Hari ini dan kelmarin kita saksikan sambutan diberikan kepada sukarelawan kita yang telah selamat kembali ke tanah air setelah ditahan dan kemudian dibebaskan oleh Isreal. Kita salute kepada kesemua mereka kerana keberanian untuk menyertai misi kemanusiaan itu yang bukan semua orang berani menyahut cabaran itu.
Usaha murni mereka sememangnya patut kita semua hargai kerana pemergian mereka adalah mempertarungkan nyawa berdasarkan pendirian Isreal yang ingin melihat rakyat Palestin di Gaza kebuluran. Walaupun gagal menyerahkan sendiri bantuan kepada pihak yang memerlukan dan pihak Isreal yang mengatakan mereka hendak sampaikan sendiri bantuan itu, tetapi boleh percayakah?
Sememangnya kita semua bersyukur mereka dapat kembali ke tanah air dengan selamat dan pengorbanan mereka itu patut dihargai sebagai hanya segelintir sahaja daripada 28 juta rakyat Malaysia yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan untuk melaksanakan tugas merbahaya itu. Tetapi memberikan tittle wira bagi saya adalah tidak sesuai. Saya berpendapat demikian kerana sekiranya mereka tidak menempuh apa-apa halangan dan berjaya menyampaikan bantuan tanpa ditawan Isreal, adakah mereka akan digelar wira? Tentunya ramai rakyat Malaysia yang tidak akan mengambil berat dan mengikuti perkembangan mereka jika flotilla tidak diancam sekatan oleh Isreal. Hanya setelah mereka diancam Isreal baharulah ramai yang celik mata dan mendoakan untuk keselamatan mereka. Bagaimana jika keadaan sebaliknya?
No comments:
Post a Comment