1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label isu negara. Show all posts
Showing posts with label isu negara. Show all posts

Wednesday, August 03, 2011

Pagi PR Petang Mykad?

Begitulah tajuk sebuah berita dalam Harakahdaily online dan juga sudah tersebar di Facebook. Ianya tentang seorang wanita yang hanya bernama Mismah tanpa sebarang binti yang memegang MyPR iaitu pemastuatin tetap yang kemudiannya memperolehi MyKad yang membolehkan beliau mendaftar sebagai pengundi. Saya salin sepenuhnya berita seperti yang tersiar dalam Harakahdaily tersebut untuk tatapan pelawat ke blog ini kerana ini adalah masalah negara dan amat merbahaya kepada rakyat kelahiran Tanah Melayu ini. 

Dulu dalam tahun 80an kalau tak silap saya masalah pendatang diberikan Kad Pengenalan dan berstatus rakyat Malaysia telah berlaku di Sabah yang melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran didedahkan dan operasi memberikan Kad Pengenalan itu adalah untuk tujuan politik dan tidak mustahil apa yang berlaku ini juga untuk tujuan yang sama. Ia bukan sesuatu yang baru. 


KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.

Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia 
pada waktu ini,

Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang,  2hb Ogos 2011. 

Pada masa tersebut  individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).

Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang  2hb Ogos 2011 :

Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang  hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita  pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa  Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.

Nama Mismah  terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :

Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR.  Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.


(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan,  sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.



Baca juga di sini. Selain Mismah 52 lagi PR menjadi Warganegara DiKesan

Wednesday, September 01, 2010

Kempen Bantah Saman Ekor

Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia sedang menjalani Kempen ini dan berharap rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan saman ekor yang menganiaya pemandu di Malaysia, akan turut sama membantah. Kita bukan membantah pihak berkuasa untuk menyaman pemandu yang melanggar peraturan jalanraya tetapi caranya yang tidak kena kerana pemandu boleh menjadi mangsa. Ini disebabkan yang menjalankan tugas menyaman ekor itu ialah manusia biasa yang diberikan "hak" untuk menyaman seseorang tanpa mangsa itu mengetahui.  Tidak semestinya anda yang pernah menjadi mangsa, tetapi mungkin di masa hadapan anda boleh menjadi mangsa. 

To:  Kerajaan Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis
DiRaja Malaysia (PDRM).
Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus. Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011. Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.
Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.
Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.
Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Sincerely,
Anda boleh menyokong kempen ini dengan menandatangani petition DI SINI.

Friday, October 23, 2009

Hmmmh....Tak Dak Bonus Pun.... Hampeh

Hari ini terjawab apa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, iaitu pembentangan belanjawan untuk tahun 2010. PM telah membentangkan belanjawan itu yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Aku dan kawan-kawan dan pasti sekali majoriti pekerja di seluruh negara memberi tumpuan mendengar pembentangan itu. Kira petang Jumaat hari ni burn begitu sahaja. Dari jam 3.00 hingga 5.00 petang dok dengar belanjawan saja. Dahlah masuk kerja jam 2.45 tengahari selepas sembahyang Jumaat.

Macam biasalah ada yang dapat keuntungan dari belanjawan itu dan ada yang tidak dapat apa-apa. Bagi aku kira golongan yang tidak mendapat banyak keuntungan dari belanjawan ini. Ramai kakitangan kerajaan mengharapkan akan dapat bonus tetapi nampaknya berakhir dengan kehampaan. Bagi aku kerja macam biasa juga la kot. Tak ada insentif pun untuk meningkatkan produktiviti. Masih lagi dengan mentaliti kakitangan kerajaan. Sebenarnya ramai yang mengharapkan kerajaan akan memberikan bonus dua bulan atau setidak-tidaknya sebulan, kira dapatlah mengubatkan hati. Tapi hampeh.

UPDATE

mStar memuatkan berita tentang nasihat Presiden Ceupacs agar penjawat awam terus tingkatkan prestasi. Memang benarlah bukan bonus semata-mata dikejar tetapi apabila sesuatu telah menjadi pengharapan, maka kekeciwaan akan meresap jika tidak dapat. Melalui budget tahun ini boleh dikatakan penjawat awam tidak mendapat apa-apa langsung. Jadi mahu tidak mahu kehampaan telah dirasai oleh lebih sejuta penjawat awam itu.

Thursday, August 06, 2009

Ramai Ambil Kesempatan

Nampaknya ramai pihak yang cuba menangguk di air keroh susulan dari tindakan polis khususnya FRU menngujudkan keadaan kelam kabut dalam perhimpunan mansuhkan ISA di Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. Dah enam hari ianya berlalu, namun pihak media masih lagi membesar-besarkan insiden itu dengan menyiarkan tuntutan ganti rugi dari penganjur. Bagi saya ganti rugi sepatutnya di tuntut dari FRU kerana mereka tidak melaksanakan tugas iaitu mengawal keamanan tetapi sebaliknya mengujudkan suasana huru-hara.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Oleh kerana kerajaan negeri ialah Pakatan Rakyat maka, pembangkan pun mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan menyebelahi pihak penduduk. Apa yang dikesalkan ialah pihak pemaju yang mewakili pemilik projek yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan kawasan itu. Ini kerana pemilik ialah Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi kita bertanya kerajaan mana yang mereka berkhidmat. apakah mereka masih lagi setia dengan pembangkang di Pulau Pinang? Jika demikian mereka menderhakan kepada kerajaan persekutuan ialah akur kepada government of the day. Apakah Koperasi Kakitangan Kerajaan Pulau Pinang masih bermimpi dan tidak menyedari bahawa kerajaan Pulau Pinang ialah Pakatan Rakyat dan bukannya Be End. Jika mereka masih setia dengan kerajaan yang ditolak rakyat, maka sepatutnya mereka mengubah perlembagaan dengan menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Pembangkang Pulau Pinang.

Selangor pun tidak lepas dari pihak yang menangguk di air keroh. Ia juga melibatkan pembangkang. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan cara yang ilegal seperti di Perak. Bila PAS melenting hasil tindakan seorang Exco mengarahkan pihak MBSA mengembalikan rampasan minuman keras kepada pemiliknya, maka Pemuda UMNO pun mengambil kesempatan dengan menyokong Pemuda PAS.


Saturday, November 01, 2008

Caca Merba 31 Oktober 2008

Hari ini Razak Baginda bagaikan mendapat kehidupan baru apabila dia dibebaskan dari bersubahat dalam kes pembunuhan Model Mongolia Altantuya Shaaribu. Sementara dua orang lagi yang dituduh bersamanya dikehendaki membela diri. Ramai berpendapat Razak akan bebas kerana kes ini berprofil tinggi dan ada hubungan dengan pemimpin negara. Begitu juga dengan kedua-dua yang terpaksa membela diri dirasakan tidak akan dihukum gantung tetapi akan diberikan penjara seumur hidup dan kemudian diparole dan dibebaskan. Ramai sudah menjangka keputusan mahkamah ini sejak di awal kes ini dibicarakan lagi.

Salah satu komen pengunjung dalam Malaysia Today: The real question is ...what will Malaysians do and can do....we have a chief justice appointed clearly to execute whatever the executive wants..........Baginda will skip the country and the other two officers will escape too.......perhaps Anwar and co need to wake up.....but it is abundantly becoming clear that the power behind PR is just one man....RPK.....

Satu lagi komen berbunyi : The decision to free Baginda and call for defense for the other 2 accused is a very expeceted judgement. The next expected judgement is when these 2 accused will be released at the end of their sandiwara trial. With Najib's current strong position in UMNO, what other judgement can we expect ?Najib knows that he needs only 2 weeks before heat cools down and most Malaysians will forget this judgement. Only with a new government and a new PM can Malaysia see a fair judgement in our courts .

Apakah perasaan Dr. Shaaribu yang kehilangan anaknya itu hasil daripada percaturan politik pemimpin negara asing?

Gambar ini diambil dari SINI. Apakah yang sebenarnya bermain di fikiran bapa ini?

Hari ini juga di muka hadapan beberapa akhbar utama disiarkan berita pelakon Norman Hakim ditahan oleh JAIS kerana disyaki berkhalwat dengan seorang pelakon wanita, Shuhaiza Shahimi atau Memey, di pejabatnya di Ukay Perdana. Mereka ditahan sepasukan Pegawai JAIS dalam satu serbuan kira-kira jam 2 pagi, setelah mendapat maklumat dari orang ramai.

Satu lagi yang menjadi perhatian rakyat Malaysia hari ini ialah kes tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 7 November ini bagi memutuskan sama ada kes liwat itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau sebaliknya.

Saturday, September 06, 2008

Kerajaan Baru 16 Sept Mustahil

Aku petik keseluruhan berita seperti yang disiarkan dalam Berita Harian. Mustahil PR boleh menjadi kerajaan pada 16 September ni. Perkataan mustahil ni juga dikatakan oleh UMNO dalam pilihanraya Permatang Pauh yang lalu. Mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat majoriti 15000. Tapi apa hasilnya? Bukan sekadar 15000 tetapi lebih dari itu. Jadi tidak ada yang mustahail pada rakyat yang sudah muak di bawah BN sejak 51 tahun yang lala.

Oleh Abdul Razak Raaff dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

Tiada Ahli Parlimen Barisan paling tadah, sertai Pakatan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya hasrat pembangkang mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini, seperti yang heboh dicanangkan menerusi SMS semalam, tidak akan berlaku.

Perdana Menteri berkata, rancangan itu tidak akan berhasil kerana tiada Ahli Parlimen BN yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat seperti didakwa parti pembangkang.

"Saya tahu Ahli Parlimen BN tidak mempunyai niat keluar meninggalkan parti kerana mereka bukan yang suka lompat dan nak bersekongkol dengan pembangkang. (Penulis: Adakah Ahli Parlimen BN akan memberitahu niat masing-masing kepada Pak Lah jika nak keluar meninggalkan parti. Takkan politikus yang ada akal nak tana dulu kat Pak Lah sama ada boleh tak keluar dari parti. hahahahahahha.......)Ini kerana kita (BN) bukan kerajaan yang kalah... parti masih memerintah dan kerajaan mampu menjalankan pemerintahan dengan baik demi rakyat. (Penulis: Satu dunia tahu yang kita (BN) bukan kerajaan yang kalah. Hanya kehilangan 5 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan sahaja. Tapi bagaimana kalau 30 orang berpindah platform politik mereka? Bukankah BN akan hilang sepenuhnya majoriti. Tentu kalah juga namanya. hahahahahaha..........)

"Soal nak rampas kuasa atau guling kerajaan ini tidak akan berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan portal Sistem Sokongan Pelesenan Perniagaan Elektronik (Bless) di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam. (Penulis: Siapa pula nak rampas kuasa? Siapa pula nak guling kerajaan? Yang saya tahu DSAI hanya nak tukar kerajaan secara anam dan sah tanpa sebarang pertumbahan darah. hahahahahhaa......)

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Yong Poh Kon.

Abdullah ditanya mengenai penyebaran SMS menyenaraikan rentetan peristiwa yang kononnya akan menjurus kepada penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 16 September ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang sebelum ini beberapa kali mendakwa ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau membentuk kerajaan pada 16 September.

Perdana Menteri berkata, impian Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan itu sebenarnya hanya bergantung kepada ahli Parlimen BN berpaling tadah tetapi beliau akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku. (Penulis: Salah satu caranya ialah dengan melarikan Ahli Parlimen itu ke luar negara.)

"Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September. Tidak," katanya sambil menegaskan, pembangkang tidak akan dapat mencapai impian mereka jika semata-mata bersandarkan harapan penghijrahan ahli Parlimen BN.

Mengenai cadangan Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC) mengadakan program lawatan sambil belajar ke luar negara bermula esok hingga 19 September ini, Abdullah berkata ia tiada kaitan dengan apa yang diuar-uarkan pembangkang.

"Kalau mereka nak pergi biarlah... apa nak kaitkan dengan bulan ini. Saya dengar mereka akan pergi dan biarlah kerana ia keputusan mereka dan bukan satu yang susah... tak ada cerita lain nak tanyakah, balik-balik cerita ini (dakwaan Anwar akan mengambil alih kerajaan)," katanya.

Ditanya sama ada beliau membincangkan soal itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Abdullah berkata beliau memberi penerangan mengenai pelbagai perkara yang berlaku sepanjang minggu.

"Baginda memahami kerajaan melakukan pelbagai perkara bagi meningkatkan pentadbiran demi kepentingan kebajikan rakyat berhubung kenaikan harga minyak mentah dunia serta barangan keperluan.

"Kita tidak boleh duduk diam saja dan berharap perkara akan selesai sendiri. Sudah tentu kita perlu menjalankan tanggungjawab dan mengotakan janji kepada rakyat. Ini termasuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.

Abdullah gembira dengan usaha BPR menambah baik sistem penyampaiannya termasuk pengambilan pegawai, penyediaan latihan, pengauditan dan penyiasatan yang dilakukan secara profesional.

Namun, katanya, tentu ada pihak yang akan menuduh kerajaan berkonspirasi dengan agensi berkenaan seperti sering dilaungkan PKR apabila dua pemimpin mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan berkaitan rasuah.

"Kita tidak boleh memberitahu semua orang apabila ada saja kesalahan yang dilakukan ahli parti pembangkang, maka ia adalah satu konspirasi. Ini perkara gila... yang salah tetap salah sama anda di pihak kerajaan atau pembangkang," katanya.

Bulan lalu, BPR mendakwa lima lelaki termasuk dua Exco Perak daripada PKR di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan terbabit dengan rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta.

Mereka termasuk Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Tuesday, September 02, 2008

16 September - Hari Malaysia?

Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia yang inginkan kemerdekaan sebenar. Apa ada dan akan jadi pada 16 September? Tarikh itu disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh peralihan kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah negara ini sejak 50 tahun lalu akan digantikan oleh kerajaan baru - kerajaan Pakatan Rakyat.

Sememangnya bagi rakyat Malaysia, ianya dinanti-nantikan. Ramai yang sudah muak dengan pemerintahan kerajaan BN selama ini tetapi tidak ada pilihan untuk menukar kerajaan kerana tidak ada sesiapa yang layak untuk menerajuinya. Sekarang apabila sudah ada Datuk Seri Anwar Ibrahim maka, harapan baru Malaysia mula bersinar. Ramai melihat Datuk Seri Anwar lebih berkaliber daripada pemimpin-pemimpin yang ada dalam BN. Ramai melihat empat orang yang berada teratas dalam senarai pemimpin negara sememangnya tidak layak langsung untuk memacu negara ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020 seperti yang disasarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Laporan akhbar.

16 September cuti umum bagi negeri diperintah Pakatan? Syor Anwar dkaji.
Anwar hadir siri pertmuan lompat Pakatan di KL esok.
Anwars path to Putrajaya.
BN Terburai sebelum 16 September.

Wednesday, July 16, 2008

Post Debat

Berakhir sudah debat antara Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Nampaknya Datuk Shabery bukannya orang yang mampu memberi cabaran kepada Datuk Seri Anwar Ibtahim yang berpengalaman dan luas pengetahuan itu. Walaupun dalam keadaan tertekan dengan waran tangkap terhadap kes sodominya, beliau masih boleh berbicara dengan waras dan meyakinkan pendengar dengan hujah-hujannya berbanding Datuk shabery yang kata ramai bloggers hitting below the belt. Datuk Shabery lebih banyak menyerang peribadi Datuk Seri Anwar dengan mengungkitkan penglibatan DSAI sewaktu dalam kerajaan dan melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan seperti demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah Datuk shabery akan mengotakan kata-katanya bahawa jika dia tewas dalam perdebatan itu dia akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan. Sekarang penilaian penonton menunjukkan di tewas.

Keputusan undi yang dibuat oleh mStar yang merupakan antara MSM bebas menunjukkan DSAI memperolehi 84.9% sementara Datuk Shabery hanya 9.3%. Keputusan ini disalin pada 9.58 minit pagi 16 Julai 2008.

Tuesday, July 15, 2008

Traffic Jam dan Debat

Sehari dua ni orang sayik dok memperkatakan tentang masalah jam buatan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur hasil tindakan pihak polis yang mendengar khabar angin. Rasanya tidak ada sesiai yang gembira dengan terperangkat dalam kesesakan itu. Bagi aku nasib baik tidak kena sebab perjalanan aku bukannya masuk ke pusat bandaraya. Lagipun sepanjang aku bekerja di sekirat Bukit Jalil ni, tak pernah tersangkut dalam kesesakan sama ada hendak ke pejabat atau balik dari pejabat. Syukurlah.

Malam ni pastinya ramai yang akan tercangkung di depan TV kerana ada debat antara Menteri Penerangan Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang isu minyak. Debar pun ada perasan nak marah pun pasti ada. So sama-samalah kita do langut kat depan TV.

Sunday, June 29, 2008

DSAI Meliwat Lagi

Berita terbaru ada laporan polis yang mendakwa DSAI meliwat. Yang membuat laporan ialah pembantu khasnya juga. Nampaknya ada juga orang yang masih berhati busuk dan tidak ingat dosa pahala. Tak ingat syurga dan neraka. Apa yang dikejarnya ialah kenikmatan dunia.

Apa yang pelik? Jikalah DSAI ditangkap atas tuduhan meliwat?

Mana lebih besar salahnya antara meliwat dengan suhabat membunuh? Jika ada statutory declaration di mahkamah bererti orang itu berani membuat tuduhan. Orang yang dituduh pula bukan calang-calang orang. Jika DSAI ditangkap kerana tuduhan meliwat, bermakna yang dituduh terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya juga mesti ditangkap. Atau mungkin ada diskriminasi?

Kepada orang yang berusaha untuk memfitnah DSAI ni, bertaubatlah. Apa yang dikejar hanyalah keduniaan. Anda terlepas di dunia tetapi di akhirat pasti lekat. DSAI adalah orang terbaik untuk memimpin negara kita ni kerana yang ada semuanya tak boleh harap.

Tuesday, April 08, 2008

Askar Kita Jadi Jaga?

Betapa sedih dan rasa terhinanya aku apabila mengetahui yang askar kit yang disanjung dan dihormati telah diletakkan status setaraf dengan jaga di England.

Akhbar The Star melaporkan bahawa Regimen 1 Askar Melayu Di Raja akan menjalani tugas sebagai "London Public Duties"

KUALA LUMPUR: The Royal Malay Regiment has been selected to perform the prestigious “London Public Duties” in England. The 1st Battalion will represent the regiment.

Malaysia is the fourth Commonwealth nation after Canada, Australia and Jamaica to be given the honour to perform the Public Duties, which has a ceremonial and historic significance.

Nama tugasnya begitu prestigous sekali "London Public Duties" tetapi apakah sebenarnya tugas mereka di sana?

The team will be guarding Buckingham Palace, St James’s Palace, the Tower of London and also Windsor Castle. - Malaysiakini. Tidaklah ini guard namanya? Begitu rendahnya maruah bangsa kita yang pernah dijajah oleh mereka.

Walaupun bagi Askar Melayu ia dianggap sebagai penghormatan kerana diiktiraf dari segi disiplin dan protokolnya, tetapi adakah layak mereka diberi tugas yang sama status dengan pengawal. Apa yang lebih menyedihkan ialah pemergian mereka bukannya dibiayai oleh Kerajaan British tetapi duit rakyat.

He was responding to an announcement by Malaysian Armed Forces public relations acting director Kol Fadzlette Othman Merican that the 122-member team will leave on April 16 for a two-month tour of duty at a cost of RM1.9 million to cover the insurance, attire and flight tickets. - Malaysiakini.

Adakah negara mempunyai begitu banyak duit untuk membiayai satu pasukan askar negara kita yang kewajipan mereka terhadap mempertahankan negara sendiri, patut bibuang begitu sahaja hanya untuk glamour. Rakyat tidak pernah merungut apabila pasukan tentera dan polis kita dihantar untuk misi bangsa-bangsa bersatu kerana ia merupakan tugas kemanusiaan dan untuk keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Tetapi pemergian Regimen Pertama Askar Melayu ialah untuk menjaga keselamatan beberapa individu sahaja dan tugas itu sepatutnya dilaksanakan oleh askar British sendiri.

Kita berbangga yang kita telah merdeka selama 50 tahun tetapi mengapa pemikiran kita masih lagi tunduk terhadap penjajahan? Minda kita masih lagi dijajah. Kita masih lagi menganggap sesiapa sahaja yang dilabelkan sebagai orang putih adalah kategori manusia yang serba tahu dan bijak. Kita masih lagi menganggap orang putih sebagai tuan kita. Kemerdekaan selama 50 tahun yang kita mulakan sambutannya pada 31 Ogos 2007 lalu itu sebenarnya tidak bermakna kerana meredka dalam penjajahan.

Cukuplah pembaziran duit rakyat yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pemerintah. Janganlah kera dihutan disusui sementara anak di rumah mati kelaparan.

BN masih tidak belajar dari PRU 12 yang lalu.

Sunday, April 06, 2008

Sidang Dewan Pertama Tahun 2008

Sidang parlimen penggal pertama untuk ahli yang baru dilantik pada 8hb Mac lalu akan bermula pada 30 April 2008. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia menantikan tarikh tersebut dengan penuh debar dan ghairah. Sidang kali ini adalah berbeza daripada sidang yang lepas-lepas memandangkan kali ini jumlah anggota kerajaan semakin berkurangan sementara anggota pembangkang semakin bertambah. Kali ini dewan bersidang dengan buat pertama kalinya, kerajaan tidak mempunyai majoriti 2/3.

Gambar di bawah saya copy dari laman blog Susan Loone adn dalam blog tersebut beliau menulis;

JUST three weeks ago, they were waging a fierce election campaign and raining accusations on each other. But on Thursday, all that seemed far behind them when the newly-elected and re-elected MPs turned up in Parliament for a briefing.

Gambar kelihatan dua orang ahli dewan muda dari parti berlainan begitu mesra antara satu sama lain seolah-olah tidak pernah ada apa-apa masalah di antara mereka. Inilah sebenarnya yang hendak dilihat oleh rakyat Malaysia. Walaupun berlainan fahaman politik tetapi dalam hal khidmat untuk negara mereka cukup mesra. Kedua-dua ahli dewan ini boleh dikatakan pewaris generasi ahli parlimen masa hadapan yang akan mengambil alih ahli dewan yang veteran sekarang.

Menariknya persidangan parlimen kali ini ialah pembangkang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin politik yang berani dan bersuara lantang. Senarai seperti Lim Kit Siang, Hj. Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Datuk Seri Hj Hadi Awang, Nashrudin Mat Isa, Lim guan Eng, Saifuddin Nasution, Dato' Ibrahim Ali, Karpal Singh ,Gobin Singh Deo, Azmin Ali, N. gobalakrishnan, Tian Chua, Zulkifli Nordin Yusmady Yusof dan sebagainya. Itu tidak masuk lagi cili padi dari Batu Gajah dan Theresa Kok.

Sementara itu di barisan kerajaan orang lama yang sering mempertahankan barisannya sudah semakin pupus. Datuk Mokhtar Raden telah kehilangan orang kanan dan kirinya iaitu Datuk "Kastam" dan Datuk Badruldin dari Yan.

Rakyat pasti menanti satu sidang dewan yang bak kata orang putih, "BN will have their hands full" untuk menentang barisan pembangkang yang mantap kali ini.

Saturday, March 22, 2008

Nak Pangkat Atau Buat-Buat Tak Tahu?

Ni satu lagi kes nakkan pangkat atau kuasa. Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh masih lagi memegang jawatan Ketua Pengakap Negara walaupun dari segi kelayakan beliau hilang kelayaknnya.

"Secara tradisinya Ketua Pengakap Negara adalah Menteri penuh dan Shafie yang dilantik pada Disember 2005 kini bukan lagi menteri mahupun anggota Parlimen," Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Profesor Datuk Dr Kamarudin Kachar.

mStar melaporkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia hari ini mendesak bekas menteri pengajian tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengakap Negara berikutan satu resolusi undi tidak percaya yang diluluskan terhadap beliau.

Adakah DS Dr Shafie sayang hendak melepaskan jawatan tersebut atau beliau tidak tahu mengenai kelayakan itu.

Dr Kamarudin berkata Ketua Pengakap Negara tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan berkenaan dan ia melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (POR), Akta Persekutuan Pengakap Malaysia yang digubal mengikut Akta Parlimen 409.

Katanya Yang di-Pertuan Agong secara tradisinya akan melantik Ketua Pengakap Negara yang terdiri daripada Menteri penuh pada setiap lima tahun sekali.

Penyu Masih Menangis?

Nama MB baru Terengganu telah diumumkan dan esok akan diadakan majlis angkat sumpah memegang jawatan.

Menurut kenyataan pejabat Sultan Terengganu hari ini, Ahmad, 51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini pagi esok.

"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undangundang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja.

"Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu," kata kenyataan itu kepada Bernama pada hari Sabtu.

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu telah berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pelantikan Ahmad ialah bagi menggantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan wakil rakyat Jertih yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sejak 2004. - mStar.


Juga mendapat laporan tentang perlantikan MB baru ini ialah 22 ADUN BN yang telah memenangi kerusi dalam PRU ke 12 yang lalu akan memboikot majlis tersebut kerana tidak bersetuju dengan perlantikan itu. Meraka mahukan Datuk Idris Jusoh, Menteri Besar yang lalu meneruskan pentadbiran negeri. Kenyataan hendak memulau majlis angkat sumpah itu telah dibuat oleh ADUN Rosol Wahid yang mewakili kesemua ADUN tersebut. Ada apa-apa agenda tersembunyi kah apabila mereka memilih untuk menyokong DSIJ sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan?

Inilah rupa wakil rakyat yang dipilih pengundi Terengganu yang lebih mementingkan kedudukan politik daripada segala-galanya. Memang patutlah seorang blogger menulis dalam blognya: Well, what now BN/ UMNO? a war against the Sultan? Stupidity reign again within UMNO! This is totally unacceptable! Kurang Ajar and DERHAKA!

Perhap we should sent those ADUN out of Terengganu! F**KING BASTARDS!

Sudah Terantuk Baru Tengadah

Sejak akhir-akhir ini dilaporkan bahawa Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan blogger dan secara tidak langsung menunjukkan kesedaran kerajaan terhadap peranan blogger dalam proses penyampai maklumat. Menteri Penerangan yang lalu, Datuk Zainuddin Mydin mengambil sikap bermusuh dengan blogger dan membuat berbagai tuduhan negatif terhadap mereka.

Maklumat berikut disalin dari mStar.

Komuniti blogger di Malaysia menyifatkan kesediaan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk bertemu dengan mereka sebagai pengiktirafan kepada peranan komuniti siber di negara ini.

Yasser Arafat Ishak atau lebih dikenali sebagai Jiwarasa dalam kalangan komuniti siber berkata kesediaan Ahmad Shabery untuk mendengar pandangan golongan itu adalah perkembangan positif dalam aspek pembinaan negara.

Katanya kesediaan itu juga memberikan ruang kepada kerajaan untuk mengenali peranan golongan itu dalam mengupas isu semasa yang menjadi perhatian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Kenyataan Menteri Penerangan itu satu perkembangan positif dan ini bermakna kerajaan mengakui pengaruh blogger dalam membentuk pandangan masyarakat di negara ini," katanya kepada Bernama selepas sesi diskusi "Penulis dan Blog: Trend Masa Kini" anjuran Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di DBP di sini pada hari Sabtu.

Yasser dan Nisah Haron, juga seorang blogger, adalah dua anggota panel bagi sesi diskusi itu yang dipengerusikan pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Shamsudin Othman, mengulas kesediaan Shabery untuk berjumpa dengan komuniti siber itu dalam masa terdekat.

Semalam, Shabery berkata kementerian itu memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

Statistik Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) menunjukkan 13.5 juta orang atau 47.8 peratus daripada 28.29 juta populasi di negara ini menggunakan internet pada tahun lepas, membuktikan ruang siber mempunyai kebolehcapaian audien yang tinggi.

Dianggarkan kini terdapat lebih 70 juta web blog di seluruh dunia dengan blog yang menggunakan bahasa Jepun tertinggi mewakili 37 peratus daripada jumlah keseluruhan blog diikuti bahasa Inggeris (33 peratus), bahasa Cina (8 peratus), bahasa Itali (tiga peratus), Parsi (satu peratus) dan seterusnya bahasa lain.

Timbalan Presiden Geng Jurnal, Zaifulnizam Wagiran atau nama sibernya Attokz, berkata kesediaan Ahmad Shabery untuk berjumpa dengan blogger menunjukkan kerajaan mula menyedari pengaruh blogger dalam membentuk kesedaran politik golongan muda.

"Ahli politik dah terjaga daripada tidur lena ekoran keputusan pilihan raya umum lepas.

Kelebihan ada pada pembangkang yang telah menggunakan blog sepenuhnya sehingga menyebabkan golongan muda berpihak kepada mereka.

"Mungkin sudah terlambat tetapi keadaan ini masih boleh dibaiki," katanya.
Beliau berkata tidak semua blog bersifat negatif kerana ada yang memberi komen membina.

Geng Jurnal adalah komuniti siber yang memperjuangkan bahasa Malaysia dengan penggunaan bahasa Malaysia dalam blog lebih 3,000 anggotanya yang aktif di seluruh negara.

Nisah berkata kesediaan Ahmad Shabery itu mengiktiraf blog sebagai medium baru bersifat dua hala yang cepat dan kebolehcapaian audien yang tinggi.

"Ini (pengiktirafan) akan menghapuskan prejudis terhadap blogger," katanya. BERNAMA

Inilah yang dikatakan sudah terantuk baru hendak tengadah.

Monday, February 18, 2008

Pesta Sudah Lama Bermula

Selepas pilihanraya, sama-samalah kita berbelanja kerana akan berlaku harga runtuh. Dey, Jangan mimpilah untuk SALES selepas pilihanraya.

Thursday, February 14, 2008

Star Pullout - election 101

Anda mungkin terlepas untuk mendapatkan The Star hari ini kerana ia ada menerbitkan satu pull-out StarSpecial Election 2008 - Election 101. Namun demikian anda masih boleh membacanya dalam talian dan sila klik DI SINI.
clipped from thestar.com.my

Elections 101


Malaysia conducts a general election once every four or five years, and the people will again be voting in a new government in a few weeks. Let's take a look at what the ballot box is all about.

blog it

B***** N***

Internet Millionaires Mastermind

Wednesday, February 13, 2008

Saya Diberikan RM3,000 oleh BPR - Jayanthi

Apa ni? Tajuk seperti di atas adalah apa yang disiarkan di muka 7 Kosmo hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha Datuk V.K. Lingam diberikan RM3,000 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Keta Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup........

Seterusnya laporan itu menebut.....

L.G. Jayanthi, 45, berkata, seorang pegawai BPR menelefon beliau menyatakan penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Sungguh menarik apa yang dilaporkan. BPR memberikan RM3,000 kepada seseorang yang terlibat dengan satu siasatan kerana siasatan ditutup. BPR menutup siasatan hanya kerana yang terlibat itu pegawai tinggi kerajaan.

Sebenarnya ini adalah satu jarum dalam timbunan jerami. Adalah diharapkan lebih banyak dapat dibangkitkan tentang penyalahgunaan kuasa ini.

Berapa ramaikan bakal calon BN yang ditapis oleh BPR benar-benar bersih? Dan jika BPR mengistiharkan mereka bersih adakah mereka benar-benar bersih? Rakyat rata-rata tahu berapa ramain pemimpin termasuk yang memegang jawatan tertinggi negara cuba ditutup oleh kerajaan sejak dulu lagi. Yang kena satu dua itu hanyalah satu cara untuk membuang mereka. Mereka ini adalah scapegoat untuk menunjukkan kerajaan memang benar-benar hendak menghapuskan rasuah.

Apa yang jadi ni?

Monday, February 11, 2008

14 Februari - Hari Valentine

Sudah menjadi satu budaya di negara ini setiap tibanya 14hb Februari setiap tahun ramai yang akan menyambut hari valentine. Hari yang dimaktub sebagai hari untuk memperingati kekasih. Masuk sahaja bulan Februari, maka kita akan dapati tiba-tiba dunia menjadi merah jambu sebagai memperingati hari tersebut.

Dulu masyarakat kita menyambut April Fools pada setiap 1 April tetapi lama kelamaan sambutan itu semakin dilupakan hasil daripada kesedaran melalui pengetahuan agama. Dan kini ia digantikan pula dengan Hari Valentines yang tidak ada kaitan langsung dengan Islam. Yang peliknya umat Islam pun turut menyambutnya hanya kerana hendak mengikut perkembangan masa.

Jika anda bercadang untuk menyambutnya, maka diharapkan bacalah tulisan A Luqman yang saya paparkan di bawah. Saya menyalin keseluruhan tulisan beliau untuk paste di sini kerana tulisan ini disiarkan dalam sebuah laman web yang menjurus kepada parti pembangkang. Saya tahu ramai fanatik UMNO/BN tidak akan menjenguk ke laman tersebut dan pastinya akan terlepas dari dibaca dan difahami apa sebenarnya Hari Valentine. Dalam laman web UMNO/BN pasti tidak ada bahan-bahan seperti ini kerana mereka lebih cenderung untuk mempromosikan Islam Hadhari. Sudah semesti bahan-bahan yang dianggap kuno dan ketinggalan zaman ini tidak akan disiarkan. Dibimbangi orang Melayu akan ketinggalan dari bersama arus kemodenan.

Valentine’s Day Dari Pandangan Aqidah, Syariat, Dan Akhlak



Ditulis oleh A Luqman
Wednesday, 06 February 2008

Mutaakhir ini, apabila tiba sahaja bulan Februari akan timbullah pelbagai iklan, promosi, tawaran hebat, dan lain-lain lagi bagi meraikan ketibaan Valentine Day pada 14 Februari. Kebanyakan anak-anak muda yang sedang dilamun cinta menantikan kedatangan hari tersebut untuk meraikannya bersama buah hati yang tercinta. Hotel-hotel, kedai-kedai bunga, makanan, pakaian, dan juga media massa sibuk mempromosikan sambutan hari tersebut. Pelbagai movie menarik yang bertemakan ‘romance’ dihidangkan sepanjang bulan bagi menghangatkan lagi suasana. Pemuda-pemudi Islam juga turut sama menyambut hari Valentine ini yang begitu asing bagi Agama Islam itu sendiri.


Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.

Menurut beberapa laman Web yang mempromosikan sambutan Valentine ini, nama penuh sambutan ini ialah Saint Valentine’s Day. Ia bermula pada zaman Empayar Rom. Di zaman purba Rom, 14 Februari merupakan hari cuti bagi memperingati seorang permaisuri dewa-dewi Rom yang bernama Juno. Masyarakat Rom mengganggap beliau sebagi dewi kepada wanita dan perkhawinan. Pada hari yang berikutnya iaitu 15 Febuari, bermula pesta Lupercalia. Pada zaman itu, pemuda dan pemudi tidak dibenarkan bercampur. Walaubagaimanapun, pada malam sambutan Lupercalia, nama pemudi ditulis di atas sekeping kertas dan diletak di dalam satu balang. Setiap pemuda akan memilih nama-nama pemudi yang terdapat di dalam bekas tersebut dan nama yang tertera akan menjadi menjadi teman kepada pemuda tersebut sepanjang pesta Lupercalia. Bahkan kadan-kadang akan menjadi teman sepanjang tahun dan biasanya mereka akan jatuh cinta lalu berkhawin.

Di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang zalim, Rom terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Beliau berpendapat sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menyertai askar ialah kerana mereka sukar meninggalkan buah hati dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Calaudius telah membatalkan semua perkhawinan dan pertunangan bagi masyarakat Rom.

Saint Valentine adalah salah seorang paderi Rom ketika itu. Dia dan seorang paderi lain yang bernama Saint Marius telah membantu para pejuang Rom yang ‘Syahid’ dan secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan Rom yang ingin berkhawin. Dengan sebab kesalahan ini, beliau telah tangkap, dipenjara, dan dikenakan hukuman bunuh. Beliau dianggap syahid oleh orang-orang Kristian pada 14 Februari sekitar tahun 270 M. Pada tarikh tersebut juga, berdasarkan kepada amalan purba Rom, diadakan sambutan Lupercalia dimana pemuda akan mencari pasangan. Paderi-paderi Kristian mahu memasukkan ke dalam perayaan tersebut unsur-unsur Kristian lalu diberi nama Saint Valentine’s Day.

Menurut satu versi, semasa Saint Valentine berada di dalam penjara, ramai golongan muda menziarahi beliau sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorangnya ialah anak gadis kepada salah seorang pengawal penjara. Beliau dan gadis tersebut sering berbual. Gadis itu memberikan sokongan kepada beliau sehingga beliau merasakannya dirinya kekal bersemangat. Pada hari beliau dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan satu nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan “Love from your Valentine”. Dipercayai nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.

Itulah serba sedikit sejarah permulaan Valentine’s day dan sambutan ini semakin hari semakin berkembang di dalam masyarakat kristian sebagai memperingati perjuangan Saint Valentine sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Sambutan diadakan dalam pelbagai bentuk yang bertemakan cinta berdasarkan naluri seksual antara lelaki dan perempuan yang bukan suami dan isteri. Ucapan, perjumpaan, parti dan lain-lain acara diadakan bagi menghangatkan sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada sejarah, cara, dan tujuan sambutan, ia nyata sekali bercanggah dengan Islam dari sudut Aqidah, Syariat, dan Akhlak.

Dari sudut Aqidah, sambutan ini diadakan bagi memperingati seorang tokoh agama Kristian yang telah memperjuangkan kebebasan kepada penganut Kristian dan bukannya semata-mata untuk meraikan kekasih. Tambahan pula ianya disambut oleh orang-orang Kristian dan ada sangkut paut dengan keagaamaan Kristian. Orang Islam dilarang sama sekali untuk sama-sama melakukan sambutan sama seperti sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sesiapa yang melakukannya dalam keadaan sedar dan maklum tentang implikasinya akan mengakibatkan aqidahnya rosak dan boleh membatalkan imannya.

Dari sudut Syariat, kekasih adalah satu perkataan yang asing bagi Syariat Islam yang suci ini. Apatah lagi meraikannya. Islam melarang penganutnya bercinta berdasarkan naluri seksual sebelum mereka sah sebagai Suami Isteri. Islam telah menggariskan batas dan sempadan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti menjaga pandangan, menutup aurat, tidak boleh bergaul bebas dan seumpamanya. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai keinginan untuk menjalin cinta dengan seseorang perempuan ajnabi, Islam menganjurkannya supaya segera berkhawin sekiranya mampu. Andainya tiada kemampuan, Islam menggalakkannya berpuasa kerana puasa itu akan membantu memelihara diri dan melemahkan nafsu.

Dari sudut akhlak pula, sambutan ini akan menggalakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat dan melemahkan institusi kekeluargaan.

Para Ulama’ semasa juga telah mengeluarkan fatwa agar umat Islam tidak menyambut Valentine’s Day ini. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa berikut: “Seseorang Islam dilarang menyambut dan memberi ucapan sempena sambutan ini.” Al marhum Sheikh Muhammad al Uthaimeen juga telah mengeluakan pendapat menegah umat Islam menyambut sambutan ini. Beliau telah menyatakan: “ Seseorang Islam mestilah bangga dengan agamanya dan tidak boleh mengikut orang lain secara membabi buta”.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List