1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label Kekuasaan Allah. Show all posts
Showing posts with label Kekuasaan Allah. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan muncul lagi seperti yang Allah rancang untuk menguji hampa-hambaNya dan memberikan peluang kepada hamba-hambaNya untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ke alam yang akan ditempuhi selepas alam dunia. 

Sebagai mengisi posting ini sempena menyambut Ramadhan al Mubarrak saya kongsikan tiga gambar yang saya download dari Facebook untuk renungan kita bersama. Semoga ianya memberikan menfaat kepada anda yang membaca blog saya ini. Kredit saya berikan kepada pemilik gambar-gambar ini seperti watermark yang terdapat pada setiap gambar itu. Semoga usaha anda menjadi koleksi ganjaran pahala dariNya untuk dibawa ke sana. 





BLOGGER INI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MANA SAHAJA BERADA. SEMOGA AMALAN PUASA KITA TAHUN INI MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH S.W.T.

Saturday, June 16, 2012

Selamat Memperingati Dan Menghayati Isra' Mikraj

17 Jun 2012 bersamaan dengan 27 Rejab 1433

Selamat menyambut Isra' dan Mikraj kepada seluruh umat Islam. Kisah yang tercatat dalam sejarah Islam ini tidak pernah jemu-jemu kita dengar dan itu adalah antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Saya nak kongsi rajah ini yang diambil dari sebuah profile di Facebook.
Selepas menatap infografik di atas, inilah Baitul Maqdis, salah satu tempat suci dan bersejarah untuk umat Islam. Tempat di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di mikrajkan untuk bertemu dengan Allah dan menerima perintah solat yang kita amalkan hari ini. Sempena memperingati hari Kebesaran dalam Islam ini, kita renungkan apakah sumbangan kita ke arah mengambil kembali bumi suci ini dari pencerobohan Zionis.
Kredit Foto: ISMA
Bacalah antara kisah-kisah dan pengertian Isra dan Mikraj DI SINI , DI SINI dan DI SINI.

Saturday, July 30, 2011

Ribut Di PD–Amaran Allah Menjelang Ramadhan

Jam 8.00 tadi disiarkan tentang ribut yang berlaku di PD tengahari hari ini di tempat di mana PM hadir dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana ATM dan PDRM yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA)Mengapa tiba-tiba ribut turun di kawasan sersebut? Sesuatu yang kita patut ambil iktibar kerana setiap bala itu adalah amaran dan ujian daripada Allah SWT.
Saya tidak ada di tempat kejadian jadi tidak layaklah untuk buat posting tentang kejadian. Maka posting ini hanya akan memberikan link kepada posting lain yang saya temui sewaktu membuat search di Internet. Oleh kerana beberapa blog memuatkan berita yang sama, saya hanya petik satu sahaja sementara satu lagi dari laman Facebook.
1. SEDAKA SEJAHTERA
2. FACEBOOK
ALLAH HU AKBAR


Kemaskini 30 Julai 2011
Berikut beberapa keping gambar kesan ribut yang melanda Port Dickson. Gambar diambil DARI SINI.
ribut di port dickson
ribut di port dickson
ribut di port dickson
ribut di port dickson
ribut di port dickson
Buat search di internet untuk mendapat maklumat terbaru.

Sunday, May 22, 2011

Al Fatihah Kepada Mangsa Trajedi Tanah Runtuh di Langat

Blog ini mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara anak-anak yatim yang meninggal dunia dalam trajedi tanah runtuh di Batu 14 Langat pada 21 Mei 2011. Semoga roh anak-anak yatim tersebut diraikan bersama orang-orang beriman di syurgaNya.
  Al Fatihah 

Friday, August 27, 2010

Bintang Marikh

Adakah ini Bintang Marikh (Mars) itu? Malam ini yang kebetulan Malam Nuzul Quran, Allah Maha Besar telah memperlihatkan kekuasaanNya kepada kita. Berita tersebar bahawa Bintang Marikh berada paling dekat dengan bumi iaitu lebih kurang 69 juta km jaraknya. Jarak Marikh ialah 399 juta km dari bumi. Fenomena ini dianggarkan tidak akan berlaku lagi sehingga 2287 iaitu lebih dari 280 tahun akan datang. Bermakna sesiapa yang hidup hari ini pasti tidak akan dapat melihat lagi bintang Marikh dengan mata kasar walaupun ianya hanya sebagai satu titik di langit. Sila klik gambar untuk besarkannya. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List