1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label acara. Show all posts
Showing posts with label acara. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Akademi Fantasia Bermula

Malam ini bermulalah sesi LDT (Lepak Depan TV) hujung minggu. Apa tidaknya Konsert Akademi Fantasia sudah bemula. Maka minggu Astro buat duit dan orang ramai membazir duit pun bermulalah. Kalau org nak ajak buat program atau aktiviti malam Hari Sabtu ada yang akan fikir dua kali.  

Lokasi AF ni tak jauh dari rumah, just abut 200 metre away je. Jalan kaki pun sampai. Naik motor tak payah pakai topi keledar pun - hish bahaya tu tak pakai topi keledar. Tapi sejak ia diadakan di situ pada tahun lepas sekali pun tak pijak tempat tu. Kalau ada org kasi tiket free kot kot bolehlah pi tengok suasana, tu pun tengok keadaan juga. Manalah tahu penganjug nak kasi tiket kat blogger untuk tolong buat romosi. Duduk kat rumah tengok siaran langsung lagi selesa. Boleh buat kopi sambil cicah roti mayat. Tahu tak apa dia roti mayat?

UPDATE
12 orang pelajar telah membuat persembahan dan AFUNDI pelajar bermula. Top up banyak-banyak untuk Astro.....

Tuesday, September 29, 2009

ATP Malaysian Open 2009

Baru saja balik dari menonton pemain-pemain tenis yang menyertai Malaysian Tennis Open berlatih di Gim 3 Majlis Sukan Negara. Yang buat aku nak pergi tengok tadi tu sebab Robin Soderling berlatih.

 


Wednesday, September 16, 2009

Kuala Lumpur- Ulang Tahun Ke 250 Guiness

Tarikh itu merupakan tarikh diadakan Arthurs Day di seluruh dunia. Ia merupakan hari ulang tahun pengeluar beer Guiness kali ke 250. Ya, Guiness Brewery akan menyambut ulang tahunnya secara besar-besaran dan Kuala Lumpur menjadi satu-satunya ibukota di Asia yang menjadi lokasi sambutan terbesar itu. Hebat kan Kuala Lumpur? Kemuncak sambutan akan berlaku di Sunway Lagoon dengan konsert oleh Black Eye Peas.

Sungguh hebat Kuala Lumpur kerana dipilih oleh syarikat minuman keras terbesar dunia untuk sambutan ulang tahunnya. Banggakah kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam dengan penghargaan syarikat minuman keras itu?

Friday, August 07, 2009

Di KL dan Konvensyen Industri Sukan

Sekarang aku sedang berada dalam Starbucks Berjaya Times Square, KL. Terpaksa duduk sini sementara menanti penyambungan Konvensyen Industri Sukan disambung semula jan 2.45 tengahari selepas berhenti rehat untuk makan tengahari dan sembahyang Jumaat. Syhhhh.....ponteng Jumaat hari ini. Terpaksa ponteng, alamak...... Datang dengan kenderaan yang disediakan oleh majikan so sukar sikit nak ke mesjid. Aku rasa paling dekat Mesjid Istana Negara.

Pagi tdai PM telah merasmikan konvensyen dan serentak dengan itu juga melancarkan Tahun Industri Sukan 2011 dan portal sukan Malaysia, Malaysia Sports Directory. Baca apa yang aku tulis tentang ucapan PM di SINI.

Aku juga mencuba live blogging dengan menggunakan laman coveritlive.com. Pada waktu pagi aku dapat membuat cover dan upload gambar. Live blogging ni aku siarkan di SINI dan SINI.Tetapi sewaktu majlis perasmian oleh Perdana Menteri, aku punya Maxis Broadband membuatkan aku keciwa. Aku tidak dapat launch panel kawalan dan tidak dapatlah nak blog secara live. Di samping itu juga, bateri netbook aku semakin low dan tidak terdapat power outlet di sekitar. Tu yang paksa aku masuk Starbucks ni. Satu untuk blog dan satu lagi untuk charge bateri netbook. Harga untuk kedua-duanya ialah RM12.10 yang diiringi dengan segelas kecil blended raspberry juice.

Sunday, January 18, 2009

AJL 2008

Gambar ini diambik dari Berita Harian Online untuk hiasan blog ni saja. 
Malam ni 18 Januari 2009 akan berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu 2008. Pastinya meriah.

Siapa akan menang? Siapa akan dianugerahkan juara dan lagu apa yang akan menjadi lagu terbaik padatahun 2008 yang lalu. Sama-samalah kita tengok malam ni. Pastinya ada siaran langsung di TV3 dan Hot FM. Selain itu ia juga boleh diikuti melalui internet di alamat berikut:
TV3 dan GUA

Tema: Iluminasi Musik

Pengaraca: Cheryll Samad Ally Iskandar dan Faizal Ismail 

INFO: Hadiah AJL23 

  • Hadiah Juara Lagu: Trofi dan wang tunai RM25,000 

  • Juara Etnik Kreatif: Trofi dan wang tunai RM12,000 

  • Juara Balada: Trofi dan wang tunai RM12,000 

  • Juara Pop Rock: Trofi dan wang tunai RM12,000 

  • Persembahan Terbaik: Trofi dan wang tunai RM10,000 

  • Vokal Terbaik: Trofi dan wang tunai RM10,000 
  • Friday, January 02, 2009

    Pesta Seks Di Kuala Lumpur

    Tahun 2008 sudah meninggalkan kita dengan penuh peristiwa pahit dan manis. Bagi saya yang paling manis ialah kejayaan Pakatan Rakyat menawan 5 negeri di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga tahun 2009 ini akan lebih cemerlang bagi PR. Tentunya tidak adayang lebih mengembirakan rakyat Malaysia jika kerajaan pesekutuan juga ditadbir oleh PR. 
    Berita yang boleh dikatakaan mengemparkan di awal tahun baru ini ialah tentang sambutan ambang 2009. Selain kesedihan mendengar berita tentang kekejaman zionis Isreal membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa ialah tentang penahanan seorang pembaca berita sebuah tv swasta dan juga seorang aktress yang menghadiri sebuah party seks di awal pagi tahun 2009. Mereka menghadiri parti seks itu di sebuah hotel 4 bintang di Jalan P.Ramlee di Kuala Lumpur. Kononnya pesta seks yang dirancang di Johor Bharu besar kemungkinan tak jadilah sebab dah masuk akhbar dan tentunya masyarakat dan pihak berkuasa sudah pasti akan berjaga-jaga untuk mencegahnya. 

    Tup-tup, di Kuala Lumpur pula ada pesta seks itu. Apa yang lebih menarik perhatian ialah penglibatan selebriti. Sekarang tentunya orang ramai tertunggu-tunggu nak tahu siapa selebriti yang melibatkan diri dan sanggup menghadiri parti seks itu. 

    Gambar di atas di ambil dari Berita Harian Online sementara di sebelah dari The Star Online

    Macam nak kenal je.....hmmm...nilah yang akan menjadi teka teki, siapa dia....

    Saturday, December 27, 2008

    Menjelang Tahun Baru 2008

    Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru. Bagi umat Islam, akan ada dua sambutan tahun baru. Pertamanya sambutan tahun baru Islam iaitu Awal Muharram dan dua hari kemudian menyambut pula tahun baru Masehi. Namun demikian berapa ramaikan orang Islam yang ternanti-nantikan Awal Muharram? Saya yakin ramai yang menantikan ambang 1 Januari 2009 berbanding 1 Muharram 1430. Di ambang 31 Januari 2009 sudah pasti umat Islam akan turut serta dengan rakan masing-masing dan juga orang ramai yang akan membanjiri dataran-dataran dan tempat-tempat awam untuk menyambut tahun baru itu. 

    Di Kuala Lumpur pastinya Dataran Merdeka dan KLCC serta Bukit Bintang akan menjadi tumpuan. Bukan sekadar berhimpun, ada juga penganjur yang mengamit orang ramai dengan disediakan konsert. Persoalannya wajarkah kita berembun dan berhibur untuk menyambut tahun baru dan pada masa yang sama melupakan Tuhan kerana sayik dengan irama musik. Lebih menyedihkan adanya pengunjung yang tidak dapat mengawal diri dengan mengambil tindakan di luar batasan. Ianya sudah berlaku sejak sekian lama. Malah semasa ambang Hari Krismas yang lalu sudah ada aktiviti tidak sihat ini berlaku sehingga ada yang terpaksa di tahan reman oleh pihak polis kerana tindakan di luar batasan itu. 

    Bukannya kita hendak menidakkan hak untuk berhibur, tetapi biarlah berpada-pada sesuai dengan budaya kita sebagai masyarakat timur yang penuh adab dan sopan. 

    Friday, December 26, 2008

    Xtreme Autoshow 08

    Hujung minggu ini (26 - 28 Dis) ada motor show kat Stadium Putra Bukit Jalil. Sememangnya ia merupakan perhimpunan dan pertunjukan kereta Xtreme yang terbesar di Malaysia dan sudah pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan peminat kereta khususnya kereta modified. Cuma apa yang tak bestnye tu tiket masuk untuk Dewasa RM 30.00 dan kanak-kanak RM 15.00. Dah tu masuk di dalam peniaga makanan pula sembelih orang ramai. Nak keluar takut tak boleh masuk. Dah banyak kali acara diadakan di Stadium Putra ni dan setiap kali itu juga peniaga makanan di dalam menyembelih pelanggan. 

    Sunday, December 14, 2008

    PC Fair 2008

    Kelmarin aku pergi PC Fair. Macam biasa aku cuba tidak mahu miss PC Fair kalau ada kesempatan dan tidak ada apa-apa appointment di luar KL. PC Fair di KLCC ni memang yang terbesar diantara PC Fair yang dianjurkan di bandar-bandar lain oleh PIKOM. Sejarah aku dengan PC Fair ni bermula dengan PCFair di Pulau Pinang.Mulai dari situlah aku mula membeli di PC Fair. Waktu itu aku membeli sebuah laptop jenama Acer dengan harga RM 5,500. Memang mahal kerana sekarang harga untuk laptop yang sebegitu tidak sampai pun RM 2,000.

    Salah satu tarikan di PC Fair ialah gadis-gadis yang digunakan untuk mengiklankan produk masing-masing. Sememangnya kehadiran gadis-gadis seperti gambar di atas tidak akan terlepas dari pandangan pengunjung. Iklan produk atau iklan gadis? Tepuk dada tanya selera. 

    Dalam PC Fair kali ini aku membeli tiga barangan iaitu dua software dan sebuah beg laptop. Beg laptop tu memang ada dalam senarai yang aku rancang tetapi software tu pula aku hanya buat keputusan sewaktu berada di KLCC tu. 

    Item yang di beli ialah : 

    • CellframeOffice 2008

    • Kamuspro dan 

    • beg laptop. 
     

    Cellframe adalah merupakan software wordprocessing yang sama fungsinya dengan microsoft words atau StarOffice. Aku membelinya kerana tawaran harga yang hanya RM 99. 

    Software kedua yang aku beli ialah kamuspro yang merupakan kamus elektronik yang mengandungi 3 komponen DewanEja Pro iaitu Kamus Dewan Edisi ke4, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan juga DaftarIstilah. Di samping itu diberikan juga satu software tambahan iaitu kamus simpulan bahasa simpulan bahasa.  Software ini juga berharga RM 99.00. 

    Aku juga membeli sebuah beg laptop. Tapi pembelian aku rasa terperangkap dengan promosi. Beg ini berharga RM 129.00 dan dalam tawarannya setiap pembelian beg laptop akan diberikan percuma insurans untuk laptop. Setelah membuat pembayaran dan bertanya tentang insuran berkenaan baru aku dapat tahu bahawa insurans itu datang bersama dengan laptop baru yang dibeli pada hari yang sama dalam PC Fair itu.  Wah! aku dah terkena. Hancus betul. 

    Friday, December 12, 2008

    PIKOM PC Fair 08

    Pastinya hujung minggu ini aku akan ke KLCC kerana ada Pikom PC Fair di sana. Boleh dikatakan aku tidak pernah miss untuk menghadirinya setiap kali ia dianjurkan. PC Fair ini merupakan satu "pasar" komputer yang tidak sepatutnya dilepas peluang untuk dikunjungi kerana segala mak nenek tentang komputer boleh dilihat dan perolehi di sana. Dulu ianya diadakan di PWTC tetapi dipindahkan ke KLCC kerana mempunyai kawasan yang lebih luas. Pameran ini telah diadakan di beberapa bandar bermula dari 5 Disember hingga 21 Disember 2008. Lihat kalendarnya di sini

    PC Fair memang mendapat sambutan yang luar biasa dari rakyat Malaysia. Dari hanya beberapa lokasi pada awalnya, kini ianya sudah merebak ke beberapa bandar lagi dan aku rasa PC Fair anjuran PIKOM ini boleh disenaraikan dalam kalendar tahunan pelancungan Malaysia. Pikom PC Fair ini adalah pameran ICT yang terbesar yang dianjurkan di dalam negara kita dan telah disenaraikan di dalam Malaysia Book of Record

    Aku tak tahu apa yang akan aku beli kali ini, tetapi dalam prioriti aku ialah beg untuk laptop. Aku dah shopping merata tempat untuk mencari beg yang sesuai dan dapat memenuhi citarasa dan seleraku. Aku baharu sahaja beli sebuah netbook atau lebih dikenali sebagai laptop mini. Jadi sesuai dengan sais netbook yang kecil itu. 

    Kepada mereka yang mengunjungi PC Fair, hendaklah berhati-hati juga, jangan terkena oleh jurujual seperti yang berlaku dalam satu PC Fair dulu. Ramai pelajar terbeli laptop yang didakwa baru tetapi sebenarnya refurbished. Jadi kalau nak beli komputer atau laptop ajak teman yang tahu serba sedikit tentang peralatan ICT tersebut. Kadang-kadang harga di PC Fari tidaklah murah sangat tetapi kerana keghairahan,  maka kita ingat ianya murah. Jangan terburu-buru membeli. Kata orang shop around first sebelum mengambil keputusan untuk memeli. Matlamat jurujual ialah untuk membuat seberapa banyak sales yang boleh. 

    Thursday, September 18, 2008

    Nuzul Quran

    Malam tadi 17 September 2008 bersamaan 17 Ramadhan ialah Malam Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al Quran kepada umat manusia seluruh alam semesta. Al Quran adalah merupakan kitab allah yang terakhir selepas diturunkan beberapa kitab lain seperti Zabur, Taurat, Injil. Beberapa negeri menjadikan hari ini sebagai cuti umum. Negei-negeri yang cuti ialah Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu.

    Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. -Dr. Samsu Adabi Mamat

    Sempena turunnya kitab Allah yang teragung itu, di surau tempat aku tinggal diadakan satu majlis yang dinamakan Majlis Tahlil Perdana anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan kami. Majlis tersebut disusuli dengan Tahlil kepada staf yang telah kembali ke rahmatullah dan juga sanak saudara staf yang masih bertugas. Majlis berbuka puasa juga diadakan dan disusuli dengan sembahyang Maghrib serta Isya' berjemaah. Selepas diadakan sembahyang sunat Tarawih diadakan satu tazkirah ringkat tentang mukjizat yang Al Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Zulkifli bin Salleh Al-Hafiz, Imam Mesjid Negara.

    Dalam tazkirahnya, beliau telah memberikan secara ringkas tentang mukjizat-mukjizat yang terdapat dari Al Quran yang mana sebahagian dari manusia ini tidak nampak kerana tidak memperdulikan atau mengambil tahu tentang kitab Allah itu. Antara lain beliau memberitahu yang kitab Allah itu telah dikaji oleh pakar-pakar dan sarjana Barat yang kagum dengan kitab itu yang terbukti bukan ciptaan manusia lalu memeluk Islam.


    Wednesday, April 30, 2008

    Bloggers Unite Dapat Sokongan Amnesty International

    Aku menerima email dari Blogcatalog yang memberitahu bahawa Amnesty International akan bersama serta memberi sokongan dalam Bloggers Unite for Human Rights 2008 yang akan diadakan pada 15 Mei 2008.

    Dear BlogCatalog Members,

    We have great news! All eyes will be on Bloggers Unite For Human Rights this May 15th because Amnesty International, a worldwide movement that campaigns for internationally recognized human rights, will be joining, supporting, and drawing attention to participating bloggers — and that could mean you!

    In addition to promoting the campaign to its hundreds of thousands of members, Amnesty International is providing BlogCatalog source material for bloggers. Topics range from the wrongful imprisonment of journalist Shi Tao in China to the continuing murder, rape, abduction, and displacement of people in Darfur, Sudan.

    You can find some of these resources on our new Amnesty International resource section at http://unite.blogcatalog.com#amnesty. Of course, you can write about any human rights topic you want. Some BlogCatalog members may even write about topics that have yet to gain international attention.

    You might also be interested to know that Larry Cox, executive director of Amnesty International USA has some great things to say about our campaign.

    "Amnesty International is thrilled to be a part of Bloggers Unite for Human Rights," he said. "Bloggers Unite for Human Rights is a great way to harness the power of the Internet to fight injustice and make the world a better place."

    There are any great human rights organizations all over the world, but if you would like to know something about our Amnesty International, please visit http://www.amnestyusa.org for more information. Currently, Amnesty International is working to stop the abuse of internationally recognized human rights in over 150 countries and territories. The organization won the Nobel Peace Prize in 1961.

    Thanks so much for your continued support! More and more people are taking notice of your efforts. On behalf of the entire BlogCatalog team, thank you and we look forward to reading your posts on May 15!

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin

    My Blog List