1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Tercapai Juga Impian Walaupun Tidak Sehebat Mana

dah lama juga tak post. bukan tak ada masa, tapi tak ada idea kot. lagi pun dok sibuk mencari bahan dan buat penulisan untuk satu program sukan. Bukan senang nak buat buku. Masa nak mula memang susah, tapi bila dah mula susah pula hendak berhenti. Namun buku ni bukan untuk diri sendiri tetapi akan menjadi kompilasi buku berkumpulan. Setakat ini sudah terbit sebuah dan sedang digunakan. 

Masih ingat lagi dulu masa bertugas di Sabah pada tahun 70an. Pernah cakap pada seorang rakan setugas bahawa antara cita-cita aku ialah untuk menulis buku. Tak kira buku apa pun, asalkan dapat terbitkan sekurang-kurangnya sebuah sebagai peninggalan. Allah memakbulkan juga rupanya. 

Hasil usaha pertama di mana nama aku termetrai di dalam sebuah buku ialah sebagai editor buku rujukan untuk sukan olahraga dan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Selepas itu dapat pula hasilkan satu buku rujukan yang merupakan koleksi nota untuk Sains Sukan dan tersebar di seluruh negara. Cuma buku itu dalam bentuk fotostat dan tidak ada apa-apa ISBN. 

Kali ini pula aku membantu menulis salah satu topik untuk buku itu yang akan digunakan pula untuk Kursus Pengurusan Sukan. Syukurlah cita-cita aku tercapai juga. 

Sesiapa yang terbaca buku itu dan sekiranya mendapat sebarang ilmu darinya, aku halalkan ilmu itu dunai dan akhirat. sebar-sebarkanlah ilmu yang baik. 

Sunday, July 31, 2011

Lapangan Terbang Menakjubkan

AIRPORT (1)Ini merupakan koleksi gambar-gambar Lapangan Terbang yang terdapat di beberapa tempat yang saya kumpul dari internet. Ia koleksi lama yang tersimpan dalam PC saya dan saya rasa ingin berkongsi dengan pembaca. Menarik bukan dapat melihat kapalterbang berlepas dan mendarat dari jarak dekat. Apa lagi jikanya berada hanya beberapa meter di atas kepala kita sewaktu hendak naik atau mendarat.

AIRPORT (2)AIRPORT (3)airport (4)airport KLM LANDING8airport st marteenairport st marten(4)airport st martenAIRPORT

Source: internet

Monday, May 23, 2011

Bila Pahat Berbunyi

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, aku mendengar siaran Hot FM. Perkara yang dibincangkan ialah tentang trajedi tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat, yang mengorbankan 16 nyawa. 

Siaran merakamkan perbualan dengan individu-individu yang berada di tempat kejadian untuk mebantu dan juga orang ramai. 

Saya tertarik dengan satu panggilan dari seorang wanita. Pemanggil itu membangkit isu-isu yang bangkit selepas berlaku sesuatu trajedi. Ini ibarat rumah sudah pahat berbunyilah barangkali. Memang benar, selepas berlaku trajedi barulah dipertikaikan tentang kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan rumah anak-anak yatim itu, seperti dibina tanpa kebenaran, tidak mengikut spesifikasi, tidak ada CF, cerun tanah tidak mengikut syarat dan sebagainya. Saya bersetuju benar dengan luahan pemanggil wanita tersebut. 

Inilah tabiat kita. Jika tidak berlaku apa-apa, maka tidak sesiapa akan mengambil endah. 

Samalah juga dengan pihak kerajaan seperti yang diwakili oleh seorang reject. Kerajaan akan mengarahkan pihak-pihak berkenaan sentiasa memantau pembangunan dicerun-cerun bukit. Satu jawapan standard sejak berlakunya tragedi Highlands Tower dulu dan kemudiannya trajedi-trajedi di Bukit Antarabangsa dan lain-lain kawasan bercerun. Adakah pemantauan kawasan cerun dilakukan hanya selepas berlaku trajedi? Kalau Menteri dah tak ada apa nak cakap, diam saja. Janganlah mencari publisiti murah. 

Sampai bila kita hendak mengamalkan Sudah Terantuk Baru Tengadah?  

Tuesday, April 19, 2011

Rumah Kaca AF9

Hari ini tengok rumah kaca AF9 di AEON AU2.
Mula ingat nak post di sini tetapi rasa lebih sesuai kat blog berkaitan perjalanan. So posting dibuat di sana. Nak tengok KLIK SINI. 

Friday, December 17, 2010

17 Disember 2010 - Hari Terakhir Perkhidmatan

Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku masuk ofis sebagai penjawat awam. Esok adalah hari lahir aku yang ke 56 dan hari tamat perkhidmatan. Sehingga masa menulis posting aku tidak tahu apa yang berlaku. Bila check di JPA Isnin lepas, "Record Not Found" sedangkan aku sudah isi borang pencen sejak 6 bulan lepas lagi. Entahlah......... Adakah aku akan mendapat kad pesara hari ini seperti pesara-pesara lain yabg berkedudukan dan juga ganjaran cuti rehat selama perkhidmatan.

Tak tahu bagaimana aku akan menjalani hari Isnin pertama apabila bangun dan mendapati, Alamak hari ini aku sudah tidak ada pekerjaan. Tetapi sekarang ramai dah gelar sebagai YB. Bukan Yang Berhormat tetapi ........

Selepas 34 tahun setiap hari bekerja aku bangun dari tidur dan bersedia untuk ke tempat kerja, tiba-tiba aku akan bangun dan terpaksa duduk mencangkung memikirkan hari yang mendatang. Sehingga hari ini aku masih tidak pasti lagi sama ada akan berpindah balik ke Jitra atau masih menetap di bandaraya kosmopolitan ini. Susah juga kerana tahun 2011 ini anak aku akan naik darjah 6. Tahun peperiksaan ni bermasalah sikit untuk pindah kerana melibatkan pendaftaran peperiksaan.

Hari ini aku akan menyambut Hari Persaraan secara bersendirian. Rakan-rakan di pejabat majoriti ada tugasan luar dan tidak dapat bersama di saat-saat perpisahan ini. Tetapi itulah percaturan Allah SWT. Tentu ada hikmahnya dengan situasi seperti ini.

Walau apapun aku cukup-cukup bersyukur ke hadrat Allah SWY kerana telah memberikan kepadaku kesempatan dan keizinan untuk menikmati hari terakhir berkhidmat sebagai penjawat awam ini. Ia adalah satu hari yang tidak ada ulangan. Ia hanya sekali seumur hidup. Ramai juga rakan-rakan yang tidak sempat sampai ke tarikh persaraan dan merasai hari persaraan. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah memberikan reseki mu yang melimpah ruah kepadaku dalam bentuk kesihatan fizikal dan dapat berkhidmat kepada umat, masyarakat, organisasi dan negara. Bila direnungkan kembali aku rasa tidak sampai seratus hari pun aku mengambil cuti sakit, Syukur Alhamdulillah.

Aku bersyukur kepada Allah jua kerana sepanjang aku berkhidmat dengan organisasi sekarang, semua tugasan aku dapat dilaksanakan tanpa sebarang kegagalan. Aku bersyukur kerana tugasan aku melibatkan penyebaran ilmu. Hanya aku harap sesiapa yang mendapat ilmu hasil daripada tugasan aku itu akan mempergunakan ilmu-ilmu itu dan sebarkan pula kepada orang lain. Ilmu diberikan oleh Allah kepada kita dan  bukan hak kita. Jadi adalah lebih baik ia disebarkan kerana ia akan menjadi jariah yang membawa ganjaran tidak putus-putus kepada kita di kemudian hari.

Aku ambik kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua rakan dan kenalan aku sepanjang tempoh perkhidmatan di organisasi sekarang mahupun semasa di Kubang Pasu dan juga di Kota Marudu, Sabah. Mungkin ada salah silap aku dari segi bahasa dan perbuatan. Aku mohon maaf. Kalau aku terhutang tu halalkan lah ye? Hehehehehe....

Pagi tadi keluar minum dengan seorang rakan setugas, lepas itu balik untuk bantu dia menggunakan Windows Live Writer. Tetapi malangnya sambungan internet tidak begitu memuaskan dan tidak dapat masuk ke laman berkenaan. Walau apapun aku mengucapkan terima kasih kerana beliau telah memberikan aku hadiah persaraan. Ini hadiahnya...
Terika masih. Sabun adalah alat untuk menyucikan diri dari segala kekotoran. Tetapi sabun ini sabun Taharah yang sesuai dipakai oleh umat Islam untuk bersuci. Sesungguhnya hasil yang halal itu datangnya dari sumber yang halal juga. Wallahualam.

Wednesday, December 08, 2010

Meniti Sisa-sisa Alam Pekerjaan

Hanya beberapa hari sahaja lagi aku akan berpindah ke dunia baru. Dunia seorang pesara. Aku akan bersara wajib pada 18 Disember 2010 seta;ah memulakan perkhidmatan pada January 1976 di sebuah daerah di Sabah. Sememangnya banyak pengalaman aku lalui sebagai kakitangan awam dan apabila aku bangun pada pagi 19 Disember 2010 aku akan mendapati bahawa sudah tidak ada pekerjaan. Bermulalah hidup baru aku sebagai seorang pesara. 

Entah bagaimana akan aku hadapi hari-hari tanpa pekerjaan. Selama lebih 34 tahun aku menjalani rutin hidup bangun pagi bersiap dan pergi kerja dan tiba-tiba bangun pagi dan mendapati aku sudah "menganggur". Hendak mengubah rutin hidup memang susah. Bukan kerana beberapa hari tetapi bertahun-tahun. 

Dr Maxwell Maltz dalam bukunya Psychocybernatics ada menyebut bahawa apabila seseorang itu mengulang sesuatu melebihi 21 kali ia akan menjadi satu tabiat. Jadi aku telah melakukannya 34 tahun bukan 21 hari. Oleh itu bangun tidur dan pergi kerja adalah satu tabiat. 

Setiap orang pasti melalui beberapa dunianya. Kita sering mendengar melalui ceramah agama bahawa manusia akan melalui beberapa alam. Bermula dari alam kandungan, kemudian ke alam dunia, ke alam kubor dan kemudiannya penghabisan sekali alam akhirat. Alam kandungan (rahim ibu) sudah dilepasi dan saya rasa tidak seorang pun tahu apa yang dia alami sewaktu berada di alam kandungan itu. Hanya apabila dilahirkan ke alam dunia baharu segala kisah suka duka kita mula dialami dan ingati. Di alam dunia pula bagi saya kita melalui beberapa sub alam lagi: Alam bayi, alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa di mana kita melalui alam pekerjaan. Selepas itu kita akan masuk ke alam tua di mana kita akan masuk juga ke alam pencen. Aku sudah sampai ke alam ini. 

Ini sekadar catatan untuk menghabiskan masa aku sementara menunggu hujan berhenti. Nak balik pun hujan masih lebat. Lepak sajalah di pejabat. 

Sunday, October 10, 2010

Sepuluh Sepuluh Sepuluh

Hari ini 10 Oktober tahun 2010 atau 3 kali sepuluh atau 10.10.10.
Bulan Oktober tahun ini juga ada keistemewaan lain iaitu ia memilikki 5 hari Jumaat, 5 hari Sabtu dan 5 hari Ahad. Mengikut Fung Shui Cina, ia adalah kantung wang.

Thursday, August 19, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan 2010

Aku sedang berada di hadapan lif untuk turun ke surau bagi menunaikan sembahyang Isya dan kemudian Tarawih. Apabila pintu lif terbuka terkejut juga apabila melihat empat orang anak muda berketurunan India di dalam lif dan mereka melangkah keluar. Terkejut kerana di tingkat yang aku tinggal malah blok yang aku tinggal, tidak ada penghuni India. Rupa-rupanya mereka adalah pembantu banci yang sedang bertugas membanci penduduk sempena proses Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dari 16 Julai hingga 22 Ogos 2010.

Aku menyangka bahawa kami tidak akan kena banci kerana tarikhnya sudah pun hampir ke penghujungnya. Tapi rasa lega kerana telah dapat memberikan kerjasama untuk proses bancian ini walaupun maklumat yang diperolehi dariku tidak memadai. Mungkin kerana aku dalam keadaan tergesa-gesa (terlepas Isya' berjemaah kerana melayan mereka) atau pembantu banci sudah keletihan dan sudah sampai tahap tenaga dan fikiran mereka tepu dengan proses bancian ini. 

Maklumat yang diperolehi dariku hanyalah nama dan jumlah isi keluarga, pendapatan seisi rumah, pekerjaan dan pemilikan kenderaan. Aku rasa itu bukan meliputi kesemua apa yng hendak dibanci kerana semasa proses banci beberapa tahun lalu, lebih banyak maklumat yang diminta dari aku sekeluarga. Tak tahulah sama ada bancian ini akan dapat memberikan maklumat lengkap. 

Tuesday, July 27, 2010

Dalam Penjara Pun Tidak Selamat?

Saya petik atrikal ini dari Harakahdaily.
Bapa dakwa anak ditatu dalam tahanan
Harakahdaily   
KOTA BELUD, 27 Julai: Seorang bapa hari ini mendakwa anak beliau ditatu secara paksa
oleh sekumpulan banduan sewaktu ditahan di penjara Kepayan, Kota Kinabalu, Mac lalu. 

Hassan Awang, 66, bapa kepada Hairul Hassan, 21, mendakwa kejadian tersebut berlaku
pada 19 Mac lalu, sewaktu anaknya itu ditahan bagi menunggu keputusan Mahkamah Majistret.
Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya itu beliau memberitahu, antara jam 11 pagi
hingga jam 1 tengah hari pada tarikh berkenaan, empat orang banduan telah memaksa 
anaknya dengan kekerasan untuk ditatu.
Mereka diketuai oleh seorang banduan yang dianggap ketua di penjara tersebut yang hanya
dikenali sebagai Bobby.
Malah lebih menyedihkan katanya, seorang warden bertugas yang sepatutnya menghalang
perbuatan itu, turut membantu banduan tersebut menginiaya anaknya.
"Perkara itu disaksikan oleh dua warden, malah salah seorang daripada mereka
telah membantu mengisi dakwat ke dalam mesin tatu.
"Anak saya merayu supaya jangan ditatu kerana beliau seorang Islam dan Islam
mengharamkan penganutnya bertatu, namun rayuan anak saya tidak dihiraukan,"
katanya mengadu kepada Harakahdaily.
Menurut Hassan lagi, tatu di sebelah bahu (bawah) dan lengan
tangan kanan (kiri)anaknya itu berukuran 18 sentimeter lebar dan
28 sentimeter panjang.
Hairul ditahan di Balai Polis Kota Belud pada 5 Mac lalu dan kemudian
dibawa ke penjara Kepayan 12 Mac hingga 16 April bagi menunggu
keputusan kimia.
Selepas itu beliau kemudian dibawa semula ke Balai Polis Kota Belud
untuk tahanan lanjut.
Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara pada 19 April.
Beliau sekali lagi dibawa ke Penjara Kepayan untuk menjalani hukuman sehingga dibebaskan
25 Mei lalu.
Menurut Hassan, kegiatan itu berleluasa di penjara tersebut
di mana mesin tatu tersebut didakwa bergerak bebas tanpa sebarang
halangan pihak berkuasa penjara.
Ianya juga digunakan secara bergilir-gilir oleh banduan di penjara tersebut.
Namun apa yang dibimbanginya, kesan penggunaan bergilir-gilir tersebut
kerana ada di antara penagih menghidap penyakit HIV Aids.
"Ada kalangan banduan itu penagih dadah dan mesin ini tercemar dengan
darah. Risiko sangat tinggi untuk dijangliti HIV Aids," katanya kerisauan.
Biarpun sudah dibebaskan, anaknya kini berada dalam keadaan bertatu,
ketakutan dan trauma dengan pengalaman mengerikan yang menimpanya.
"Dengan pendedahan ini saya harap Menteri Dalam Negeri, dan pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dapat bertindak sewajarnya," katanya mengharapkan satu
tindakan tegas pihak berkuasa.

Wednesday, April 14, 2010

Kerja Gila

posting kali just about mereka-mereka yang berani. Kalau speed macam ni, upah pun tak berani aku nak tumpang.


Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Hari ini sudah 31 Disember. Hari terakhir bagi tahun 2009. Malam ini sudah pasti ramai akan membanjiri Dataran Merdeka dan KLCC di Kuala Lumpur. Di Pulai Pinang, pihak keselamatan telah memberi amaran agar mereka yang berhimpun untuk menyambut tahun baru tidak menimbulkan kekacauan seperti yang berlaku pada malam hari Krismas lalu. Tapi Pulau Pinang ni boleh dikatakan setiap tahun ada sambutan yang melampau sehingga ada kerosakan terhadap kenderaan awam. Apalah nak terlalu gembira sangat dengan sambutan tahun baru? Kerana nak meraikan peningkatan setahun lagi usia kita? Atau kerana ianya benda yang baru sebab semua yang baru ni semua orang rasa seronok.

Entahlah, belum pernah lagi aku keluar untuk menyambut tahun baru sejak hidup 55 tahun yang lalu. Adalah lebih baik duduk di rumah dengan rasa penuh keselesaan.Tak buat countdown pun, tahun baru tetap akan tiba.

Apa yang pasti kedatangan tahun baru menandakan semua semakin tua. Dunia semakin tua, usia semakin tua dan 2012 semakin hampir. Percayakan dengan propaganda Yahudi tentang 2012. Aku tak tonton pun 2012, tapi mengikut kata mereka yang dah pergi menonton, selepas bumi musnah, ada kehidupan baru dan tahun pun bermula dengan kiraan 0000. Percayakah? Bukankah Al Quran dah bagi tahu pada kita apabila kiamat, manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar dan manusia akan hidup di alam Akhirat. Jadi persetankan 2012 takut-takut nanti akidah kita terpesong.

Walau apapun

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010 DENGAN IRINGAN DOA ALLAH TERUS MEMBERKATI HIDUP KITA. AMIN
.

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. 
MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP DALAM POSTING SAYA YANG MENYENTUH HATI ANDA. 

Friday, September 18, 2009

For Him Its Only Missionary Position

Humans have invented many positions in sex and not only dependant on the missionary position. We even copy animals position but animals can do the same. So, when it comes to sex, humans are the lucky lot, do you think so?

It has been so unlucky for Malaysia's biggest bull because he has only the missionary position and in doing so,has killed two cows due to broken back when he mounted them. So, you ladies, you are lucky not to face the same fate.  In fact you can even be on top.

Read the story.

Thursday, September 17, 2009

Semakin Dekat Dengan Raya

Kat ofis dah lengang. Ramai dah bercuti. Lagu hari raya berkumandang membuatkan mood raya semakin terasa. Nak buat kerja pun dah maleh ni. Semalam dah isi borang cuti. Aku ambik 4 hari cuti. Jadi semua ada 10 hari bercuti. Lumayan betul cuti tahun ni. 
Esok baru nak bertolak balik ke Alor Setar. Harap orang lain dah mula pulang hari ini sebab esok Jumaat sekolah dah bercuti. Kalau nasib tak baik malam esok pun jalan sesak juga. Balik lewat malam murah sikit sebab tol dikurangkan 20%. Kali ini balik naik kereta anak. Kalau balik naik kereta sendiri, tol aku tidak sampai RM 20.00 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sebab campur antara lebuhraya dan route 1 (jalan lama) Harga minyak ingatkan turun tapi kerajaan bagi hadiah raya. Harga minyak naik. 
Tengahari tadi ada perhimpunan di Dewan pejabat aku kerja. Perhimpunan untuk bulan September dan dimaklumkan bahawa satu aktiviti besar akan kunjung tiba di Malaysia iaitu negara akan membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia pada tahun 2019. Masa tu aku dah jadi YB dah. Bukan Yang Berhormat tetapi Yang Bersara. Harap-harap masih hidup untuk menyaksikan sukan terbesar dirantau Asia ini. 

Wednesday, September 16, 2009

Yang Dikatakan Lelaki

Menghabiskan masa di pagi yang boring. 

Nak Raya la

Pagi ini kocek aku bertambah RM250. Ini adalah merupakan saguhati yang diumumkan oleh kerajaan sempena Aidil Fitri tahun ini. Duit tu tak dimasukkan dalam bank sebaliknya dibayar secara cash tunai. Harapkan kerajaan akan umumkan bonus tetapi still mengharapkan. Belanjawan 2010 masih belum dibentangkan. Sepatutnya dalam bulan September ni lah. 

Semakin hampir dengan Aidil Fitri semakin hilang semangat nak bekerja. Tulah lumrah manusia kan? Puasa pun tinggal tiga hari saja lagi. Kampung halaman sudah terbayang di mata. Bagi aku balik Kedah adalah satu kewajipan setiap kali raya. Sejak tinggal di Kuala Lumpur, belum miss lagi beraya di kampong. Bukan apa, di sana boleh beraya bersama sanak saudara disamping ibu bapa. Kalau stay kat KL rasa macam tak raya sebab tempat aku tinggal ni boleh kata hampir semua jiran balik, so kalau tinggal sorang kat sini, macam tak raya la.

Pernah sekali dulu aku beraya di Puduraya. Tahun 1992 sewaktu aku mengambil Diploma in Fitness dan cuti Hari Raya di tengah-tengah masa kursus. Cuti satu hari saja, so tak berbaloi nak balik Alor Setar. Masa tu aku menginap kat tangga Maybank yang dekat Puduraya tu. Jadi gelendangan selama satu minggu. Barang simpan kat tempat simpan luggage Puduraya. Mandi kat Mesjid Negara. Masa dok kat Puduraya tu,tak terasa pun macam Hari Raya. 

Tak tahulah bila hendak bertolak balik ke Alor Setar. Hari Jumaat ni aku tidak apply cuti pun tetapi anak aku sudah pun bercuti. Mungkin tahun ni balik tak bawa kereta tetapi menumpang kereta anak. Dia pun balik sorang saja, jadi tak berbaloilah kalau nak bawa balik dua kereta untuk kami berempat. 

Kesesakan jalanraya tentunya berlaku pada hari Jumaat kerana ramai warga kota KL akan pulang beraya. Kalau dulu jalan waktu malam, jalan agak lengang sikit tetapi sejak akhir-akhir ni, dah ramai orang jalan waktu malam juga. Tahun lepas jalan sesak dari tol Jalan Duta hingga ke Tanjung Malim. Nak sampai Tanjung Malim mengambil masa hampir dua jam berbanding lebih kurang 45 minit selalunya.    Aku keluar kat Tanjung Malim dan ikut jalan lama hingga Gopeng baru masuk balik highway. Kena pula jam kat tol Ipoh Selatan. Hampir setengah jam baru boleh lepas plaza tol. Tu dah jam 1.00 pagi tu. Waktu yang tidak sepatutnya jam. Dekat plaza tol Jelapang pun kena lagi. Tu lah teruknya perjalanan nak balik kampong masa musim perayaan. 

PLUS ada mengeluarkan jadual perjalanan untuk mengagihkan masa perjalanan mengikut destinasi. Tapi nak ikut ke? Kalau dah nak balik, tu,peduli la jadual-jadual. Tapi kalau nak ikut, ikutla. 

Thursday, September 10, 2009

090909


Ini tarikh yang unik untuk tahun ini. Tahun hadapan akan jadi 101010. Ah, angka binary untuk bahasa komputer? Di laporkan beberapa perkara berlaku hari ini sempena mengambil tarikh yang unik ini. Di Kuala Lumpur sepasang mempelai telah melangsungkan perkahwinan mereka setelah kalu pertama mengucapkan cinta pada 070707 lalu.

Bermula di New Zealand pada jam 9.00 pagi dimulakan World Day of Interconnectedness. Antara aktiviti yang dilakukan pada jam 9.09 pagi 090909, individu boleh memasang lilin. Err....awas. Kita di Malaysia tidak boleh memasang lilin di tempat awam. Nanti kena tangkap. Nak tahu apa dia Interconnectedness baca DI SINI.

Di Kuala Lumpur juga pada hari ini diadakan kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Malaysian Institute for Road Safety

Tu sekadar nak sebutkan beberapa. Nak tengok apa yang berlaku lagi di seluruh dunia, aku buat Google search dan dapat INI.

Malam ini juga di surau tempat aku tinggal, giliran aku sediakan more selepas Tarawikh. Memang aku sengaja pilih tarikh ini lagi pun sempena tarikh lahir isteriku yang ke......ah, tak payahlah nak sebutkan ke berapa.

Friday, June 05, 2009

Daulat Tuanku Sempena Hari Keputeraan ke 47

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah
dan Ucap Selamat kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47
Semoga Tuhan Melanjutkan Usia DYMM Tuanku

Sunday, January 11, 2009

Kembali Ke Fotografi

Mulai tahun 2009 ini aku mula menghidupkan kembali hobi fotografi yang aku tinggalkan sejak pertengahan tahun 90an lalu. Hobi lama yang baru ini bermula dengan pembelian sebuah kamera DSLR. Dulu pun memang aku sudah ada kamera SLR yang menggunakan filem. Masa tu filem dikenali sebagai Kodak. Tak kiralah apa pun jenamanya, semua dikenali sebagai Kodak. Beli Fuji pun sebut Kodak. Beli Agfa pun sebut Kodak. 

Salah satu sebab aku meninggalkan hobi itu ialah kerana kamera aku tu rosak. Kemudian bagi pada Cina kedai gambar yang memang aku kenal jugala kerana di banyak berurusan dengan pejabat tempat aku kerja. Dah tak ada duit nak ambik, so aku lupakan saja. Kamera tu pun mudah saja. Aku beli di Singapura pada awal tahun 80an dengan harga  RM 400. Kemudian tambah telefoto lens dalam harga RM 400. 

Awal tahun baru lalu tu, aku beli sebuah Canon 1000D. Harganya RM 1700, body dan lensa sahaja. Pada mulanya kedai itu meletak harga RM 1750. Tetapi aku menolak kad SD jadi tinggal RM 1700 tu. Lepaas tu aku tambah dengan UV filter untuk melindungi lensa. Filter ni memang perlu, sebab kalau lensa tercalar, harganya lebih mahal lagi. Berbaloilah dengan tambah RM 100 untuk filter itu. Jadi harga kamera yang aku beli itu ialah RM 1800. Harga RRPnya ialahRM 1999. Semua kedai meletak harga RRP itu. Standard seluruh negara. Oh ya, lupa pula, aku beli kamera tu di Low Yatt Plaza, Bukit Bintang. 

Barang mahal perlulah dijaga dengan baik agar hayatnya lebih lama. Kalau nak ikutkan kena beli dry storage untuk menyimpan kamera dan segala aksesorinya. Harga mahu juga empat lima ratus. Tup-tup aku terbaca dalam sebuah blog tentang kotak DIY. Penulis itu telah menggunakan kotak plastik yang ada penutup dan diisikan dengan dehumidifier untuk menyerap kelembapan. Dengan itu menjadikan kotak itu bebas kelembapan. Kelembapan boleh menyebabkan kamera diserang fungus yang boleh menjejaskan mutu gambar. Bila dah kena fungus, kos untuk mencucinya mahal juga. 
Gambar: Kotak kering DIY.

Setelah membeli kamera, maka aku perlu pula tempat untuk mempamerkan hasil tanganku itu. Oleh itu aku mengujudkan sebuah lagi blog yang membincangkan tentang fotografi. Di samping itu aku juga muat naik gambar-gambar dalam beberapa hos gambar. Antaranya ialah di fotothing.

Thursday, October 30, 2008

Hujung Minggu di Bukit Bintang

Hujung Minggu lepas aku keluar ke Bukit Bintang dengan keluarga. Isteri dan anak bongsu. Sememangnya aku tidak ada apa-apa rancangan tertentu sewaktu ke BB itu tetapi hanya untuk menghabiskan hujung minggu dan rasa boring di rumah.

Macam biasa keluar dengan menaiki LRT. Lebih senang dan cepat berbanding memandu ke pusat bandaraya itu. Dari stesen Bukit Jalil ke Hang Tuah dan kemudian tukar pula ke monorel untuk ke Bukit Bintang. Dah lama aku tak masuk Lot 10. Bangunan yang agak unik kerana warna hijaunya. Hijau? Beberapa tahun lalu hijau ni cukup sensitif. Ramai ahli politik rasa sakit mata bila tengok warna hijau ni. Bangunan-bangunan kerajaan yang ada warna hijau diarahkan cat semula dengan warna lain. Di Terengganu, pemimpinnya sungguh fanatik dengan warna partinya sehingga semua bangunan sekolah diarah catkan dengan ton warna biru sahaja.

Sebenarnya Lot 10 bukannya tempat shopping bagi orang-orang seperti aku yang berpendapatan rendah ni. Boleh dikatakan aku ni tak layak untuk shopping di Lot 10. Tetapi aku pergi ke sana kerana anak aku ajak nak tunjukkan kepada aku jam Ben 10. Kanak-kanak sekarang ni memang dah hero worship dengan watak-watak kartun di TV. Dulu transforner tetapi sekarang digantikan dengan Ben 10 dan Iron Man pula semakin mendapat tempat di hati kanak-kanak.

Nasib baik jam Ben 10 tidak ada. Kalau tak tentu terbang juga beberapa puluh ringgit kena beli jam itu. Aku dah tengok kat KLIA, jam itu berharga lebih RM 30.00. Mulanya cadang nak belikan untuk anak ku sewaktu balik dari Labuan. Tetapi kerana terpaksa balik menggunakan Airasia kerana terlepas flight dengan MAS, maka aku turun di LCCT.

Kemudian berjalan pula ke KL Plaza. KL Plaza ni macam dah mati. Banyak kedai dah tutup, mungkin tak dapat bersaiang dengan kompleks membeli-belah yang baru yang tumbuh macam cendawan sekitara kawasan Bukit Bintang itu. Dalam KL Plaza ada sales daripada Guardian.

Selepas itu kami terus ke Pavillion. Ni pun tempat shopping bagi golongan berada. Di Pavillion ada solo exhibition dari seorang pelukis Vietnam, Duong Ngoc Son. Pelukis ini dilahirkan pada tahun 1973 di Ha Tay dan adalah graduan lulusan Fine Art University di bandaraya Ho Chi Minh.
Pameran tersebut dikelolakan oleh Ode To Art.


Tidak lama berada di Pavillion kami terus pula ke Jalan Bukit Bintang. Buat sekian kalinya aku bawa anak untuk makan KFC. Sebenarnya sudah lama aku tidak beli KFC. Anak-anak pun aku tidak latih dan galakkan untuk makan KFC. KFC adalah lambang Amerika. Sebab itu aku tidak sokongnya. Setiap kali anak aku cadangkan makan di KFC, aku pasti akan sebut, "Tak boleh! Amerika!" Nampaknya anak aku ni faham dan ini yang aku nak tanamkan di jiwa mereka bahawa Amerika memusuhi Islam. Mereka merupakan penyokong kuat Israel yang setiap hari sedang berusaha menghancurkan bum Palestin dan umat Islam Palestin. Israel ni juga yang sudah merampas kiblat pertama Islam, Baitul Muqaddis yang membuatkan umat Islam sukar untuk menziarah salah satu ikon Islam sejak zaman para ambia lagi.

Apabila aku ajak mereka masuk KFC di Jalan Bukit Bintang itu, anak aku terus bertanya, Abah kata Amerika, tapi pasal apa kita nak makan di KFC?" Pertanyaan itu membuatkan aku rasa lega. Apa yang aku tanamkan di jiwanya nampaknya macam berkesan. Aku menjawab, sekali sekala tak apa. Nanti bila kawan-kawan tanya atau cakap pasal KFC sekurang-kurangnya dia tidaklah rasa terasing. Tetapi nak jadikan amalan makan di KFC, tidak sekali. Lagi pun KFC bukannya menyajikan makanan yang sihat dan adalah antara punca kepada peningkatan kolesterol, lemak dan mengalakkan obesiti.

Lepas tu, macam biasa, mana lagi kalau tak ke Low Yat.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List