Allah dalam Al Quran
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."
"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
Sunday, March 25, 2012
Beli Buku di Kinokuniya Setelah Hampa Pameran Petronas F1
Monday, February 06, 2012
1 Malaysia Book Expo 2012–Indah Khabar Dari Rupa
Mulai 1 Februari hingga 6 Februari 2012 ada satu pesta buku di PWTC. Semasa tengok iklan kat TV aku sangkakan ia satu pameran buku yang cukup hebat kerana dulu pun pernah ada pesta buku dianjurkan. Aku ingat lagi satu pesta buku yang yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Memang sambutannya cukup hebat. Sampai tak larat nak berjalan dan tak larat nak tengok buku. Yang paling ramai ialah kaum Cina.
Bila tahu ada pesta buku di PWTC, timbul keinginan juga nak pergi tengok. Maklumlah buku ialah stor ilmu. Tak rugi beli buku. Tak rugi simpan buku. Semasa diiklankan kat TV pun ada disebut bahawa pengunjung boleh melihat bagaimana buku di zaman dahulu dicetak di atas bahan papyrus. Itu antara tarikan untuk aku menghadirkan diri.
Pameran yang dinamakan sebagai 1Malaysia Book Expo 2012 memang nampak sungguh grand. Apa lagi ia bersempena dengan Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara dan dianjurkan bersama oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), The Oxford Centre for Excellence (Oxcell), Kementerian Pengajian Tinggi dan NGO dalam industri buku.
Pameran cetakan awal di atas papyrus
Satu aktiviti menarik yang pengunjung boleh lakukan di Expo Buku tersebut ialah peluang mewakafkan Al Quran sebagai saham akhirat.
Setelah mengunjungi Expo tersebut, timbul rasa keciwa juga kerana suasananya tidak seperti yang aku bayangkan. Ia tidak tidak nampak langsung sebagai sebuah Expo. Tidak ada syarikat-syarikat buku gergasi yang ambil bahagian. Tidak ada Popular Book Store, MPH, Mg-Rawhills, Karangkraf dan lain-lain syarikat serta penerbitan buku tempatan. Sememangnya ia tidak layak disebut sebagai Expo.
Di samping itu ada disebut juga Multimedia di taglinenya, tetapi tidak ada langsung pameran multimedia kecuali jualan VCD dan sistem pendidikan kanak-kanak.
Antara peserta pameran termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara, Utusan Pbulications, Institut Terjemahan Negara dan Perpustakaan Negara.
Aku ingat aku sahaja yang sangka Expo ini indah khabar dari rupa, tetapi ada juga pengunjung lain yang berpandangan seperti aku.
My Blog List
-
Perginya Mak Ajah … Alfatihah - Assalamualaikum as much i wanted to write; i kept on deleting the contents. Bonda tercinta saya or known as Mak Ajah telah pulang ke rahmatullah pada har...6 years ago
-
-
Listen To This: Eyes On You! - This is so cool!! And unexpected! NVDES start their song May and June off as a French-inspired indie pop song and finish it off by giving us lounge and lei...8 years ago
-
Hana Khairunnisa Binti Musli puteri kedua ku - *Anakku Hana Khairunnisa* Sekian lama tidak muncul dalam ruang Blog ini, hari ini terpanggil untuk melontarkan Post. Post kali ini seiring dengan gambar d...8 years ago
-
Pernah - Pernah aku berpesan padamu; jangan pernah lupakan aku. Pernah juga kau ingatkan aku; Tuhan memerhatikan perjalanan kita. Pernah juga kita berkata; Kita tah...10 years ago
-
Eid Ur Fitr Mubarrak 2016 - *6th July 2016 / 1 Syawal 1437* is the Eid ur Fitr for all the states in Malaysia. It is quite a wet day when rain falls on the night of the last day of Ra...10 years ago
-
11 Years - Dear Papa, 11 years have passed since you left us. Even after 11 years, everybody still talks about you like you are still around. Every now and then, I st...10 years ago
-
12 Umbrellas That Do Suck - These umbrellas are so cool, so creative, so batshit crazy that you may actually get pumped for a rainy-day forecast. (Maybe.)10 years ago
-
Rebranding My Sukan - 2016 sudah masuk bulan keempat dan inilah post pertama untuk tahun ini. Entah mengapa dalam masa berbulan itu, tidak ada idea untuk membuat posting. Atau a...10 years ago
-
Mesyuarat Akhir Pelaksanaan Kejohanan Sukan Padang Dan Balapan MSS SMK Kota Marudu Kali ke-42 Tahun 2013 - Kejohanan ini akan berlangsung pada 2-4 Julai 2013 di Padang Sekolah.13 years ago
-
Subhanallah, Maha Suci Allah - Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, katakanlah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WALAHAULAWALA KUWATAILLA...14 years ago
-
Photoshoot majalah SANTAI - Linda bersama kru majalah Santai.. Baru kejap tadi Linda ke Ulu Yam utk sesi fotografi muka depan majalah Santai.. Seronok jugak pergi Ulu Yam ni. Ban...15 years ago
-



