kita menerimanya sebagai satu budaya kita juga. 




Wednesday, September 01, 2010

Kempen Bantah Saman Ekor

Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia sedang menjalani Kempen ini dan berharap rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan saman ekor yang menganiaya pemandu di Malaysia, akan turut sama membantah. Kita bukan membantah pihak berkuasa untuk menyaman pemandu yang melanggar peraturan jalanraya tetapi caranya yang tidak kena kerana pemandu boleh menjadi mangsa. Ini disebabkan yang menjalankan tugas menyaman ekor itu ialah manusia biasa yang diberikan "hak" untuk menyaman seseorang tanpa mangsa itu mengetahui.  Tidak semestinya anda yang pernah menjadi mangsa, tetapi mungkin di masa hadapan anda boleh menjadi mangsa. 

To:  Kerajaan Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis
DiRaja Malaysia (PDRM).
Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus. Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011. Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.
Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.
Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.
Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Sincerely,
Anda boleh menyokong kempen ini dengan menandatangani petition DI SINI.

Friday, July 02, 2010

Kapal Rachel Corrie - Sempena Nama Seorang Aktivis

Kapal Rachel Corrie adalah merupakan salah sebuah kapal dalam Flotilla yang merancang untuk menghantar bantuan kepada penduduk Gaza yang tertindas oleh rejim zionis Isreal laknatullah. Kapal tersebut adalah antara kapal terakhir yang ditawan oleh askar-askar zionis. 

Saya mendapat satu email yang menerangkan tentang asal usul nama Rachel Corrie tersebut. Saya perturunkan semuanya dalam bentuk asal yang saya terima untuk ditatap bersama pembaca saya. Sama-samalah kita berdoa untuk 


Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie  yang belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...
Ni cerita asal usul nama kapal berkenan....

http://www.lookleftonline.org/wp-content/uploads/2010/04/Screen-shot-2010-04-02-at-22.59.57.png

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).





Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza. 



Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.





Siapakah Rachel Corrie?

http://pikirancerah.files.wordpress.com/2009/03/rachel-corrie.jpg
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). 
http://www.friendskorner.com/forum/photopost/data/500/rachel_corrie.gif
Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
http://www.aqplink.com/imagenes_aqp/tierra/rachel_corrie/rachel-corrie5.jpg
Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
http://www.palestinefacts.org/images/corrie_before.jpg
Sebelum dilanggar
http://www.palestinefacts.org/images/corrie_after.jpg

Selepas dilanggar
Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.




http://arastiralim.com/wp-content/uploads/2007/01/rachel_corrie_memorium.jpg
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
http://anikakhan.files.wordpress.com/2008/07/rachel-corrie-flag-shrouded.jpg
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d5/Rachel_Corrie_memorial_pics.jpg/150px-Rachel_Corrie_memorial_pics.jpg

Monday, June 07, 2010

Selamat Pulang Sukarelawan

Hari ini dan kelmarin kita saksikan sambutan diberikan kepada sukarelawan kita yang telah selamat kembali ke tanah air setelah ditahan dan kemudian dibebaskan oleh Isreal. Kita salute kepada kesemua mereka kerana keberanian untuk menyertai misi kemanusiaan itu yang bukan semua orang berani menyahut cabaran itu. 

Usaha murni mereka sememangnya patut kita semua hargai kerana pemergian mereka adalah mempertarungkan nyawa berdasarkan pendirian Isreal yang ingin melihat rakyat Palestin di Gaza kebuluran. Walaupun gagal menyerahkan sendiri bantuan kepada pihak yang memerlukan dan pihak Isreal yang mengatakan mereka hendak sampaikan sendiri bantuan itu, tetapi boleh percayakah?

Sememangnya kita semua bersyukur mereka dapat kembali ke tanah air dengan selamat dan pengorbanan mereka itu patut dihargai sebagai hanya segelintir sahaja daripada 28 juta rakyat Malaysia yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan untuk melaksanakan tugas merbahaya itu. Tetapi memberikan tittle wira bagi saya adalah tidak sesuai. Saya berpendapat demikian kerana sekiranya mereka tidak menempuh apa-apa halangan dan berjaya menyampaikan bantuan tanpa ditawan Isreal, adakah mereka akan digelar wira? Tentunya ramai rakyat Malaysia yang tidak akan mengambil berat dan mengikuti perkembangan mereka jika flotilla tidak diancam sekatan oleh Isreal. Hanya setelah mereka diancam Isreal baharulah ramai  yang celik mata dan mendoakan untuk keselamatan mereka. Bagaimana jika keadaan sebaliknya?


Monday, March 01, 2010

WHT 1633 Satria GTi Dicuri Depan Mata

Cuba bayangkan,
Anda akan kahwin beberapa hari lagi dan tiba-tiba anda mendapati kereta anda telah dicuri. 
Itulah yang menimpa seorang sahabatku baru-baru ini. 
Memang licik pencuri itu. Sabahatku baharu sahaja meletakkan keretanya di hadapan pejabat. Tak sampai pun sejam dari masa dia meletakkan kereta sehingga masa pejabat tamat. Bila dia keluar pejabat untuk mendapatkan keretanya didapati kereta tersebut tiada lagi di tempatnya. Sememangnya pencuri itu besar kemungkinan sedang memerhati dan mengetahui pergerakan sahabatku. 

Mudah dan berani sekali pencuri itu kerana kedudukan kereta itu betul-betul di hadapan pondok sekuriti Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dan tidak sampai 30 meter dari pondok sekuriti Majlis Sukan Negara. Inilah yang dikatakan mencuri di depan mata. 

Ia merupakan satu pengalaman dan igauan buruk bagi sahabat saya itu kerana dia akan terus balik kampung selepas waktu pejabat dan tup tup keretanya telah hilang bersama beg pakaian. 

Kepada mereka yang meletakkan kenderaan di sekitar kawasan Kompleks Sukan Negara kini harus lebih berhati-hati. Ini termasuklah mereka yang meletakkannya di tempat berbayar. Pengutip bayaran letak kereta tidak akan menyangka apa-apa jika kenderaan anda dicuri jika ianya dibuka dengan selamba dan pengera keselamatan tidak bunyi. Malah zaman sekarang jika pengera keselamatan berbunyi pun orang dah buat derk saja.  

Thursday, October 29, 2009

Perubahan Nama Blog

Malam ini blog ini berubah nama. Nama baru bagi blog ini ialah titian perjalanan ini yang aku rasa lebih sesuai dengan kandungannya yang mencatatkan pengalaman dan pandangan dalam satu perjalanan hidup. Memandangkan blog ini merupakan pertalian antara blog aku dalam Bahasa  Inggeris the xperienceoflife, maka aku rasa namanya pun seakan-akan hampir sama. Aku boleh juga menamakan blog ini pengalaman hidup sebagai terjemahan kepada the experience of life, tetapi ianya aku rasa terlalu simple.

Aku rasa apa yang dicakapkan oleh budiey sensasi selebriti ada kebenarannya. Dalam salah satu episod blognya, beliau menyatakan ilham itu boleh datang di mana-mana sahaja. Dan aku mendapat idea untuk menamakan blog ini titian perjalanan sewaktu sedang berada dalam kamar mandi - sedang melepass.....Apa yang aku harap blog ini tidak akan menjadi setidak enak tempat aku mendapat idea.

Nama asal blog ini ialah catitan alam maya yang menjadi URL tetapi kemudian aku tukarkan kepada blog caca merba......So mulai malam ini, blog ini mendapat nama baru.

Baru sahaja tadi balik dari menghadiri majlis bacaan Yassin dan doa selamat untuk seorang jiran yang akan berangkat ke tanah suci, Makkah Mukarammah. Semoga perjalanan beliau sekeluarga selamat pergi dan balik dan dilindungi Ilahi sepanjang masa. Amin.

Baru petang tadi dapat email dari Nuffnang mengesahkan satu entry dalam blog ini memenangi hadiah pertama pertandingan menulis blog sempena Project Alpha oleh Nuffnang. Dah tak sabar ni nak pergi ke pejabatnya untuk mengambil hadiah. Sekarang dapatlah aku bawa lebih ramai ahli keluarga aku untuk bersantai di Sunway Lagoon dan juga bermain luncur ais.

Thursday, September 10, 2009

090909


Ini tarikh yang unik untuk tahun ini. Tahun hadapan akan jadi 101010. Ah, angka binary untuk bahasa komputer? Di laporkan beberapa perkara berlaku hari ini sempena mengambil tarikh yang unik ini. Di Kuala Lumpur sepasang mempelai telah melangsungkan perkahwinan mereka setelah kalu pertama mengucapkan cinta pada 070707 lalu.

Bermula di New Zealand pada jam 9.00 pagi dimulakan World Day of Interconnectedness. Antara aktiviti yang dilakukan pada jam 9.09 pagi 090909, individu boleh memasang lilin. Err....awas. Kita di Malaysia tidak boleh memasang lilin di tempat awam. Nanti kena tangkap. Nak tahu apa dia Interconnectedness baca DI SINI.

Di Kuala Lumpur juga pada hari ini diadakan kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Malaysian Institute for Road Safety

Tu sekadar nak sebutkan beberapa. Nak tengok apa yang berlaku lagi di seluruh dunia, aku buat Google search dan dapat INI.

Malam ini juga di surau tempat aku tinggal, giliran aku sediakan more selepas Tarawikh. Memang aku sengaja pilih tarikh ini lagi pun sempena tarikh lahir isteriku yang ke......ah, tak payahlah nak sebutkan ke berapa.

Wednesday, March 18, 2009

Hilangnya Selera Makan

Selepas membeli belah  pasaraya Giant Kinrara, aku membawa keluarga untuk makan di Seri Petaling. Restoran biasa iaitu Ajimal Razim. Seperti biasa pesanan aku ialah nasi lemak biasa dan teh o ais limau.

Sebaik sahaja pesanan sampai, datang sepasang lelaki dan wanita Cina duduk di meja berhampiran dengan meja kami. Terus sahaja aku hilang selera untuk makan. Bukan kerana mereka itu pasangan China. Bagi aku tidak ada masalah untuk bersahabat dengan sesiapa pun. Aku tidak mengira bangsa dan agama untuk bersahabat. Tetapi apa yang membuat aku hilang selera untuk makan ialah kerana wanita Cina itu mendokong seekor anjing. Sungguh tidak bertimbang rasa dan peka mereka. Membawa binatang peliharaan ke tempat orang ramai makan tidak sepatutnya berlaku. Apa lagi yang di bawa itu seekor anjing dan tempat makan itu dikunjungi oleh ramai orang Islam.  

Terus hilang selera makan aku malam tu.

Saturday, January 24, 2009

Puisi Gaza Itu Mengamitmu - Dr Asri

Dibawah puisi oleh Dr Asri mantap mufti Perlis yang saya petik dari mStar

GAZA ITU MEMANGGILMU

tangisan itu memanggilmu,ratapan itu merayumu,

suara wanita yang tidak bermayajeritan si kecil yang tidak berdosaratapan si tua yang tidak terdaya

darah pemuda yang ditumpahnyawa perwira yang dimamahkau biarkan mereka dilapah

suara sayu memanggilmubumi Gaza yang diserbudek bangsat yang penuh muslihattentera khianat yang dilaknat

tergamaknya kau bersahajacuma menjadi penonton setiasedangkan tanah Gaza dibunuh percumatanpa kau rasa duka airmata dosamembiarkan mereka dihina deritamanakah janji bahwa kita bersaudara

darah Gaza akan menuntutmu di hari mukakerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan

bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongandemi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!

dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09

Friday, January 16, 2009

Mari Baca Al Quran

Pada 1 January yang lalu empat orang sahabat telah berbincang sambil minum-minum di The Coffee-Beans tentang kempen mengalakkan orang ramai membaca Al Quran tanpa mengira latar belakang agama. Mereka telah mencadangkan satu kempen bernama Let's The Quran.
Bagi mereka kempen ni tidak hanya melibatkan orang Islam tetapi sesiapa sahaja sama ada Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sesiapa sahaja termasuklah yang Atheist. Matlamat kmpen ini ialah mengalakkan orang ramai membaca Al Quran dalam bahasa yang mereka fahami bagi tujuan mencari nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian.
Kempen ini bermula pada 15 Januari sehingga 14 Februari.
Baca selanjutnya di Nuraina Samad.

Update

BERHATI-HATI 

Saya terbaca dalam blog Mahaguru tentang satu laman web tentang al Quran yang mengelirukan. 

Sunday, January 11, 2009

Nak Hapuskan Hamas Atau Agenda Tersembunyi?

Seluruh dunia telah sedar tentang keganasan Israel di Gaza yang membunuh orang awam yang tidak berdosa. Betapa sebak kita melihat di dada akhbar dan kaca TV penderitaan kanak-kanak, wanita dan orang tua akibat pengganas zionis yang bermaharajalela itu. Bagaikan seorang pembuli yang membuli mangsa yang tidak berdaya melawan. Israel ibarat haram jadah yang bersifat kebinatangan. 

Malam tadi swaktu aku hendak membuat satu posting kat blog Bahasa Inggeris aku, maka terjumpa sebuah laman web zionis yang mendedahkan sebab sebenarnya mereka menceroboh Gaza. Aku tak nak ulang tulis. Klik SINI dan baca. 

Aku juga menerima satu SMS barangan yang patut kita boikot sebagai usaha kita untuk melawan Yahudi dan Amerika itu. Kita tidak mampu mengangkat senjata untuk pergi ke medan perang, jadi kita lawan guna senjata ekonomi. Itu sahaja sumbangan yang kita mampu untuk membantu saudara kita di Palestin. Klik SINI untuk lihat senarainya.

Thursday, January 08, 2009

Dara Seorang Wanita Tiada Nilai Lagi?

The Star pada 5 Januari yang lalu melaporkan tentang "Tudung Clad Teens who are hooked on sex". Adakah berita ini memaranjatkan atau sesuatu yang sudah lama berlaku tetapi tidak pernah mendapat perhatian media. Seorang pembaca dari New Zealand, Steffie Yin memberikan respons yang disiarkan dalam akhbar yang sama pada 7 Januari 2009, "Shocked by sexploits of teens"

Persoalan pertama ialah adakah yang memakai tudung itu tidak melibatkan diri dengan aktiviti seks bebas? Tudung merupakan antara pakaian wajib dalam Islam untuk menutup salah satu aurat pada tubuh wanita. Tetapi kini tudung bukan lagi dipakai sebagai satu kewajipan tetapi dijadikan sebagai satu fesyen. Ramai wanita memakai tudung bukan lagi kerana kewajipan tetapi trend. Masalah memakai tudung sebagai trend ini lah yang menyebabkan tudung bukan lagi sebagai satu alat untuk menghidarkan seseorang wanita itu melibatkan diri dengan aktiviti seks bebas. 

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan lagi apabila kita melihat wanita bertudung berkepit dengan lelaki di tempat awam seperti gedung besar di bandaraya. Begitu juga terdapat wanita bertudung berasmara dengan lelaki di tempat-tempat sunyi, khususnya taman-taman awam. Inilah akibatnya juka tudung dipakai hanya sebagai trend dan bukan kerana kewajipan menutup aurat. 

Apa yang di tulis dalam artikal pertama itu sememangnya sesuatu yang mengaibkan bukan hanya kerana ia sebut sebagai wanita bertudung tetapi kerana mereka masih remaja. 

A GROUP of Muslim tudung-clad girls were not ashamed to say they were no longer virgins, with some admitting they became pregnant at 15,Metro Ahad reported.

Some even said they lost their virginity at the age of 10, while others claimed they had multiple sex partners. 

Dara atau hymen adalah merupakan satu-satunya tanda pada seorang gadis yang membuktikan dia masih suci dan ia adalah salah satu perkara yang diambil berat pada malam pertama pasangan yang berumahtangga. Tetapi dengan arus kemodenan perkara itu semakin tidak dijadikan penilaian lagi. Besar kemungkinan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh seseorang wanita itu boleh menyebabkan hymennya terkoyak dan menghilangkan tanda ia masih dara. Namun pengakuan secara terus terang seperti yang dilaporkan dalam media sesuatu yang sememang patut kita memberi perhatian. 

Pengakuan remaja itu menunjukkan bahawa bagi mereka dosa dan pahala bukan lagi sesuatu yang penting dalam hidup. Apa yang penting ialah tunduk kepada desakan nafsu. Sekiranya dibaca pengakuan-pengakuan yang dibuat itu sememangnya membuatkan kita beristighfar. Inilah generasi yang akan menggantikan kita beberapa tahun akan datang. 

Sunday, January 04, 2009

Awal 2009

2009 bermula dengan kesedihan dan tanda-tanda yang negatif. Di Timur Tengah, Gaza terus dibuli oleh Yahudi Isreal Laknatullah. Dari serangan udara kini mereka teruskan serangan darat pula. Sementara saudara-saudara mereka di sekeliling hanya melihat kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berupaya terus didera dan di perbinatangkan oleh Zionis. Malah lebih malang lagi mereka juga bersekongkol dengan negara Yahusi itu untuk menganiayai saudara mereka di Gaza. Isreal bukanlah besar mana jika dibandingkan dengan negara-negara Arab jika mereka bersatu. Semoga Allah turunkan kemenangan kepada penduduk Palestin. 

Di negara kita, dikejutkan dengan kemalangan yang meragut 10 nyawa di kilometer 21 Jalan Gua Musang - Kuala Krai. Pada ambang tahun baru kita juga dihidangkan dengan penyerbuan pihak berkuasa di satu pesta seks (yang kemudiannya ditukar sebagai pesta dadah) dan melibatkan seorang penyampai berita Astro Awani, Farahrizan Abdul Razak dan seorang lagi selebriti yang masih belum diketahui identitinya. 

Dalam bidang ekonomi pula screenshot telah membuat satu posting bertajuk 'Kuala Clowns'. Antara kandungannya ialah nasihat dari Dubai dan Abu Dhabi agar tidak membuat pelaburan di Malaysia. Baca seterusnya..... 

Apakah tahun 2009 akan terus diwarnai dengan berita yang tidak enak? 

Friday, September 26, 2008

Di Penghujung Ramadhan Ini

Ramadhan semakin sampai ke hujungnya. Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang dan persiapan sedang rancak dilakukan. Kat pejabat pun sudah mood nak raya. Kampung halaman sudah terbayang. Kuih muih, ketupat dan rendang juga bagaikan sudah terbau.

Persiapan raya? Bagi diriku belum ada apa-apa persiapan. Yang penting ialah untuk anak-anak. Mereka yang ingin sangat mengenakan baju baru, kasut baru. Bagi diriku habis-habis nak beli pun baju Melayu baru itu sahaja.

Hari ini juga hari terakhir untuk sembahyang Jumaat. Aku sampai agak terlewat juga kerana terlena tadi. Apabila sampai khatib sedang hendak menghabiskan kutbahnya. Nasib baik aku sudah ambil wuduk di rumah, so taklah tergesa-gesa sangat.

Semasa sembahyang Jumaat tadi, kekyusukan aku dan tentu juga jemaah yang lain terganggu apabila ada telefon bimbit berdering. Tak tahu siapa punya. Nasib baik juga deringan itu bukan sesuatu yang melucukan, jika tidak tentu ramai yang mungkin terbatal sembahyangnya.

Aku teringat satu kenyataan di surau-surau R&R di Lebuhraya Utara Selatan. Papan peringatan yang disediakan oleh TM berbunyi, "Tidak ada panggilan yang lebih baik dari seruan solat". Sememangnya fikiran aku sudah mula berkecamuk apabila kedengaran deringan itu. Aku mula terbayangkan apakah orang yang memanggil itu tidak sedar bahawa waktu itu waktu solat. Sekurang-kurangnya pekalah dengan masa. Sepatutnya dijasikan satu disiplin untuk tidak mendial nombor telefon mana-mana orang Islam dalam tempoh sepuluh minit selepas masuk waktu sembahyang. Sekurang-kurangnya jika orang yang kita telefon itu tidak terganggu sembahyangnya jika dia sembahyang sebaik sahaja masuk waktunya.

Aku tidak pasti lagi bila hendak bertolak balik ke Alor Setar. Namun firtah untuk aku dan keluarga bagi tahun ini sudah settle.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Thursday, July 10, 2008

Yang Dikatakan Manusia - Ustazah Pun Kena Cekup

Satu laporan dalam myMetro bahawa seorang ustazah kena cekup oleh sepasukan penguatkuasa JAWI di sebuah kondo mewah. Ustazah dalam lingkungan 40an itu ditahan bersama pasangannya yang juga seorang warga pendidik berusia 50an dan ketua sebuah Jabatan sebuah institusi latihan terkenal. Ini hasil laporan orang ramai. Sewaktu serbuan dibuat pasangan tersebut berkurung di dalam Kondo Vista di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak dalam keadaan yang syak.

Pasangan tersebut gagal membuktikan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah atau muhrim.

Maksiat tidak kenal status rupanya.

Friday, June 06, 2008

Persiapan Kenduri

Hari Sabtu ini akan diadakan majlis kenduri kahwin di tempat aku tinggal. Musim cuti sekolah ni biasalah, musim kenduri dan musim mencekik. Bukan apa tunggu cuti sekolah ramai sanak saudara dapat hadir kerana anak-anak bercuti. Sebab itulah musim cuti sekolah menjadi tatikh istemewa untuk buat kenduri. Biasanya kenduri kahwin la.

Bagi mereka yang murah rezeki pastinya mendapat undangan yang banyak dalam satu-satu hari sehingga tak larat nak makan. Ada pula tu yang terlajak makan dan lupakan yang dirinya ada pantang larang. Maka ada yang naik paras kolesterolnya, naik paras darah tingginya, ada pula yang diserang gout lagi.

Kenduri kahwin yang akan diadakan di apartment tempat aku tinggal adalah merupakan satu lagi catitan sejarah. Bukan apa, inilah kenduri kahwin kali pertama dibuat di sini. Sebelum ini pun beberapa majlis yang menjalinkan tali silatulrahim diadakan. Sejak kami masuk ke vista ini setiap tahun diadakan ibadah korban apabila tiba Hari Raya Aidil Adha. Kemudian diadakan pula majlis rumah terbuka sepmena Aidil Fitri. Majlis-majlis keagamaan juga tidak dilupakan dengan sambutan-sambutan hari kebesaran Islam seperti Malulidur Rasul, Awal Muharram dan sebagainya.

Pinggan mangkuk yang sudah lama tersimpan dalam stor terpaksa dibasuh terlebih dahulu.

Merebus telor untuk bunga telor. Ni kerja lelaki. suka betul dengan telur. Maksud saya telur ayamla.

Kaum ibu tidak terlepas turut serta membantu. Aktiviti kemasyarakatan sebegini semkin hilang ditelan budaya zaman. Kalau di kampung dulu nak buat kenduri satu minggu dah sibuk membuat persiapan. Semuanya dibuat secara pakat. Hidup di bandar khususnya bandaraya, nak berjumpa dengan jiran pun kadang-kadang susah. Apa tidaknya ada yang kena turun rumah sebelum subuh untuk ke tempat kerja. Lepas tu balik pula ada yang selepas Isya. Macam mana nak jumpa. Hujung minggu pergi berkelah atau lepak-lepak bersama keluarga di KLCC, Bukit Bintang atau Sungai Wang.

Selesai kerja apa lagi, jamu seleralah pula. pekena kopi o dan "roti mayat". OK la. Janji dapat berkumpul sesama jiran dan mengeratkan tali silatulrahim. Budak-budak pun tumpang sekaki. Bukan apa. Anak-anak patut dilatih untuk bermasyarakat sejak mereka di zaman anak-anak. Barulah mereka lebih cepat matang.

Sambil menikmati kopi O cerita tentang harga minyak yang baru naik. Tarif elektrik juga akan naik.

BERSAMBUNG selepas kenduri nanti..........................

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List