1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Dalam Penjara Pun Tidak Selamat?

Saya petik atrikal ini dari Harakahdaily.
Bapa dakwa anak ditatu dalam tahanan
Harakahdaily   
KOTA BELUD, 27 Julai: Seorang bapa hari ini mendakwa anak beliau ditatu secara paksa
oleh sekumpulan banduan sewaktu ditahan di penjara Kepayan, Kota Kinabalu, Mac lalu. 

Hassan Awang, 66, bapa kepada Hairul Hassan, 21, mendakwa kejadian tersebut berlaku
pada 19 Mac lalu, sewaktu anaknya itu ditahan bagi menunggu keputusan Mahkamah Majistret.
Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya itu beliau memberitahu, antara jam 11 pagi
hingga jam 1 tengah hari pada tarikh berkenaan, empat orang banduan telah memaksa 
anaknya dengan kekerasan untuk ditatu.
Mereka diketuai oleh seorang banduan yang dianggap ketua di penjara tersebut yang hanya
dikenali sebagai Bobby.
Malah lebih menyedihkan katanya, seorang warden bertugas yang sepatutnya menghalang
perbuatan itu, turut membantu banduan tersebut menginiaya anaknya.
"Perkara itu disaksikan oleh dua warden, malah salah seorang daripada mereka
telah membantu mengisi dakwat ke dalam mesin tatu.
"Anak saya merayu supaya jangan ditatu kerana beliau seorang Islam dan Islam
mengharamkan penganutnya bertatu, namun rayuan anak saya tidak dihiraukan,"
katanya mengadu kepada Harakahdaily.
Menurut Hassan lagi, tatu di sebelah bahu (bawah) dan lengan
tangan kanan (kiri)anaknya itu berukuran 18 sentimeter lebar dan
28 sentimeter panjang.
Hairul ditahan di Balai Polis Kota Belud pada 5 Mac lalu dan kemudian
dibawa ke penjara Kepayan 12 Mac hingga 16 April bagi menunggu
keputusan kimia.
Selepas itu beliau kemudian dibawa semula ke Balai Polis Kota Belud
untuk tahanan lanjut.
Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara pada 19 April.
Beliau sekali lagi dibawa ke Penjara Kepayan untuk menjalani hukuman sehingga dibebaskan
25 Mei lalu.
Menurut Hassan, kegiatan itu berleluasa di penjara tersebut
di mana mesin tatu tersebut didakwa bergerak bebas tanpa sebarang
halangan pihak berkuasa penjara.
Ianya juga digunakan secara bergilir-gilir oleh banduan di penjara tersebut.
Namun apa yang dibimbanginya, kesan penggunaan bergilir-gilir tersebut
kerana ada di antara penagih menghidap penyakit HIV Aids.
"Ada kalangan banduan itu penagih dadah dan mesin ini tercemar dengan
darah. Risiko sangat tinggi untuk dijangliti HIV Aids," katanya kerisauan.
Biarpun sudah dibebaskan, anaknya kini berada dalam keadaan bertatu,
ketakutan dan trauma dengan pengalaman mengerikan yang menimpanya.
"Dengan pendedahan ini saya harap Menteri Dalam Negeri, dan pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dapat bertindak sewajarnya," katanya mengharapkan satu
tindakan tegas pihak berkuasa.

Friday, June 04, 2010

Doalah Kepada Allah Untuk Gaza


From: Nizam 



Sent: Monday, May 31, 2010 12:46 PM



To: Nizam



Subject: Tolong sebarkan.Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian..

 Dari rantaian e-mail….

Salam,







Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir 



Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. 



Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... 



 "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. 



Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … 



Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! 



Memang sekutu kuat Amerika and Israel . 



(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!) 



Gaza ( Palestine ) 



Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! 



Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! 



Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). 



Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. 



 Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. 



Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) 



Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. 



Hamas 



Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. 



Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! 



Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. 



Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! 



Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. 



Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. 



Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. 



Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.. 



Israel 



Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. 



Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. 



Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. 



Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn... 



Rakyat Palestine 



Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. 



Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! 



Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. 



Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! 



Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. 



Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. 



Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . 



So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.. 

Wasalam.   
Allahummansuril islam wal muslimin,
Allahummansuril Mujahidin fi Palestine
Allahummansuril Mujahidin fi kullimakan wafi kullizaman  
Wa azilla assyirkawal mushrikin  
Wa dammir a’daa aka a’daa addin  
Hasbunallah wa nikmal wakil
Allahhu akhbar X3

Taktik Baru Rompakan Jalanraya


Saya menerima satu email dari seorang kenalan dan rasnya tidak rugi jika saya berkongsi dengan pembaca blog saya. Jika pun ianya tidak benar, sekurang-kurang ia merupakan satu informasi baru agar kita berhati-hati kerana perompak, penyamun dan pencuri akan mencari apa sahaja taktik untuk mengenakan mangsanya.

SILA AMBIL PERHATIAN INFORMASI TERKINI INI
 
Anda tidak dapat membersihkan kesan telur yang pecah pada cermin kereta anda dengan wiper atau semburan air. 

Sila baca maklumat ini.  

Jika anda memandu sebelah malam dan tiba-tiba diserang dengan telur,  JANGAN TERUS PASANG WIPER ATAU CUBA BERSIHKANNYA DENGAN SEMBURAN AIR DARI KERETA ANDA.

Anda hendaklah terus memandu dengan apa sahaja pemandangan yang masih nampak sehinggalah anda tiba pada tempat yang lebih selamat.
kandungan telur yang bercampur dengan air akan bertukar menjadi kelabu dan seterusnya menghalang pandangan anda sehingga 92.5%. Oleh itu ia akan memaksa anda untuk berhenti di tepi jalan lalu akan menjadi mangsa kepada rompakan. 

Ini merupakan satu taktik baru yang dikesan digunakan di Johor Bahru. Harap anda yang membaca sebarkan maklumat ini kepada rakan taulan dan saudara mara agar tidak menjadi mangsa. 

Sama-samalah kita mencegah jenayah.

Wednesday, April 07, 2010

Berhati-hati Meletak Kereta Di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Di manakah tempat yang selamat untuk harta benda anda? Saya rasa semua orang akan bersetuju bahawa memang tidak ada tempat yang selamat. 

Pagi ini bila datang pejabat, dapat satu berita bahawa sebuah kereta rakan sepejabat telah dicuri. Kereta Daihatsu Charade oren no pendaftaran BEP 9986 telah dicuri di depan hidung. Kereta di letakkan di tempat letak kereta di hadapan bangunan pejabat di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Sebulan lepas juga di tempat yang sama kereta seorang lagi rakan setugas, Satria GTI juga dicuri. Kedua-dua kenderaan hilang pada zon waktu yang sama iaitu antara 4.30 petang dan 6.00 petang. 

Kenderaan anda walaupun dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti pengera, kunci tambahan dan sebagainya masih lagi belum selamat. Penjenayah juga menggunakan kaedah terkini untuk menguci kenderaan.  Jika pengera kecurian tidak dapat dikesan, cuba bayangkan bagaimana liciknya pencuri tersebut mencuri kenderaan. Ini kerana kedudukan kedua-dua kenderaan yang dicuri itu tidak sampai pun 50 meter dari pos pengawal. Jadi sudah pasti pengera keselamatan tidak berbunyi untuk menarik perhatian orang di sekitar. Apa lagi ianya tempat terbuka. Persoalan yang bermain di kalangan kami ialah adkah kenderaan itu dicuri menggunakan kereta tunda. Itupun tak kanlah pengawal tidak sedar kerena mereka kenal kereta siapa yang ditarik itu.   



Saturday, March 13, 2010

Azean Irdawaty Tak Percaya Anaknya Pengedar Dadah

Ini susulan posting saya terdahulu tentang pelakon popular mengedar dadah ditahan.
Laporan mStar membawa tajuk Azean Tak Percaya Benjy Terlibat Sindiket Edar Dadah.
"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online - mStarOnline.





Lagi yang saya petik dari mStar Online Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.
“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,”

Siapa Pelakon Lelaki Popular Ditahan Edar Dadah?

Dadah tak kenal mangsa. Ada yang menjadi penagih dan ada juga yang menjadi pengedar. Tetapi apabila pengedarnya ialah soerang pelakon popular ia adalah satu perkara yang amat dikesali. Pelakon adalah hak masyarakat dan menjadi idola. Sebagi seorang idola, sepatutnya dia menunjukkan pekerti yang baik untuk diikuti oleh peminatnya. Tetapi sayang bukan menjadi penagih sebaliknya mengedar. Jika pun dia tidak menagih tetapi dia menjadi sebagai faktor perosak dan membunuh. 

Sekarang peminat hiburan tentu ingin mengetahui siapa pelakon lelaki popular itu. Menurut fakta yang dilaporkan dalam mStar
  • Pelakon Lelaki Popular berusia 30an.
  • Pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik
  • Anak seorang pelakon wanita veteran
  • Ditahan bersama teman wanita berumur 24 tahun
  • Rumahnya di kawasan Kepong
  • Ditahan di sebuah Kondominium mewah di Segambut
  • Polis menemui 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000,
  • Kedua-duanya positif syabu
  • Disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati


Friday, December 04, 2009

Buat Apa Menangis Atas Kesalahan Sendiri?

Cerita  siksaan pembantu atau orang suruhan bukan perkara baru. Dulu kita dengar tentang penyiksaan yang dilakukan terhadap hamba abdi. Sekarang pula kita juga dengar cerita yang berbentuk sama yang juga dilakukan ke atas pembantu rumah pula. Kedua-duanya; hamba dan/atau pembantu rumah adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama iaitu melalukan kerja-kerja domestik untuk seseorang. Cuma perbezaannya ialah hamba dimilikki tetapi pembantu rumah di gajikan.

Pada tahun 2004 negara dikejutkan dengan satu pendedahan menyedihkan seorang pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonat telah di siksa oleh majikan secara fizikal. Malah kisah sedih Nirmala itu bukanlah yang pertama berlaku di kalangan pembantu domestik di negera kita tetap imungkin tidak terdedah.

Memang sukar hendak difikirkan adanya manusia yang masih tidak berhati perut sanggup memperlakukan seorang manusia lain sedemikian kejam, apa lagi berpendidikan. Bagaimana jika salah seorang ahli keluarganya diperlakukan sedemikian rupa pula.
 

Tuesday, October 20, 2009

Inikah Sikap Masyarakat Kita Terhadap Penjenayah?

Petang tadi aku keluar ke Kuala Lumpur untuk menuntut hadiah kemenangan peraduan blog untuk Projek Alpha Nuffnang. Sewaktu dalam perjalanan pulang dan berada di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo, tiba-tiba ternampak satu insiden di mana seorang polis sedang mengejar seorang lelaki menuju ke arah Pertama. Pada mulanya tergamam juga dan posisi aku yang berada agak jauh dari laluan mereka tidak membolehkan aku melakukan sesuatu untuk membantu polis itu.

Tiba-tiba hatiku rasa sebak apabila melihat polis itu tersungkur di kalayak ramai itu dan ia membolehkan lelaki yang dikejar itu melepaskan diri. Aku rasa kesian kepada polis berkenaan kerana tidak ada sesiapa pun yang peduli dengan keadaannya. Malah orang ramai yang ada di sekitar kawasan itu hanya melihat sahaja polis itu yang aku yakin berada malu dengan apa yang berlaku. Tentu dia merasa malu kerana tidak berjaya mengejar lelaki itu yang pada pengamatan aku sama-sama keletihan. Entah sudah berapa jauh lelaki itu dikejar.

Apa yang aku rasa terkilan ialah aku sendiri tidak berupaya melakukan sesuatu untuk membantu polis itu kerana pertama tergamam dan kedua berada agak jauh dari laluan mereka. Yang lebih mengeciwakan ialah mengapa orang ramai yang berada di laluan lelaki itu tidak membantu menghalangnya. Setidak-tidaknya dapat melengahkan lariannya dan membolehkan polis itu menangkapnya. Adakah ini sikap orang ramai? Reaksi orang ramai terhadap penjenayah bukan kali pertama kita dengar. Pernah ada mangsa yang mengadu orang ramai hanya menonton sahaja dirinya yang dalam keadaan tidak bernasib baik itu.

Kesal.....memang itulah perasaan aku kerana tidak berupaya membantu polis berkenaan. Aku pasti polis berkenaan rasa cukup keciwa. Pertama keciwa kerana tidak dapat mengejar lelaki berkenaa. Kedua, keciwa kerana tersungkur. Ketiga, keciwa kerana orang ramai hanya memerhati seolah-olah mengejek polis itu kerana tidak berjaya menahan suspek.

Sehingga menulis posting ini aku masih rasa kesal dan simpati dengan anggota polis berkenaan. Aku mendoakan anggota polis itu tabahkan hati untuk menjalankan tugas di masa hadapan demi keamanan negara. Bagi aku walaupun dia tidak dapat mengejar suspek, tetapi dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Hanya nasib tidak menyebelahinya.

Tuesday, September 22, 2009

2 Syawal 1430

Hari kedua Aidil Fitri ni penuh dengan aktiviti beraya sakan. Di Kem Kenari Nature Park ada perjumpaan keluarga besar Tok Naidin. Acara bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran keluarga dan berakhir selepas sembahyang zohor berjemaah. Tetapi aku sampai hampir jam 1.00 tengahari dan majlis sudah hampir hendak tamat.


Rasa keciwa juga kerana lewat tiba. Sebab utamanya bangun lewat. Malam tadi tidur hampir jam 4.00 pagi selepas balik dari rumah adik aku kerana membuat persiapan untuk jamuan makan tengahari (hari inilah). Adik aku akan menyambut rombongan tetamu dari Kelantan, iaitu rombongan besannya dari Kelantan.



Bangun dah jam 9.45 pagi dan terus kejutkan isteri dan anak-anak. Dah bangun lewat, nak bersiap lagi. Jam 11.30 baru bertolak untuk ke Yan, Kedah. Pergi ikut jalan tepi laut. Orang Alor Setar cakap jalan batas paip. Jalan ini lebih dekat untuk ke Yan. Perjalanan tidak begitu lancar di beberapa tempat. Maklumlah Hari Raya. Sepanjang perjalanan pemandangannya dipenuhi dengan sawah padi dan perkampungan tradisional orang-orang Melayu.


Jam juga jalan yang boleh dikategorikan sebagai jalan luar bandar ini. Jalan ini adalah jalan yang lebih dekat untuk ke Yan. Satu lagi jalan ialah melalui Jalan Alor Setar Sungai Petani dan belok kanan di lampu isyarat Guar Chempedak. Kesesakan jalan ini bukan sahaja disebabkan oleh lampu isyarat sahaja tetapi pemandu-pemandu yang tidak menggunakan otak dan berkepentingan sediri seperti ini....





Geram betul. Inilah orang-orang yang menyebabkan berlakunya kesesakan di jalanraya di seluruh negara. Minta maaflah, setiap kali saya nampak kereta yang berkepentingan peribadi seperti mereka, hati kecil saya akan berdoa agar mereka tidak selamat di atas jalan raya.

Dalam Ops Sikap di musim perayaan, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap mereka ini. Saya sengaja membiarkan no kenderaan dipaparkan. Mana tahu pihak berkuasa nampak dan boleh mengeluarkan saman  terhadap mereka. Memang marah betul, saya anggap mereka begini penjenayah jalanraya. Sebab? Merampas masa dan keselesaan pengguna lain.

Gunung Jerai adalah kemuncak tertinggi di negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan salah satu tempat pelancungan yang menarik jika ingin menikmati suasana dingin dan melihat dataran negeri Kedah yang digelar sebagai Periuk Nasi Malaysia.

Di zaman persekolahan dahulul aku dan pasukan pengakap sering mengunjungi puncak Gunung Jerai dan kawasan-kawasan sekitar ebagai aktiviti luar. Berbasikal dari Alor Setar hingga ke sini.

Ini pula pemandangan dalam perjalanan pulang. Di belakang sana ialah Pulau Bunting, di luar pesisiran pantai Kedah. Nampak macam bentuk kereta. Sekarang dah ada jambatan menghubungkan pantai Sedaka ke pulau dan digelar "Bridge to Nowhere" yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional. Kan kah lebih baik kos pembinaan jambatan tersebut digunakan untuk membangunkan penduduk sekitar Yan. Tentu lebih memberi menfaat daripada pembinaan jambatan tersebut.

Mungkin kerajaan dulu nak jadikan pulau tersebut sebagai tempat pelancungan. Namun adalah lebih baik memberikan peluang kepada penduduk tempatan tumpang mencari rezeki dengan mengusahakan bot penumpang dan tempat letak kereta. Lagi pun bila ada jambatan pengunjung akan terus ke pulau dan tidak singgah di perkampungan.


Lokasi Pulau Bunting dari udara - Google Map


Sebelah malam menghadiri open house "SAHOCA" di perkarangan Kolej Sultan Abdul Hamid. Sebagai bekas pelajar (1966-1971) tentu setiap kali balik sekolah, ada nostalgia mengamit. Aku pun baru menghadiri rumah terbuka ini sejak 3 tahun lepas kerana sebelum itu tidak tahu tentang majlis berkenaan. Menghadiri rumah terbuka berkenaan bukan sekadar hendak makan sahaja tetapi mencari peluang untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang juga bekas pelajar Kolej ini adalah merupakan tetamu khas yang hadir di setiap majlis sebegini. Baginda juga mencemar Duli melawat galeri kenangan KSAH.


Wednesday, July 22, 2009

Apakah Ini Penghinaan Terhadap Islam

Saya menulis posting setelah membaca satu tweet dari salah seorang pengikut saya. Dalam tweetnya beliau menulis tentang Seks Selepas Mati Dalam Islam. Beliau menulis bahawa keistimewaan lelaki di syurga kelak adalah berhubung dengan seks. Pada terjemahan saya hidup dalam Islam ini berkisar tentang seks semata-mata. Saya menjawab tweetnya dengan bertanya darimana beliau mendapat sumber sehingga membuat andaian tersebut. Hari ini beliau menghantar direct message ke Twitter saya dengan memberikan URL laman web yang beliau rujuk. http://iranpoliticsclub.net...

Saya pun membuka laman yang diberikan itu dan membaca tajuk Islam: Sex and Voilence. Dalam artikal itu Chapter 6 membincangkan tentang Sex After Death. Memandang saya kurang arif tentang terjemahan Al-Quran, saya tidak berani hendak embuat sebarang komen tentang apa yang terkandung di dalam artikal tersebut, khususnya yang berkaitan dengan maksud dari ayat-ayat yang dipaparkan. Cuma saya boleh merujuk kepada Surah-surah yang di nyatakan untuk membacanya sendiri.

Apa yang saya tahu dari mendengar ceramah-ceramah, memang lelaki akan bersama isterinya di syurga kelak disamping bersama-sama dengan bidadari-bidadari. Itu adalah anugerah Allah atas kesetiaan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah sewaktu berada di muka bumi. Wallahu alam.

Kemudian saya terus meninjau laman-laman lain di dalam website berkenaan yang membincangkan tentang Iran Politics. Saya rasa apa yang dipaparkan itu mengandungi unsur-unsur yang menghina Islam khususnya artikal Islam, A Dangeruous Political Ideology yang terkandung dalam dua bahagian. Ia memaparkan sambutan yang disebut sebagai sambutan Asyura di Iran. Terdapat juga paparan gambar-gambar yang menunjukkan kekejaman dalam Islam. Adakah ini Islam sebenarnya. Walaupun ia mungkin satu budaya masyarakat di Iran tetapi dunia khususnya musuh Islam akan akan menjadikannya sebagai bukti yang Islam itu agama yang ganas.

Semoga cerdik pandai agama yang pakar dapat membuat penjelasan tentangnya.

Malam tadi aku menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penduduk di kawasn aku tinggal. Satu perkara yang dibangkitkan oleh ustaz yang turut hadir ialah tentang membina benteng diri di kalangan umat Islam sekitar kawasan Bukit Jalil ini. Ini berikutan pembinaan sebuah kompleks gereja terbesar di Malaysia yang terletak di satu kawasan strategik Bukit Jalil. Kawasan ini bersebelahan Bukit Jalil Golf and Country Club.

Persoalannya mengapa di situ sedangkan majoriti penduduk dikawasan sekitar ialah umat Islam? Satu sebab yang kita boleh sebutkan ialah mungkin kerana terdapatnya pusat tabligh terbesar di Malaysia iaitu diMesjid Seri Petaling. Jadi pembinaan Kompleks Calvary yang serba canggih itu adalah sebagai satu cabaran kepada umat Islam.





Kepada saudara dan saudari se-Islam denganku…….
Tahukah anda apa yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil??
Ketahuilah bahawa Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuahgereja yang dinamakan…..
The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

DIMANA IA DIBINA???

The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.

TAK PERCAYA?? SCROLL DI BAWAH
Progress of CCC

Construction progress as of October 2008




Construction progress as of 8 September 2008




Construction progress as of 9 August 2008




Construction progress as of 17 July 2008






Construction progress as of 18 June 2008





Construction progress as of 15 May 2008






Contract 2 awarded!
Friday, 15 February 2008 was a historic day for Calvary Church . With the completion of the substructure works, the site was formally handed over to Nam Fatt Construction Sdn.Bhd. which was awarded Contract 2, to carry out the superstructure works of the Calvary Convention Centre (CCC).



Contract 2 - Superstructure Kick off meeting (top) and prayer at the site (above) on 15 February 2008

PERSOALAN:
1. sudah bersediakah kita dengan ilmu Al-Quran untuk menghadapi dakyah mereka??
2. cukupkah didikan agama pada anak2 kita??
Wallahu alam…..
Maka dari skarang…..
Carilah ilmu akhirat – jika belum bermula
Ajarkan kepada yang jahil – kepada yang berilmu…….
Ya Allah, selamatkan kami dari segala yang tipu daya dan janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau memberikan kami petunjuk…..
Amin Ya Rabbal A'lamin………..
Sumber: http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html danhttp://www.calvary.org.my/

Saturday, January 24, 2009

Puisi Gaza Itu Mengamitmu - Dr Asri

Dibawah puisi oleh Dr Asri mantap mufti Perlis yang saya petik dari mStar

GAZA ITU MEMANGGILMU

tangisan itu memanggilmu,ratapan itu merayumu,

suara wanita yang tidak bermayajeritan si kecil yang tidak berdosaratapan si tua yang tidak terdaya

darah pemuda yang ditumpahnyawa perwira yang dimamahkau biarkan mereka dilapah

suara sayu memanggilmubumi Gaza yang diserbudek bangsat yang penuh muslihattentera khianat yang dilaknat

tergamaknya kau bersahajacuma menjadi penonton setiasedangkan tanah Gaza dibunuh percumatanpa kau rasa duka airmata dosamembiarkan mereka dihina deritamanakah janji bahwa kita bersaudara

darah Gaza akan menuntutmu di hari mukakerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan

bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongandemi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!

dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09

Sunday, January 11, 2009

Nak Hapuskan Hamas Atau Agenda Tersembunyi?

Seluruh dunia telah sedar tentang keganasan Israel di Gaza yang membunuh orang awam yang tidak berdosa. Betapa sebak kita melihat di dada akhbar dan kaca TV penderitaan kanak-kanak, wanita dan orang tua akibat pengganas zionis yang bermaharajalela itu. Bagaikan seorang pembuli yang membuli mangsa yang tidak berdaya melawan. Israel ibarat haram jadah yang bersifat kebinatangan. 

Malam tadi swaktu aku hendak membuat satu posting kat blog Bahasa Inggeris aku, maka terjumpa sebuah laman web zionis yang mendedahkan sebab sebenarnya mereka menceroboh Gaza. Aku tak nak ulang tulis. Klik SINI dan baca. 

Aku juga menerima satu SMS barangan yang patut kita boikot sebagai usaha kita untuk melawan Yahudi dan Amerika itu. Kita tidak mampu mengangkat senjata untuk pergi ke medan perang, jadi kita lawan guna senjata ekonomi. Itu sahaja sumbangan yang kita mampu untuk membantu saudara kita di Palestin. Klik SINI untuk lihat senarainya.

Tuesday, December 30, 2008

Seks Diambang 2009

Tahun baru akan menjelang dan kehangatannya sudah mula terasa. Berita melaporkan satu parti seks akan dianjurkan di sebuah kawasan berhampiran pantai di Johor. Memang hangatlah kalau seks dihidangkan sebagai menu untuk menyambut tahun baru. Lebih tepat lagi seks bebas. Sememangnya seks adalah satu-satunya item yang jarang ditolak oleh manusia. Seks sebagai salah satu keperluan asas manusia sudah dijadikan sebagai satu bahan perdagangan sama ada untuk mencari rezeki mahupun untuk melariskan jualan. 

Laporan di dada akhbar dan juga TV ada menyiarkan tentang usaha untuk menganjurkan party seks ini yang dinamakan Under-wear-off. Lebih menghiburkan lagi ialah pengunjung parti ini tidak digalakkan memakai seluar dalam sementara bagai wanita pula jika hendak pakai pun hanya G string. Bestnyer kan? 

Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM 200 dan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun penganjur sebelum menghadiri parti itu. Dengan bayaran itu dimaklumkan pengunjung boleh menikmati seks bebas dan mereka telah mengumpan wanita sebagai dorongan untuk menarik lebih ramai lelaki menghadirinya. Kononnya terdapat terlalu ramai wanita dan kekurangan lelaki. Jadi bagi lelaki yang menghadiri parti ini sudah semestinya berpeluang menikmati tubuh ramai wanita kerana dalam suasana nafsudi kawal arak tidak ada lagi rasa malu. Lelaki yang akan hadiri sudah semestinya menjadi kuda jantan untuk memenuhi keinginan nafsu wanita yang ramai itu. 

Sememangnya nasihat pihak berkuasa kena pada masanya walaupun kemungkinan sudah ada yang menjadi mangsa. Iamungkin satu penipuan kerana bakal pengunjung dikehendakki meletakkan deposit RM 100 ke dalam  akaun penganjur sebelum mereka memberikan maklumat lanjut dan apabila nama mereka disenaraipendekkan. Banyak persoalan harus ditanya sebelum mengambil keputusan untuk memasukkan deposit. Antaranya, bagaimanakah mereka akan pasti wang itu akan dipulangkan jika mereka tidak berjaya? Dunia hari berbagai cara digunakanuntuk menipu lebih-lebih lagi melalui internet, dunia tanpa sempadan ini. 

Bagi pihak berkuasa sememangnya senang untuk mencekup penganjur ini melalui akaun bank  mereka dan semoga sebelum ramai menjadi mangsa, tindakan pantas patut diambil. Saya yakin tindakan sedang diambil

Tuesday, December 23, 2008

Manusia Kah?

Sungguh sedih membaca satu artikal dalam My Metro di bawah tajuk 'Dua Beranak Nafsu Haiwan'. Berita itu mengenai seorang bayi yang berusia 20 bulan telah dicabul oleh seorang lelaki. Sungguh sedih membaca berita berkenaan dan amat kesal kerana ada juga manusia yang berhati binatang seperti lelaki itu dan anaknya. Kalaulah dah gian sangat ramai pelacur boleh dicari untuk melempiaskan nafsu binatang mereka itu tetapi mengapa bayi yang tidak berdosa, tidak berdaya dan tidak mengetahui apa-apa itu perludijadikan mangsa kereka. Dosa tetap dosa dan adalah lebih bermaruah mencari pelacur daripada menganiaya bayi berkenaan. 

Tuesday, June 03, 2008

Gores Dan Menang?

Pagi tadi semasa bersiap hendak pergi kerja, aku tengok MHI kat TV3 yang dihos bersama oleh Mazidul Akmal dan Ally Iskandar. Satu yang dibincangkan ialah tentang Gores dan Menang. Nampaknya isu ini masih lagi belum selesai dan dibanteras. Walaupun ramai telah menjadi mangsa perasuan yang merupakan perangkap ini, tetapi masih lagi ada mangsa terperangkap. 'Penipu-penipu' yang mneggunakan taktik gores dan menang ini menggunakan berbagai cara untuk memerangkap pengguna.

Aku sendiri pun beberapa kali berhadapan dengan pengusaha gores dan menang ini. Pertama kali dari sebuah syarikat berjenama Aowa yang menjalankan aktiviti mereka di Carrefour di Seri Petaling. Pada masa itu aku telah berjaya mencabut tiket bertuah yang kesemuanya bernilai RM6,000 termasuk baucher RM 100. Untuk membolehkan aku menuntut hadiah bernilai RM6,000 itu aku juga diwajibkan menebus baucer itu dan dalam senarai barangan yang boleh ada, tidak ada satu pun bernilai di bawah RM 2,000. Ini bermakna jika aku ingin membeli barangan bernilai RM2,000, aku akan hanya membayar RM 1,900 sahaja setelah ditolak nilai baucer. Memanglah berbaloi kalau membeli barangan sebanyak RM 1,900 dan kemudian menerima hadiah lain bernilai RM 6,000. Tetapi aku tidak yakin hadiah bernilai RM6,000 itu akan aku terima memandangkan cara cabutan bertuah dibuat dan kronologi kemenangan aku itu.

Pada mulanya aku hanya memenangi sekotak tisu. Kemudian apabila melihat isteri aku datang, terus dia menawarkan untuk aku membuat satu lagi cabutan. Apabila cabutan kedua juga mnedapat tisu, maka salah seorang pekerjanya lagi datang menawarkan kepada isteriku untuk menunjuk salah satu barangan yang dipamerkan dan jika ada tiket bertuah, maka kami akan mendapat hadiah yang berkenaan. Memang dalam barangan yang ditunjuk itu ada tiket yang memenangi hadiah bernilai RM 6,000 itu. Maka taktik biasa digunakan, iaitu rakan-rakan mereka menghampiri kami dan memberi tahniah kerana kejayaan itu. walau bagaimanapun ketuanya berpura-pura tidak mempercayai yang kami memenangi hadiah begitu lumayan kerana belum pernah ada orang memenangi hadiah sebegitu. Dia menelefon "bossnya" dan bossnya itu menemuramah aku dengan beberapa soalan seperti adakah aku kenal ketua yang bertugas di situ. Aku tidak menuntut sebarang hadiah kecuali dua kotak tisu yang dimenangi di awal tadi.

Kali kedua aku menerima telefon kononnya nombor telefon aku diperolehi semasa satu karnival yang diadakan di Bukit Jalil. aku diminta datang ke pejabat mereka di Puchong untuk menuntut hadiah. Taktik sama juga iaitu cabut nombor bertuah. Dipendekkan cerita, taktik sama seperti yang digunakan oleh Aowa tadi digunakan. Dalam episod kedua ini aku memenangi mata ganjaran bernilai hampir 500,000 dan boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah yang lumayan. Syaratnya aku kena beli barang mereka yang bernilai tidak kurang 5,000.

Entah sampai bila penipuan sebegini akan berterusan tidak dapat dipastikan. Walaupun sering dingatkan dan ada laporan mangsa tetapi aktiviti ini masih juga berjalan. Selagi manusia mempunyai perasaan tamak untuk mendapat kemewahan dengan cara mudah selagi itu ianya tidak akan berakhir.

Wednesday, May 21, 2008

Seks Lebih Penting Dari Wang

Sex before money- Itulah dimulakan ayat dalam satu laporan oleh The Star. Laporan tersebut yang memetik kejadian yang berlaku di Miri, Sarawak bahawa terdapat satu kumpulan perompak yang menjadikan kawasan taman perumahan sebagai sasaran.

Dengan hanya memakai seluar dalam dan topeng muka, mereka akan memecah masuk ke dalam rumah yang disasarkan dan mencari pembantu rumah Indonesia dan bukannya wang atau barangan berharga. Baca selanjutnya di sini.

Wednesday, November 21, 2007

Tidur Boleh, Seks Jangan

Begitulah tajuk muka depan Harian Metro. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup termasuk mengadai tubuh. Sex sells, begitulah kata-kata yang menunjukkan bahawa komoditi yang paling mudah dijuat ialah seks. Laporan dalam Metro itu mengenai golongan wanita yang mengelarkan diri mereka ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang. Secara konsepnya tak ubah seperti GRO tetapi tidak sampai melibatkan hubungan seks. Mereka boleh dibawa sebagai teman untuk berpoya-poya termasuklah teman tidur tanpa melibatkan seks. Baca seterusnya di SINI.

Dulu masa zaman aku masih lagi bersekolah di Alor Setar, khususnya kawasan City Plaza ada kegiatan budak-budak sekolah juga menjual tubuh ini yang tidak melibatkan hubungan seks. Pelajar sekolah ini membenarkan lelaki-lelaki gian untuk memegang buah dada dan meraba kemaluan dengan bayaran yang minima. Kalau tak silap aku semurah 50 sen sekali opegang. Dan yang malang sekali mereka yang melakukannya ialah anak-anak Melayu yang beragama Islam.
Kita juga dikejutkan dengan kisah bohsia, juga melibatkan anak-anak gadis Melayu dan apabila gejala Mat Rempit menderum di jalanraya, bohsia-bohsia ini dijadikan pula sebaga hadiah dan ganjaran untuk kemenangan.

Sunday, September 23, 2007

Al Fatihah Buat Nurin

Mungkin masih belum terlambat untuk menulis tentang pemergian Allahyarhaman Nurin secara menyayat hati itu. mStar hari ini melaporkan solah hajat akan diadakan untuk memohon daripada Allah agar dapat diberkas penjenayah yang bersifat binatang itu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List