1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Al Fatihah Untuk Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Hari ini 19 tahun lalu, penyanyi versatile negara Sudirman Hj Arshad kembali ke Rahmatullah.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada dunia seni tanahair selepas Allahyarham P. Ramlee.

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada roh Allahyarham semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. 

AL FATIHAH. 

Wednesday, January 27, 2010

Tiba-tiba Rasa Macam Selebriti....Hahaha...Perasan

Tengah hari tadi sebaik sahaja selesai makan tengahari, telefon bimbit aku berbunyi. Jarang sangat orang menelefon aku waktu makan ni. Bila tengok nombornya, land line. Eh, nombor tu pernah buat panggilan padaku beberapa hari sebelum ini. Aku agak-agak saja sebab macam nak sama pun.

Beberapa hari lalu aku ada menerima satu panggilan dari seorang wanita menggunakan nombor itu. Oleh kerana telefon aku yang sudah hampir dua tahun usianya, agak bermasalah sikit, maka intronya tidak begitu jelas. Nak kena tunggu beberapa minit baru dapat dengar dengan jelas. Tu Motorola tu. Orang dah tak pakai dah pun phone macam tu sekarang kot sebab banyak model baru yang masuk pasaran. Soundnya ada sikit masalah la. Tapi taklah seteruk isteri Pak Mat dalam Seniman Bujang Lapuk. Melalut pula.

Wanita yang menefon aku tu mengatakan dia nak buat sedikit interview tentang diriku. Alamak, bila pula aku menjadi popular ni. Dia kemudian cakap aku ada hantar sntry untuk pertandingan Saya Nak Cuti anjuran MAS Traveller. Baru aku ingat, memang aku saja-saja je hantar entry dan tidak berharap nak menang pun (eleh.....tipu). Betulkan? Mana ada orang masuk pertandingan tidak ada niat nak menang.But aku just nak cuba nasib je tu. So, dah kena interview. Dia minta aku ceritakan serba sedikit tentang diriku.

So, hari ini rupanya follow up call dari seorang lelaki pula yang mengatakan aku telah tersenarai dalam top 20 entrant. Wah, Top 20. Tak sangka pula. Memang hati terlonjak gembiralah. Then dia cakap nak datang interview aku dan buat shooting. Shooting? Alamak. Rasa macam selebriti sekejap. So, buatlah appointment. Dia orang nak datang sebelah petang kat pejabat aku.
Hari riang memang tak terkira. Bukan senang pihak TV nak buat interview khusus macam tu. Dulu pernah gak berlakun dalam Drama TV Al Infithar di samping N.D Lala dan Zami Ismail. Tu pun cakap tiga patah perkataan saja. "Siti Salbiah...anak Tok Guru." Dailog itu aku ucapkan kepada Zami Ismail yang terpegun dengan kecantikan Siti Salbiah sewaktu hendak naik ke surau. Lepas tu ada jugalah kena interview oleh RTM semasa menyaksikan drift kat Bukit Jalil. Masa main painball kat MyNPL di Melaka pun ada juga production interview aku. Dia cakap hari keesokannya cameraman nak follow aku untuk buat rakaman susulan. Tapi malangnya, team aku tidak berjaya masuk ke pusingan seterusnya.

OKlah, berbalik kepada cerita asal. So, buatlah temujanji untuk shooting (ewahhh, macam artis). Syarikat produksi yang akan datang buat interview dan merakam interview untuk tujuan promosi kat internet dan kemudian dalam Astro Ria.

Kat ofis satu pejabat excited. Bukan senang nak tengok shooting secara live kan? Aku pula rasa gelabah juga kerana ini bukan shooting macam dulu-dulu. Ini shooting untuk menentukan sama ada aku akan dapat mara ke pusingan seterusnya dan menjadi pemenang untuk ke Bali, lokasi percutian idaman aku itu.

Bali menjadi pilihan aku untuk bercuti kerana keunikan budayanya. Bagi aku ia merupakan pertemuan antara budaya Hindu dan Melayu. Di samping itu Bali juga memilikki pantai yang indah-indah. Satu lagi keistemewaan Bali ialah ombak besarnya yang sesuai untuk surf boarding.

Scene pertama merupakan pengenalan diri. Beberapa kali ulang take, setiap kali dailog aku berubah. Tu kerana gelabahnya. Tapi aku rasa dalam next shooting mungkin aku akan lebih bersedia dari segi mental.

Friday, December 18, 2009

1 Muharram = 18 Disember 2009 = Hari Jadi ke 55

Hari ini 1 Muharram bersamaan 18 Disember 2009. Cuti umum.
Hari ini juga genap usiaku 55 tahun dan aku ada setahun lagi untuk berkhidmat secara resmi sebelum bersara wajib. Tak tahulah apa nak buat mulai 18 Disember 2010 nanti, hari pertama persaraanku. Yang pastinya hari itu  pasti akan goyang kaki. Bolehlah jadi blogger full time kerana tidak perlu lagi mengagihkan masa antara tugas dan blogging.

Selepas 34 tahun menjalani rutin bangun tidur bersiap untuk pergi kerja, sudah semestinya sukar untuk mengubah rutin tersebut dalam masa yang singkat dan mendadak. Pasti aku akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan situasi baru.

Hari ini sudah 55 tahun Allah memberikan aku kesihatan yang sungguh memberansangkan. Aku bersyukur kepadaNya kerana dalam tempoh ini Dia telah memelihara kesihatan aku dan ini merupakan satu nikmat yang Allah berikan. Aku bersyukur kerana pada usia ini aku masih belum ada tanda-tanda masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Bukan semua orang mendapat nikmat seperti ini. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha mengasihi. Dalam usia sebegini juga aku masih lagi boleh melibatkan diri dengan sukan ekstrim. Aku masih lagi boleh bermain paintball secara kompetitif. Di gelanggang paintball aku dapati pemain yang seusia dengan aku boleh dibilang dengan jari.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List