Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada dunia seni tanahair selepas Allahyarham P. Ramlee.

Allah dalam Al Quran
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."
"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."




* Kemuliaan serta kelebihan Ramadan sabit dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan). (al-Baqarah: 183)
* Ramadan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza. (al-Baqarah: 185)
* Malam al-Qadar juga wujud pada bulan ini sahaja. Dalam bulan ini juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Ini kerana pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.
* Ketika Ramadan juga, pintu syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW: Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga. (riwayat Bukhari)
* Bahkan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari)
Kebetulan aku balik Alor Setar untuk melawat ibuku yang terlantar di wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Pada masa yang sama negeri Kedah juga sedang menyambut ulang tahun ke 50 pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Di samping itu juga bekas sekolahku, Kolej Sultan Abbul Hamid juga menyambut ulang tahun ke 100 pada tahun ini. Sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1908 sebagai Government English School.
Balik semula ke sekolah yang mempunyai catitan sejarah ini membawa nostalgia dalam diriku. Kenangan pahit manis bersekolah di situ sememangnya memberikan kesan nostalgik khususnya apabila melawat kembali kelas-kelas di mana aku pernah belajar.
Dah beberapa filem Bujang Lapok ditayangkan di Astro Prima dan inilah dikatakan filem lama yang tak jemu-jemu ditonton. Inilah keistimewaan filem-filem P. Ramlee. Walaupun di tonton berulang kali, masih tidak jemu. Bukan sahaja golongan yang dewasa yang hidup di zaman P. Ramlee masih hidup tetapi termasuklah kanak-kanak yang baru hidup di zaman selepas allahyarham.