1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label paintball. Show all posts
Showing posts with label paintball. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Paintball @ #Cyberjayapaintball Park



Dah lebih tiga tahun juga aku tak main paintball ni. Rasanya last main tahun 2010 dalam Liga Paintball Kebangsaan My NPL di Dataran Pahlawan Melaka. Main pun D4 je.

Aku pun dah dok kira-kira nak advertise nak jual semua gear yang aku beli tu. Dapat juga sikit duit daripada benda tu dok menjadi buruk dalam luggage beg.

Bila baca posting broframestone di Facebook nak ajak bloggers main paintball di #Cyberjayapaintball Park. terus timbul keinginan nak main semula. Nostalgia tu. Tempat tu nak minta bloggers tolong promote kat cyberspace. Memanglah satu usaha terbaik di zaman Internet. Kira "word of mouth" cara modernlah gitu.
 Atas dan Bawah: Gambar Panorama #Cyberjayapaintball Park

Main Free, siapa tak mau, kalau nak main macam biasa sekurang-kurangnya kopak juga minima RM 100 sekali turun main.

So, pagi tu bergeraklah ke Cyberjaya untuk bersama-sama blogger tuk main. Tak dapat bayaran pun tak kisah, boleh main free tu pun kira payment juga. Rezeki Allah datang dalam berbagai bentuk. Tu tak kira dapat makan Nasi Lemak dan kopi free lagi, hahaha......

Ada 11 orang bloggers yang hadir- termasukan Bro Framestone, Hafiz , Faizal Fredley, Ladfe, Fazrol, Ben Ashaari, Ammar, Azmi dan AyueJean, Anarm, Ada yang first time main paintball ni.

Masa dok ambik Nasi Lemak, Broframestone tanya aku, "Abang nak main pakai seluar ni ke?" Sememangnya pagi tu aku just pakai seluar slack dan baju T je. "Tak, ada full gear kat dalam kereta." Jawabku.

Selesai sarapan, pergi salin pakai paintball gear. Changing room  di VIP Clubhouse tidak jauh dari situ bersih dan selesa. Lengkap dengan shower dan boleh mandi selepas selesai main. Cuma dari segi etika kenalah bersihkan diri dulu sebelum masuk, khusus kasut yang "belemuih" (haha....guna Bahasa Utagha sikit no).

#Cyberjayapaintball Park terletak dalam kawasan Pusat Komuniti Cyberjaya di Taman Tasek Cyberjaya. sebagai memudahkan mencari, landmarknya betul-betul di hadapan Multimedia University, Cyberjaya.

Sebelah menyebelah #Cyberjayapaintball ialah gelanggang tenis dan driving range.

Peminat paintball yang datang tidak ada masalah untuk parking kerana ruang letak kereta yang banyak.

Semasa sampai pagi Ahad itu, rakan-rakan lain sudah ada dan menunggu. Ada lagi yang belum sampai. Ingatkan aku yang lewat.

Keselamatan adalah agenda utama dalam semua jenis aktiviti sukan. Kepada pemain yang baru hendak mengenali apa itu paintball, sememangnya perlu diberikan taklimat tentang peralatan keselamatan dan langkah-langkah keselamatan sebelum bermain.
Taklimat Keselamatan Perlu Bagi Pemain Baru
 
 Atas: Team Yang Memang
Atas : Team Yang Tak Kalah

Kelengkapan keselamatan utama untuk pemain ialah Face Mask khusus untuk melindungi mata dari cedera terkena pellet yang kelajuannya lebih kurang 260 km sejam. Kami juga diberi penerangan tentang penggunaan marker.

Pihak penganjur telah menyediakan peralatan keselamatan lain seperti vest untuk melindungi bahagian badan, selain face mask dan mechanical marker Tippman.

Jom! main..........

#Cyberjayapaintball mempunyai satu kelebihan berbanding lain-lain venue paintball dari segi ia memilikki ketiga-tiga scenario permainan. Majoriti pengendali tempat permainan paintball hanya menyediakan field untuk speedball tetapi di #Cyberjayapaintball Park ada juga field untuk Urban Assault dan tiga field untuk Recball. Kira one-stop centre lah.

Satu perkara yang aku nampak di padang speedball, ia tidak begitu becak walaupun selepas hujan berbanding dua field yang pernah aku main di tempat lain. Kalau tidak bila main dalam musim hujan pasti macam kerbau berkubang.

Buat pertama kali aku merasakan main di field Urban Assault. Sebelum ini hanya main speedball je. Pertama kali juga main aku tidak "mati". Bolehlah ko bully pemain kali pertama, Cer main D4, belum habis pellet dalam loader dah kena OUTTTTTTT!!!!!!!!!! oleh marshall.. Padan muka......

Sesiapa yang hendak cuba-cuba main bolehlah ke Cyberjayapaintball Park dan alamatnya ialah:

 Cyberjaya Paintball Park,
 @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (berhadapan Universiti Multimedia),
Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api,
63000 Cyberjaya, Selangor
 Malaysia.


Mereka menyediakan beberapa pakej yang sesuai untuk semua tahap skill pemain dari serendah RM 40.00.

Ayuh! Uji sejauh mana kecekalan hati anda bila berada di tengah-tengah medan perang. Jika berasa takut di field paintball, berkali-kali gentarnya apa yang dihadapi oleh pasukan keselamatan kita ketika mempertahankan negara di medan peperangan.

Friday, July 31, 2009

Paintball dan Mini Olimpik 2009

Hujung minggu ini akan berada di Melaka untuk menyertai pertandingan paintball Liga Kebangsaan MyNPL. Ini kali kedua aku dan team aku akan mengambil bahagian dalam liga. Harapan kami, sekurang-kurangnya dapat memperbaiki ranking dan akan menjadi lebih manis jika dapat naik podium. Kalau naik podium bermakna tahun hadapan kami terpaksa main dalam D3. D3 nanti tentu lebih mencabar kerana pemain ramai dah berpengalaman. Apa lagi dengan usia aku, tentu sukar untuk menandingi pemain yang rata-rata dalam 20an dan awal 30an.

Sejak melibatkan diri dengan permainan ekstrim ini, aku nampak hanya beberapa kerat sahaja pemain yang sudah berusia dan aku tidak pasti sama ada sama usia dengan aku atau lebih atau kurang. Bedasarkan keadaan fizikal mereka, nampak berusia.

Awal malam tadi menghadiri majlis perasmian Temasya Mini Olimpik Malaysia 2009 di Stadium Mini MSN di Bukit Jalil. Ini merupakan temasya julung kali diadakan dan majlis perasmiannya pun dibuat secara sederhana sahaja. Memang beza sekali dengan program-program sukan yang selalunya acara perasmian lebih meriah dari sukan itu sendiri. Malah perbelanjaan untuk majlis pembukaan dan penutup memakan sebahagian besar perbelanjaan mengurus. Kalau MSN boleh mengekalkan keadaan seperti itu, tentu banyak wang dapat dijimatkan dan digunakan ke arah yang lebih menguntungkan peserta yang mengambil bahagian.

Dalam majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek hadir merasmikannya. Simple sahaja. Peserta berbaris di padang tanpa perbariasn lintas lalu. Kemudian bendera kejohanan diarak masuk. Menteri lakukan usapan perasmian dan pembakaran obor. Obor pun moden, tak pakai api tapi nampaklah macam api yang menyala. Macam ni pun dah jimat penggunaan gas. Maklumlah akan menyala hingga 9hb Ogos, iaitu hari terakhir kejohanan.

Tetapi tak tahulah jika MSN akan menyerahkan penganjuran temasya ini kepada negeri di masa akan datang. Pastinya suasana akan berubah kerana lazimnya negeri-negeri akan berlumba-lumba nak menjadi penganjur terbaik.

Sunday, July 26, 2009

Latihan Persediaan Paintball

Hari Sabtu pergi latihan paintball lagi kat padang Astaka di Petaling Jaya. Latihan itu sebagai persediaan untuk mengambil bahagian dalam Liga Paintball Kebangsaan yang akan di adakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 dan 2 Ogos 2009. Team aku Yakuza akan mengambil bahagian dalam liga ini buat kali kedua. Kali pertama ialah dalam sirkit pertama pada awal tahun lalu.

Aku pun tak sangka akan terlibat secara serius dengan permainan extrim ini memandangkan usia. Rata-rata yang main adalah anak-anak muda berusia dari belasan tahun hingga 30an. Kadang-kadang rasa macam tak kena pula bagi bagi aku bermain dengan mereka yang ada diantaranya boleh dianggap sebagai anak. Namun demikian sejak aku melibatkan diri dengan permainan ini, aku sudah mula menjaga kembali kecergasan fizikal. Aku sudah mula meningkatkan kembali tahap kecergasan.

Sunday, July 05, 2009

Alamak PakLah Nak Main Paintball?



Hari Ahad, tak tahu nak buat apaPagi tadi aku pergi ke ASTAKA di Petaling Jaya. Kali ini pergi bukan untuk berlatih paintball tetapi setakat nak tengok-tengok orang lain main dan berlatih. Sampai sana tengok ramai orang datang main. Rupanya ada pertandingan paintball bagi kakitangan Sapura Group. Rasa tak rugi datang walaupun dengan menunggang motorsikal. Inilah kali pertama menunggang motorsikal dari rumah ke ASTAKA.

Sewaktu berada di sana, tak sangka rupanya dapat menatap wajah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya Toh Puan Jeanne Abdullah. Tengok secara live la. Dulu masa dia jadi PM, tek pernah pun nampak dia secara live begitu.

Pak Lah datang bukan untuk main paintball tetapi masuk silap jalan kot. Dia masuk melawan arus. Sepatutnya jalan untuk keluar, dia masuk. Pandu kenderaan sendiri dan ada rider lagi. Rider pun bawa dia masuk melawan arus? Kalau orang awam dah kena dah tu. Tapi dek kerana polis yang escort tak apa la.
Jadi tak hairanlah Unit dari PDRM ni pun ada.
0
0
0
0
0
0


Tuesday, June 30, 2009

RIADAH DI BUKIT KOMANWEL

Petang tadi pergi jogging lagi. Seperti biasa bermula dari stesenLRT Bukit Jalil melalui jejantas masuk ke Bukit Komanwel. Mula-mula naik bukit Komanwel. Bagus untuk membina kekuatan kaki kerana terpaksa memanjat. Walaupun ada laluan bersimen, tetapi kadar cerunnya agak tinggi. Pendek kata untuk sampai ke puncak memang mengah juga. Sampai di atas lakukan sedikit regangan sambil jamu mata tengok sepasang pelajar sekolah berketurunan Cina sedang berasmara. Mereka masih lagi berpakaian sukan dan mungkin lepas balik dari aktiviti ko kurikulum atau mungkin tak pergi langsung. Aku rasa mereka baru di peringkat menengah rendah.

Atas Bukit tu memang amat sesuai untuk merendak sebab terlindung dari orang ramai. Lagi pun orang-orang Jabatan Agama takkan nak naik kan? Tak larat nak berjalan. Dulu pernah juga aku nampak sepasang kekasih yang sudah berusia. Si lelaki sudah beruban sementara pasangannya agak lebih muda sedikit. Aku tak rasa mereka suami isteri sebab kalau suami isteri takkan nak bersusah payah panjat bukit tu dan bercengkerama ditempat yang sunyi begitu.

Pada masa aku sampai, si wanita sedang duduk di atas pangkuan dan dalam pelukan lelaki itu. Pastinya sebelum aku dan anak aku sampai adegannya lebih panas kerana nampak benar mesranya. Akupun naik jealous juga. Hahahaha.........

OKlah berbalik kepada aktiviti aku. Aku mula joging sejak mula melibatkan diri dengan permainan paintball awal tahun lalu. Paintall sebagai satu bentuk sukan eksterim memang memerlukan dayatahan aerobik yang tinggi. Aku yang sudah beberapa tahun berada dalam keadaan sedentari, merasa amat letih selepas mula bermain dulu. Sebagai pengalak kecergasan maka aku rasa aku patut 'walk the talk', jadi aku kenalah bina semula tahap kecergasan untuk membolehkan aku main dengan lebih seronok.

Kawasan rekreasi Bukit Komanwel mempunyai sebuah tasik dan di sekitar laluan mengelilingi tasik itulah tempat untuk berjoging. Tetapi ianya tidak begitu sesuai jika ada yang berlari di atas laluan itu setiap kali kerana ia bersimen. Apa lagi aku dapati tidak memakai kasut yang sesuai. Ada yang pakai kasut untuk beraerobik, kasut untuk bermain badminton dan sebagainya. Kesan daripada memakai kasut yang tidak sesuai ialah pemakai itu mengalami shin spleen atau dalam jangka panjang sakit pada persendian kaki.

Disamping laluan untuk berjoging tertapat juga outdoor gym yang mengandungi beberapa stesen. Namun demikian stesen yang ada tidak mencukupi untuk latihan seluruh tubuh. Antara stesen yang terdapat ialah leg press, lat pull down. Bagi menambah beban, aku terpaksa menyuruh anak aku naik ke atas mesin untuk menjadikannya lebih berat. Aku bersenam bukan sekadar untuk membina dan mengekalkan kecergasan tetapi untuk bersukan juga. Sudah semestinya ada perbezaan antara menjaga kecergasan dan bersukan.

Monday, June 29, 2009

MERAWAT LEBAM

Hari Sabtu lepas pergi training paintball kat ASTAKA di Petaling Jaya. Training bersama team aku Yakuza yang sedang membuat persiapan untuk menyertai Liga Paintball Kebangsaan Sirkit ke 4 di Melaka.

Training sebelah pagi hingga tengahari. Macam biasa mesti bawa kenangan bekas lebam kena tembak (Lihat gambar). Bagi pemain paintball lebam ni perkara biasa dan dalam seminggu hilanglah. Tetapi kenalah berikan rawatan yang betul. Lebam ni bererti ada saluran darah yang pecah. Mengikut aturan rawatan kecederaan, bekas terkena tembakan paintball ni tidak boleh digosok sebaliknya cuma tuamkan dengan ais atau alirkan air yang sejuk ke atasnya. Tujuannya ialah untuk mengecutkan saluran darah sekitar kawasan itu, mengawal darah daripada terus keluar dan juga mengurangkan pembengkakan, jika ada. Rawatan menggunakan ais atau benda sejuk ni dilakukan selama 24-72 jam selepas berlakunya kecederaan itu.

So you all next time kalau berlaku apa-apa kecederaan hasil daripada impak, janganlah mengurut kawasan yang cedera itu. Ini kerana mengurut itu akan menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang lebih teruk. Disamping itu, tisu-tisu otot pun mungkin terkoyak dan dengan mengosok akan menyebabkan kecederaan tisu itu menjadi lebih teruk. Apa yang perlu diambil perhatian ialah sekiranya kecederaan yang ada luka terbuka, maka janganlah mengenakan ais atau sebarang bahan sejuk yang lain kerana ditakuti luka itu akan terkena jangkitan kuman. Bagi luka terbuka hendaklah membersihkan dahulu luka tersebut dengan pencuci antiseptik dan rawat mengikut kaedah rawatan luka yang betul.

Sunday, March 15, 2009

Aku Dan Paintball

17 Januari 2009 adalah merupakan detik pertama penglibatan aku dalam permainan paintball secara resmi. Dulu pernah juga aku memegang marker paintball ni untuk target shooting semasa satu program belia di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Tetapi kali ini benar-benar bermain.

Penglibatan itu bermula apabila Advertlets,  sebuah agensi pengiklanan di internet menganjurkan permainan paintball untuk bloggers. Aku menghantar butiran 
peribadi untuk turut serta memandangkan usia bukanlah satu halangan untuk bermain. 

Dalam pertandingan tersebut, pasukan yang aku wakili telah berjaya muncul sebagai naib johan dikalahkan oleh Alpha Marksmen. Hasil kemenangan itu kami sepatutnya di taja oleh My-NPL untuk bermain dalam Liga Paintball Kebangsaan tahun 2009 (NPL). 

Penyertaan dalam NPL pasukan aku Yakuza telah berjaya menduduki ranking 13 daripada 28 pasukan dalam Division 4. Ia satu perkembangan yang cukup baik bagi satu pasukan yang belum genap sebulan bermain paintball dan hanya satu sesi latihan. 

Kini aku sudah mula serius untuk terus bermain paintball. Hari Sabtu lepas hadir lagi untuk satu sesi latihan. Kami dalam persiapan untuk menyertai siri ke3 NPL yang akan diadakan di Melaka. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List